Monday, October 26, 2009

Chua Jui Meng Mudah Lupa?

Chua Jui Meng pernah menjadi menteri di salah sebuah Kementerian yang agak penting. Beliau pernah menjadi Menteri Kesihatan dan juga Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau menjadi Menteri kerana beliau layak, beliau pemimpin parti MCA kanan (ketika itu) dan juga kerana Malaysia mengamalkan sistem masyarakat majmuk yang memberi peluang kepada semua untuk mencapai kejayaan. Semua boleh menjadi pemimpin sekiranya dipilih serta disokong oleh ahli-ahli di mana mereka bernaung.

Namun, semalam dalam satu majlis PKR di Sabah beliau berkata:

"Satu daripada sebab saya tinggalkan MCA untuk sertai PKR ialah kenyataan Wan Azizah selaku Presiden PKR yang menyentuh perasaan saya. Wan Azizah berkata PKR menolak ketuanan Melayu, yang kita (PKR) hendak tegakkan di Malaysia ialah ketuanan rakyat Malaysia."

Jui Meng seterusnya berkata,

"Jika ada ketuanan Melayu tentu ada hamba. Siapa hamba? Hamba orang Cina di Sabah, hamba seperti saya di Semenanjung, R. Sivarasa di Kuala Lumpur, orang Tionghua, orang India. Ketuanan Melayu kita jadi hamba."

Waah..., betullah Chua Jui Meng sudah lupa atau mudah lupa. Apabila beliau diangkat menjadi pemimpin di mana, orang-orang lain pelbagai bangsa termasuk Melayu, China, India dan lain-lain bangsa di negara ini bekerja di bawah beliau di Kementerian-Kementerian penting Kerajaan sebelum ini, adakah mereka menganggap Chua Jui Meng sebagai tuan dan yang bekerja di bawah beliau itu hamba?

Kenapa perlu beliau mengungkit soal tuan dan hamba? Betul ke Chua Jui Meng menjadi hamba? Siapa tuannya? C-bOk rasa kenyataan ini berbaur hasutan. Chua Jui Meng adalah seorang ahli politik yang lupa daratan.

Apabila beliau mendapat habuan duniawi sebagai Menteri, semuanya betul. Namun, apabila masyarakat China sendiri menolak kempimpinan beliau, kini beliau mengungkit tentang soal "Ketuanan Melayu" dan soal hamba.

Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud Melayu jadi tuan manakala bangsa lain jadi hamba. Ketuanan Melayu adalah definasi kepada semangat penubuhan negara ini yang telah dipersetujui oleh pemimpin kita terdahulu ketika membentuk sebuah negara yang bebas daripada penjajahan.

Sungguh rendah moral mereka yang berpolitik untuk kepentingan diri sendiri. Sanggup mereka menghasut sebegitu semata-mata untuk kuasa. Bagi C-bOk, kenyataan beliau di atas bukan sahaja menghasut, tetapi boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Malangnya, mereka yang di dalam PKR (pemimpin dan penyokongnya) suka dengan pemimpin yang sebegini.....

5 comments:

Anonymous said...

sorry to say....orang yang mudah lupa ni patut dijadikan target untuk menembak...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
cekodokmasin said...

cina mudah lupa da...

RADZI AR said...

dia tak lupa...dia dah celik dah cuma hampa saja yg tak sedar2 buta hati...

pasti comment ni kena delete punya...tau dah....
mudahan terbukalah pintu hati saudara

Zainal A. Kasim said...

Saudara Radzi AR,

1. Saya tidak pernah membatalkan atau delete mana-mana komen kecuali yang bertentangan dengan Rukunegara;

2. Saya mengamalkan kebebasan suara serta kebebasan untuk mengutarakan pandangan. Saya dengan pandangan saya dan saudara dengan pandangan saudara;

3. Sehubungan dengan itu saya tertanya-tanya kenapa ramai sangat orang yang tidak bersetuju dengan Kerajaan (bukan saudara sahaja, ramai sangat) yang buat komen dalam blog saya, selepas itu buat "assumption" yang saya tidak akan siarkan. Adakah itu sahaja tahap perjuangan saudara dan rakan-rakan yang seumpamanya?;

4. Seperkara lagi, apabila sudah membuat blog, sewajarnya menggunakan blog itu untuk mengutarakan pandangan dan perjuangan saudara, bukannya buat blog kosong untuk dapat ID (nama samaran pulak tu) bagi meninggalkan komen didunia blog umpama "lempar batu semunyi tangan";

5. Berbalik kepada Chua Jui Meng yang saudara katakan "telah celik". Tahukah apa yang diperjuangkannya sekarang? Dia memperjuangkan penghapusan ketuanan melayu. Ketuanan melayu bermaksud Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak pemerintahan negara dan negeri yang secara automatik menjadi simbol agama kita;

6. Chua Jui Meng tidak mahu itu dan menggunakan perjuangan anti ketuanan melayu untuk melanjutkan agendanya. Dalam masa yang sama membuat kenyataan bahawa Melayu jadi tuan dan orang lain jadi hamba. Adakah itu realitinya di negara kita ini sekarang?;

7. Jadi benarkan saudara sudah celik?