Friday, January 01, 2010
Perundangan Islam di Putus Oleh Bukan Islam?
Keputusan ini diambang tahun baru adalah sesuatu yang sungguh tidak menyeronokkan. Ini adalah satu penghinaan kepada Islam apabila hak-hak orang Islam ditentukan oleh orang bukan Islam. Bukankah kata pemutus berkaitan dengan hal ehwal Islam di negara ini terletak di bawah kuasa Raja-Raja Melayu yang beragama Islam?
Thursday, December 31, 2009
Selamat Tahun Baru 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!Apa azam anda di tahun baru ini? Saya berazam untuk BEBAS di tahun 2110 ini..... bebas berfikir, bebas beramal, bebas bertindak, bebas kewangan, bebas berkata-kata, bebas minda dan sebagainya lagi asalkan BEBAS. Insyaallah.
Sunday, December 20, 2009
Koh Tsu Koon! Itu Cadangan Bodoh!
SMS can be sent out every morning during Parliament sitting and those who cannot make it to the proceeding can reply to the message and inform the House that they will be absent. Such system will ensure that the number of Barisan MPs is always more than the number of Opposition MPs in the House by segments of time.Kenyataan di atas dibuat oleh Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
- Koh Tsu Koon
C-bOk tidak bersetuju dengan cadangan ini. Malahan cadangan ini adalah cadangan bodoh. Kenapa perlu Ahli-Ahli Parlimen diingatkan setiap hari tentang keperluan mereka hadir di Parlimen? Bila sudah jadi Ahli Parlimen, maka mereka perlu hadir di Parlimen la. Bukan di tempat lain.
Saya undi mereka supaya mereka HADIR di Parlimen! Tak kira la kalau YB dari BN atau Pakatan Rakyat atau pun Bebas. Kalau cakap Melayu pun tak pandai dan tak faham-faham, BERHENTI lah jadi Ahli Parlimen. Bukan 24 jam duduk kat Parlimen tu. Cuma perlu hadir semasa persidangan sahaja.
Kalau dah malas nak hadir sidang Parlimen, balik kampong tanam jagung lagi baik!
Tiada maaf lah YB-YB semua (khususnya yang tidak hadir itu), kesalahan telah pun dibuat. Tetapi cuba untuk memberi justifikasi bodoh atas kesalahan YB-YB semua sememangnya menjengkelkan!
Nota:
Sehingga ke hari ini, belum ada kenyataan meminta maaf daripada mana-mana Ahli Parlimen (berpuloh-puloh orang) kepada rakyat tentang ketidak hadiran mereka di Parlimen! Dia orang (YB-YB ini) ingat kita/rakyat bodoh ke?
Wednesday, December 16, 2009
Beri Pistol Kat Nazri Aziz
“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir, baru nampak saya buat kerja"
C-bOk jarang bersetuju dengan Nazri Aziz, seorang menteri yang arrogance. Namun kenyataan beliau tentang keperluan untuk meletakkan pistol di kepala Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang tidak hadir di Parlimen semalam wajar di berikan perhatian. Negara semalam berhadapan dengan kemungkinan kehilangan Kerajaan sedia ada kerana gagal mendapatkan kelulusan terhadap bajet 2010 yang sedang diperbahaskan di Parlimen.
Dimana Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang seramai 170 orang itu bila cuma 66 orang sahaja yang hadir untuk menyokong bajet berkenaan? Apa yang mereka sibukkan sedangkan dalam setahun hanya beberapa bulan sahaja yang ditetapkan untuk mereka menghadiri sidang Parlimen di mana hal ehwal negara di perbahaskan dan diluluskan untuk dijadikan undang-undang dan panduan pentadbiran negara?
Sibuk sangatkan mereka yang tidak hadir ini? Sibuk di mana? Tengah hisap cigar di hotel mewah, padang golf atau mengintai artis cantik untuk dijadikan isteri no. 2 @ no. 3 @ no.4?
Kenyataan Nazri Aziz itu adalah gambaran kekecewaan beliau terhadap apa yang berlaku, walaupun cumalah kiasan. Namun, inilah sikap ahli-ahli Yang Berhormat yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan suaran majoriti 2/3 di Parlimen pada PRU ke 12 dahulu. Tidakkah "post-mortem" yang dibuat dahulu mendalami perkara-perkara seperti ini? - Kegagalan YB-YB menjalankan tugas yang diamanahkan!!
...and they have the guts to question rakyat marhain "yang konon-kononnya tak mengenang budi dengan apa yang telah mereka/Kerajaan buat".
Ini bukan soal rakyat tidak mengenang budi. Ini soal YB-YB berkenaan tidak mengenang budi rakyat yang mengundi mereka. Rakyatlah yang meletakkan mereka di Parlimen (sementara) supaya mereka boleh berbincang dan membuat keputusan-keputusan penting untuk negara. Keputusan-keputsuan itulah yang menentukan masa depan kita (dan juga mereka). Namun kejadian semalam menunjukkan undi penyokong dikhianati.
C-bOk menyeru Perdana Menteri menamakan YB-YB berkenaan. Jelas ada yang tidak belajar dari PRU ke 12. Masih ramai yang lalai. Senaraikan mereka satu persatu supaya rakyat boleh tukarkan mereka di PRU ke 13 nanti. Ramai lagi yang layak jadi wakil rakyat. Seperti kata Zainol Abideen a.k.a. mahaguru 58, ini Dewan Rakyat, bukan Dewan Sekolah Menengah Bukit Jin Bertendang
Wednesday, December 09, 2009
Tak Perasan Lagi Ke? Satu-Satu Di Persoalkan!
C-bOk pernah menulis di sini dahulu tentang kecenderungan pihak yang satu ini mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan Raja-Raja, Melayu, Islam dan Kerajaan (yang dipimpin oleh Melayu).Terkini MASJID pula yang dipersoalkan.
Jika di perhatikan, nampak macam ada usaha yang terancang untuk mempersoalkan segala-galanya yang berkaitan dengan Melayu dan Islam. Berikut adalah senarai perkara-perkara yang telah dibangkitkan dengan tujuan provokasi khususnya dari parti yang satu ini.
(i) Taraf Bumiputra;
(ii) MeCD (kini dibubarkan);
(iii) Kedaulatan Raja-Raja (ada yang nak saman Sultan);
(iv) Dasar Ekonomi Baru (kini sudah berkubur tanpa nisan);
(v) UiTM (Universiti untuk Bumiputra);
(vi) Islam sebagai agama rasmi (ada yang bercakap "langkah mayat saya dahulu" kerana menolak Islam sebagai agama rasmi);
(vii) Biro Tata Negara (sampai Menteri parti pemerintah pun sama naik melatah);
(viii) Ketuanan Melayu (ada bekas Menteri parti pemerintah yang mengapi-apikan soal ini sehingga sanggup menggesa ahli partinya membangkitkan isu ini walaupun sehingga masuk penjara)- apa ni!?;
(ix) Bilangan masjid yang dibina di seluruh negara (terkini)
Tak lama lagi, tempat kita nak berak pun kena dipersoalkan juga oleh pihak yang satu ini.
Tuesday, December 08, 2009
Siapa "Mariam mokhtar"?
C-bOk rasa elok juga sekiranya Mariam Mohktar memperkenalkan dirinya (sekiranya benar-benar wujud) dan memperjuangkan apa yang diyakininya secara terbuka. Katakan dengan terbuka apa yang terbuku dihatinya di pentas ramai. Kemudian, elok juga Mariam Mokhtar sertai pula kursus-kursus yang diadakan oleh "orang lain", yakni menukar nama, rupa dan kulit untuk menyelami apa yang diajar di dalam "kursus-kursus" itu pula. Sekiranya mereka benar-benar 1Malaysia 100% barulah Mariam Mokhtar boleh bersuara.
Sekiranya tidak, maka C-bOk amat kesihan dengan seorang wanita tidak mengenang budi bernama Mariam Mokhtar ini. Bukan sahaja umpama orang lupa daratan, malah kini menabur pasir di periuk nasi orang yang dulu pernah membiayai penganjiannya sehingga menjadikan beliau seorang yang berpendidikan hari.
[Nota: Catatan tentang Mariam Mokhtar seperti yang dipetik dari ruangan Forum, Utusan Malaysia, Selasa, 8 Dismeber 2009 adalah seperti dibawah]
Sedarlah Melayu lupa diri
MALAYSIAKINI baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk Mara yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated.
Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita "Maluyu" produk Mara, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.
Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, di bawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;
"For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for 'orientation' at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:
1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.
2) Basic food, thus a friend's sister dropped off much needed rations of chocolates and 'kacang'.
3) How to wash your 'smalls' (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.
4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God's chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society..."
Isu ini sebenarnya bukan satu perkara besar, kerana semua orang maklum akan modul dan tujuan Kursus Biro Tata Negara ini. Tetapi ramai juga "Maluyu" yang dangkal akan sejarah, yang bodoh to read between lines, dan bebal memahami tujuan asal kursus Biro Tata Negara ini.
Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.
Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, Melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan komunis.
Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99 peratus Islam?
Wajar kita menghargai, mencintai dan mengingati Tunku Abdul Rahman bukan hanya kerana kemerdekaan dan Singapura, tetapi juga kerana pengorbanan beliau untuk menyedarkan Melayu.
Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai kapitan Cina, pekerja estet, penduduk kampung pedalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi daripada pemerintah Republik Indonesia.
Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita termasuk Mariam Mokhtar kerana apa yang "Maluyu" ambil berat hanya pada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.
BTN sebenarnya memang platform untuk Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina.
BTN mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat (dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu, mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan "Ah, tak pe," "Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan," "Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah."
Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku sekarang, demi masa depan anak keturunan mereka?
Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun!
Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka?
Apakah Mariam Mokhtar yang begitu bangga menceritakan bagaimana BTN meracuni Melayu untuk sayangkan bangsa Melayu sendiri sebagai perkauman.
Sifat PHD (Penting diri, Hasad, Dengki) adalah sifat semula jadi orang Melayu yang ditanam oleh penjajah.
Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut dan Parti Koumintang. Yang ada adalah parti politik UMNO, Pas dan PKR.
Untuk melahirkan Bangsa Malaysia tanpa kaum adalah perlu semua orang berkorban, Melayu perlu korbankan DEB, terima pakai meritokrasi (layakkah Mariam ditaja Mara ke luar negara jika bersaing secara adil dengan pelajar bukan Melayu yang lebih cemerlang akademik), terima pakai tender terbuka (mampukah syarikat Bumiputera menyaingi kekuatan kewangan dan mutu syarikat bukan Melayu), kuota perumahan (mampukah Melayu membayar tunai memiliki hartanah dan rumah potensi tinggi jika ikut sistem First Come First Serve), mahukah Cina korbankan Sekolah Cina yang menjadi platform menebalkan semangat perpaduan Cina tolong Cina mereka, mahukah India yang kurang serba serbi bersaing secara adil sedangkan kasta atasan mereka hampir pasti tidak akan membantu mereka.
Memang ramai orang "Maluyu" profesional seperti Mariam Mokhtar. Mereka bersemangat menawarkan diri menghapuskan nilai kaum Melayu bagi memberi laluan kepada bangsa Malaysia tanpa kaum.
Saya bangga dengan orang seperti Mariam Mokhtar tetapi tidak memadai hanya fikirkan diri sendiri sahaja tapi tidak anak Melayu 100 tahun mendatang.
MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor
Wednesday, December 02, 2009
Bukan Tidak Bertamadun......
..... cuma.., mereka ini tidak pernah menghadiri kursus Biro Tata Negara (BTN). Apabila tidak ada kesedaran sivik serta kefahaman moral, maka pertimbangan bukan lagi menggunakan otak. Sebaliknya, kewajaran tindakan adalah berdasarkan kepada emosi semata-mata.....
Jadi...., biarlah mereka dengan sikap begini. Kita jangan buat begitu. Kalau sudah terbuat juga jangan diulang lagi.
Kalau mereka nak buat..., biarlah mereka buatlah selalu. Nak menari ronggeng atas gambar-gambar tu pun tak apa. Kerana dengan sikap itu barulah kita tahu sejauhmana falsafah perjuangan politik mereka. Lagi selalu buat, lagi banyak kita boleh paparkan di media untuk tatapan semua rakyat Malaysia.
Sunday, November 29, 2009
Berhati-Hati..., Satu-Satu Di Persoalkan.....
(i) Taraf Bumiputra;
(ii) MeCD (kini dibubarkan);
(iii) Kedaulatan Raja-Raja (ada yang nak saman Sultan);
(iv) Dasar Ekonomi Baru (kini sudah berkubur tanpa nisan);
(v) UiTM (Universiti untuk Bumiputra);
(vi) Islam sebagai agama rasmi (ada yang bercakap "langkah mayat saya dahulu" kerana menolak Islam sebagai agama rasmi);
.... dan TERKINI...
"Hentikan program BTN" .... kenyataan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang.
C-bOk harap Kerajaan tidak terpengaruh dengan provokasi DAP dan konco-konconya yang berusaha tanpa henti untuk menidakkan apa sahaja yang terbaik untuk negara ini (tetapi tidak baik untuk kesinambungan politik mereka).
Kursus Biro Tata Negara adalah kursus yang memupuk semangat patriotisme, jati diri dan semangat untuk membangunkan negara tanpa mengira warna kulit, latarbelakang agama, bangsa serta fahaman politik. Bagi C-bOk, kursus ini mempunyai identiti serta berjiwa 1Malaysia. Hanya mereka yang buta sahaja yang akan berpendapat sebaliknya. Jangan gadaikan masa depan negara dengan pandangan sempit segelintir pemimpin politik berjiwa kecil.
Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Aidil-Adha
Saturday, November 21, 2009
SPRM: "Justice Delayed is Justice Denied"

Rata-rata persepsi terhadap keputusan ini adalah seperti berikut:
(i) SPRM tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sekiranya kuasa menyiasat dihadkan pada waktu pejabat sahaja. Kes-kes jenayah yang berkaitan dengan rasuah tidak terhad berlaku pada waktu pejabat sahaja. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Sekiranya kuasa SPRM dihadkan pada waktu pejabat sahaja selama 9 jam (8.30 pagi - 5.30 petang) bagaimana SPRM hendak memerangi kejadian jenayah rasuah yang beraksi 24 jam sehari?;
(ii) SPRM adalah satu-satunya agensi di dunia yang dihadkan kuasa siasatan mereka pada waktu pejabat sahaja. Agensi-agensi lain seperti INTERPOL, CIA, FBI, Agensi Pencegah Rasuah Hong Kong dan lain-lain yang terkenal di sleuruh dunia tidak mempunyai had/sekatan seperti yang dikenakan kepada SPRM. Agensi-agensi penguatkuasa ini bukan sahaja beroperasi 24 jam, malahan mereka bergerak di seluruh dunia untuk mencapai objektif penubuhan mereka dari segi penguatkuasaan undang-undang (dan juga politik);
(iii) Usaha memerangi gejala rasuah di negara ini dipermain-mainkan oleh orang-orang politik dan mereka yang berkepentingan. Dalam hal ini, Tan Boon Wah dari parti DAP yang membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi merasakan siasatan yang dibuat terhadap beliau menimbulkan "kerugian" serta menceroboh "hak-hak asasi" belia (Kena batang hidung sendiri baru sibuk. Dulu, sekiranya boleh mahukan SPRM menyiasat tokoh parti pemerintah. Tidak pula timbul soal kerugian dan hak asasi);
(iv) Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang-orang yang tertuduh untuk menggunakan "loopholes" di dalam perundangan kita untuk mendapatkan kelebihan ke atas perundangan. Mereka ini kini dilihat menggunakan politik untuk mencapai hasrat dan objektif mereka. Malahan terdapat parti-parti politik yang menjadikan perjuangan untuk memberi kelebihan kepada penjenayah pula sebagai matlamat perjuangan mereka;
(iv) Ruang kini terbuka dengan luasnya kepada penjenayah rasuah untuk merancang aktiviti mereka apabila ditangkap. Mereka mempunyai kelebihan untuk melepaskan diri daripada sabit kesalahan dengan kelebihan untuk merancang, memanipulasi dan melatih saksi dengan masa terluang yang ada selepas waktu pejabat;
Bagi C-bOk Mahkamah Tinggi dalam hal ini, sewajarnya menterjemahkan apa-apa juga maksud perundangan dari sudut kesan positif kepada negara serta masyarakat dan tidak terhad kepada alasan sempit kerugian/hak asasi individu semata-mata. Kerana disebalik seorang yang membawa isu ini, ada 27 juta lagi rakyat negara yang juga mempunyai hak asasi mereka yang tidak mahukan jenayah berleluasa di negara ini.
SPRM pula sewajarnya menyegerakan rayuan supaya keputusan Mahkamah Tinggi ini dipertimbangkan semula. Kita tidak mahu sebarang siasatan yang dibuat terhadap apa-apa kesalahan jenayah rasuah dilewat-lewatnya hanya kerana masa yang terhad untuk membuat siasatan. Pepatah ada menyatakan "Justice Delayed is Justice Denied"
Thursday, November 19, 2009
Soal Siasat SPRM Pada Waktu Pejabat Sahaja (?)
C-bOk melihat keputusan ini satu "landmark decision" oleh Mahkamah Tinggi kerana membuat satu keputusan yang "sungguh luar biasa" kerana kini saksi kes SPRM mempunyai masa dari jam 5.01 petang hingga ke jam 8.29 pagi keesokkan harinya untuk merancang jawapan, menghilangkan bukti, melarikan diri dan lain-lain lagi yang memberi kelebihan kepada orang yang disiasat daripada orang yang menyiasat.
Sekiranya keputusan ini dikekalkan berdasarkan kepada alasan Tan Bon Wah yang membawa kes ini untuk penghakiman di mana beliau mendakwa "mengalami kerugian" sepanjang siasatan itu dijalankan, maka C-bOk ingin mencadangkan supaya sesiapa sahaja yang pernah disiasat oleh SPRM/BPR sebelum ini di luar waktu pejabat - boleh buat tuntutan atas kerugian anda berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Yang Arif berkenaan.
Nota: Untuk perhatian, C-bOk tidak menyokong keputusan Yang Ariff berkenaan terhadap penghakiman berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh pengadu.
Kelab Graduan 1Malaysia
Tengahari tadi C-bOk lunch dengan seorang kawan lama di Sri Hartamas. Bercerita tentang perniagaan perkhidmatan membekalkan mesin penyalin (photostat) beliau yang semakin rancak dan juga prestasi kereta-kereta terkini (kami sama-sama minat kereta). Dalam sibuk bercerita, beliau membangkitkan konsep 1Malaysia yang semakin popular dan semakin menjadi sebutan ramai.Sunday, November 15, 2009
Pakatan "Riots"
Thursday, November 12, 2009
RM50,000 Aje? Saya Pun Boleh Bayar!
FAM yang bersidang semalam berhubung dengan salah laku penyokong Kelantan (PAS? - ada yang bawa bendera PAS ke dalam stadium), membuat keputusan untuk mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebanyak RM50,000 sahaja selepas penyokong-penyokong Kelantan (sebahagian, bukan semuanya) "berpesta mercun dan bakar kerusi" di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu 7 November 2009 yang laluRM50,000 sahaja? Takkan murah sangat harga kekacauan yang ditimbulkan.
Kekacauan itu bukan sahaja mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan, menyebabkan penonton-penonton di stadium dan di rumah tidak selesa, menyebabkan kecederaan (jurugambar RTM kena jahit kepala kerana koyak akibat lontaran batu), kerosakan harta benda, sampah sarap tidak perlu di sekitar trek padang (beratus-ratus botol air yang dilontar ke arah padang) dan juga kemungkinan berlakunya kematian akibat daripada kebakaran (kerusi dan tong sampah yang dibakar) sekiranya kebakaran tersebut tidak dapat di kawal. Dengan membayangkan segala kemungkinan ini sahaja, C-bOk taubat tidak akan ke stadium Bukit Jalil sekiranya ada perlawatan yang melibatkan KAFA.
........ dan dengan segala kemungkinan itu, FAM hanya merasakan KAFA perlu membayar RM50,000 sahaja sebagai denda terhadap kekacauan dan kerosakkan yang berlaku.
Tidakkah FAM melihat kemungkinan berlakunya kecederaan teruk dan kematian sebagai satu yang serius dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya? Adakah denda serendah ini akan memberi kesan kepada penyokong-penyokong ala 'holigans" berkenaan daripada mengulangi sikap tidak berdisiplin mereka? C-bOk rasa tidak. Kita akan berhadapan dengan masalah yang sama di masa depan sekiranya KAFA sekali lagi bertandang ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia 2010.
Wednesday, November 11, 2009
Naik Haji Yang Di Taja
Pengakuan Nik Aziz yang mengesahkan penajaan pihak ketiga ke atas ibadah haji yang akan ditunaikan tahun ini dan juga yang telah di tunaikan di tahun-tahun yang lalu mengundangkan pandangan berbeza.Blogger pro PAS menerima alasan Nik Aziz "menghalalkan" tajaan itu secara buta-buta dan menuduh pula pihak media mempermainkan isu ini sebagai mainan pemerintah. Maknanya bagi blogger seperti ini, "semuanya oklah..." bila berkaitan dengan Nik Aziz.
Kalau ada sesiapa yang menaja YAB Perdana Menteri atau YAB Timbalan Perdana Menteri naik haji macamana pula?
Soalnya bukan hak si penaja untuk menaja sesiapa sahaja yang dikehendaki dan hak orang yang ditaja untuk menerima buta-buta tanpa mengkaji sebab musabab dan niat penaja di dalam membuat penajaan tersebut. Dalam apa juga keadaan, apabila seseorang hendak membuat tajaan, mestilah mempunyai sebab. Lebih-lebih lagi Nik Aziz adalah kakitangan Kerajaan dan pemimpin sebuah negeri.
Bukankah sudah ada "General Order" yang melarang kakitangan Kerajaan (tidak kira Kerajaan yang memerintah negara atau negeri) menerima apa juga bentuk hadiah dan penajaan adalah jelas berbentuk hadiah kecuali ianya dalam bentuk zakat yang diberikan kepada orang-orang yang tidak mampu. Malahan, kakitangan Kerajaan tidak boleh menerima sekecil-kecil hamper yang cuma berharga puluhan ringgit itu berdasarkan kepada "General Order" yang berkuatkuasa.
Sekiranya diterima juga, pertuduhan pecah amanah atau rasuah boleh dikenakan kepada kakitangan Kerajaan yang terbabit kerana mereka telah di "compromise" yang meletakkan mereka dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan apabila melibatkan orang yang memberi hadiah/penajaan. Parti UMNO pernah menghukum tokoh hanya semata-mata menaja majlis jamuan semasa kempen pemilihan kepimpinan kerana ianya berbentuk rasuah dan mengundang rasa terhutang budiNamun apabila berkaitan dengan Nik Aziz, ianya boleh? Tidak terhutang budikah Nik Aziz dengan orang yang saban tahun menaja pemergian beliau ke Mekah?
C-bOk bersetuju dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang menyarankan supaya Nik Aziz mendedahkan nama orang yang membuat penajaan tersebut. Setidak-tidaknya ianya boleh mengelakkan daripada tohmahan terhadap niat tersembunyi di sebalik tajaan itu.
Sunday, November 08, 2009
Kelantan Menang
Friday, November 06, 2009
Nik Aziz Masuk IJN?
Dengar khabarnya Tuan Guru Nik Aziz di masukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi kerana muntah-muntah. Mari lah kita sesama saudara Islam mendoakan kesejahteraannya.Jangan jadi seperti puak yang satu lagi di mana ada yang meminta dijatuhkan bala ke atas negara kita Malaysia kerana fahaman politik. Malahan kalau perkara yang sama berlaku di kalangan MB dari BN, pasti ada yang membuat kenyataan bahawa ianya (masuk IJN) kerana kemurkaan Allah serta bala dan sebagainya.
Jadi janganlah kita jadi seperti mereka. Marilah kita sama-sama doakan saudara sesama Islam. Hari Jumaat ni.
Tuesday, November 03, 2009
Tanah Runtuh Di Selayang: Tak Ada Fatwa Ke?
Minggu lepas semasa kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak macam-macam fatwa keluar. Rata-rata fatwa itu mengaitkan kejadian jambatan runtuh itu dengan bala terhadap Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Barisan Nasional.Semalam satu lagi kejadian berkaitan dengan "runtuh". Kali ini ianya berlaku di Selayang, Selangor sehingga jalan dari Rawang ke Kuala Lumpur terpaksa di tutup.
Tak ada siapa-siapa yang nak keluarkan fatwa ke? Atau takut nak keluarkan fatwa sebab kalau guna formula fatwa yang sama seperti di Kuala Dipang, maka ianya salah Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Maknanya bala diturunkan terhadap Kerajaan Negeri.
Seperkara lagi, C-bOk perhatikan tidak ada pula Ketua Menteri dan Presiden parti yang datang melawat tanah runtuh ini. Mungkin sebab negeri ini bukan diperintah oleh Barisan Nasional, jadi tak kan nak malukan kawan. Apa-apa pun sebarang tindakan mestilah bedasarkan kepada "political milleage", Ya tak....
Monday, November 02, 2009
Siapa Nak Jawab Soalan Ini?
Disebalik penahanan Dr. Maza kelmarin, banyak sudah pendapat dan pandangan yang diutarakan. Pelbagai ulasan dan buah fikiran di utarakan.JAIS dalam sidang akhbarnya mendakwa penahanan itu kerana Dr. Maza tidak ditauliahkan untuk berdakwah di Selangor, namun apabila dihadapkan ke mahkamah tiada pula pendakwaan dibuat kerana masih membuat siasatan. [Baru nak siasat?]
Namun C-bOk tertarik dengan soalan bekas YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dusuki Ahmad seperti berikut:
"Apakah penceramah-penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh Kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?"
Ada sesiapa yang nak jawab?
Sunday, November 01, 2009
1Sekolah Untuk Semua: Tafsiran Tokoh Mengikut Fahaman Politik Mereka

Apabila Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pandangan rakyat perlu diambil kira sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran, C-bOk berpendapat ada mesej yang tersirat di dalam kenyataan beliau itu. Kita perlu menterjemahkan kenyataan beliau kepada hasrat murni di sebalik cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran sebagaimana yang ditimbulkan oleh Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK), minggu lalu.
Menurut Tan Sri Dr. KKK, sistem pendidikan negara perlu di susun semula, termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.
[Gagasan 1 Sekolah ini telah lama diutarakan melalui perbincangan alam maya sebelum ianya diutarakan oleh Tan Sri KKK. Rujuk di sini dan juga di sini]
Malangnya, hasrat murni serta lontaran/cabaran Perdana Menteri kepada masyarakat, khususnya golongan yang digelar pemimpin untuk menterjemahkan idea murni di sebalik cadangan mewujudkan sekolah satu aliran itu tidak kesampaian. Rata-rata menterjemahkan reaksi Perdana Menteri itu secara lateral sahaja, iaitu bersetuju dengan apa yang tersurat daripada pandangan PM tersebut. Tidak ada usaha langsung di kalangan "pemimpin" untuk melihat idea berkenaan dari sudut yang lebuh luas, sebaliknya mempertahankan ideologi berdasarkan kaum yang sempit yang hendak di kembangkan ke semua sektor. (Nasib baik lah kita cuma ada sekolah sahaja yang berdasarkan kaum)
Usaha untuk melihat maksud kata-kata PM ataupun makna yang tersirat tidak kesampaian. Mungkin juga kerana mereka tidak faham Bahasa Melayu bila mana sudah terbiasa dengan aliran masing-masing. Disebalik sekolah kebangsaan yang ditubuhkan, kita masih membenarkan sekolah "jenis" kebangsaan yang berasaskan kaum yang secara tidak langsung menyumbang kepada kegagalan untuk mengintegrasikan kaum/masyarakat majmuk di negara ini secara total.
Reaksi MIC melalui Timbalan Presidennya adalah bukti jelas, kegagalan pemimpin untuk menterjemahkan satu idea murni melangkaui kepentingan kaum semata. Reaksi MIC adalah seperti berikut:
PUTRAJAYA, Oct 31 (Bernama) -- The MIC has lauded Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's statement on vernacular schools.Gagasan 1Malaysia tidak akan berjaya sekiranya kita masih bersikap sebegini. 1Malaysia bakal menjadi satu slogan semata-mata sekiranya pemimpin politik kita gagal memberi terjemahan bermakna terhadap satu gagasan yang murni serta menongkah langit seperti 1Malaysia. Kita akhirnya akan menjadi sebuah negara yang kaya dengan gagasan seperti "Islam Hadhari" yang gah seketika, kemudian hanyut di tengah jalan.
Its deputy president, Datuk G. Palanivel, said Najib made the right move by announcing that vernacular schools would remain, and that the government would consider the views of the people before making a decision on the proposal to implement a single stream school system.
"By his statement, the prime minister has cleared the confusion that would otherwise, have been another setback on the 1Malaysia concept.
"His statement has clearly given meaning to promote the concept among all races," he told Bernama Saturday.


