Monday, May 11, 2009

Kemelut di Perak: Antara Nizar dan Zambry!

Antara Nizar dan Zambry!

1. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang mengistiharkan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana penggugurannya telah dibuat secara tidak sah;

2. Seperti yang dijangka, Mahkamah Tinggi dan institusi kehakiman disanjung tinggi kerana keputusan yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Zamry? (sure kena kutuk punya);

3. Hanya undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh melucutkan jawatan Menteri Besar. Jadi walaupun DYMM Tuanku Sultan Perak beranggapan MB sudah tidak mempunyai sokongan majoriti, cara perlucutan jawatan itu tidak betul. Ringkasnya, ini adalah kesilapan teknikal;

4. Pihak Barisan Nasional (BN) masih mempunyai majoriti di DUN dengan 28 ADUN BN + 3 ADUN Bebas yang menyokong BN = 31 berbanding dengan 28 ADUN Pakatan Rakyat;

5. BN dijangka akan memanggil Sidang DUN dan mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar.

6. Sekiranya ini dilakukan, BN dijangka akan menang mudah (31 undi) dan perlucutan Nizar sebagai MB akan disahkan oleh DUN.

7. Maka, Nizar hanya akan kekal sebagai MB sehingga ke tarikh persidangan DUN yang akan datang.

8. Dengan kemelut yang berlanjutan ini, apa yang kita/rakyat dapat?

2 comments:

Melayu Sejati said...

Bro,

AKU DAH KAT...7HB ADALAH TARIKH POPULAR?

SEBELUM NAK BUAT UNDI TAK PERCAYA PADA NIZAR...NIZAR AKAN BUBAR DEWAN DAN PRK DUN PERAK ON...?

MUNGKIN 7 JUL 09...PRK DUN PERAK

KIH KIH KIH...MELAYU JANGAN NGANGA...BUKAN SEMUA MELAYU BODOH...KIH KIH KIH

Anonymous said...

Hak sokong UMNO/BN tentu dapat mentekedarah duit rakyat.

Sub jangan tak sub kontrak tu. Sapu jangan tak sapu duit tu. Depan cakap manis dengan orangramai belakang sapu duit rasuah.

Melayu Juga