Monday, August 31, 2009

Khalid to Khalid: Manage the People Not Your Political Career!



Isu mengarak kepala lembu ke pejabat Y.A.B Menteri Besar digunakan oleh kedua-dua orang tokoh bernama Khalid di Selangor untuk kepentingan politik mereka.
Isu sebenar adalah isu pembinaan kuil di kawasan Melayu yang gagal ditangani oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dengan berkesan. C-bOk tidak menyokong langsung tindakan tidak sensitif oleh pengarak-pengarak kepala lembu berkenaan. Namun, sebelum menuduh UMNO yang melakukannya, elok juga kedua-dua Khalid di Selangor ini membaca catatan ini.
Kepada masayarakat pengundi di Shah Alam dan Selangor, buatlah penilaian yang bernas.

Friday, August 28, 2009

Permatang Pasir: Gagal Menghayati Prinsip "Rakyat DiUtamakan"?

1 Malaysia sudah tahu BN gagal di Permatang Pasir. Kepimpinan sudah pun menyatakan bahawa satu "Post-motem" akan dibuat untuk mengenalpasti punca-punca kekalahan BN di kerusi DUN N11 itu.

C-bOk rasa tak susah untuk mengenalpasti masalahnya. Masalahnya ialah kepimpinan di Permatang Pasir (pemimpin kecil dan besar) gagal memahami prinsip 1Malaysia - "Rakyat diutamakan". Rakyat mahukan pemimpin yang "bebas dari kontroversi".

Apakah kempimpinan (kecil dan besar) sudah membuat penilaian yang mendalam terhadap calun yang diketengahkan? Ini bukan kegagalan calun, tetapi kegagalan pemimpin di dalam membuat keputusan.

Bak kata Nabil ... "lu fikirlah sendiri".

Sunday, August 16, 2009

Luka Di Lutut Balut Satu Kaki?


C-bOk ada melihat rakaman tangkapan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Ronnie Liew, Exco Kerajaan Negeri Selangor di dalam TV baru-baru ini. Apa yang jelas, pembantu khas tersebut yang cuba melarikan diri, meronta-ronta sehingga cedera lututnya akibat terjatuh.

Hari ini keluar di dalam beberapa akhbar utama gambar Wong Chuan How yang berbalut satu kaki. Berdasarkan kepada kenyataan beliau, kaki itu dibalut akibat kecederaan yang berlaku semasa tangkapan berkenaan.

Wah hebat lakonan Wong Chuan How ini. C-bOk musykil sedikit dan nak bertanya. Kalau ada yang boleh jawab, silalah jawab.
  1. Kalau lutut yang cedera kenapa balut sampai ke buku lali?

  2. Doktor mana yang merawat kecederaan lutut tapi balut kat betis kaki?

  3. Doktor ini (balut kat betis, sedangkan lutut yang cedera) lulusan dari mana?

  4. Siapa pengarah drama ini?

Monday, August 10, 2009

Mereka Anti Sultan Melayu?

Ini adalah jelas satu penghinaan terhadap institusi Di Raja. Mereka tidak faham langsung dengan adat dan budaya yang menjadi tonggak kepada penubuhan sebuah negara yang berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan.

Malanglah orang melayu yang sepatutnya menjadi tonggak kepada sistem Raja dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan kerana menyokong orang ini dan partinya. Baca sendiri dan buat penilaian sendiri di sini. Jangan nanti nasi sudah menjadi bubur barulah kita sibuk-sibuk nak kembali ke pangkal jalan. Takut tak sempat.....

Friday, August 07, 2009

Keputusan MB Selangor: Kemenangan di Pihak DAP. Arak Boleh Di Jual di Bandaraya Melayu. Siapa Nak Beli Silalah ke 7-Eleven di Bandaraya Shah Alam!

Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Menteri Besarnya, bertindak tegas, pantas dan cepat di dalam menangani isu berkaitan dengan rampasan Arak yang dijual di kawasan majoriti Melayu baru-baru ini. Ketika sensitiviti berkaitan dengan perkara ini memuncak, MB TS Khalid berpendapat, ianya dibolehkan atas alasan "self-regulation".

