Banyak sudah yang dipersoalkan. Boleh kira satu-satu...
(i) Taraf Bumiputra;
(ii) MeCD (kini dibubarkan);
(iii) Kedaulatan Raja-Raja (ada yang nak saman Sultan);
(iv) Dasar Ekonomi Baru (kini sudah berkubur tanpa nisan);
(v) UiTM (Universiti untuk Bumiputra);
(vi) Islam sebagai agama rasmi (ada yang bercakap "langkah mayat saya dahulu" kerana menolak Islam sebagai agama rasmi);
.... dan TERKINI...
"Hentikan program BTN" .... kenyataan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang.
C-bOk harap Kerajaan tidak terpengaruh dengan provokasi DAP dan konco-konconya yang berusaha tanpa henti untuk menidakkan apa sahaja yang terbaik untuk negara ini (tetapi tidak baik untuk kesinambungan politik mereka).
Kursus Biro Tata Negara adalah kursus yang memupuk semangat patriotisme, jati diri dan semangat untuk membangunkan negara tanpa mengira warna kulit, latarbelakang agama, bangsa serta fahaman politik. Bagi C-bOk, kursus ini mempunyai identiti serta berjiwa 1Malaysia. Hanya mereka yang buta sahaja yang akan berpendapat sebaliknya. Jangan gadaikan masa depan negara dengan pandangan sempit segelintir pemimpin politik berjiwa kecil.
Sunday, November 29, 2009
Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Aidil-Adha
Saturday, November 21, 2009
SPRM: "Justice Delayed is Justice Denied"

C-bOk tidak berniat untuk menghina Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan berkaitan dengan waktu siasatan SPRM terhad pada masa pejabat sahaja iaitu dari jam 8.30 pagi - 5.30 petang sebagaimana yang diputuskan oleh Yang Ariff Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Ariff Mohd. Yusof. Namun banyak pihak yang mula mempersoalkannya khususnya dari keberkesanan usaha-usaha yang digerakkan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.
Rata-rata persepsi terhadap keputusan ini adalah seperti berikut:
(i) SPRM tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sekiranya kuasa menyiasat dihadkan pada waktu pejabat sahaja. Kes-kes jenayah yang berkaitan dengan rasuah tidak terhad berlaku pada waktu pejabat sahaja. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Sekiranya kuasa SPRM dihadkan pada waktu pejabat sahaja selama 9 jam (8.30 pagi - 5.30 petang) bagaimana SPRM hendak memerangi kejadian jenayah rasuah yang beraksi 24 jam sehari?;
(ii) SPRM adalah satu-satunya agensi di dunia yang dihadkan kuasa siasatan mereka pada waktu pejabat sahaja. Agensi-agensi lain seperti INTERPOL, CIA, FBI, Agensi Pencegah Rasuah Hong Kong dan lain-lain yang terkenal di sleuruh dunia tidak mempunyai had/sekatan seperti yang dikenakan kepada SPRM. Agensi-agensi penguatkuasa ini bukan sahaja beroperasi 24 jam, malahan mereka bergerak di seluruh dunia untuk mencapai objektif penubuhan mereka dari segi penguatkuasaan undang-undang (dan juga politik);
(iii) Usaha memerangi gejala rasuah di negara ini dipermain-mainkan oleh orang-orang politik dan mereka yang berkepentingan. Dalam hal ini, Tan Boon Wah dari parti DAP yang membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi merasakan siasatan yang dibuat terhadap beliau menimbulkan "kerugian" serta menceroboh "hak-hak asasi" belia (Kena batang hidung sendiri baru sibuk. Dulu, sekiranya boleh mahukan SPRM menyiasat tokoh parti pemerintah. Tidak pula timbul soal kerugian dan hak asasi);
(iv) Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang-orang yang tertuduh untuk menggunakan "loopholes" di dalam perundangan kita untuk mendapatkan kelebihan ke atas perundangan. Mereka ini kini dilihat menggunakan politik untuk mencapai hasrat dan objektif mereka. Malahan terdapat parti-parti politik yang menjadikan perjuangan untuk memberi kelebihan kepada penjenayah pula sebagai matlamat perjuangan mereka;
(iv) Ruang kini terbuka dengan luasnya kepada penjenayah rasuah untuk merancang aktiviti mereka apabila ditangkap. Mereka mempunyai kelebihan untuk melepaskan diri daripada sabit kesalahan dengan kelebihan untuk merancang, memanipulasi dan melatih saksi dengan masa terluang yang ada selepas waktu pejabat;
Bagi C-bOk Mahkamah Tinggi dalam hal ini, sewajarnya menterjemahkan apa-apa juga maksud perundangan dari sudut kesan positif kepada negara serta masyarakat dan tidak terhad kepada alasan sempit kerugian/hak asasi individu semata-mata. Kerana disebalik seorang yang membawa isu ini, ada 27 juta lagi rakyat negara yang juga mempunyai hak asasi mereka yang tidak mahukan jenayah berleluasa di negara ini.
