Khairul Fahmi dan Leuniey selamat diijabkabulkan
Tahniah kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi (Apek) dan Leuniey yang telah selamat diijab kabulkan hari ini. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Friday, December 28, 2012
Thursday, December 27, 2012
Kenyataan Penggunaan Nama Allah Sebagai Ganti Tuhan Bermotif Politik
Motif politik Guan Eng - Hasan Ali
Lempar batu sembunyi tangan. Itulah yang dilakukan oleh Lim Guang Eng sekarang ini. Selepas menjolok sarang tebuan di dalam perutusan Hari Natalnya di mana LGE menyeru Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan penggunaan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan di dalam kitab Bible berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia, beliau terus berdiam diri.
Di sebalik polemik yang timbul akibat daripada kenyataan terbuka beliau, LGE hanya terus senyap dan tidak menjawab langsung semua kenyataan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak akibat daripada kenyataan sensitif yang dibuat oleh beliau. Hatta kenyataan daripada rakan kongsi politik daripada parti PAS sendiri yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat.
Yang jelasnya, LGE dan DAP meraih pulangan politik yang berganda daripada mereka yang berkepentingan melalui kenyataan beliau. Sokongan daripada mereka yang mempromosikan penggunaan nama Allah bagi menggantikan nama Tuhan di dalam Bible pasti akan meningkat akibat daripada kenyataan beliau itu.
Apa tidaknya? Lanjutan daripada kenyataan LGE - setiap hari beliau mendapat promosi percuma di dalam media cetak dan elektronik apabila pelbagai pihak membuat ulasan terhadap kenyataan beliau itu. Disebalik kenyataan yang membangkang dan mencemuh tindakan beliau, mereka yang menyokong usaha penggunaan nama Allah itu bagi menggantikan tuhan pasti akan meningkatkan sokongan mereka kepada LGE dan dalam masa yang sama membukak semula kes ini yang telah pun ditutup sejak tiga (3) tahun yang lalu.
Menariknya pula, parti PAS melalui Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh LGE itu. Setakat ini hanya beliau satu-satunya pemimpin kanan PAS yang telah mengeluarkan kenyataan. Di sini, PAS juga mendapat keuntungan politik melalui bangkangan yang ditimbulkan. PAS akan dilihat sebagai pejuang menentang usaha penggunaan nama Allah oleh Kristian.
Wah! Hebat sungguh. Nampak tidak bahawa ada dua pihak di dalam Pakatan Rakyat yang mendapat keuntungan politik daripada kenyataan LGE di dalam perutusan hari Natalnya?
Adakah berkemungkinan DAP dan PAS berpakat di dalam hal ini?

Friday, December 21, 2012
Ariffin dibidas di Dewan Negara
Ariffin dibidas di Dewan Negara
Persepsi yang salah. Itulah yang boleh dirumuskan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Ariffin - wakil Melayu di dalam DAP. Menyatakan bahawa rasuah berleluasa di dalam perkhidmatan awam adalah kerana ramainya Melayu di dalam perkhidmatan ini. Dengan kata lain, sekiranya perkhidmatan awam di Malaysia di kuasai oleh bangsa lain seperti bangsa Cina dan DAP, maka rasuah tidak akan berlaku di dala perkhidmatan awam.
Ini adalah satu kenyataan yang dungu. Berlakunya rasuah bukan kerana bangsa. Tetapi kerana kegagalan individu menahan diri daripada melakukan kesalahan itu. Ternampaknya Melayu yang melakukan rasuah bukan kerana bangsa Melayu itu menjadi puncanya. Statistik yang menunjukkan Melayu melakukan rasuah adalah kerana majoritinya perkhidmatan awam itu dikuasai oleh orang-orang Melayu. Manakala bangsa lain lebih cenderung untuk menyertai sektor swasta seperti berniaga. Bangsa Cina umpamanya menjadikan perniagaan sebagai sumber pencarian rezeki mereka.
Sekiranya kita melihat Singapore sebagai contoh. Saban hari ada sahaja berita berkaitan dengan tindakan yang diambil terhadap anggota perkhidmatan awam mereka yang rasuah. Rata-rata yang dikenakan tindakan adalh berbangsa Cina. Adakah ini bermakna sekiranya orang Melayu berkhidmat di agensi Kerajaan Singapore maka rasuah tidka berlaku?
Pastinya tidak. Rasuah berlaku di mana-mana apabila ada yang memberi dan ada yang meminta/menerima. Ramainya bangsa Cina dilihat menerima rasuah di dalam perkhidmatan awam Singapura adalah kerana majoriti perkhidmatan awam Singapura di kuasai oleh bangsa Cina. Begitu juga di Malaysia di mana majoriti kakitangan perkhidmatan awam di kuasai oleh Bangsa Melayu.
Itu pun tak boleh fikir? Macamana nak jadi pemerintah?

