Saturday, October 11, 2008

Apa Cerrrrrr....?

C-bOk rasa kita ada masalah di dalam mencari identiti diri kita. Ini terbukti di dalam tindakan memberikan anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan sempena dengan Hari Jadi Yang Di Pertua Negeri Melaka. Apa jasa Shah Rukh Khan kepada kerajaan Negeri Melaka dan Malaysia sehingga beliau layak diberikan anugerah yang bergelar Datuk?

Adakah kita tidak mempunyai artis, pelakon atau penggerak seni yang layak untuk menerima anugerah berkenaan? Bukankah ramai lagi artis kita yang telah berjasa kepada negara. Rosyam Nor misalnya banyak menyumbang kepada pembangunan industri seni negara. Nak tunggu dia mati dulu ke baru sibuk nak beri anugerah? Bukan setakat Rosyam Nor sahaja. Bagaimana pula dengan Fauziah Nawi, M. Nasir, Habsah Hassan, Allahyarham LoloQ dan ramai lagi? Apa....., mereka tidak layak?

Memberi hanya sekadar memberi tanpa kriteria jelas - inilah jadinya. Sudah lah ramai sangat budak-budak muda yang diberikan anugerah yang membawa prestige ini. Kini di beri pula kepada orang luar yang tidak jelas sumbangannya kepada negara (ada ke?). Janganlah kita menggadaikan maruah dan budaya kita untuk sesuatu yang hanya mereka yang mencadang dan meluluskan anugerah ini sahaj yang tahu.

Apa cerrrrrr....?

5 comments:

zeme said...

Salam saudara C-Bok,

Kerajaan Melaka memang tidak menjaga integriti penganugerahan Datukship. Saya tidak heran dengan Datuk-Datuk kurnian dari kerajaan Melaka. Datukship Melaka boleh dikatakan setaraf dengan Pingat Bakti kerajaan-kerajaan negeri lain kini.

Kalau saudara C-Bok hantar proposal kepada kerajaan Melaka pun, mungkin saudara akan dapat Datuk juga. Hehehe..

. said...

Perlukah beri datukship kepada artis ni?

Nad Eusoff said...

ntah ape ape la..
ada ke si SRK tuh yg dpt gelaran datuk..
tak patut betul!

byk lagi veteren2 kat mesia nih yg layak..
pelakun ke, penyanyi ke,
ha, si wan maimunah tuh very talented tak plak bagi ape2 award..
hairan sungguh la

R@duan said...

Dah dekat dua malam saya tidor tak berapa lena sebabkan benda ni. Dekat nak lena je terbayang Shah Rukh Khan, dekat nak lena je terbayang Ali Rustam, dekat nak lena je terbayang Najib, dekat nak lena je terbayang Rosmah...

Anonymous said...

memang tak masuk akal langsung ...