C-bOk rasa, alasan yang sama mungkin digunakan di dalam "membiarkan" rumah-rumah urut/SPA tumbuh dengan pesatnya di negeri Selangor. Kerajaan Negeri selangor sebenarnya yakin bahawa pelanggan-pelanggan tegar rumah urut/SPA ini (termasuk orang Melayu) mempunyai kekuatan untuk "mendisiplinkan diri" walaupun "ayam bogel" terbaring depan mereka. Tokey-tokey rumah sundal ini juga mempunyai kekuatan diri (self-refulation?) untuk menolak pelanggan-pelanggan mereka yang berbangsa Melayu Islam (ye ke?)

Atas keyakinan bahawa polisi "self-regulation" adalah langkah penyelesaian terbaik, Tan Sri Khalid merasakan ianya adalah penyelesaian kepada kemelut yang amat sensitif kepada orang Melayu dan Islam.

Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri tidak mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan yang terbaik kepada rakyatnya? Khususnya di kawasan Shah Alam di mana majoriti pendudukanya adalah Melayu yang beragama Islam. Sekiranya arak tersebut tidak dijual di premis-premis berkenaan, 7-Eleven dan KK Shoppe akan bungkus? Adakah jualan arak di kawasan Melayu Shah Alam ini begitu penting kepada kedai-kedai serbaneka 24 jam ini? Apa yang menjadi kemusykilan ialah, sekiranya majoriti penduduk adalah Melayu Islam, siapa pula yang membeli arak-arak berkenaan? Sekiranya orang Melayu Islam yang membeli, siapa pula yang membuat pemantauan dan penguatkuasaan?

Seingat C-bOk, nak buka panggung wayang pun tidak dibenarkan di Shah Alam kerana tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor untuk mengelakkan bandaraya ini menjadi lokasi aktiviti yang menghampiri kepada maksiat. Namun kini, maksiat yang lebih besar berlaku apabila arak di jual berleluasa di depan mata kita. C-bOk tertanya-tanya - tidakkah Tan Sri Khalid mendapatkan pandangan DYMM Sultan sebelum beliau membuat keputusan terhadap isu yang sensitif ini?

Walaubagaimanapun, tahniah C-bOk ucapkan kepada pengundi-pengundi Melayu Islam di Shah Alam kerana anda kini telah dapat "kebebasan" yang diinginkan. Kini, satu-satunya Bandaraya Melayu Moden [Shah Alam] sedang diperkosa oleh DAP yang sedang perlahan-lahan memerdekakan Shah Alam dengan cara mereka. Namun apakah kemerdekaan boleh jual/minum arak, mengunjungi spa sundal dan lain-lain lagi kebebasan yang kita inginkan?

Jual arak atas kesedaran peniaga - Khalid Ibrahim
07/08/2009 4:40pm

SHAH ALAM 7 Ogos — Kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.

“Sebagai permulaan kita mulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan

“self regulation” iaitu apa yang kita lakukan ialah untuk fahami bagaimana boleh kita wujudkan satu keadaan di mana penjualan ini dapat dilakukan kepada mereka yang hanya boleh membelinya dan bukan kepada yang tidak sepatutnya membeli termasuk orang Islam dan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), KK Group of Companies dan kedai 24 jam 7-Eleven di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata 7-Eleven seperti contoh telah pun mempraktikkan ’self regulation’ di mana sebanyak 10 cawangannya di Shah Alam telah pun menghentikan penjualan minuman keras berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam.

Justeru, beliau berkata draf cadangan berhubung penjualan minuman keras yang dikemukan oleh PAS adalah tidak relevan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Untuk melakukan sesuatu perkara, kita kena ambil kira beberapa pihak termasuk penjual, pembeli, masyarakat sekeliling serta mengimbangkan keadaan di mana walaupun Selangor negeri mesra perniagaan tetapi pada masa yang sama sangat prihatin tentang masalah sosial di negeri ini.

“Jadi kita tidak boleh nak tahan (jualan minuman keras). Menghentikannya tidak akan menyelesaikan masalah sosial. Tidak payahlah kita ada banyak undang-undang, kita hormat perniagaan dan kita juga hormati masyarakat dan fahami kehendak budaya dan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor berkata MBSA akan mengikut seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar iaitu pelaksanaan mekanisme peraturan sendiri dalam usaha menyelesaikan perkara itu.

