Thursday, March 05, 2009

MTEN

C-bOk tidak faham kenapa Kerajaan pusat masih lagi belum menubuhkan satu pasukan khusus seperti MTEN untuk menangani masalah ekonomi dunia yang semakin tenat sepertimana yang pernah dilaksanakan semasa menangani masalah ekonomi serantau tahun 1997 / 1998 dahulu. Sudah banyak kali C-bOk bangkitkan hal ini. Begitu juga ramai pihak lain yang berwibawa telah membangkitkan cadangan yang sama. Namun masih tiada tindakan daripada Kerajaan.

Dalam keadaan negara menghadapi masalah sejagat sekarang ini, satu badan seperti MTEN yang diketuai oleh seorang Pengarah Eksekutif sepenuh masa di perlukan. Ianya tidak boleh diketuai oleh orang politik kerana orang politik sekarang ini sibuk dengan pelbagai kes saman menyaman, tuduh menuduh dan sebagainya.

Harap-harap, Timbalan Perdana Menteri semasa mengumumkan Bajet Mini pada 10 March 2009 nanti akan mengambil kira keperluan ini.

Kalau tidak, Lim Guan Eng akan nampak lebih bersedia dengan strategi menangani masalah ekonomi dunia hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan.
Adakah salah kalau rakyat berkata inilah akibah sekiranya memberi kuasa pada tikus untuk membaiki labu-labu, atau memberikan komputer kepada kanak-kanak yang belum mumayyir hehehe..

Anonymous said...

Itulah kita di Malaysia ni. Siapa yang salah?. Kita semua salah. Kenapa?..Pikiak sikit la tuan-puan... Macamana nak cekap dan kompeten sebab kita yang lantik mekanik basikal untuk baiki Lamboghini...