SPRM pula sewajarnya menyegerakan rayuan supaya keputusan Mahkamah Tinggi ini dipertimbangkan semula. Kita tidak mahu sebarang siasatan yang dibuat terhadap apa-apa kesalahan jenayah rasuah dilewat-lewatnya hanya kerana masa yang terhad untuk membuat siasatan. Pepatah ada menyatakan "Justice Delayed is Justice Denied"
Thursday, November 19, 2009
Soal Siasat SPRM Pada Waktu Pejabat Sahaja (?)
Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa soal siasat terhadap saksi kes yang sedang disiasat oleh SPRM hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Penghakiman ini dibuat oleh Hakim Mohd. Ariff Mohd. Yusuf seperti yang dilapurkan di sini.
C-bOk melihat keputusan ini satu "landmark decision" oleh Mahkamah Tinggi kerana membuat satu keputusan yang "sungguh luar biasa" kerana kini saksi kes SPRM mempunyai masa dari jam 5.01 petang hingga ke jam 8.29 pagi keesokkan harinya untuk merancang jawapan, menghilangkan bukti, melarikan diri dan lain-lain lagi yang memberi kelebihan kepada orang yang disiasat daripada orang yang menyiasat.
Sekiranya keputusan ini dikekalkan berdasarkan kepada alasan Tan Bon Wah yang membawa kes ini untuk penghakiman di mana beliau mendakwa "mengalami kerugian" sepanjang siasatan itu dijalankan, maka C-bOk ingin mencadangkan supaya sesiapa sahaja yang pernah disiasat oleh SPRM/BPR sebelum ini di luar waktu pejabat - boleh buat tuntutan atas kerugian anda berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Yang Arif berkenaan.
Nota: Untuk perhatian, C-bOk tidak menyokong keputusan Yang Ariff berkenaan terhadap penghakiman berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh pengadu.
C-bOk melihat keputusan ini satu "landmark decision" oleh Mahkamah Tinggi kerana membuat satu keputusan yang "sungguh luar biasa" kerana kini saksi kes SPRM mempunyai masa dari jam 5.01 petang hingga ke jam 8.29 pagi keesokkan harinya untuk merancang jawapan, menghilangkan bukti, melarikan diri dan lain-lain lagi yang memberi kelebihan kepada orang yang disiasat daripada orang yang menyiasat.
Sekiranya keputusan ini dikekalkan berdasarkan kepada alasan Tan Bon Wah yang membawa kes ini untuk penghakiman di mana beliau mendakwa "mengalami kerugian" sepanjang siasatan itu dijalankan, maka C-bOk ingin mencadangkan supaya sesiapa sahaja yang pernah disiasat oleh SPRM/BPR sebelum ini di luar waktu pejabat - boleh buat tuntutan atas kerugian anda berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Yang Arif berkenaan.
Nota: Untuk perhatian, C-bOk tidak menyokong keputusan Yang Ariff berkenaan terhadap penghakiman berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh pengadu.
Kelab Graduan 1Malaysia
Tengahari tadi C-bOk lunch dengan seorang kawan lama di Sri Hartamas. Bercerita tentang perniagaan perkhidmatan membekalkan mesin penyalin (photostat) beliau yang semakin rancak dan juga prestasi kereta-kereta terkini (kami sama-sama minat kereta). Dalam sibuk bercerita, beliau membangkitkan konsep 1Malaysia yang semakin popular dan semakin menjadi sebutan ramai.Apa yang menariknya tentang kawan saya ini ialah, beliau begitu menyokong konsep ini dan telah menterjemahkannya dengan mengusahakan (bersama dengan beberapa orang rakan lain) penubuhan sebuah kelab yang dinamakan Kelab Graduan 1Malaysia. Keahlian terbuka kepada semua Graduan rakyat Malaysia yang berukur 45 tahun kebawah. Sekiranya anda Graduan dan berumur di bawah 45 tahun, silalah melawat lamanweb Kelab di sini dan hubungi mereka untuk menjadi ahli. Keahlian adalah percuma.