Monday, September 10, 2012
Krisis air bakal jadi kenyataan
Krisis air bakal jadi kenyataan
Harap-harap ianya tidak menjadi kenyataan. Sekiranya dibiarkan pertelagahan ini dan krisis air berkenaan benar-benar berlaku pasti akan menyukarkan ramai pihak. Bukan sahaja rakyat akan sengsara, keyakinan pelabur dalam dan luar negara terhadap kepimpinan kita serta negara ini akan terhakis.

Wednesday, May 09, 2012
kenyataan Irene Fernandez JAHIL
Kenyataan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez yang mengatakan Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia bukan sahaja tidak betul, keterlaluan dan berniat jahat untuk merosakkan negara ini pada pandangan dunia dan juga mengundang musibah yang tidak perlu terhadap kedaulatan negara.
Kenyataan itu bukan sahaja tidak objektif tetapi menggambarkan kedengkelan Irene Fernandez di dalam membuat analisa terhadap situasi sebenar isu yang dibangkitkannya. Menuduh sememangnya mudah tetapi untuk membuktikan tuduhannya memerlukan fakta-fakta yang jelas seperti statistik, lokasi kejadian dan sebagainya. Namun begitu, berdasarkan pengalaman masa-masa yang lalu, Irene Fernandez tidak berminat untuk mengemukakan bukti kukuh di dalam tuduhan-tuduhannya tetapi lebih suka membuat kenyataan memburuk-burukkan negara.
Malangnya ada orang yang percaya secara membabi buta dengan tuduhan-tuduhan tanpa asas yang dibangkitkannya. Malah lebih malang lagi, ianya dipolitikkan pula oleh orang-orang politik yang berkepentingan untuk melihat kejatuhan negara ini atas sebab-sebab yang mereka sendiri ketahui.
C-bOk berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap Irene Fernandez. Setidak-tidaknya membawa perkara ini ke mahkamah supaya ianya dibicarakan dan beliau diarah untuk mengemukakan bukti ke atas setiap tuduhan yang dibuatnya.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Jangan Berdemo di Mekah dan Madinah - Tanah Suci Umat Islam
Semua Umat Islam yang benar-benar menghayati kesucian agama Islam itu sewajarnya tahu bahawa tanah Suci Mekah dan Madinah adalah kiblat umat Islam tanpa mengira kaum, warna kulit dan bangsa. Sewajarnya politik tidak di bawa ke kedua-dua kota suci Islam ini. Namun segelintir mereka yang taksub dengan politik dengan berkiblatkan agama tersasar di dalam perjuangan politik mereka sehingga membawa kempen BERSIH ke Mekah dan Madinah. Kes ini telah mendapat bantahan daripada Kerajaan Arab Saudi sehingga mereka mengeluarkan nota diplomatik kepada Kerajaan Malaysia.
C-bOk harap perkara ini tidak berlaku lagi. Agama Isam bukan agama PAS atau UMNO. Kota suci Mekah dan Madinah adalah kota untuk semua yang beragama Islam. Jangan berpolitik di kedua-dua kota ini.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
C-bOk harap perkara ini tidak berlaku lagi. Agama Isam bukan agama PAS atau UMNO. Kota suci Mekah dan Madinah adalah kota untuk semua yang beragama Islam. Jangan berpolitik di kedua-dua kota ini.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Saturday, April 14, 2012
Wajah Anak-Anak Muda Yang Tidak Sedar Diri (?)
Golongan anak-anak muda yang berdemo di sekitar Dataran Merdeka hari ini. Mereka mahu PTPTN dimansuhkan. Bagi saya elok juga dimansuhkan, tetapi yang telah diberi, mereka perlulah membayar hutang itu. Hutang tetap hutang. Bagi anak-anak mereka sendiri di masa depan, terpulanglah kepada mereka sendiri mencari sumber unuk membiayai pengajian anak mereka masing-masing. Mungkin mereka lebih suka meminjam daripada bank komersial dengan kadar kos perkhidmatan mengikut kadar semasa di pasaran. Itu pun kalau mereka layak lah.

