Wednesday, January 28, 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi. Apa Bendanya Tu?

Pakej Rangsangan Ekonomi atau Stimulus Package melihat peruntukan sebanyak RM7 billion disediakan untuk merangsang ekonomi negara. Rakyat di minta terlibat di dalam rangsangan ekonomi ini sepertimana iklan yang disiarkan saban hari di RTM. Timbalan Perdana Menteri juga membuat kenyataan minggu lepas yang menggesa semua Kementerian yang terlibat untuk segera membelanjakan peruntukan yang disediakan. Malahan pakej rangsangan kedua juga sedang di rangka dan akan diumumkan tidak lama lagi.

C-bOk yakin rakyat sentiasa bersedia untuk sama-sama terlibat di dalam merangsang ekonomi negara. Masalahnya sekarang selain daripada pengumuman peruntukan RM7 billion dan juga iklan di dalam RTM yang disiarkan setiap hari, apa sebenarnya pakej rangsangan ekonomi itu dan bagaimana rakyat boleh terlibat?

Rasanya pakej rangsangan pertama sebanyak RM7 billion itu masih belum berjaya menggerakkan ekonomi. Rata-rata masyarakat perniagaan masih lagi mengadu bahawa ekonomi meleset. Tahun ini juga C-bOk cuma dapat 2 kotak kecil limau dari rakan berbangsa Cina berbanding dengan tahun-tahun lepas. Itu pun dari seorang rakan yang betul-betul akrab iaitu tailor yang menjahit seluar C-bOk. Rakan-rakan perniagaan yang lain sunyi sepi merayakan tahun baru kali ini. Malam makan besar juga tidak berapa meriah dengan bunyi mercun berbanding tahun-tahun lalu. [C-bOk tinggal di kawasan freehold - jadi ada ramai jiran berbangsa Cina]. Apabila mereka yang menggerakkan ekonomi mula mengikat perut, something must be very wrong!

Berbalik kepada pakej rangsangan ekonomi tadi, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan rakyat biasa macam C-bOk tahu apa yang dirancang dan bagaimana kita semua boleh terlibat. Kami semua mahu terlibat, tetapi bagaimana? Pengalaman tahun 1998/99 ketika negara menghadapi penguncupan ekonomi akibat serangan penyangak matawang sewajarnya dijadikan panduan. Ketika itu kita mempunyai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat dan berbincang saban hari untuk mencari jalan mengatasi masalah ekonomi negara. MTEN ketika itu mempunyai pasukan media massa yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk membolehkan rakyat faham apa yang hendak dilaksanakan dan bagaimana rakyat boleh memainkan peranan mereka.

Kerajaan perlu menggerakkan semula pasukan media massa ini! Rakyat perlu diberikan kefahaman dan digerakkan untuk sama-sama membangunkan negara dan ianya perlu dilaksanakan segera sebelum terlewat.

Friday, January 23, 2009

Menteri Besar Tidak Tahu? Apa Yang Dia Tahu?

Introduction

Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) is a wholly owned subsidiary of Selangor State Development Corporation (PKNS). SIC is engaged in construction of residential and industrial building activities as well as supply of construction materials to the construction industry. SIC is also actively involved in as insurance agent, property development and project management services.

Petikan di atas C-bOk ambil daripada laman web Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC). Alamat laman web ini adalah: http://www.sic.com.my. SIC adalah sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di mana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Pengerusinya.

Malangnya, Tan Sri Khalid tidak tahu tentang wujudnya SIC apabila timbul isu beliau membuat arahan untuk menggunakan wang Kerajaan sebanyak RM110,400 untuk membeli lembu korban semasa Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. Ada bukti menunjukkan satu arahan telah dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid supaya SIC membayar pembelian itu dan ada resit untuk menyokong yang pembayaran tersebut telah dibuat.

C-bOk terpegun.