Sunday, November 15, 2009
Pakatan "Riots"
Banyak sudah di khabarkan tentang Pakatan Rakyat. Ramai yang terus buta dengan kenyataan. Yang jadi gila kerana undi pun ada. Kalau tak percaya baca catatan Syed Akhbar Ali di sini.
Thursday, November 12, 2009
RM50,000 Aje? Saya Pun Boleh Bayar!
FAM yang bersidang semalam berhubung dengan salah laku penyokong Kelantan (PAS? - ada yang bawa bendera PAS ke dalam stadium), membuat keputusan untuk mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebanyak RM50,000 sahaja selepas penyokong-penyokong Kelantan (sebahagian, bukan semuanya) "berpesta mercun dan bakar kerusi" di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu 7 November 2009 yang laluRM50,000 sahaja? Takkan murah sangat harga kekacauan yang ditimbulkan.
Kekacauan itu bukan sahaja mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan, menyebabkan penonton-penonton di stadium dan di rumah tidak selesa, menyebabkan kecederaan (jurugambar RTM kena jahit kepala kerana koyak akibat lontaran batu), kerosakan harta benda, sampah sarap tidak perlu di sekitar trek padang (beratus-ratus botol air yang dilontar ke arah padang) dan juga kemungkinan berlakunya kematian akibat daripada kebakaran (kerusi dan tong sampah yang dibakar) sekiranya kebakaran tersebut tidak dapat di kawal. Dengan membayangkan segala kemungkinan ini sahaja, C-bOk taubat tidak akan ke stadium Bukit Jalil sekiranya ada perlawatan yang melibatkan KAFA.
........ dan dengan segala kemungkinan itu, FAM hanya merasakan KAFA perlu membayar RM50,000 sahaja sebagai denda terhadap kekacauan dan kerosakkan yang berlaku.
Tidakkah FAM melihat kemungkinan berlakunya kecederaan teruk dan kematian sebagai satu yang serius dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya? Adakah denda serendah ini akan memberi kesan kepada penyokong-penyokong ala 'holigans" berkenaan daripada mengulangi sikap tidak berdisiplin mereka? C-bOk rasa tidak. Kita akan berhadapan dengan masalah yang sama di masa depan sekiranya KAFA sekali lagi bertandang ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia 2010.
Wednesday, November 11, 2009
Naik Haji Yang Di Taja
Pengakuan Nik Aziz yang mengesahkan penajaan pihak ketiga ke atas ibadah haji yang akan ditunaikan tahun ini dan juga yang telah di tunaikan di tahun-tahun yang lalu mengundangkan pandangan berbeza.Blogger pro PAS menerima alasan Nik Aziz "menghalalkan" tajaan itu secara buta-buta dan menuduh pula pihak media mempermainkan isu ini sebagai mainan pemerintah. Maknanya bagi blogger seperti ini, "semuanya oklah..." bila berkaitan dengan Nik Aziz.
Kalau ada sesiapa yang menaja YAB Perdana Menteri atau YAB Timbalan Perdana Menteri naik haji macamana pula?
Soalnya bukan hak si penaja untuk menaja sesiapa sahaja yang dikehendaki dan hak orang yang ditaja untuk menerima buta-buta tanpa mengkaji sebab musabab dan niat penaja di dalam membuat penajaan tersebut. Dalam apa juga keadaan, apabila seseorang hendak membuat tajaan, mestilah mempunyai sebab. Lebih-lebih lagi Nik Aziz adalah kakitangan Kerajaan dan pemimpin sebuah negeri.
Bukankah sudah ada "General Order" yang melarang kakitangan Kerajaan (tidak kira Kerajaan yang memerintah negara atau negeri) menerima apa juga bentuk hadiah dan penajaan adalah jelas berbentuk hadiah kecuali ianya dalam bentuk zakat yang diberikan kepada orang-orang yang tidak mampu. Malahan, kakitangan Kerajaan tidak boleh menerima sekecil-kecil hamper yang cuma berharga puluhan ringgit itu berdasarkan kepada "General Order" yang berkuatkuasa.
