Selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke - 51.Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Bukan saja-saja nak C-bOk, tapi pengamatan terhadap situasi yang menggamit minda untuk berkata-kata....
C-bOk berpendapat Belanjawan 2009 (Sebol - gua guna belanjawan sekarang ni) sememangnya memberikan kelebihan kepada rakyat. Kalau tidak kerana kita baru sahaja mengadakan Pilihanraya (PRU 12) pada 8 Mac 2008 yang lalu, pasti kita merasakan satu pilihanraya akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Walaupun Pak Lah kata, harga baru minyak akan diumumkan pada 1 September 2008, harga jualan runcit minyak dijangka akan turun sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 ini.
HTC Shift X9500 untuk dijual. Harga di pasaran RM5K ++. Sesiapa yang berminat boleh cuba membeli dengan harga yang murah di laman web lelong.com di sini.Harga lelong bermula pada RM2,500 sahaja. Anda boleh membuat tawaran dengan gandaan RM10 sahaja sekali bid. Tawaran lelong ini akan ditutup pada 21 Ogos 2008. Kepada sesiapa yang memberi tawaran terbaik akan memiliki komputer mini canggih ini.
Komputer mini ini masih baru. Lengkap dengan semua aksesori dan kotaknya.
Satu pingat sudah dalam genggaman.
Apabila mulut kita mendahulu otak, maka situasi yang dihadapi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor akan berlaku. Seperti kata Naib Cancelor UiTM, Prof. Datuk Seri Ibrajim Abu Shah, orang seperti ini cetek pemikiran. [Jadi pemimpin politik tidak semestinya pandai semuanya. Pandai lawyer buruk mungkin...] Contohnya adalah seperti berikut:Contoh 1:
Tan Sri Khalid mencadangkan UiTM dibuka kepada bukan Melayu. Beliau membuat kenyataan populis dengan harapan untuk mendapatkan sokongan dan undi bukan Melayu (?) dan kemudian menyalahkan kenyataan beliau disalah lapurkan / keluar konteks (?) apabila mula dipersoalkan oleh orang ramai khususnya Melayu/Bumiputra. Bagi C-bOk beliau membuat kenyataan ini hanya kerana berasaskan logik (orang politik....), cuba menjadi popular di kalangan bukan bumiputra, tidak berfikir dan tidak faham sejarah.
Contoh 2:
Apabila ditegur oleh semua pihak, beliau tidak mahu meminta maaf tetapi dalam masa yang sama membuat satu lagi kenyataan yang mencadangkan UiTM meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti yang disegani (?). Tan Sri ni tak pernah masuk UiTM ke? Apa kemudahan yang tidak cukup? Apakah UiTM tidak di segani? Ini satu lagi kenyataan di mana mulut mendahului otak. Atau ringkasnya kenyataan tanpa berfikir. Ataupun lebih jelas lagi - inilah kenyataan orang politik!!!
Sebagai graduan UiTM, C-bOk rasa kecil hati dan tercabar dengan kenyataan yang memperkecil-kecilkan keupayaan sebuah institusi unggul milik Melayu/Bumiputra. Sepatutnya sebagai orang Melayu Tan Sri Khalid mempertahankan UiTM, sebaliknya dia mengambil jalan populis (dikalangan orang tertentu la...) dengan menghentam institusi milik anak bangsanya sendiri.
Dengan semakin meningkatnya tindak balas daripada rakyat seperti pelajar dan alumni UiTM, maka Tan Sri Khalid mestilah bersedia untuk menerima kesannya. Setidak-tidaknya 2/3 minggu ini mestilah ada tunjuk perasaan dan memorandum yang akan diserahkan kepada beliau dan juga lain-lain pemimpin. Namun kesan yang paling ketara ialah beliau mesti menerima bahawa beliau kini dilihat sebagai pengkhianat Melayu. Jadi Tan Sri boleh lah pilih untuk buat tak tahu (buat derk je!) atau pun minta maaf.
Pesan C-bOk, eloklah jangan politikkan hal-hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan juga kebajikan anak bangsa sendiri.
Nota: Catatan ini dipetik oleh ruangan "Dari Blog ke Blog" akhbar Sinar Harian, 14 Ogos 2008 (m.s: N8)
Tun Mahathir di dalam kenyataannya semalam berkata bahawa beliau akan berhijrah dan meninggalkan Malaysia sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Semalam kita melihat sesuatu yang kita tidak ingin lihat. "Pertembungan Agama - Antara Islam dan Bukan Islam". Perkara ini berlaku kerana keras kepala Majlis Peguam untuk terus membincangkan isu sensitif berkaitan dengan Islam secara terbuka.Apa-apa pun, sebagai rakyat negara ini C-bOk tidak bersetuju langsung dengan ketidakprihatinan Majlis Peguam dengan tindakan mereka. Tindakan mereka menunjukkan bahawa mereka ni tak boleh disentuh langsung. Seolah-olah undang-undang tu di bawah mereka.
Edisi Yang Di Kemaskini:Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Istiadat telah mengeluarkan Surat Pekeliling mengenai adab dan cara bersalam yang betul mengikut norma ke Malaysianan.
The Cabinet Committee overseeing ceremonial affairs has set out the following guidelines for the correct way of greeting or paying homage the Malaysian way. Sila fahami ..... For your understanding (and perhaps compliance?) Cara bersalam yang betul. The correct way to pay homage/greet
1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah. (bow at 90 degrees)
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam. (clutch hand of the person you are greeting with both hands)
3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih. (tilt head to slightly the right for maximum "feel")
4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci. (purse lips to kiss approx 1 inch)
CARA INI DI NAMAKAN ' BONAMA' iaitu BODEK NAK MAMPUS !!! translated as ingratiate (bodek) to (nak) death (mampus)
Ini superbike Honda ST 1300. Bayangkan C-bOk yang sedang menunggang dengan full face helmet tu.Harganya: RM86K ++. Sesak nafas.
Insyaallah kalau ada rezeki...