Sunday, November 29, 2009

Berhati-Hati..., Satu-Satu Di Persoalkan.....

Banyak sudah yang dipersoalkan. Boleh kira satu-satu...

(i) Taraf Bumiputra;
(ii) MeCD (kini dibubarkan);
(iii) Kedaulatan Raja-Raja (ada yang nak saman Sultan);
(iv) Dasar Ekonomi Baru (kini sudah berkubur tanpa nisan);
(v) UiTM (Universiti untuk Bumiputra);
(vi) Islam sebagai agama rasmi (ada yang bercakap "langkah mayat saya dahulu" kerana menolak Islam sebagai agama rasmi);

.... dan TERKINI...

"Hentikan program BTN" .... kenyataan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang.

C-bOk harap Kerajaan tidak terpengaruh dengan provokasi DAP dan konco-konconya yang berusaha tanpa henti untuk menidakkan apa sahaja yang terbaik untuk negara ini (tetapi tidak baik untuk kesinambungan politik mereka).

Kursus Biro Tata Negara adalah kursus yang memupuk semangat patriotisme, jati diri dan semangat untuk membangunkan negara tanpa mengira warna kulit, latarbelakang agama, bangsa serta fahaman politik. Bagi C-bOk, kursus ini mempunyai identiti serta berjiwa 1Malaysia. Hanya mereka yang buta sahaja yang akan berpendapat sebaliknya. Jangan gadaikan masa depan negara dengan pandangan sempit segelintir pemimpin politik berjiwa kecil.

4 comments:

fs-86 said...

Salam..

Yang sebenarnya memang BTN membangkitkan perasaan perkauman. Cerita politik UMNO tak sudah2. Ini bukan fitnah lagi, saya sendiri pernah mengikutinya.

Tetapi bagi saya, kerajaan Selangor bukannya mengharamkan BTN secara terburu-buru kerana mereka telah bersedia dengan program SPIES (Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social). Mungkin ini lebih baik atau tidak kita lihat dulu.

Terima kasih

cari said...

kalau dah dasar takut kan bebayang, tengah mandi pun boleh berpeluh, tengah panas pun boleh menggigil.
kenapa kerajaan PAS kelantan tak penah sekat pun BTN? dengar sangat kata LIM tu buat apa?

Anonymous said...

apa pulak program dlm SPIES tu?

propaganda PR juga kan??

fs-86 said...

Maaf, info kurang tepat.

Bukan semua kem BTN yang begitu. Cuma kebanyakannya begitu. Lebih elok buat cara baru yang mungkin lebih praktikal.