Sekiranya diterima juga, pertuduhan pecah amanah atau rasuah boleh dikenakan kepada kakitangan Kerajaan yang terbabit kerana mereka telah di "compromise" yang meletakkan mereka dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan apabila melibatkan orang yang memberi hadiah/penajaan. Parti UMNO pernah menghukum tokoh hanya semata-mata menaja majlis jamuan semasa kempen pemilihan kepimpinan kerana ianya berbentuk rasuah dan mengundang rasa terhutang budiNamun apabila berkaitan dengan Nik Aziz, ianya boleh? Tidak terhutang budikah Nik Aziz dengan orang yang saban tahun menaja pemergian beliau ke Mekah?
C-bOk bersetuju dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang menyarankan supaya Nik Aziz mendedahkan nama orang yang membuat penajaan tersebut. Setidak-tidaknya ianya boleh mengelakkan daripada tohmahan terhadap niat tersembunyi di sebalik tajaan itu.
Sunday, November 08, 2009
Kelantan Menang
Kelantan menang bergaya di Bukit Jalil. 65,000 orang yang hadir menang sorak. Mereka juga menang pertandingan membaling mercun, membakar kerusi stadium dan membaling botol air ke dalam padang permainan. Seorang mendapat anugerah pembaling batu terbaik kerana membaling batu sehingga mengoyakkan kepala seorang jurukamera RTM.
Tahniah Negeri Sembilan, kerana menang dengan bergaya.
Friday, November 06, 2009
Nik Aziz Masuk IJN?
Dengar khabarnya Tuan Guru Nik Aziz di masukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi kerana muntah-muntah. Mari lah kita sesama saudara Islam mendoakan kesejahteraannya.Jangan jadi seperti puak yang satu lagi di mana ada yang meminta dijatuhkan bala ke atas negara kita Malaysia kerana fahaman politik. Malahan kalau perkara yang sama berlaku di kalangan MB dari BN, pasti ada yang membuat kenyataan bahawa ianya (masuk IJN) kerana kemurkaan Allah serta bala dan sebagainya.
Jadi janganlah kita jadi seperti mereka. Marilah kita sama-sama doakan saudara sesama Islam. Hari Jumaat ni.
Tuesday, November 03, 2009
Tanah Runtuh Di Selayang: Tak Ada Fatwa Ke?
Minggu lepas semasa kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak macam-macam fatwa keluar. Rata-rata fatwa itu mengaitkan kejadian jambatan runtuh itu dengan bala terhadap Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Barisan Nasional.Semalam satu lagi kejadian berkaitan dengan "runtuh". Kali ini ianya berlaku di Selayang, Selangor sehingga jalan dari Rawang ke Kuala Lumpur terpaksa di tutup.
Tak ada siapa-siapa yang nak keluarkan fatwa ke? Atau takut nak keluarkan fatwa sebab kalau guna formula fatwa yang sama seperti di Kuala Dipang, maka ianya salah Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Maknanya bala diturunkan terhadap Kerajaan Negeri.
Seperkara lagi, C-bOk perhatikan tidak ada pula Ketua Menteri dan Presiden parti yang datang melawat tanah runtuh ini. Mungkin sebab negeri ini bukan diperintah oleh Barisan Nasional, jadi tak kan nak malukan kawan. Apa-apa pun sebarang tindakan mestilah bedasarkan kepada "political milleage", Ya tak....
Monday, November 02, 2009
Siapa Nak Jawab Soalan Ini?
Disebalik penahanan Dr. Maza kelmarin, banyak sudah pendapat dan pandangan yang diutarakan. Pelbagai ulasan dan buah fikiran di utarakan.JAIS dalam sidang akhbarnya mendakwa penahanan itu kerana Dr. Maza tidak ditauliahkan untuk berdakwah di Selangor, namun apabila dihadapkan ke mahkamah tiada pula pendakwaan dibuat kerana masih membuat siasatan. [Baru nak siasat?]
Namun C-bOk tertarik dengan soalan bekas YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dusuki Ahmad seperti berikut:
"Apakah penceramah-penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh Kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?"
Ada sesiapa yang nak jawab?
Sunday, November 01, 2009
1Sekolah Untuk Semua: Tafsiran Tokoh Mengikut Fahaman Politik Mereka

Apabila Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pandangan rakyat perlu diambil kira sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran, C-bOk berpendapat ada mesej yang tersirat di dalam kenyataan beliau itu. Kita perlu menterjemahkan kenyataan beliau kepada hasrat murni di sebalik cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran sebagaimana yang ditimbulkan oleh Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK), minggu lalu.
Menurut Tan Sri Dr. KKK, sistem pendidikan negara perlu di susun semula, termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.