Bagaimana seorang MB tidak tahu tentang kewujudan sebuah anak syarikat di dalam organisasi di mana beliau sendiri adalah Pengerusinya? Betul-betul dia tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu? Kalau buat-buat tidak tahu adakah beliau menipu? Kalau beliau menipu, apakah motifnya? Adakah untuk mengelakkan daripada pertuduhan yang dibuat ke atas beliau tentang salah guna peruntukan Kerajaan untuk tujuan parti dan peribadi?

Malang sungguh lah orang Selangor mempunyai Menteri Besar seperti ini. Kesian kepada SIC kerana sudahlah dipergunakan, selepas itu jasanya tidak dihargai langsung.

Thursday, January 22, 2009

The Herald: Kenapa Tidak Ambil Tindakan Lagi?

Akhbar The Herald - Catholic Weekly masih berdegil dan menggunakan perkataan Allah apabila merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan terkininya. Kenapa degil sangat? Kenapa sejak akhir-akhir ini akhbar ini mahu menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka? Selama ini Tuhan mereka tidak bernama?

Tindakan mereka yang terang-terang bertentangan dengan keputusan Kabinet menolak permohonan mereka untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka boleh mencetuskan konflik dan kemarahan di kalangan rakyat khususnya yang beragama Islam.

Allah adalah nama yang merujuk kepada Tuhan orang Islam. Ianya digunakan di dalam Al-Quran. Adakah kitab-kitab lain yang menggunakan nama Allah apabila merujuk kepada Tuhan mereka? Kalau ada sahih ke?

Atas alasan apa pula mereka hendak menggunakan Allah sebagai rujukan kepada Tuhan mereka? C-bOk tidak nampak apa-apa alasan lain selain daripada matlamat tersirat mereka untuk menimbulkan kekeliruan dan seterusnya memporak perandakan akidah ummat Islam di negara ini. Seperti apa yang berlaku di negara jiran di mana Gereja di panggil Gereja Rumah Allah. Sungguh huru-hara dan kita tidak boleh membenarkan perkara yang sama berlaku di negara ini. Sekiranya tenaga penggerak The Herald merujuk kepada kelonggaran di negara jiran berkenaan, maka eloklah mereka berhijrah ke negara berkenaan sahaja kerana tidak semudah itu ummat Islam di negara ini bersedia merendahkan martabat Allah sebegitu rupa.

Kalau dibenarkan nanti, bayangkan penganut-penganut agama lain juga mahu menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuan mereka. Contohnya mungkin patung Lord Muruga di Batu Caves juga akan dinamakan semula dengan nama Allah?

Tindakan perlu diambil segera!

Coping With Recession

Sesiapa yang mengikuti upacara mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke 44 Barrack Hussein Obama pasti dapat mendengar dengan jelas kenyataan beliau semasa membuat ucaptama Presiden tentang ekonomi. Beliau mengakui keadaan ekonomi dunia yang teruk dan kemelesetan ekonomi yang tidak dapat dielakkan. "What we are facing are real" katanya.

Di Malaysia pun kita telah mengakui hakikat ini walaupun dalam keadaan "denial". Satu pihak mengatakan kita berhadapan dengan masalah dan dalam masa yang sama kita juga mengatakan kita "tidak ada masalah". Namun itu tidak penting. C-bOk akan mengulas tentang perkara ini di dalam catatan yang lain.

C-bOk terbaca artikel berikut tentang bagaimana kita sebagai individu hendak berhadapan dengan kemelesetan ekonomi. Mungkin berguna untuk kita semua. Sekiranya sesuai tidak salah untuk dipraktikkan.

Coping With Recession

Build an emergency fund

The most essential weapon in your armoury against hard times. Start saving. Even a few bucks a month into a savings account will mount up surprisingly quickly. Set up a direct debit from your transaction account so its taken straight from your take-home pay each month and hopefully you will not notice it too much.

