Monday, June 01, 2009

Hipokrit Betul....

1. Hipokrit ada macam-macam hipokrit;

2. Namun hipokrit yang paling brutal ialah hipokrit orang politik;

3. Contoh hipokrit paling haprak ialah hipokrit Dr. Lo Lo, Ahli Parlimen Titiwangsa;

4. Pada satu ketika, beliau nampak begitu tegas memperjuangkan hak kaum wanita. Sampai nak bergegar dunia dengan kelantangan beliau menempelak Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik kerana menggunakan perkataan "tandas" ketika menjawap pertanyaan Dr. Lo Lo yang menjengkelkan;

5. Bagi Dr. Lo Lo, hak serta kemuliaan wanita tidak wajar dipermainkan. Raja Nong Chik di minta memohon maaf atau surat aduan akan dibuat terus kepada Perdana Menteri (sudah dibuat ke belum?);

6. Namun tak sampai beberapa hari kemudian, kawan baik (pakatan tidur sebantal mimpi lain-lain) beliau, Azmin Ali menyifatkan seorang wanita/ibu/isteri, Puan Aminah Abdullah yang bertanding sebagai calun bebas di Penanti sebagai "minah ronggeng". Masa zaman dulu-dulu (kira-kira lepas merdeka), minah ronggeng ini adalah gelaran kepada gadis-gadis yang digunakan sebagai teman menari joget lambak;

7. Ringkasnya "minah ronggeng" bukanlah satu gelaran untuk orang baik-baik. gelaran itu adalah satu penghinaan kepada seorang wanita/ibu/isteri;

8. C-bOk menunggu-nunggu apa kata Dr. Lo Lo, juara mempertahankan hak wanita;

9. Walaubagaimanapun, Dr. Lo Lo dan blog beliau di sini, kata tak apa....., sebab Kak Min sendiri "menerima" gelaran tersebut;

10. Budak sekolah darjah satu pun tahu "penerimaan" Kak Min terhadap gelaran minah ronggeng tersebut lebih berbentuk memperli balik kepada Azmin tentang adap dan budaya apabila kita bercakap sebagai orang Melayu yang bersopan santun;

11. Episod ini menunjukkan betapa orang politik, walaupun berimejkan Islam serta srikandi sekali pun, bila dah jadi orang politik - kiblat utama adalah kuasa. Matlamat menghalalkan cara.

12. Sungguh hipokrit....

4 comments:

pakngah santan said...

loq loq ni nampaknya cuma muslimah oloq-oloq.

untuk seorang yang lebih islam dari orang islam lain, saya kira dia bukan hanya hipokrit tapi munafik.

ZulBahau said...

kalau dah kita namakan hipokrit..apa pula yang diharapkan dari seorang yang hipokrit...

Anonymous said...

Dia tengah laloq tu

Anonymous said...

Isu SIS vs PAS terbaru...
Lawatilah http://bersatuislamelayu.blogspot.com/