[Gagasan 1 Sekolah ini telah lama diutarakan melalui perbincangan alam maya sebelum ianya diutarakan oleh Tan Sri KKK. Rujuk di sini dan juga di sini]
Malangnya, hasrat murni serta lontaran/cabaran Perdana Menteri kepada masyarakat, khususnya golongan yang digelar pemimpin untuk menterjemahkan idea murni di sebalik cadangan mewujudkan sekolah satu aliran itu tidak kesampaian. Rata-rata menterjemahkan reaksi Perdana Menteri itu secara lateral sahaja, iaitu bersetuju dengan apa yang tersurat daripada pandangan PM tersebut. Tidak ada usaha langsung di kalangan "pemimpin" untuk melihat idea berkenaan dari sudut yang lebuh luas, sebaliknya mempertahankan ideologi berdasarkan kaum yang sempit yang hendak di kembangkan ke semua sektor. (Nasib baik lah kita cuma ada sekolah sahaja yang berdasarkan kaum)
Usaha untuk melihat maksud kata-kata PM ataupun makna yang tersirat tidak kesampaian. Mungkin juga kerana mereka tidak faham Bahasa Melayu bila mana sudah terbiasa dengan aliran masing-masing. Disebalik sekolah kebangsaan yang ditubuhkan, kita masih membenarkan sekolah "jenis" kebangsaan yang berasaskan kaum yang secara tidak langsung menyumbang kepada kegagalan untuk mengintegrasikan kaum/masyarakat majmuk di negara ini secara total.
Reaksi MIC melalui Timbalan Presidennya adalah bukti jelas, kegagalan pemimpin untuk menterjemahkan satu idea murni melangkaui kepentingan kaum semata. Reaksi MIC adalah seperti berikut:
PUTRAJAYA, Oct 31 (Bernama) -- The MIC has lauded Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's statement on vernacular schools.Gagasan 1Malaysia tidak akan berjaya sekiranya kita masih bersikap sebegini. 1Malaysia bakal menjadi satu slogan semata-mata sekiranya pemimpin politik kita gagal memberi terjemahan bermakna terhadap satu gagasan yang murni serta menongkah langit seperti 1Malaysia. Kita akhirnya akan menjadi sebuah negara yang kaya dengan gagasan seperti "Islam Hadhari" yang gah seketika, kemudian hanyut di tengah jalan.
Its deputy president, Datuk G. Palanivel, said Najib made the right move by announcing that vernacular schools would remain, and that the government would consider the views of the people before making a decision on the proposal to implement a single stream school system.
"By his statement, the prime minister has cleared the confusion that would otherwise, have been another setback on the 1Malaysia concept.
"His statement has clearly given meaning to promote the concept among all races," he told Bernama Saturday.
Tuesday, October 27, 2009
Tragedi Kuala Dipang: Ada Yang Ambil Kesempatan Politik

Nota:
Catatan ini dipetik dan diterbitkan akhbar Sinar Harian pada 30 Oktober 2009.
Tindakan nekad guru, pengawal keselamatan selamatkan ramai murid
27/10/2009 3:41pm
KAMPAR 27 Okt. — Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini malam tadi.
Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu.
Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang.
Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan. - Bernama
Ketika akhbar dan blog melapurkan kejadian sedih di Kuala Dipang, ramai yang bertindak membuat konklusi tentang kejadian itu. Adanya yang menuduh hantu raya punya angkara, ada pula yang mempersoalkan nilai pampasan RM10,000 yang disumbangkan oleh Kerajaan, malah ada yang tergamak menuduh guru-guru berbual sesama sendiri ketika kejadian berlaku.
Lebih hebat lagi, ada yang membuat kesimpulan bahawa kejadian ini berlaku kerana kemurkaan Allah kepada Menteri Besar Datuk Seri Zamry Abdul Kadir. Ringkasnya, ulasan yang dibuat lebih menjurus kepada kepentingan politik berbanding kepada keredaan kita terhadap qada dan qadar Allah.
Pemimpin-pemimpin politik pula, yang ultra dan yang ultraman, silih berganti melawat kawasan terbabit. Bagi mereka yang mempunyai kepentingan, wajarlah mereka melawat kawasan ini seperti Raja Muda Perak, Menteri Pelajaran, Menteri Besar dan ADUN-ADUN Negeri. Tetapi apabila Ketua Menteri dari negeri lain datang melawat, Presiden parti pusat yang tidak ada kena mengena, apakah kehadiran mereka itu ikhlas atau mengambil kesempatan untuk mendapat publisiti serta memanjangkan hayat politik masing-masing? Ada yang datang dengan timing yang sama dengan Raja Muda. Nak tengok mangsa atau nak salam tangan Raja Muda?