Friday, October 07, 2011
Bajet 2012 Kerajaan Terbaik.
Ketika saya menulis catatan ini, Perdana Menteri masih lagi menyampaikan ucapan Bajet 2012 di Parlimen. Setakat ini, saya dapati cadangan-cadangan yang dikemukakan amat baik dan jauh meninggalkan cadangan Bajet bodoh Pakatan Rakyat yang dibaca 3 hari lepas. Umpama langit dengan bumi.
Thursday, October 06, 2011
Steve Jobs Meninggal
Siapa yang tidak kenal dengan Steve Jobs? Pengasas dan juga Pengerusi Apple Inc. Beliau meninggal dunia hari ini ketika berumur 56 tahun. Steve Jobs adalah seorang inovator yang hebat dan telah menghasilkan pelbagai produk yang telah mencorakkan dunia IT moden. Produk seperti iPhone, iPod, iPad, MacBook, MacAir dan lain-lain lagi menjadi impian dan idaman ramai.
Produk-produk yang dihasilkan oleh Steve Jobs melalui Apple Inc. bukan sahaja telah menceriakan penggunanya, tetapi juga menjadi sumber inspirasi ramai melalui penghasilan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun melalui iTunes dan Apps. Terkini iClouds yang bakal menjadi teraju industri ICT semasa.
Steve Jobs adalah seorang yang hebat.
Tuesday, October 04, 2011
Bajet 2012 Pakatan Rakyat
Bajet 2012 Pakatan Rakyat telah diumumkan oleh Ketua Umumnya hari ini, 3 hari sebelum Perdana Menteri mengumumkan Bajet rasmi negara di Parlimen. Meneliti satu persatu cadangan yang dikemukakan, saya melihat Pakatan Rakyat sebenarnya bukan mengemukakan cadangan tetapi mengkritik Kerajaan Barisan Nasional. Ringkasnya tidak habis-habis berpolitik sehinggakan di dalam dokumen penting untuk menyediakan negara menghadapi masa-masa yang mencabar juga di politikkan.
Selain daripada cadangan-cadangan yang berbentuk populis yang diulang daripada Buku Jingga seperti menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan lain-lain, saya tidak melihat kesediaan Pakatan Rakyat untuk secara menyeluruh menyediakan satu pelan bajet yang mempu untuk menyentuh setiap sektor ekonomi dan sosial masyarakat.
Sekadar menyentuh beberapa perkara yang saya rasa penting untuk diberi penekanan di dalam bajet 2012 adalah menyediakan masyarakat usahaniaga untuk berhadapan dengan segala kemungkinan kemerosotan ekonomi yang semakin menghapisiri negara kita. Contohnya kemungkinan kejatuhan nilai eksport lanjutan dari kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Sejauhmanakah tahap siap siaga kita dan apakah langkah-langkah perlu untuk memastikan kebergantungan kita kepada eksport tidak terjejas? Bagaimanakah Kerajaan hendak menyiapkan sektor eksport kita dengan kebarangkalian kejatuhan nilai eksport? Meningkatkan aktiviti promosi melalui Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)?
Begitu juga dengan kesan kepada aliran masuk Pelaburan Langsung Luar (FDI). Kemerosotan ekonomi di kalangan negara pelabur utama khususnya Amerika Syarikat dan Jepun pasti akan memberi impak besar kepada negara. Ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Apakah kita hanya perlu melihat sahaja perkara ini tanpa menyediakan pelan untuk mengatasinya? Bagaimanakah peranan MIDA hendak ditingkatkan? Atau apakah kita perlu menyediakan insentif khusus kepada pelabur-pelabur utama bagi memastikan mereka tidak beralih angin ke negara-negara jiran kita yang semakin hari semakin agresif menarik pelabur asing khususnya negara Thailand, Vietnam dan Combodia.
Dalam masa yang sama, usaha untuk merancakkan ekonomi domestik tidak perlu dilupakan. Rakyat perlu digalakkan berbelanja di dalam negara. Bagaimana ini hendak dilakukan? Perlu disediakan pelan atau polisi khusus bagi menggalakkan perbelanjaan dalam negara. Mungkin stimulus khas untuk memastikan kecairan yang mampan di dalam ekonomi domestik. Peranan KPDNKK, persatuan-persatuan peniaga domestik dan lain-lain perlu digembeling untuk memastikan kelangsungan ekonomi negara.
Bagaimana pula untuk menggembeling kudrat koperasi di seluruh negara? Memandangkan koperasi merupakan struktur ekonomi yang menggembeling usahasama diantara masyarakat, merancancakkan aktiviti berkoperasi melalui suntikan polisi yang sesuai pasti akan meningkatkan aktiviti eksonomi domestik. Perkembangan aktiviti ekonomi melalui usaha menggembeling rantaian sedia ada koperasi-koperasi di seluruh negara mampu menyuntik kerancakkan ekonomi.
Anak-anak muda kita yang bakal mengambil alih kepimpinan politik dan ekonomi negara di masa depan juga sewajarnya diberikan perhatian. Peranan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi "one-stop-centre" memupuk semangat jati diri di kalangan anak-anak muda kita tidak wajar di pinggirkan. Peruntukan khusus bagi menyediakan latihan komprehensif bagi menyediakan belia kita untuk dunia yang semakin mencabar perlu diberi perhatian.
Cadangan-cadangan di atas adalah sebahagian daripada sektor penting negara yang perlu diberi perhatian tetapi tidak disentuh secara khusus oleh Bajet 2012 Pakatan Rakyat yang diumumkan hari ini. Ringkasnya, apa yang diumumkan tidak mampu untuk menyediakan negara dengan cabaran-cabaran yang semakin hebat mengasak kita.
Adakah kita bersedia untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat?
Setiap individu di dalam negara ini perlu membuat pilihan sendiri berdasarkan kepada analisa menyeluruh terhadap setiap pilihan (option) yang ada.