“MBSA akan adakan kerjasama erat dengan masyarakat peniaga. Apapun keputusan kerajaan negeri kita ikut dan kita akan tengok dalam masa sebulan ini bagaimana keputusannya. Dalam tempoh sebulan ini penumpuan kita hanya di 17 cawangan kedai serbaneka di Seksyen 1 hingga 24,” katanya Ketua Pegawai Eksekutif KK Group of Companies, Datuk Dr Douglas KK Chai berkata keputusan yang dibuat Menteri Besar adalah baik kerana tidak dinafikan minuman keras juga menyumbang kepada hasil jualan keseluruhan syarikat itu.

“Sekarang kita tunggu, selepas sebulan kita akan lihat bagaimana ia berjalan dan sama ada peraturan ini boleh berfungsi atau tidak.

“Tetapi ia adalah langkah baik yang kita ambil,” dan menambah syarikat itu mempunyai kira-kira 40 cawangan kedai serbaneka di Selangor.

Wednesday, August 05, 2009

Siapa Tumpang Tuah Siapa?

Satu Malaysia dapat melihat gambar ini hari ini. Semua akhbar jadikan gambar ini sebagai gambar utama untuk menyokong laporan berkaitan dengan pelancaran Projek Agropolitan Pekan, Pahang yang dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Najib Tun Razak.

Soalnya siapa yang tumpang tuah siapa?

  1. Adakah Najib tumpang tuah Tok Guru? atau...
  2. Tok Guru tumpang tuah Najib? atau...
  3. Kedua-duanya tumpang tuah kambing?

Pasti ada nilai komersial di dalam pemilihan gambar ini. Nilai komersial itulah yang menjadikan gambar ini sebagai gambar utama untuk menyokong laporan terhadap pelancaran Projek Agropolitan itu.

Namun C-bOk rasa, kalau tidak kerana Najib, pasti gambar Tok Guru tak keluar. Yang jelas Tok Guru memang hipokrit. Kalau kat belakang cakap lain. Tetapi kalau ada peluang tak pernah lepas untuk menempek sebelah PM. Prinsip hilang entah kemana kalau dapat ambil gambar dengan PM untuk keluar dalam suratkhabar.

Friday, July 31, 2009

Saja Nak Tanya. Allah Sahaja Yang Tahu Jawapannya!

1. Al-Fatehah. ADUN Permatang Pasir meninggal dunia. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah hendaknya;

2. Maka akan ada lagi Pilihanraya Kecil. Rakyat dah muak tetapi "orang itu" suka rasanya;

3. Kenapa yang letak jawatan dan yang meninggal semuanya daripada Pakatan Rakyat?;

4. Hanya Allah yang tahu!

Thursday, July 30, 2009

Kena Siasat Sampai Ke Akar Umbi

Teori yang mengaitkan pertumbuhan pusat-pusat judi dan maksiat di Selangor dengan tokoh-tokoh tertentu sejak diperintah oleh Kerajaan baru ini mempunyai kewajaran untuk di siasat sehingga ke lubang cacing.

Tokoh politik bukan maksum. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka berkiblatkan wang dan kuasa. Kuasa memudahkan usaha untuk "mencipta" wang. Segalanya mungkin.
Siasat habis-habisan. Kalau betul ada yang menggunakan kuasa sebagai ADUN dan Exco untuk menghalalkan aktiviti pelacuran dan maksiat melalui penubuhan pusat-pusat SPA dan judi di seluruh negeri - maka wajarlah mereka di siasat dan dibawa ke muka pengadilan.

Jangan nanti, Selangor jadi "Selangor Darul SPA".

Tuesday, July 28, 2009

Chua Jui Meng: Satu Sekolah Untuk Semua Ok Tak?

Mantan Menteri dari MCA, Datuk Chua Jui Meng (CJM) telah meninggalkan MCA dan menyertai PKR kerana "terpersona" dengan idealogi PKR yang memperjuangkan semua kaum. Maknanya PKR berbeza dengan UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India). Tak main la kaum-kaum ni. Ketinggalan zaman.

Jadi C-bOk nak tanya, memandangkan CJM sekarang ini bercakap tentang memperjuangkan semua kaum dan mengenepikan politik berasaskan perkauman - boleh ke kita wujudkan satu sekolah untuk semua?

Tak payah ada lagi sekolah Melayu, sekolah jenis kebangsaan Cina dan jenis kebangsaan India. Anak-anak kita semuanya diletakkan di dalam satu sekolah yang menggunakan satu bahasa dan satu sistem

Baru la ada kelas kita bercakap tentang perpaduan dan mengumpat pasal fahaman sempit parti berasaskan perkauman (kononnya la....).

Namun C-bOk percaya, kalau orang politik cakap-cakapnya adalah untuk survival politik. Lebih-lebih lagi yang oportunis dan gilakan pangkat serta kuasa. Bukan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat.

Nik Aziz?

C-bOk rasa sebarang urusan berkaitan dengan Perpaduan Melayu tidak wajar dibincangkan atau melibatkan Nik Aziz. Beliau tidak berminat dengan perpaduan Melayu, sebaliknya lebih selesa bersahabat dengan kaum lain sebagai penyambung talian hayat politik beliau. Buang masa sahaja kita bercakap tentang "perpaduan" dengan Nik Aziz ni.

Thursday, July 23, 2009

Kerana Politik Semua Boleh?

Apa sudah jadi dengan lilin?

Kerana politik, segala-galanya dibolehkan apabila kita sendiri melakukannya? Kalau orang lain yang buat (bukan PAS) ianya tak boleh?

Ingatlah Sabda Rasulullah:

"Tinggalkanlah perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu"
Sementara itu Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusof Husain berkata "Tindakan mereka yang antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian"

C-bOk harap pemimpin-pemimpin politik jangan terlalu taksub mempertahankan ideologi politik sehingga terlupa dengan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan akidah mereka sendiri.

Wednesday, July 22, 2009

Sekiranya Teori Ini Betul......

This is Interesting! Click here.

Ada yang mengambil kesempatan di atas kematian Teoh Beng Hock. Adakah ianya di politikkan atau ahli politik mengambil kesempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, C-bOk juga turut bersedih dengan kematian seorang anak muda yang mempunyai masa depan yang cerah. Namun sedar tak kita yang ada usaha untuk mempolitikkan isu ini?

Oportunisme boleh rampas kesedihan untuk jadi modal siasah
Oleh Zainul Ariffin, Berita Minggu
19 Julai 2009

ADAKAH ahli dan penyokong Pakatan Rakyat saja yang berasa sedih ke atas kematian Teoh Beng Hock? Tentu sekali jika dilihat dari muka-muka sama yang bergegas mengepalai tunjuk perasaan apabila saja ada kejadian seperti ini berlaku, beratur untuk perhatian jurugambar dan pemberita, dan di dalam kepala menghitung laba politik yang mungkin diperoleh.

Oportunisme politik boleh merampas kesedihan untuk dijadikan modal politik. Kematian boleh dijadikan pemangkin untuk naikkan kemarahan, dan juga batu hikmat menarik sokongan. Terlalu sedikit cubaan untuk menenangkan keadaan.

Di dalam kes Teoh setiap kenyataan seakan-akan berbau politik. Jika orang marah, apikan lagi. Jika bersedih, apa lagi, kenangkanlah nasib mereka dan paling penting, cari pihak yang perlu dipertanggungjawabkan.

Sudah tentulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab kerana mendiang Teoh kali terakhir berada di pejabat berkenaan dan mayat beliau dijumpai berhampiran. SPRM juga menemuduga Teoh hingga awal pagi.Tanggungjawab SPRM ialah untuk menyiasat sepenuhnya kejadian itu, dan jika ada kesilapan atau kelemahan, atau kecuaian dan salah laku di pihaknya, tindakan perlu diambil. Ia mesti telus dan tegas.