Berbalik kepada soal pokok perbincangan ini, C-bOk rasa terkilan dengan mereka yang mengambil kesempatan politik di atas tragedi ini dan juga mereka yang membuat tuduhan semborono berbaur politik. Begitu juga dengan mereka yang menuduh guru-guru berbual-bual sesama sendiri ketika kejadian, sedangkan mereka yang menuduh tidak ada di tempat kejadian ketika ianya berlaku.
Ramai yang terlupa, guru-guru dan pengawal keselamatan yang bertugaslah yang menyelamatkan 19 daripada 22 orang yang terjatuh ke dalam sungai tersebut.
Ingatlah, kalau kita bukan guru, mungkin ibu, bapa, adik, kakak, abang atau saudara mara kita mungkin ada yang menjadi guru. Janganlah cepat menyalahkan guru apabila tragedi sebegini berlaku.
Surat Sivakumar
Bekas Speaker Negeri Perak, Sivakumar telah mengedarkan surat memaklumkan perubahan lokasi Sidang DUN yang akan diadakan di Hotel Heritage, Perak dan bukannya di Dewan Undangan Negeri sebagaimana surat asal beliau yang bertarikh 13 Oktober 2009.Beberapa persoalan timbul di sini:
(i) Ini kali kedua dalam masa sebulan Sivakumar menggunakan letterhead Speaker Dewan Undangan Negeri. Bagaimanakah beliau mendapat letterhead berkenaan? Adakah di curi daripada pejabat speaker atau pun beliau cetak sendiri? Kalau tidak silap satu lapuran polis telah dibuat berkaitan dengan penggunaan letterhead yang bertarikh 13hb. Oktober 2009 itu. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil bersabit dengan tuduhan menyalahgunakan letterhead berkenaan?
(ii) Adakah surat ini diedarkan kepada semua Ahli DUN (termasuk dari Barisan Nasional) atau terhad kepada Ahli DUN Pakatan Rakyat sahaja? Setakat ini hanya Ahli DUN Pakatan Rakyat yang telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima surat ini berkaitan dengan perubahan lokasi sidang DUN pada 28 Oktober 2009 ini;
(iii) Apakah signifikasinya kehadiran pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat semasa persidangan ini? Adakah mereka mengambil peranan jemputan VIP yang biasanya dikhaskan kepada Sultan Negeri?;
(iv) Benarkan Sultan Perak telah memberi perkenan untuk berjumpa dengan Nizar untuk tujuan membubarkan DUN Negeri Perak sebagaimana yang dinyatakan atau Sivakumar memutarbelitkan maksud pertemuan itu untuk memberi gambaran yang Pakatan Rakyat masih berkuasa di Perak?;
(v) Soal paling dasar ialah kenapakah Nizar dan rakan-rakannya masih nak mengadap Sultan sedangkan sebelum ini mereka tidak mahu mengikut kebijaksanaan Sultan?;
(vi) Hotel Heritage ni pun hebat juga ya? Sudah dua kali menyediakan lokasi untuk Sidang DUN haram anjuran Sivakumar dan rakan-rakannya. Ada apa-apa ke?
Sampai bila Sivakumar dan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat Perak hendak berdrama "main pondok-pondok" macam ni?
Monday, October 26, 2009
Chua Jui Meng Mudah Lupa?
Chua Jui Meng pernah menjadi menteri di salah sebuah Kementerian yang agak penting. Beliau pernah menjadi Menteri Kesihatan dan juga Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Beliau menjadi Menteri kerana beliau layak, beliau pemimpin parti MCA kanan (ketika itu) dan juga kerana Malaysia mengamalkan sistem masyarakat majmuk yang memberi peluang kepada semua untuk mencapai kejayaan. Semua boleh menjadi pemimpin sekiranya dipilih serta disokong oleh ahli-ahli di mana mereka bernaung.
Namun, semalam dalam satu majlis PKR di Sabah beliau berkata:
"Satu daripada sebab saya tinggalkan MCA untuk sertai PKR ialah kenyataan Wan Azizah selaku Presiden PKR yang menyentuh perasaan saya. Wan Azizah berkata PKR menolak ketuanan Melayu, yang kita (PKR) hendak tegakkan di Malaysia ialah ketuanan rakyat Malaysia."
