Monday, August 31, 2009

Khalid to Khalid: Manage the People Not Your Political Career!



Isu mengarak kepala lembu ke pejabat Y.A.B Menteri Besar digunakan oleh kedua-dua orang tokoh bernama Khalid di Selangor untuk kepentingan politik mereka.
Isu sebenar adalah isu pembinaan kuil di kawasan Melayu yang gagal ditangani oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dengan berkesan. C-bOk tidak menyokong langsung tindakan tidak sensitif oleh pengarak-pengarak kepala lembu berkenaan. Namun, sebelum menuduh UMNO yang melakukannya, elok juga kedua-dua Khalid di Selangor ini membaca catatan ini.
Kepada masayarakat pengundi di Shah Alam dan Selangor, buatlah penilaian yang bernas.

1 comment:

Anonymous said...

Maaf saya baru jumpa blog ini. Sebagai penduduk Sek 19 masalah ini memang wajar diberi perhatian. PKNS berjanji kuil 19 akan dipindahakn sebab disitu tapak rumah 16 unit. Semasa penduduk pindah 1988 kuil itu kecil & usang terletak dikawasan terbiar digunakan penduduk setinggan dekat jalan keretapi. Pada tahun 2000 penduduk India kawasan lain datang beramai2 bergabung dengan setinggan aktifkan kuil itu. Th 2003 PKNS arahkan kuil pindah ke Seksyen 18. Tetapi tidak pun pindah. Penduduk setinggan dipindahkan th 2005. Kuil jadi makin aktif selepas itu, Penduduk dari luar besarkan kawasan selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan kesitu. Pada 28/7/2006 Persatuan penduduk mohon campurtangan DYMM Sultan Selangor. 2 papan notis "Tanah Milik PKNS Penceroboh didakwa" dipasang. Penguatkuasa MBSA beritau penduduk campur tangan pemimpin MIC bila tindakan diambil. Kuil dapat sokongan komuniti India dari kawasan lain. Penguatkuasa sering diugut dan diancam.Pemimpin UMNO tidak serius atasi masalah penduduk. Makin banyak aduan kuil makin besar. Pda 27.7.2007. aduan dibuat kepada BPR dan Biro Pengaduan Awam JPM. Pada 29/12/2007 MBSA maklumkan kuil akan pindah ke Seksyen 22. Selepas PR berkuasa pemindahan dibatalkan alasan tapak itu jauh kedalam. April 2008 perjumpaan penduduk dengan YB Adun beliau cadangkan pasang tembuk keliling kuil. Penduduk 19 bantah. Pihak kuil pasang bendera PKR dan PAS pada notis larangan ceroboh tanah PKNS. Pemuda kuil kata kedua2 parti sudah sokong tak payah pindah. Keramaian bergendang kerap diadakan pada Julai 2008. Pada 26/7/2008 mereka bergendang pd jam 9-11 malam. Selepas itu buat perarakan bergendang bawa 3 patung kuda terbang dihadapan rumah2 penduduk Islam pada jam 1 pagi. Penduduk tegur bising diugut. Selepas polis ronda pergi mereka jerit "Apa komplen2, Melayu bodoh". Penduduk buat perjumpaan dgn AP Shah Alam pada 9/8/2008 hantar surat bantahan dan salinan lapuran polis di Masjid Ubudiah. Beliau janji akan selesaikan dalam masa setahun . Pada 12/8/2008 perjumpaan 5 wakil Penduduk Islam, Wakil kuil (sangat ramai), Adun2 dan AP di pej Adun Seksyen 23. Seorang Ustaz PAS datang sebagai pemerhati buat komen kepada penduduk, AP Shah Alam sokong Hindu Kuil. Tiada perubahan selepas aduan dan perjumpaan. Gangguan bising hampir setiap pagi dan malam. Kumpulan gengster 303 sering ganggu kawasan. Mereka bising, mabuk dan berani ugut jika ditegur. Dis 2008 ubahsuai kuil dibuat lagi. Ustaz PAS kenalkan penduduk kepada NGO sebab beliau yakin NGO dapat bantu. Pada 8/1/2009 AP Shah Alam bertegang leher dgn NGO tuduh mereka buat provokasi didalangi penyokong UMNO. Rujuk blog beliau pada 10/1 tajuk Persoalan Kuil 19 dan tindakan Pewaris dan 12/1/2009 Undang2 double standard dan BN. Pada 10/1/2009 NGO dirikan gelanggang elak kawasan terus diceroboh. Pada 5/5/2009 penduduk hantar surat kpd MB minta kuil 19 pindah. Pd 8/5/2009 jawapan Adun persatuan kuil setuju pindah & selesai masa terdekat. Pilihan mereka Sek 23. Bantahan 23 jadi isu Negara. Khalid Samad dan Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. AP Shah Alam sepatutnya dipersalahkan kerana batalkan pemindahan kuil ke Sek 22, beliau tidak layan aduan penduduk. NGO bantu penduduk Islam beliau sokong Hindu kuil. Kenapa ada double standard? Kenapa Khalid Samad lebih simpati kepada Hindu Kuil? Mereka datang dari kawasan lain menceroboh dan mengganggu ketenteraman penduduk? Tiba2 kuil usang dan kecil pada tahun 1988 jadi 150 tahun? Sambungan haram dikuil itu belum pun sampai 100 bulan lagi. Blog PAS sokong Hindu kuil.Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.