Wednesday, August 31, 2011
Merdeka
Hari ini di samping meneruskan sambutan 2 Syawal, kita juga menyambut kemerdekaan negara yang ke 54. Sudah 54 tahun kita merdeka hasil dari susah payah nenek moyang kita dahulu di dalam menuntut kemerdekaan. Sudah 54 tahun juga kita hidup di dalam keadaan aman dan bersenang lenang.
Sewajarnya kita bermuhasabah diri untuk menilai betapa besarnya nikmat kemerdekaan kepada kita. Semua yang kita mahukan boleh dilakukan di negara ini hatta untuk berlaku kurang ajar sekali pun kepada para ulul umri. Namun bukan itu yang sepatutnya menjadi objektif hidup kita. Ada agenda lebih besar iaitu membangunkan negara untuk anak dan cucu cicit kita.
Selamat menyambut kemerdekaan ke-54.
Tuesday, August 30, 2011
Petanda Bagus Ni
Nombor tidak pernah menipu. Peningkatan aliran masuk FDI (Foreign Direct Investment) ke dalam negara sebanyak 76% bagi setengah tahun pertama ini adalah satu petanda bagus. Dengan saingan yang semakin hebat dari negara-negara jiran kita khususnya Thailand, Vietnam dan Singapura, Malaysia berjaya mencatatkan sejumlah RM21.3 billion pelaburan langsung asing ke dalam negara.
Walaupun ada yang mempersoalkannya (termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir) tentang kesan langsung FDI kepada golongan pertengahan dan bawahan, saya yakin sebarang aliran masuk wang ke dalam negara pasti akan memakmurkan negara ini dengan penciptaan peluang pekerjaan baru, keperluan kepada barangan asas, perkhidmatan kemahiran dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung, kitaran ekonomi dapat bergerak dengan kehadiran pelaburan-pelaburan langsung asing ini.
Pastinya setiap seorang daripada kita tidak mendapat duit sebakul apabila masuknya pelaburan langsung asing ini. Kita mendapat manfaat secara tidak langsung dari segi jangka panjang. Jadi janganlah kita melatah apabila ada orang yang mempersoalkan "apa yang kita (dia?) dapat daripada FDI ini?"
Biarkan sahaja mereka itu....