Jui Meng seterusnya berkata,
"Jika ada ketuanan Melayu tentu ada hamba. Siapa hamba? Hamba orang Cina di Sabah, hamba seperti saya di Semenanjung, R. Sivarasa di Kuala Lumpur, orang Tionghua, orang India. Ketuanan Melayu kita jadi hamba."
Waah..., betullah Chua Jui Meng sudah lupa atau mudah lupa. Apabila beliau diangkat menjadi pemimpin di mana, orang-orang lain pelbagai bangsa termasuk Melayu, China, India dan lain-lain bangsa di negara ini bekerja di bawah beliau di Kementerian-Kementerian penting Kerajaan sebelum ini, adakah mereka menganggap Chua Jui Meng sebagai tuan dan yang bekerja di bawah beliau itu hamba?
Kenapa perlu beliau mengungkit soal tuan dan hamba? Betul ke Chua Jui Meng menjadi hamba? Siapa tuannya? C-bOk rasa kenyataan ini berbaur hasutan. Chua Jui Meng adalah seorang ahli politik yang lupa daratan.
Apabila beliau mendapat habuan duniawi sebagai Menteri, semuanya betul. Namun, apabila masyarakat China sendiri menolak kempimpinan beliau, kini beliau mengungkit tentang soal "Ketuanan Melayu" dan soal hamba.
Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud Melayu jadi tuan manakala bangsa lain jadi hamba. Ketuanan Melayu adalah definasi kepada semangat penubuhan negara ini yang telah dipersetujui oleh pemimpin kita terdahulu ketika membentuk sebuah negara yang bebas daripada penjajahan.
Sungguh rendah moral mereka yang berpolitik untuk kepentingan diri sendiri. Sanggup mereka menghasut sebegitu semata-mata untuk kuasa. Bagi C-bOk, kenyataan beliau di atas bukan sahaja menghasut, tetapi boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Malangnya, mereka yang di dalam PKR (pemimpin dan penyokongnya) suka dengan pemimpin yang sebegini.....
Sunday, October 25, 2009
Gambar Masjid Putrajaya Di Politikkan
Tidak ada siapa yang suka dengan maksiat. Maksiat adalah perbuatan yang ditegah agama. Ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja dan oleh sesiapa sahaja. Pemimpin, tokoh politik malahan tokoh agama juga pernah disabitkan dengan kesalahan maksiat. Tidak ada sesiapa juga yang maksum kecuali para Rasul (bukan RasulMelayu) dan Nabi-Nabi. Tokoh PAS Ahmad Sabu pun pernah kena tangkap khalwat dengan isteri orang.
Namun apabila laporan mengatakan berlakunya maksiat di Putrajaya, kenapa kita jadi terlebih tafsir? Kenapa gambar kubah masjid Putrajaya pula yang dipamerkan? Ini menghina masjid namanya. Tidak ada hormat langsung semata-mata hendak melangsungkan fahaman politik masing-masing. Janganlah politikkan agama dan menggunakan agama untuk berpolitik.
Namun apabila laporan mengatakan berlakunya maksiat di Putrajaya, kenapa kita jadi terlebih tafsir? Kenapa gambar kubah masjid Putrajaya pula yang dipamerkan? Ini menghina masjid namanya. Tidak ada hormat langsung semata-mata hendak melangsungkan fahaman politik masing-masing. Janganlah politikkan agama dan menggunakan agama untuk berpolitik.
Thursday, October 15, 2009
"1Toilet" : Terengganu Terlebih Terjemah Konsep 1Malaysia?
Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan untuk memperkenalkan polisi "1Toilet" untuk meliberalisasikan pendidikan di mana guru dan pelajar berkongsi menggunakan tandas. Polisi ini dikatakan selari dengan konsep 1Malaysia untuk mewujudkan perasaan "oneness" sebagaimana yang dilapurkan di dalam akhbar The Star hari ini.
C-bOk rasa ini adalah interpretasi konsep 1Malaysia yang keterlaluan. Apa yang difikirkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Sains dan Teknologi negeri Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman ketika membuat kenyataan itu? Adakah sebagai seorang exco, ini terjemahan terbaik beliau terhadap konsep 1Malaysia?
We want student to have a sense of belonging that we believe would inspire them to excel futher in their education
C-bOk rasa ini adalah interpretasi konsep 1Malaysia yang keterlaluan. Apa yang difikirkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Sains dan Teknologi negeri Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman ketika membuat kenyataan itu? Adakah sebagai seorang exco, ini terjemahan terbaik beliau terhadap konsep 1Malaysia?
