Monday, November 10, 2008

Politik Wang. Betul ke Tidak?

Bercakap tentang politik wang khususnya di dalam pemilihan kepimpinan UMNO sekarang ini bukan calang-calang topik. Semua bercakap tentangnya. Daripada ahli cawangan, bahagian, negeri dan juga pusat. Yang bercakap pun handal-handal belaka. Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden, calun-calun jawatan utama dan juga Presiden sendiri.

Hari ini, Presiden parti, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi juga bercakap mengenainya. Cakap-cakap beliau seolah-olah mengesahkan apa yang berlaku. Apabila yang bercakap itu seorang yang duduk di hiraki tertinggi kepimpinan, tentulah maklumatnya bukan calang-calang maklumat. Hanya maklumat yang telah ditapis dan disahihkan ketulenannya sampai ke Presiden (sepatutnya). Pastinya beserta dengan bukti-bukti yang jelas. Kalau tidak pastilah Presiden tidak bercakap dengan nada yang begitu sedih. Siap dengan muka-mukanya menunjukkan kesedihan dan kemarahan.

Namun disebalik cakap-cakap ini sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, ianya kekal sebagai cakap-cakap sahaja. Tidak ada tindakan yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah ini. Maka cakap-cakap itu hanya akan kekal sebagai cakap-cakap atau pun digunakan kelak untuk mengungut mana-mana calun yang cuba nak lawan tokey (?)

5 comments:

bungaraya said...

jelas dan terang sekali. Sehingga kini termasuk saudara dan saya jugapun, belum nampak satupun cadangan yang disuarakan oleh golongan bijakpandai melayu tentang cara maupun kaedah yang dikira dapat menyelesaikan dengan segera politik wang dalam UMNO yang sangat kritikal ini.
Ada cara?.
Jawapannya masih belum ada.
Hussin Lempoyang yang asyik mengutuk UMNO itu, juga masih belum mengemukakan kaedah bagaimana untuk mengnyahkan politik wang dlm UMNO.
Mereka yang serius dlm penulisannya dlm blog, spt Nobisha sekalipun, masih belum mencadangkan kaedah tersebut.
Begitu juga dengan para Menteri negara.
Apa yang ada hanyalah suara kecewa dan meminta supaya ianya dihapuskan segera. Tapi dalam pada itu
geng-geng mereka juga yang terjerumus dalam politik wang.
Untuk lebih nyata lagi, mereka sebenarnya menjadikan wang sebagai salah satu senjata yang digunakan dalam mencapai cita-cita politik mereka.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Tuan,

Betul, malah semakin parah..dah sampai ke akar umbi. Amat bahaya.

Akar Umbi said...

Jelas merupakan punca utama kerosakan sistem di dalam UMNO. Kita hanya mampu menunggu datangnya musibah yang seterusnya.

Anonymous said...

politik wang ni sama dengan najis dadah malahan ianya lebih terok dari penagih najis dadah. tiada siapa bolih mengubahnya melainkan pemimpin tertinggi tapi ........... kalau pemimpin tertinggi pun sewaktu dengannya. sebagai seorang islam dan hampir 100% ahlinya beragama islam sendiri mahu ingat.

Al-Maaidah Surah 5 Ayat 42

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Carian : http://quran.al-islam.com/

kawaii_desu said...

sebenarnay golongan muda blh memainkan peranan sekiranya diberi peluang...

bukan sekadar menyalak di luar gelanggang

tetapi, golongan yg dah corrupted ini sehabis boleh akan menghadang sapa2 yg tidak blh dicucuk lubang hidungnya...

itulah yg berlaku di dalam UMNO... yg pandai disingkirkan...