Tetapi ia sepatutnya tidak perlu dipertanggungjawabkan untuk menangkis tuduhan yang tidak berasas, menjawab tohmahan, dan melayan agenda politik orang lain. Segala keraguan dan persoalan mesti dijawab, tetapi mestilah tidak yang bermotifkan politik. Yang lebih penting, tanggungjawab SPRM ialah supaya ia tertumpu kepada tugasnya. Siasatan yang masih ada, termasuk terhadap ahli politik yang bertempik dan berkumpul di luar pejabatnya, yang cuba menimbulkan syak dan wasangka terhadap integriti agensi itu, mestilah diteruskan.

Kita faham ramai yang marah. Kita juga tahu ramai yang bersedih dengan kematian Teoh. Semua orang ada abang, adik, anak, suami, kawan dan faham serta simpati kepada pemergian orang muda seperti Teoh yang masa hadapannya nampak cerah. Bukan orang Cina atau penyokong Pakatan Rakyat saja yang tahu marah dan mahukan keadilan.

Namun, elemen perkauman dimasukkan oleh beberapa ahli Dewan Negeri Selangor apabila mereka disiasat sama ada menyalahgunakan peruntukan dan kuasa oleh SPRM, walaupun anggapan ini salah kerana ada Adun Melayu disiasat juga.

Namun keraguan timbul, terutama di kalangan bukan Melayu bahawa SPRM, yang semestinya seperti agensi kerajaan lain banyak pekerja Melayu, secara selektif memilih bukan Melayu untuk disiasat.

Apabila mangsa kemalangan pula orang bukan Melayu, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya. Di alam maya internet tidak susah mencari kesimpulan berunsur perkauman. Adakah ini politik? Peduli apa kesannya kepada negara asalkan popular. Walau dihias dengan kata-kata manis seperti hak asasi ataupun ketelusan atau keadilan, yang jelas, kadang-kadang, agenda perkauman nyata.

Kenapa perlu menanam kebencian, meniup api kemarahan terhadap agensi kerajaan yang banyak juga penyokong mereka bekerja di dalamnya? Dengar sajalah perkataan kesat yang dilemparkan kepada polis dan sebagainya?

Keadilankah yang dituntut atau kebencian digalakkan? Adakah strategi untuk menggalakkan syak terhadap agensi kerajaan. Dulunya kehakiman kemudian polis, kini SPRM? Apakah nilai kepemimpinan politik jika apa yang digalakkan ialah membenci dan menghasut? Di manakah fahaman politik atau ideologi mulia?

Apabila saja ada perkara seperti ini, bergegas-gegas muka yang sama mengeluarkan kenyataan yang pada asasnya menanam syak kepada institusi. Cukuplah dengan membenci pimpinan kerajaan. Mereka orang politik, mereka boleh terima semua ini. Tetapi pegawai kerajaan bukan orang politik; mereka jalankan tugas dan arahan.

Sedarlah jika setiap kali institusi kita dicerca dan dihina, lama-kelamaan akan ada yang terlekat. Makin lama semakin tipis kepercayaan kita. Pepatah Inggeris berkata: ‘You reap what you sow’ � jika ada pihak yang mahu popular dengan menabur syak wasangka kepada orang lain, lama kelamaan dia juga akan menerima kesannya.

Katalah ditakdirkan pembangkang memerintah, tidak akan reputasi institusi dan agensi yang dipijak-pijak akan kembali pulih serta merta. Apa yang runtuh sukar dibina semula. Institusi akan terus dipandang serong, kepercayaan rakyat akan tetap menipis.

Adakah kehakiman atau polis yang sentiasa dikutuk akan jadi baik tiba-tiba dan terus diterima rakyat. Hakisan tidak boleh dipatah balik, malah ia selalu membawa kepada keruntuhan.

Kenapa, contohnya perlu kerajaan Selangor mahukan pakar bedah swasta untuk siasat kematian Teoh? Adakah pakar hospital kerajaan tidak layak? Atau tidak boleh dipercayai?

Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil? Bukankah banyak pegawai agensi atau institusi kerajaan orang Melayu? Adakah polis, hakim, guru, penyiasat, doktor, pensyarah Melayu semuanya tidak boleh dipercayai?

Percayalah, inilah yang berlaku apabila kita sama naik menabur syak pada agensi dan institusi kerajaan. Layari sahaja laman Internet untuk mengetahui apa yang dikatakan mengenai institusi-institusi yang kebanyakan diketuai dan dipenuhi oleh orang Melayu.