Monday, October 12, 2009
Thursday, October 08, 2009
PAS. Betul Ke Ni?
C-bOk tidak berada di Bagan Pinang, Port Dickson untuk sama-sama berkempen, namun mengikuti kempen di Bagan Pinang melalui media (media pro dan anti Kerajaan). Baca dua-dua - baru dapat gambaran sebenar.Dalam banyak-banyak catatan, laporan Harakah Daily tentang 100 orang lelaki bermotosikal memakai baju BN yang dikatakan menyerang dan menceroboh markas induk Dewan Pemuda PAS. Penyerang tersebut dikatakan menetak sehingga berdarah petugas-petugas di markas induk tersebut. Laporan tersebut menyatakan petugas-petugas tersebut dikejar dengan parang sehingga ke rumah.
Pertamanya, sekiranya kejadian ini benar-benar berlaku, sewajarnyalah ianya di lapurkan kepada polis dan tindakan sewajarnya diambil. Namun difahamkan setakat ini laporan polis berkenaan masih belum dibuat. Apa motifnya?
Dalam masa yang sama, C-bOk melihat ada kesangsian dengan kejadian ini. Beberapa persoalan berkaitan dengan logik timbul apabila membaca laporan Harakah Daily serta meneliti gambar yang diterbitkan bersama-sama dengan laporan berkenaan.
Antaranya ialah:
(i) Bagaimanakah dalam keadaan kelam kabut di serang, laporan berkenaan boleh dimenyatakan dengan tepat "seramai 100" orang lelaki bermotosikal memakai baju BN melakukan serangan tersebut?;
(ii) Siapakah yang mengira jumlah lelaki bermotosikal tersebut dan dalam keadaan di mana mereka "dikejar dengan parang", apakah kaedah pengiraan yang digunakan? [Biasanya dalam keadaan kelam kabut serta nyawa menjadi taruhan, mana ada masa nak mengira lagi. Biasanya dalam keadaan begini, kita akan cabut mengorak langkah seribu. Jadi mana sempat nak mengira];
(iii) Kalau benar orang BN yang nak membuat serangan tersebut, kenapa dia orang pakai baju BN? Bodohlah kalau pakai baju BN dan memberi "clue" kepada orang yang diserang untuk mengecam orang-orang yang menyerang mereka. Biasanya penjahat akan cuba mengaburi kegiatan mereka dengan pakai topeng, tutup muka ataupun memberi gambaran bahawa kesalahan jenayah mereka dilakukan oleh orang lain supaya kesalahan itu tidak disabitkan dengan mereka. Contohnya, kalau budak-budak BN hendak membuat serangan tersebut, mungkin mereka pakai baju ninja ataupun T-Shirt PKR supaya identiti mereka yang sebenar tidak dikenali;
(iv) Tetakan kepada badan orang yang kena serang juga tidak menggambarkan "berlakunya tetakan". Cuba teliti gambar di atas..., tetakan dengan parang telah menyebabkan baju koyak, tetapi badan orang kena tetak masih ok. Tidak nampak kesan kecederaan, koyak atau terguris dengan tetakan tersebut. Adakah mungkin pemuda kena tetak ini mempunyai ilmu kebal sehingga tidak terkoyak kulitnya walaupun kena tetak dengan parang? Namun, walaupun tidak koyak/cedera ada pula pendarahan berlaku di kawasan itu..., bagaimana ya?;
(v) Kesan darah juga tidak logik. Ada kesan darah di kawasan baju yang terkoyak dan juga kesan darah di sebelah kanan badan pemuda yang kena tetak ini. Bagaimana kesan darah di sebelah kanan itu berlaku kerana tiada kesan tetakan di kawasan tersebut?
(vi) Pemuda yang ditonjolkan sebagai orang kena tetak ini juga tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang ahli Dewan Pemuda PAS. Sukar nak relate kerana pemuda ini berambut panjang, siap diikat lagi. Biasanya orang-orang PAS ni nampak alim ataupun macam ustaz. Ni nampak macam mat rock je....,

Banyak sungguh persoalan yang timbul daripada laporan Harakah Daily ini. Banyak soalan daripada jawapan. Mangsa pun tidak dinamakan.
Anak siapa lah ini....?
Subscribe to:
Posts (Atom)



