Friday, November 06, 2009

Nik Aziz Masuk IJN?

Dengar khabarnya Tuan Guru Nik Aziz di masukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi kerana muntah-muntah. Mari lah kita sesama saudara Islam mendoakan kesejahteraannya.

Jangan jadi seperti puak yang satu lagi di mana ada yang meminta dijatuhkan bala ke atas negara kita Malaysia kerana fahaman politik. Malahan kalau perkara yang sama berlaku di kalangan MB dari BN, pasti ada yang membuat kenyataan bahawa ianya (masuk IJN) kerana kemurkaan Allah serta bala dan sebagainya.

Jadi janganlah kita jadi seperti mereka. Marilah kita sama-sama doakan saudara sesama Islam. Hari Jumaat ni.

4 comments:

. said...

Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik, Insya-Allah.

Anonymous said...

Tuan;

Saya rasa Nik Aziz tak layak masuk IJN. Rata2 jurubedah dan pakar2 jantung IJN telah di didik hasil peluang biasiswa Assobiyah yang diperuntukkan bagi memajukan untuk anak2 Melayu.

Kalu tidak kerana peluang biasiwa Assobiyyah tersebut, akakah seramai itu jurubedah dan pakar2 Melayu di IJN?


MRSM Kalae Chepo 66/73

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Kita manusia biasa tentu ada masa sakit dan sihat..bukan bala bukan mala petaka apa-apa..

Kita tak doa pun tak mengapa, orang PAS lagi hebat berdoa untuk Nik Aziz dan sudah tentu doa mereka diterima Allah berbanding dengan doa orang biasa biasa macam kita ni.

Zainal A. Kasim said...

Waalaikumsalam Sdra. Melayu Angkat,

Betul kata saudara. Doa "orang gerenti masuk syurga" pasti makbul.

Betul ke?

Tengok perangai penyokong Kelantan kat Stadium Bukit Jalil tak ada macam perangai orang golongan syurga....