Thursday, June 03, 2010

Presiden CUEPACS Dakwa 41% Kakitangan Kerajaan Rasuah

Ketika Presiden CEUPACS, Tuan Haji Omar Osman mendakwa 5% daripada 1.2 juta kakitangan Kerajaan memalsukan cuti sakit baru-baru ini, C-bOk terdetik untuk bertanya "apa justifikasi serta asas penilaian yang dibuat" oleh beliau untuk mengesahkan angka yang beliau umumkan itu? Dakwaaan itu merupakan satu tuduhan bahawa 60,000 kakitangan Kerajaan mengemukakan cuti sakit palsu. Itu satu tuduhan yang sungguh serious. Namun kerana sibuk dengan tugasan dan aktiviti harian, pertanyaan tu hanya tinggal pertanyaan.

Semalam, Tuan Haji Omar Osman membuat satu lagi dakwaan. "41% kakitangan Kerajaan terlibat dengan rasuah". Ini sudah betul-betul serious! Sebagai seorang yang pernah bekerja dengan agensi Kerajaan dan kini dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), kenyataan daripada seorang yang mewakili golongan pekerja bertaraf Presiden CEUPACS itu benar-benar serious. Implikasi kepada kenyataan itu tidak terhadap kepada sekadar "kenyataan" sahaja.

Implikasinya ialah 492,000 daripada 1.2 juta kakitangan awam terlibat dengan rasuah. Sekali lagi C-bOk berkata-kata, bagaimana Tuan Haji Omar mendapat angka ini dan apa justifikasi penilaian yang dibuat? Adakah beliau bertanya- seorang-demi seorang daripada 1.2 juta kakitangan Kerajaan berkenaan sama mereka menerima rasuah atau tidak dengan jawapan A (Ya) atau B (Tidak)?

Kesannya kepada negara begitu berat. Sekiranya kenyataan beliau benar, rangking tahap integriti negara kita boleh jatuh. Pelabur luar yang memerhatikan tahap integiti negara kita boleh mengubah keputusan untuk mengalihkan pelaburan yang dirancang ke negara lain yang lebih baik tahap integriti mereka sekiranya mereka mengambil serious dengan kenyataan yang dibuat oleh Tuan Haji Omar ini.

Dalam masa yang sama, tuduhan itu begitu berat sekali terhadap kakitangan Kerajaan yang selama ini membanting tulang setiap hari untuk membangun dan memajukan negara. Mereka yang setiap hari ikhlas menjalankan tanggungjawab mereka. Keikhlasan mereka itu kini dipandang serong oleh masyarakat hanya kerana satu kenyataan "pukul rata" yang dibuat oleh Presiden CEUPACS ini.

Kenyataan beliau perlu diperbetulkan ataupun disokong dengan bukti. Beliau perlu berhati-hati membuat kenyataan yang sensitif seperti ini. Beliau perlu mengemukakan bukti sekiranya benar dan perlu melapurkan kepada SPRM sekiranya ada bukti yang menunjukkan 41% @ 492,000 kakitangan Kerajaan terlibat dengan rasuah. Kesemua mereka ini perlu dipenjarakan sekiranya benar mereka terlibat.

Sekiranya beliau gagal berbuat begitu, kenyataan beliau hanyalah kenyataan orang yang mempunyai cita-cita samada hendak menjadi glamour atau pun mahu menonjolkan diri bagi tujuan yang hanya beliau sendiri tahu.

Sebenarnya C-bOk kesal dengan kenyataan pukul rata yang dibuat oleh seorang yang bertaraf Presiden mewakili golongan pekerja/kakitangan Kerajaan [pemimpin pembangkang pun tidak membuat tuduhan seperti ini terhadap kakitangan Kerajaan]

3 comments:

Anonymous said...

dia nak bagi orang kerja kerajaan marah lah tu, dia ni sure sokong PAS, aku berani jamin lepas dia Pencen dia akan bertanding atas Tiket PAS/PKR

Anonymous said...

Salam Tuan.
Saya pun tak faham, atas asas apa presiden cuepacs cakap tu..Jangan2 dia ada agenda tertentu tak, maklumlah zaman sekarang ni orang akan buat apa saja utk capai cita2 tertentu, bukan bolih percaya sangat.. Saya pun kerja kat gomen jugak yang mempunyai kakitangan puluhan ribu gak... tak dak lah sampai 41% terlibat dengan rasuah... kalau setakat <5% tu mungkin ada (mungkin...) hi... camno orang macam ni bolih dipilih jadi presiden, tapi tak tau laa mungkin beliau ada data2 yang jelas.. olih itu kita desak beliau buktikan, kalau tidak sila UNDUR dari kerusi presiden.. Jangan cakap ikut sedap mulut jer

Sam 2010

Unknown said...

Kena hati-hati keluar kenyataan yg boleh menjeaskan kepercayaan orang rmai kpd sektor awam.