Friday, July 29, 2011
Selamat Berpuasa
Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut:Maka Rasulullah punmengatakan Amin sebanyak 3 kali. Bayangkan.., yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya adalah salah dan silap saya samada secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh khusyuk dan diberkaiti hendaknya.
Thursday, July 28, 2011
Selamat Berjuang Harimau Malaya
Malam ini adalah malam penentuan. Selamat berjuang diucapkan kepada semua kesebelasan utama Harimau Malaya. Jangan gentar. Bukan tidak pernah kita mengalahkan Singapura.Sudah banyak kali kita mengalahkan mereka. Untuk mencatatkan kemenangan sekali lagi bukanlah sukar. Dengan sokongan padu 90,000 orang di dalam stadium dan 27 juta lagi di seluruh pelusuk tanah air, kita pasti akan berjaya malam ini.
Tuesday, February 15, 2011
Cadangan Pembinaan Masjid di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
Sempena sambutan Maulidur Rasul 2011 ini, sukacita saya ingin menjemput rakan-rakan pembaca blog ini yang beragama Islam untuk menderma kepada cadangan projek pembinaan sebuah masjid di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.
Walaupun pembangunan di Bukit Rahman Putra ini telah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun, namun masih belum mempunyai sebuah masjid untuk kegunaan penduduk yang beragama Islam menjalankan amal ibadat dan aktiviti kemasyarakatan Islam yang berkaitan. Buat masa ini, penduduk Islam di sini menumpang masjid Bandar Baru Sungai Buloh dan juga Matang Pagar untuk aktiviti-aktiviti keagamaan.
Sekiranya, ada yang berminat untuk menderma, silalah melawat blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan cara-cara untuk menderma.
Terima kasih.