Pay off high interest debts

Credit cards and personal loans are an expensive liability, with rates averaging almost 20 per cent. If you cannot afford to clear the debt, switch to a card with a lower rate of interest.

Some cards have zero per cent balance transfer deals and you can often switch from card to card for a long period, extending the time you pay no interest, which in turn makes your repayments go further. Try and clear the card in this time.

Also, try asking your bank for a lower rate. You would be surprised at how often this works. Or, when you apply for a zero-rate card from another bank, ask your own bank to match or beat the zero per cent period. When they realise you are serious about leaving, they listen -- and they're often prepared to bargain.

Set a budget

By noting down your income and outgoings each month, it is much easier to see areas where you could cut back and use that money to pay down your debts.

Get insurance through super

While you might not be able to insure your mortgage repayments against losing your job, you can -- and should -- protect them against accident or sickness preventing you from working.

And while there are policies available on the open market, there are often policies available through your super fund at a significantly reduced price.

Check with your super fund manager for details and switch policies, if necessary, to get insurance.

Reduce your mortgage

This is most people's biggest expense and biggest worry.

If you can build up a fund -- maybe an offset account against the mortgage -- it can buy you valuable time, allowing you to take "payment holidays'' and skip a few months' payments, until you get back on your feet.

It's a crucial buffer to build into your finances. In addition, any money you have set against your mortgage is earning the best rate of interest, tax-free.

That's because you are saving interest on the offset account balance at the same rate as the mortgage rate. Based on a rate of 9.5 per cent, that is equivalent to a gross return of about 12 per cent for a basic rate taxpayer.

Don't buy whitegoods

It's s classic pre-recession advice. Don't go buying big consumer items because, when the economic downturn hits -- as it already is -- retailers become more desperate for business and are prepared to bargain.

But you have to be brave, throw aside any coyness and be prepared to ask for daring discounts.

If you don't get what you want, shop around. Remember, retailers of all kinds have big margins to play with, so the right shop will give you a big discount. Playing one off against the other is a good tactic.

Sell your property

If you're looking to move, but have been holding out for a better price, be realistic and take a reasonable offer and move on.

Property prices never fare well in economic downturns because fewer people can afford the costs involved in moving and decorating.

Property prices have already shown signs that they are moving downwards and have been edging down in southern and western Sydney for some time. But the pace and scale of the falls will be much more severe, the worse the downturn becomes.

Across Sydney, prices are just about holding up, but experts say prices could fall by an average of 10 per cent or more in the next year, with the most bearish pundits predicting property price falls of 30 per cent, if recession bites.

So move now and make the most of cheaper furniture and whitegoods in the shops next year.

Saturday, January 10, 2009

Kereta Baru EXCO Selangor/Perak

Beberapa hari lepas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan bahawa ekonomi tidak bagus dan oleh itu mereka tidak akan memberikan wang ehsan kepada setiap kanak-kanak yang mendaftar di kelas pra-sekolah sebagaimana yang dijanjikan di dalam menifesto Pilihanraya ke-12 yang lalu.

Hari ini pula terpampang di dalam akhbar Kerajaan Negeri Selangor menerima 12 daripada 14 buah kereta Camry yang ditempah oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk kegunaan Exco dan pegawai-pegawai kanannya. Kerajaan Negeri Perak juga menerima kereta Camry baru mereka semalam. Sebanyak 9 daripada 16 buah kereta berkenaan telah diterima daripada pihak UMW.

Sebelum ini MB Selangor beberapa kali menafikan yang Selangor akan menggantikan kereta rasmi mereka.

Beli kereta ada duit, tetapi menunaikan janji dalam menifesto kena ikut keadaan ekonomi semasa? Melihat kepada situasi ini [merujuk kepada kenyataan MB Selangor sebelum ini] adakah beliau seorang penipu atau tidak pandai berpolitik?

