Wednesday, March 25, 2009

Gabungan Terbaik Untuk Najib

Hari ini adalah hari penentuan.

PERWAKILAN Pemuda, Wanita dan Puteri akan memilih pucuk kepimpinan mereka di PWTC. Pengundian dijangka akan bermula pada jam 11.00 pagi dan pengiraan akan dibuat pada jam 1.00 tengahari. Seterusnya Pengerusi Tetap setiap sayap UMNO ini akan mengumumkan keputusan rasmi pengundian pada jam 9.00 malam nanti.

Calun-calun yang bertanding pastilah melalui hari ini dengan penuh debaran.

Namun rakyat yang akan bergantung harap kepada barisan kepimpinan baru ini sebenarnya lebih berdebar. Mereka yang terpilih akan mencorakkan masa depan negara ini. Sekiranya yang terpilih itu meletakkan agama, bangsa dan negara sebagai kiblat perjuangan serta kepimpinan mereka, maka selamatlah kita. Sebaliknya sekiranya wang dan kuasa menjadi taruhan mereka, maka bersedialah kita untuk menjadi satu bangsa yang hancur di negara kita sendiri.

C-bOk berharap Perwakilan yang diamanahkan oleh ahli-ahli UMNO di seluruh negara akan membuat keputusan yang bijak di dalam menentukan masa depan UMNO, masa depan Melayu, masa depan agama Islam dan masa depan negara.

Berilah gabungan kepimpinan yang terbaik untuk membantu Datuk Sri Najib Tun Razak memacu kepimpinan negara. Lontarkan mereka yang telah merosakkan UMNO jauh-jauh daripada barisan kepimpinan baru.

No comments: