Tuesday, May 18, 2010

PWTC Macam "Construction Site"

C-bOk pernah PWTC dari tahun 1990 - 1994 ketika berkhidmat dengan Tourism Malaysia. Ketika itu tidak banyak bangunan pencakar langit. KLCC pun belum dibina dan The Mall adalah lokasi tumpuan utama membeli belah.

Seterusnya dari pertengahan tahun 1994 C-bOk meninggalkan PTWC kerana bertugas dengan agensi lain di lokasi yang berbeza. Dari PWTC ke Jalan Duta, Jalan Raja Laut, Kota Los Angeles, balik ke Jalan Raja Laut, Subang Jaya, Putrajaya dan Medan Tuanku. Sepanjang 16 tahun itu hanya sesekali C-bOk ke PWTC atas urusan rasmi khususnya menghadiri pelbagai pameran perdagangan yang diadakan di sana.

Namun mulai pertengahan bulan April 2010 yang lalu, menjadi rutin C-bOk untuk ke PWTC setiap pagi untuk menghantar isteri yang bertugas di Menara Dato' Onn. Seterusnya menjemput beliau balik pada sebelah petang pula.

Ada sesuatu yang menyemakkan mata di PWTC kini berbanding dengan dahulu. Sesiapa sahaja pasti akan melihat pemandangan yang sama iaitu kon plastik warna kuning yan diletakkan di sekitar ruang legar di aras 4 (pintu masuk) PWTC. Kon-kon plastik ini betul-betul menyemakkan pemandangan dan menjatuhkan tahap kualiti PWTC. Kehadiran kon-kon ini tidak ubah umpama PWTC sedang berada dalam "construction site". Warna kuning terang kon-kon berkenaan tidak "jive" dengan imej bangunan kelas satu yang menempatkan pejabat-pejabat penting Kerajaan (beberapa Kementerian, agensi Kerajaan dan anak syarikat Kerajaan menyewa di Menara Dato' Onn).

Pejabat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia juga terletak di sini. Berikutan dengan itu, pastinya PWTC menjadi lokasi kunjungan orang-orang penting (VIP) dari dalam dan luar negeri. Namun apabila mereka tiba di PWTC, mereka akan disambut dengan kon-kon plastik yang mencacatkan pemandangan.

C-bOk faham, kon-kon berkenaan diletakkan untuk mengelakkan pengunjung daripada meletakkan kereta mereka sesuka hati di sekitar kawasan di aras 4 berkenaan. Namun, apa gunanya pengawal-pengawal yang bertugas? Tidak adakah cara yang lebih sistematik untuk mengawal trafik serta mereka yang meletakkan kereta di aras berkenaan dan dalam masa yang sama menjaga imej serta pemandangan di sekitar aras 4 berkenaan? Kadang-kadang, kon-kon berkenaan yang mencacatkan pemandangan tambah memburukkan keadaan apabila ianya tidak disusun dengan teratur dan ada juga yang terbalik.

Meletakkan kon-kon berkenaan adalah satu jalan penyelesaian mudah. Namun adalah itu cara terbaik yang boleh difikirkan oleh pihak pengurusan bangunan ini?

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Itu mencerminkan keadaan semasa UMNO yang tidak kemaskini, cemas, kucar kacir, tidak terurus dan hanya kroni2 sahaja yang boleh parking di situ.

Kereta kancil, viva ahli UMNO jangan harap nak parking kat situ. Pengawal pula bengis macam harimau kurus tak makan 3 hari.

Zainal A. Kasim said...

Hmmm, petang tadi saya tengok kereta kancil, viva,proton banyak parking di sana. Tak ada masalah pun.

Quantum Metal Consultant said...

Tuan Zainal, kancil dan viva parking kat mana? Yang penuh dengan 'kon kuning' kawasan mana?