C-bOk melihat tindakan Tan Sri Khalid memberikan gambaran yang lebih buruk kepada ahli politik kerana suka cakap berbelit-belit. Dia kata orang BN tak betul. Orang BN penipu. Dia pulak macam mana? Orang cakap kalau jumpa ular dengan orang politik, bunuh orang politik dulu. Nampaknya macam betul je cakap-cakap orang tu.....

Friday, January 09, 2009

Saya Sokong KLIA East @ Labu

Pengumuman Kerajaan yang membenarkan Sime Darby dan Air Asia untuk memajukan tanah milik konglomerat berkenaan di Labu dengan pembiayaan swasta mengundang pelbagai polemik. Mungkin oleh kerana tidak bertepatan dengan masanya [ketika rakyat menentang cadangan Sime Darby untuk mengambil alih Institut Jantung Negara], maka pengumuman berkenaan tidak mendapat reaksi yang baik daripada rakyat juga.

Rata-rata menentang dan memberikan pelbagai reaksi, analisis dan respons yang berbaur anti Kerajaan, anti Sime Darby, anti Air Asia, perkauman dan sebagainya lagi. Semuanya berbaur politik dan tidak rasional serta menentang semata-mata kerana hendak menentang. Khususnya ahli-ahli politik dan blogger yang mempunyai fahaman politik tegar C-bOk rasa cadangan berkenaan wajar di lihat dengan lebih rasional. Cuba lihat dari segi kebaikannya juga khususnya dari segi ekonomi.

Sebagai contohnya, ini adalah inisiatif pihak swasta dengan pembiayaan swasta. Memahami definasi "pembiayaan swasta" maka apakah yang perlu dirisaukan oleh kita? Bukan duit kita yang dibelanjakan, tetapi duit syarikat. Dengan mengambil kira risiko serta untung rugi, maka keyakinan Sime Darby Berhad dan Air Asia untuk melabur sewajarnya dihormati. KLIA East @ Labu bukannya jauh daripada lokasi KLIA sekarang. Ianya bersempadan dengan KLIA. Sekiranya tidak dilaksanakan di Labu, ianya akan dilaksanakan juga di mana-mana kawasan yang berjiran dengan Sepang di mana KLIA terletak sekarang.

Inisiatif ini berskala mega dan bakal dilaksanakan di Labu Negeri Sembilan. Sebagai anak Negeri Sembilan, C-bOk melihat projek ini akan menjadi catalyst kepada pembangunan ekonomi negeri. Setelah koridor pembangunan dilancarkan di mana NS diketepikan, KLIA East @ Labu adalah sebagai pengubat kepada kekecewaan NS sebelum ini.

Projek ini dijangka akan merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan persekitarannya. Pembangunan KLIA East @ Labu akan menyokong perumbuhan kawasan sekitarnya dengan lebih rancak. Pelaburan-pelaburan baru seperti pembinaan kawasan perumahan, kilang, sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya akan berkembang dengan sendirinya.

Lanjutan daripada ini juga, peluang-peluang pekerjaan baru akan diwujudkan. KLIA East @ Labu sendiri akan memerlukan ramai pekerja untuk mengurus dan menyelenggaranya kelak. Pekerjaan baru yang diwujudkan ini boleh direbut oleh anak-anak tempatan di NS dan juga dari negeri-negeri sekitarnya. Peluang-peluang pekerjaan lain juga akan tumbuh dengan pesatnya selari dengan pertumbuhan pesat KLIA East @ Labu.

AirAsia pula dijangka akan menjadi mengendalikan kira-kira 60 juta penumpang menjelang tahun 2013 menjadikannya ianya syarikat penerbangan yang kedua selepas JAL yang berupaya mengendalikan penumpang seramai itu. Manakala menjelang tahun 2030 pula, AirAsia akan menjadi syarikat yang memiliki pesawat terbanyak. Bayangkan sumbangan AirAsia kepada ekonomi ketika itu.