Bukan ahli dan penyokong parti politik saja yang mahukan keadilan. Orang lain pun begitu. Tetapi jangan semua institusi diruntuh. Janganlah termakan kata-kata orang, yang agendanya kadang-kadang hendak mempersoalkan kebolehan orang Melayu.

"Clue" Depan Mata

"Clue" dah ada di depan mata.

Iklan Along ini ada di merata-rata tempat. Siap dengan nombor sekali. Di taip BOLD sekali. Malahan ditampal di merata tempat. Tidak kurang juga yang mengggunakan akhbar dan juga bonet teksi untuk mengiklankan perkhidmatan mereka. Tetapi masalah along ni masih lagi berleluasa

Apa kata polis dan penguatkuasa PBT menghubungi kesemua Along ni [no telefon dah ada], buat-buat nak pinjam duit dan aturkan pertemuan. Bila dah jumpa, buat-buat lah bincang tentang syarat-syarat pinjaman. Semasa berbincang tu gunakanlah alat perakam untuk merakamkan butir-butir perbincangan tentang pinjaman itu. Lepas tu tangkap saja la si balaci Along tu. Bawa ke mahkamah dan dapatkan kebenaran untuk tahanan reman.

Semasa tahanan reman tu siasatlah habis-habisan. Kalau tak dapat bukti pun, setidak-tidaknya balaci ni takut sikit nak buat kerja tak berperikemanusiaan mereka tu.

Kalau hari-hari Polis boleh buat begini, pasti Along takut sikit nak tunjuk lagak. Seeloknya diadakan KPI kepada semua balai polis. Setiap minggu sekurang-kurangnya 50 balaci Along di tahan reman dan di soal siasat. Impaknya kepada mereka yang bergelar Along ini pasti menggerunkan mereka.

Thursday, July 09, 2009

PPSMI: Adakah Anda Bersetuju Dengan Pemansuhannya?

C-bOk TIDAK BERSETUJU dengan pemansuhan PPSMI menjelang tahun 2012.

Apakah yang dapat kita capai dengan pemansuhan ini? Kejayaan menegakkan Bahasa kita? Apakah selama ini bahasa kita tidak begitu agung? Adakah dengan mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia akan menjadikan kita bangsa yang disegani?

Keputusan sudah pun dibuat. Namun adakah keputusan tersebut adalah berdasarkan kepada kehendak majoriti (yang senyap) atau minoriti (tin kosong tetapi BISING)? Apakah langkah terkini Kerajaan ini satu tindakan "tunduk" kepada desakan mereka yang "anti establishment"? Mereka yang menggunakan apa cara juga pun untuk mengatakan apa sahaja yang dibuat oleh Kerajaan tidak betul (walau pun betul).

Berikan pandangan anda. Undian anda akan dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan. Mengundilah di sini.

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia



Raja Pop - Michael Jackson telah meninggal dunia.

Wednesday, June 24, 2009

Swine Flu a.k.a. Selsema Babi

1. Swine Flu a.k.a Selsema Babi kini telah diistiharkan endemik, tahap tertinggi di dalam kategori ancaman kepada kesihatan;

2. Namun dalam masa yang sama, kita masih lagi melihat virus ini masuk ke dalam negara khususnya daripada Australia dan Amerika Syarikat;

3. Setakat hari ini, lebih 60 kes telah dilapurkan dan sebahagian besarnya adalah kes yang diimport;

4. Bukankah sudah sampai masanya kita mengistiharkan penggantungan sementara lawatan ke negara-negara tertentu seperti Australia yang menunjukkan penularan wabak selsema babi yang serious. Kita juga perlu menggantung sementara penerbangan dari negara ini sehingga wabak ini terkawal di negara mereka. Eksport wabak ini dari Melbourne khususnya begitu ketara;

5. Dalam membuat keputusan ini, Kerajaan kita perlu mengenepikan sebarang pertimbangan terhadap ekonomi semata-mata. Kita perlu korbankan sementara pertimbangan ekonomi/dagang untuk memastikan negara kita selamat daripada penularan wabak ini;