Salam Maulidur Rasul
Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog ini yang beragama Islam
Monday, January 03, 2011
Drama Di Selangor Semakin Hangat
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid mengumumkan untuk memanggil sidang khas tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meminda Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi membolehkan Menteri Besar melantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
Berdasarkan kepada amalan sekarang, kuasa untuk melantik ketiga-tiga jawatan kanan ini adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaras dengan konsep pengasingan kuasa di antara istana, politik dan pentadbiran.
Namun, Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid mahukan kuasa melantik ketiga-tiga pegawai kanan ini dibuat melalui kuasa politik (MB).
Lantak kamu lah Tan Sri. Yang jelasnya dengan perkembangan terbaru ini bermakna tidak ada salahnya perlantikan yang dibuat oleh SPA sebelum ini. Ianya dilaksanakan mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor walaupun konon-kononnya mengikut cakap-cakap orang politik kerajaan Selangor telah berlaku perlanggaran perlembagaan, tidak ikut peraturan dan sebagainya lagi.
Sebenarnya yang berlaku ialah Menteri Besar dan kuncu-kuncunya tidak bersetuju dengan tokoh yang dilantik dan mahukan individu lain menjawat jawatan berkenaan. Dan untuk melangsungkan hasrat beliau, maka drama dilanjutkan dengan memanggil sidang DUN untuk meminda Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri (UUTN).
Masalahnya sekarang ialah sedarkah MB bahawa beliau tidak mempunyai majoriti dua per tiga yang diperlukan untuk meminda UUTN? C-bOk yakin beliau tahu. Jadi apakah strategi politik yang cuba di capai oleh Tan Sri Khalid? Tanpa SUK, operasi Kerajaan Negeri akan lumpuh. Lumpuhnya jentera pentadbiran Kerajaan bermakna akan membantutkan sistem penyampaian di negeri Selangor.
Adakah ini yang kita inginkan daripada Kerajaan ini?

Drama Di Selangor
Perlantikan SUK Selangor di bawah biang kuasa siapa sebenarnya? Di bawah bidang kuasa orang politik atau di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?
Sekiranya kita memahami amalan pengasingan kuasa antara politik dan pentadbiran awam, maka kita akan melihat isu ini dengan pandangan terbuka. Namun sebaliknya sekiranya kita melihat perlantikan kakitangan Kerajaan dari sudut politik, maka bukan saja perlantikan SUK akan dijadikan isu, perlantikan tukang cuci jamban juga akan dijadikan isu besar oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
Sebagai rakyat yang bermastautin di Selangor, C-bOk harap kemelut yang tidak perlu berkaitan dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru tidak diperbesar-besarkan oleh orang-orang politik yang memimpin Kerajaan Negeri Selangor sekarang sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat.
Jelas kuasa untuk melantik SUK sebagai kakitangan Kerajaan adalah dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sebuah badan yang bertanggungjawab kepada DYMM YDP Agong. Ini adalah selaras dengan konsep "seperation of powers" yang diamalkan sejak merdeka.
Jadi janganlah menyusahkan rakyat dengan isu yang remeh temeh seperti ini.
Menyampah!

Monday, December 06, 2010
Maal Hijrah
Lama sungguh tidak berblog. Agak sibuk dengan beberapa tugas rasmi yang menyukarkan C-bOk untuk menulis.
Di kesempatan ini C-bOk ingin megucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua Musliman dan Muslimat. Semoga tahun yang baru akan memberi lebih kejayaan kepada Muslimin dan Muslimat semuanya.
Insyaallah.

Wednesday, September 15, 2010
Usaha Melemahkan Orang Melayu?

Berapa kerat orang dalam UMNO yang menentang PERKASA? Yang riuh rendah cuma 3 orang sahaja la nampaknya setakat ini iaitu Tengku Adnan, Nazri Aziz dan KJ. Adakah kenyataan 3 orang ini sudah cukup untuk menggambarkan itu adalah pendirian keseluruhan ahli UMNO/orang Melayu terhadap PERKASA
C-bOk harap kita tidak cepat melatah dengan cakap-cakap politik 3 orang politikus bengkrap idea ini. Kalau kita sendiri tidak mempertahankan bangsa dan agama kita, siapa lagi yang nak membantu kita? Hindraf ke atau 3 orang tu? Janganlah kerana politik kita menggadaikan bangsa dan maruah kita. Jangan kita terperdaya dengan usaha halus untuk melemahkan kesatuan jitu di kalangan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)