Sebagai anak NS, C-bOk bangga kerana AirAsia memilih NS sebagai tuan rumahnya dan dengan keupayaannya untuk mengendalikan sehingga 60 juta penumpang, sumbangannya kepada ekonomi NS melalui KLIA East @ Labu amat tinggi nilainya.

Malangnya, sebahagian daripada kita khususnya ahli politik dan blogger hanya tahu nak kempen untuk memberhentikan apa sahaja projek yang menjadi inisiatif anak Malaysia sendiri hanya kerana mereka tidak suka dengan orang-orang tertentu.

Ada ketikanya kita wajar menentang [seperti pengambilalihan IJN], namun ada ketikanya kita wajar bangga dengan konglomerat negara kita sendiri dan menyokong cadangan yang mampu memberi impak menyeluruh kepada negara.

Thursday, January 08, 2009

Mari Boikot Produk Israel & Sekutunya

Kempen boikot produk Israel dan sekutunya telah bermula. PPIM dan lain-lain NGO telah pun melancarkan kempen ini. Anda juga mampu untuk berbuat sesuatu dengan menukar gaya hidup anda.

Bukannya tukar gaya hidup seperti semasa minyak naik dahulu, tetapi tukar ego anda dengan menukar brand produk yang anda gunakan.

Tukarlah brand ubat gigi yang anda guna dari Colgate kepada Halagel contohnya. Selalunya kita minum di Starbuck, kali ini kita tukar minum di kedai mamak sahaja lah. Kalau biasa membeli belah di Carrefour, apa salahnya kita membeli pula di Mydin. Barang yang dijual bukan sahaja sama, tetapi lebih murah. Malahan jadi amal jariah pula kerana mamakmurkan ekonomi sesama ummah.

Untuk senarai lengkap produk/jenama buatan Israel dan sekutunya, sila lawat di sini.

Wednesday, January 07, 2009

Derma Untuk Tabung Palestine

Keganasan Israel terhadap Palestine sudah kita ketahui. Tidak banyak yang mampu kita lakukan selain daripada berdoa dan memboikot segala-gala yang berkaitan dengan rejim Zionis tersebut.

Selain daripada itu kita juga boleh menyumbang kepada Tabung NSTP Untuk GAZA yang dilancarkan oleh NSTP baru-baru ini. Sumbangan kita walaupun sedikit [RM5 @ RM10] mampu untuk meringankan sedikit beban mangsa kekejaman Zionis tersebut. Ayuh, marilah kita menderma dengan memindahkan sedikit sumbangan ke akaun Maybank no. 514105-320501.

IJN Kekal: Sime Darby Batalkan Pengambilalihan

Sime Darby Berhad akhirnya tunduk kepada desakan rakyat Malaysia yang juga pemegang saham utama syarikat tersebut (melalui PNB, EPF & Yayasan Pelaburan Bumiputra) dan membatalkan cadangannya untuk mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN).

Pembatalan ini adalah merupakan kemenangan kepada rakyat Malaysia yang menentang cadangan tersebut. Blogawan, ahli politik, doktor di IJN dan juga para alumni pesakit IJN rata-ratanya menentang cadangan pengambil alihan tersebut memandangkan IJN telah memberi sumbangan yang amat bermakna kepada negara di dalam memberikan rawatan jantung kelas dunia. Ianya bukan sahaja diiktiraf di dalam negara malahan luar negara.

IJN tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Doktor-doktornya gembira memberikan perkhidmatan, syarikat yang menguruskannya tidak menghadapi masalah kewangan, pesakit juga gembira dengan perkhidmatan yang diberikan, pendek kata IJN tidak ada masalah. Jadi cadangan pengambilalihan tersebut sungguh tidak kena pada masanya dan tidak sewajarnya dilaksanakan.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang berjaya membentuk satu masyarakat prihatin dan bersama-sama mencorakkan negara ini.