6. Kerajaan dan parti-parti politik lain juga perlu bergabung untuk menangani masalah ini. Kempen kesedaran kepada masyarakat perlu menyeluruh. Mungkin parti-parti yang selalu buat sembahyang hajat serta vigil kerana kuasa, boleh mempertimbangkan untuk mengadakan sembahyang hajat serta visil untuk keselamatan negara daripada serangan wabak ini pula;

7. Sekolah juga wajar ditutup selama seminggu, khususnya di Lembah Kelang untuk mengelakkan penularan di kalangan pelajar kita. Jumlah hari yang ditutup boleh diganti kemudian pada hari Sabtu sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini;

8. Semoga negara kita selamat daripada penularan wabak ini.

Tuesday, June 23, 2009

Tolak Perpaduan Kerana Politik?

1. PAS melalui Pakatan Rakyat telah menolak "cadangan mereka sendiri" untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan;

2. PAS yang melontarkan cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan ini atas nama Islam dan Melayu kecundang kerana pertimbangan politik mengatasi segala-galanya;

3. Penolakan PAS terhadap idea yang ditimbulkan oleh mereka sendiri serta kegagalan mereka mempertahankannya menunjukkan mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan idealogi, prinsip serta maruah diri mereka dan tunduk kepada desakan PKR dan DAP;

4. Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz berkata "UMNO is a deviant group, similar to Ayah Pin. UMNO and communist are the same" [petikan dari akhbar NST - 23 Jun 2009, m.s: 4]. Kenyataan ini nyata terlampau dan mengguris;

5. Menyamakan UMNO dengan komunis adalah kenyataan politik murahan yang sungguh rendah martabatnya. Bagi C-bOk kita boleh berpolitik, namun apabila kita mengeluarkan kenyataan seperti ini menujukkan kita sanggup berbuat apa sahaja untuk kuasa;

6. C-bOk yakin ramai pejuang bangsa yang mempertahankan negara ini juga adalah ahli parti UMNO, PAS dan juga lain-lain. Hanya kerana mereka ahli UMNO, kini mereka disamakan dengan komunis. Ini tidak adil kepada pejuang bangsa kita;

7. Malangnya kenyataan seperti ini lahir dari mulut orang yang sepatutnya kita sanjungi kerana imej agama serta umur tuanya;

8. Sebaliknya, kepentingan politik mengatasi segala-galanya bagi TGNA di depan rakan-rakan dari PKR dan DAP-nya;

9. Sehinggakan idea murni untuk mewujudkan perpaduan [dikalangan Islam/Melayu] diperlecehkan;

10. Unity Government idea by PAS [publicly publicised after the speech by Presiden PAS] is a joke. And the joke is on them!

Monday, June 22, 2009

21 Jun Hari Bapa (Father's Day)

Saban tahun, 21 Jun disambut sebagai Hari Bapa di seluruh dunia. Selalunya 21 Jun berlalu sebagaimana hari-hari biasa sahaja. Tidak ada apa-apa yang istimewanya.

Namun tahun ini ada different sikit. Bangun pagi-pagi aja, isteri C-bOk dan anak-anak sudah siap dengan kad ucapan "Selamat Hari Bapa" dan juga hadiah sebuah mug "Best Dad in the World" (lihat gambar).

Sebelah malam pula dia orang pakat ramai-ramai belanja C-bOk, bapa mertua dan adik-adik ipar (lelaki) makan malam di Holiday Villa Subang Jaya. This is the best "Father's Day". Tahun depan kita orang kena reciprocal dinner untuk isteri-isteri kami pula semasa "Mother's Day". Dia orang dah demand - round table dinner.... (kat mana ya....?)

Tuesday, June 16, 2009

Apa Yang Di Capai Oleh Nizar?


Beliau berjaya membuktikan:

i. Kedegilannya;

ii. Sah sifat derhaka tegarnya;

iii. Tak tahu malu;

iv. Tak tahu adat;

v. Suka mengenepikan peraturan;

vi. Suka angkat tangan (gambar dalam paper dari dahulu sampai sekarang adalah gambar beliau mengangkat tangan);

vi. Terbukti kebiadapan dan keangkuhannya;

vii. Happy go lucky (berteriak sambil tersenyum);

viii. Banyak lagi la.....