Friday, January 23, 2009

Menteri Besar Tidak Tahu? Apa Yang Dia Tahu?

Introduction

Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) is a wholly owned subsidiary of Selangor State Development Corporation (PKNS). SIC is engaged in construction of residential and industrial building activities as well as supply of construction materials to the construction industry. SIC is also actively involved in as insurance agent, property development and project management services.

Petikan di atas C-bOk ambil daripada laman web Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC). Alamat laman web ini adalah: http://www.sic.com.my. SIC adalah sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di mana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah Pengerusinya.

Malangnya, Tan Sri Khalid tidak tahu tentang wujudnya SIC apabila timbul isu beliau membuat arahan untuk menggunakan wang Kerajaan sebanyak RM110,400 untuk membeli lembu korban semasa Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini. Ada bukti menunjukkan satu arahan telah dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid supaya SIC membayar pembelian itu dan ada resit untuk menyokong yang pembayaran tersebut telah dibuat.

C-bOk terpegun.

Bagaimana seorang MB tidak tahu tentang kewujudan sebuah anak syarikat di dalam organisasi di mana beliau sendiri adalah Pengerusinya? Betul-betul dia tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu? Kalau buat-buat tidak tahu adakah beliau menipu? Kalau beliau menipu, apakah motifnya? Adakah untuk mengelakkan daripada pertuduhan yang dibuat ke atas beliau tentang salah guna peruntukan Kerajaan untuk tujuan parti dan peribadi?

Malang sungguh lah orang Selangor mempunyai Menteri Besar seperti ini. Kesian kepada SIC kerana sudahlah dipergunakan, selepas itu jasanya tidak dihargai langsung.

1 comment:

Anonymous said...

Sdr Zainal. Itulah akibatnya kalau terlebih bermain politik sehinggakan tidak ingat lagi apa yang dicakapkan, kerana pagi cakap lain, petang cakap lain, di tempat ini cakap itu, di sana cakap ini hinggakan bercelaru jadinya. Sebagai orang melayu yang berugama Islam sepatutnya kita tunjukkan contoh tauladan yang baik, berani bercakap benar walau dimana kita berada, sekiranya tersilap apalah salahnya mengaku kesilapan dan memohon maaf, tidakkah itu lebih manis dan berwibawa.