Berita berkaitan dengan pembatalan tersebut adalah seperti berikut:

Sime Darby batal ambil alih IJN

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Sime Darby Bhd. (Sime Darby), sebuah konglomerat tempatan yang sebelum ini berhasrat mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) sehingga menimbulkan bantahan ramai, hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan cadangan itu.

Syarikat milik kerajaan itu dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya telah mencapai satu persefahaman selepas mengambil kira sentimen orang ramai dan juga maklum balas yang diterimanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penangguhan terhadap rancangan Sime Darby untuk memulakan perundingan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan bagi membeli 51 peratus kepentingan dalam IJN.

IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn. Bhd., dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dalam kenyataan yang sama berkata, pihaknya menghormati kehendak rakyat negara ini supaya IJN kekal dalam bentuk yang sedia ada.

Beliau berkata, ''Kami percaya pelaburan berterusan dalam penjagaan kardiovaskular penting kerana ia adalah punca utama pesakit dimasukkan ke hospital dan menjadi salah satu punca utama kematian di Malaysia.

''Perkongsian dengan IJN sekiranya terlaksana akan menguntungkan kami, IJN, pemegang kepentingan dan juga orang ramai, dan bersandarkan hakikat itu kami telah mengemukakan cadangan pembelian ekuiti itu kepada kerajaan.

''Tetapi, kami sebagai sebuah syarikat yang mana pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat negara ini, menghormati hasrat mereka supaya (status) IJN dikekalkan seperti mana adanya,'' kata beliau lagi.

Sime Darby menjelaskan, pada Ogos lalu, pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan tentang hasratnya memiliki kepentingan IJN kerana melihat kepada faedah meluaskan skop dan skala operasi Sime Darby Healthcare, sebuah cabang operasi penjagaan kesihatan Sime Darby dan IJN.

Jelasnya, semasa memajukan cadangan itu, Sime Darby menyedari peranan IJN dalam menyediakan rawatan perubatan yang cemerlang pada harga berpatutan, terutama kepada golongan pesara, berpendapatan rendah dan miskin.

Katanya, cadangan pemilikan IJN adalah memastikan rakyat tidak dipinggirkan daripada menerima rawatan kesihatan berkelas dunia dan juga menjamin mereka yang berkenaan termasuk juga golongan pendapatan rendah dan sederhana terus menikmati perkhidmatan seperti mana sebelumnya tanpa ada perubahan.

Berdasarkan cadangan dan jaminan itu, kerajaan memberikan 'lampu hijau' kepada Sime Darby untuk melaksanakan kajian berhemat ke atas IJN dan menyediakan pelan perniagaan bersepadu yang perlu diperakui lebih dahulu oleh Kementerian Kewangan sebelum Sime Darby dibenarkan menguasai kepentingan berkenaan.

Ahmad Zubir kekal optimis dengan prospek sektor penjagaan kesihatan dan akan terus mencari peluang untuk mengembangkan sektor berkenaan, sekali gus menjadikan Sime Darby sebagai penyedia penjagaan kesihatan standard di rantau ini.

Monday, January 05, 2009

Terkini: Mesyuarat EPU & MoF Berkaitan IJN

Blogawan A-Voice di dalam catatan terkininya memaklumkan bahawa mesyuarat diantara Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan (MoF) pada petang 5 Januari 2009 berkesudahan EPU - mahukan penswastaan IJN, manakala MoF menentang cadangan tersebut.

EPU terletak dibawah kuasa Jabatan Perdana Menteri dan diketuai oleh Tan Sri Sulaiman Mahbob, seorang pencen yang dilantik ke Institut Integriti Malaysia sebelum dipindahkan ke EPU. Apakah kedudukan beliau di bawah JPM meletakkan beliau sebagai bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri dan juga mereka-mereka yang di tingkat 4, Bangunan Perdana Putra?

Manakala MoF pula bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri, bakal Presiden UMNO dan Perdana Menteri menjelang March 2009 ini.

