Friday, January 01, 2010

Perundangan Islam di Putus Oleh Bukan Islam?

C-bOk merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Laa yang membenarkan penggunaan Allah oleh penerbitan Herald Catholic Weekly.

Keputusan ini diambang tahun baru adalah sesuatu yang sungguh tidak menyeronokkan. Ini adalah satu penghinaan kepada Islam apabila hak-hak orang Islam ditentukan oleh orang bukan Islam. Bukankah kata pemutus berkaitan dengan hal ehwal Islam di negara ini terletak di bawah kuasa Raja-Raja Melayu yang beragama Islam?

5 comments:

Azrul Hisham said...

setahu saya hakim mahkamah tinggi dilantik oleh yang Di-Pertuan Agong kan?

fs-86 said...

Ini bukan salah PAS, UMNO atau PKR kerana ianya diputuskan oleh mahkamah. Perkara ini adalah kerana kebodohan orang cerdik pandai di negara kita yang menggubal akan segala undang-undang tetapi lupa untuk menggubal undang-undang untuk meng"eksklusif"kan perkataan "Allah" hanya kepada orang Islam.

Sepatutnya kita mengambil iktibar dari Turki yang lebih kurang 90 tahun merdeka. Mereka meletakkan pada perlembagaan mereka yang turki adalah negara sekular selagi wujudnya Turki dan perlembagaan tersebut tidak boleh dipinda. Oleh itu, sesiapa memerintah pun tak akan timbul isu meng"Islam"kan Turki.

Inilah akibat pemimpin yang pandai cakap.

Mereka yang kafir mahu mengkristiankan umat Islam di negara ini dengan menggandakan bahan bacaan menggunakan perkataan Allah. Umat Islam akan terkeliru lalu terpesonglah akidah mereka. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah serta alim ulama seluruh Malaysia menggandakan usaha dakwah Islamiah.

Allahu Akbar, Allah itu tidak beranak dan tidak berbapa.

Kembara Politik said...

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah
Khamis, 03 Januari 2008
Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

****
Fatwa oleh Dewan Ulamak Pas ini digunakan oleh Herald sebagai sokongan yang kuat terhadap agenda mereka.

Rujuk muka hadapan Herald Online yang mendakwa bahawa Pas membenarkan mereka menggunakannya.

Rujuk sini:
http://azharshafie.blogspot.com/2009/12/ulang-siaran-allah-is-god-but-god-is.html

Anonymous said...

Yang isu DSAI di bawa ke mahkamah civil tu pe pulak jadahnya! Bukankah itu di bawah kuasa mahkamah syariah(?), naper hangpa tak bantah? 2xstandard.

Zainal A. Kasim said...

Anon 11.19 PM,

Perkara ini adalah soal akidah.

Mempertahankan penyalahgunaan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang-orang kafir sudah jelas menjadi tanggungjawab kita.

Isu DSAI adalah isu politik. DSAI tidak maksum dan tidak wajar disamakan dengan isu kalimah "Allah" ini.

Kedua-duanya adalah isu yang berbeza dan sewajarnya dipertahankan oleh semua orang Islam.

Jadi, nasihat saya, kalau nak berpolitik - lihat kepada isunya dahulu. Jangan main hentam sahaja kerana semata-mata hendak menghentam.