Adakah apa yang berlaku ini adalah pertembungan di antara Perdana Menteri [Abdullah Ahmad Badawi] dengan Timbalannya [Najib Tun Razak]? Nampaknya begitulah. Pertimbangan ke atas sesuatu yang sepenting ini semestinya memerlukan keputusan daripada Menteri yang bertanggungjawab. Di dalam hal ini, kedua-dua PM dan TPM adalah Menteri yang bertangungjawab ke atas agensi-agensi berkenaan di bawah selian Kementerian masing-masing.

Dengan begitu banyaknya tentangan daripada masyarakat, dengan begitu banyakknya komen yang dibangkitkan oleh para blogawan serta ketidaksesuaian perancangan ini dilaksanakan pada ketika ini di mana BN telah kehilangan majoriti 2/3nya, mengapakan EPU (baca JPM) begitu bertegas untuk memastikan Sime Darby berjaya melahap IJN?

Apakah kerana nilai tanah di kawasan itu [Jalan Tun Razak] yang tinggi mewajarkan tindakan ini diambil dan menyediakan golden handshake untuk mereka yang terlibat? Sekiranya itu faktor yang menjadi asas kepada kewajaran tindakan penswastaan ini, siapakah yang bakal menerima laba daripada transaksi ini?

Memandangkan MoF menentang cadangan penswastaan ini, kenapa Menterinya tidak bersuara dengan jelas tentang tentangannya? Apa yang dia takutkan?

Dengan perkembangan terkini berkaitan dengan penglibatan EPU, C-bOk rasa wajar juga kempen selamatkan IJN daripada Sime Darby di kembangkan kepada:

"Kempen Selamatkan IJN daripada
EPU dan Sime Darby"

Kempen Selamatkan IJN

C-bOk mungkin terlewat membincangkan isu ini. Tetapi blogawan-blogawan lain telah ramai yang menulis tentangnya. Rata-rata menentang sebarang usaha untuk menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby.

Satu kempen untuk membantah usaha ini juga telah digerakkan di kalangan blogawan dengan meletakkan logo anti penswastaan ini di dalam blog-blog mereka. C-bOk tidak terkecuali, malahan berharap usaha murni blogawan untuk mengekalkan status quo IJN dalam bentuk asalnya akan berjaya membuka mata semua yang terlibat untuk tidak membuat sebarang keputusan yang kelaknya akan memberi kesan kepada satu inisiatif kemasyarakatan yang begitu murni di dalam memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia kepada masyarakat kebanyakkan dalam bentuk IJN.

Ironinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang boleh digelarkan bapa penswastaan negara juga tidak menyokong cadangan untuk menswastakan IJN. Selain daripada menerima rawatan jantung di IJN sebanyak dua kali, Tun sedar bahawa IJN telah banyak berjasa kepada rakyat di dalam memberikan perkhidmatan kelas terbaik dengan harga yang berpatutan. Doktornya bukan sahaja pakar di dalam bidang masing-masing, mereka juga mendapat ganjaran lumayan serta diberikan gelaran-gelaran duniawi seperti Datuk, Datuk Sri dan Tan Sri yang menjadi tiket untuk mendapatkan pelbagai kemudahan serta peluang yang lain pula.

Sehubungan dengan itu, motif kepada inisiatif untuk menswastakan IJN sungguh mengelirukan. Apakah yang ingin dicapai daripada inisiatif ini? Adakah untuk menjadikannya ianya lebih baik daripada sekarang? Dalam bentuk apa? Bukankah IJN baru sahaja dinaik taraf dengan menyediakan ruang tambahan yang mampu untuk menerima pesakit tambahan? Bukankah semua Doktornya mendapat pulangan yang lumayan serta pelbagai kemudahan lain? Bukankah perkhidmatannya sudah bertaraf dunia?

Jadi kenapa Pengerusi Sime Darby [Tun Musa] begitu ber-ia-ia untuk memastikan pengambilalihan ini berjaya? Apakah asas pertimbangan kerajaan [Perdana Menteri, Kabinet, EPU dan MoF] di dalam hal ini adalah semata-mata berasaskan kepada janji mulut Sime Darby untuk mengekalkan status quo IJN dari segi perkhidmatan dan bayaran perkhidmatannya. Bolehkah janji mulut itu dipercayai? Apakah escape clause sekiranya Sime Darby gagal di dalam mengotakan janji-janjinya?

Dalam hal ini juga kita melihat terlalu sedikit komen yang diberikan oleh pihak pembangkang. Tidak ada komen-komen menyengat daripada PKR, PAS dan DAP. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa mereka mungkin akan menyokong cadangan ini dalam diam dan amat berharap ianya akan menjadi kenyataan. Kerana sekiranya ianya menjadi kenyataan, maka itulah masanya mereka akan menghentam Kerajaan balik. Ibarat kata, satu isu bonus kepada mereka.

Perdana Menteri dan Kabinet perlu memikirkan perkara ini semasak-masaknya. Mereka yang menentang bukan bermakna mereka itu anti Kerajaan atau anti establishment. Mereka menentang kerana mereka sayang. Mereka mahu mengekalkan status quo, termasuk suasana sedia ada yang kondusif. Kesilapan membuat keputusan pasti akan memberi kesenangan serta kepuasan kepada beberapa pihak sedangkan dalam masa yang sama kita membunuh sebuah institusi. Kata-kata Tun Dr. Mahahir berikut wajar diberikan perhatian yang mendalam:

"The Barisan Nasional Government is not too popular today. Why do something that may give the opposition another issue to belabour the Government."

Saturday, January 03, 2009

Wah! Hebat Sungguh. Memartabatkan Bahasa Melayu?

C-bOk kena tulis baik-baik pasal hal ini. Nanti kena saman RM30 juta. Tak pasal-pasal bangkrap pulak nanti.

Tetapi nampaknya Bahasa Melayu kini semakin hebat. Ramai mubaligh Kristian dan juga orang politik [bukan Melayu] yang melihat Bahasa Melayu sebagai sangat penting sehinggakan ianya dianggap "dapat memantapkan kepercayaan mereka" di dalam beragama.

Sehubungan dengan itu mereka meminta Bible di terbitkan dalam Bahasa Melayu dan nama Tuhan mereka juga diterjemahkan sebagai Allah.

Wah! Hebat sungguh.

Soalnya sejak bila pula mereka belajar agama mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu? Nak tulis nama jalan pun mereka seboleh mungkin tak mahu menggunakan Bahasa Melayu. Tetapi dalam soal ini sibuk pula dengan Bahasa Melayu.

Alaa...., dia orang ingat kita ni bodoh sangat ke? Dia orang ingat kita tak tahu ke maksud tersirat dan niat tersembunyi di sebalik segala hu - ha tentang Bahasa Melayu dengan agama ini?

Friday, January 02, 2009

Blog Menghina Rasulullah Lagi



Ini dia blog yang menghina Rasulullah. Mungkin dibuat oleh orang yang sama seperti yang heboh baru-baru ini.

Orang ini juga cuba hendak memporak perandakan alam cyber dengan perbuatannya yang terang-terang menghina Rasulullah. Mungkin dia amat yakin yang tidak ada tindakan boleh diambil terhadapnya. Namun sepandai-pandai tupai melompat, satu hari nanti jatuh ke tanah juga.

Kita tidak rugi apa-apa dengan perbuatan orang gila ini. Namun elok juga pakar-pakar IT di Bukit Aman, JAKIM dan SKMM mengesan pemiliknya. Rasanya dengan kemahiran IT, mudah sahaja untuk mengesan barua ni. Alamat blognya adalah: http://adibahahmed.blogspot.com/