Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!

Apa azam anda di tahun baru ini? Saya berazam untuk BEBAS di tahun 2110 ini..... bebas berfikir, bebas beramal, bebas bertindak, bebas kewangan, bebas berkata-kata, bebas minda dan sebagainya lagi asalkan BEBAS. Insyaallah.

Sunday, December 20, 2009

Koh Tsu Koon! Itu Cadangan Bodoh!

SMS can be sent out every morning during Parliament sitting and those who cannot make it to the proceeding can reply to the message and inform the House that they will be absent. Such system will ensure that the number of Barisan MPs is always more than the number of Opposition MPs in the House by segments of time.
- Koh Tsu Koon
Kenyataan di atas dibuat oleh Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

C-bOk tidak bersetuju dengan cadangan ini. Malahan cadangan ini adalah cadangan bodoh. Kenapa perlu Ahli-Ahli Parlimen diingatkan setiap hari tentang keperluan mereka hadir di Parlimen? Bila sudah jadi Ahli Parlimen, maka mereka perlu hadir di Parlimen la. Bukan di tempat lain.

Saya undi mereka supaya mereka HADIR di Parlimen! Tak kira la kalau YB dari BN atau Pakatan Rakyat atau pun Bebas. Kalau cakap Melayu pun tak pandai dan tak faham-faham, BERHENTI lah jadi Ahli Parlimen. Bukan 24 jam duduk kat Parlimen tu. Cuma perlu hadir semasa persidangan sahaja.

Kalau dah malas nak hadir sidang Parlimen, balik kampong tanam jagung lagi baik!

Tiada maaf lah YB-YB semua (khususnya yang tidak hadir itu), kesalahan telah pun dibuat. Tetapi cuba untuk memberi justifikasi bodoh atas kesalahan YB-YB semua sememangnya menjengkelkan!

Nota:
Sehingga ke hari ini, belum ada kenyataan meminta maaf daripada mana-mana Ahli Parlimen (berpuloh-puloh orang) kepada rakyat tentang ketidak hadiran mereka di Parlimen! Dia orang (YB-YB ini) ingat kita/rakyat bodoh ke?

Wednesday, December 16, 2009

Beri Pistol Kat Nazri Aziz

“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir, baru nampak saya buat kerja"

C-bOk jarang bersetuju dengan Nazri Aziz, seorang menteri yang arrogance. Namun kenyataan beliau tentang keperluan untuk meletakkan pistol di kepala Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang tidak hadir di Parlimen semalam wajar di berikan perhatian. Negara semalam berhadapan dengan kemungkinan kehilangan Kerajaan sedia ada kerana gagal mendapatkan kelulusan terhadap bajet 2010 yang sedang diperbahaskan di Parlimen.

Dimana Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang seramai 170 orang itu bila cuma 66 orang sahaja yang hadir untuk menyokong bajet berkenaan? Apa yang mereka sibukkan sedangkan dalam setahun hanya beberapa bulan sahaja yang ditetapkan untuk mereka menghadiri sidang Parlimen di mana hal ehwal negara di perbahaskan dan diluluskan untuk dijadikan undang-undang dan panduan pentadbiran negara?

Sibuk sangatkan mereka yang tidak hadir ini? Sibuk di mana? Tengah hisap cigar di hotel mewah, padang golf atau mengintai artis cantik untuk dijadikan isteri no. 2 @ no. 3 @ no.4?

Kenyataan Nazri Aziz itu adalah gambaran kekecewaan beliau terhadap apa yang berlaku, walaupun cumalah kiasan. Namun, inilah sikap ahli-ahli Yang Berhormat yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan suaran majoriti 2/3 di Parlimen pada PRU ke 12 dahulu. Tidakkah "post-mortem" yang dibuat dahulu mendalami perkara-perkara seperti ini? - Kegagalan YB-YB menjalankan tugas yang diamanahkan!!

...and they have the guts to question rakyat marhain "yang konon-kononnya tak mengenang budi dengan apa yang telah mereka/Kerajaan buat".

Ini bukan soal rakyat tidak mengenang budi. Ini soal YB-YB berkenaan tidak mengenang budi rakyat yang mengundi mereka. Rakyatlah yang meletakkan mereka di Parlimen (sementara) supaya mereka boleh berbincang dan membuat keputusan-keputusan penting untuk negara. Keputusan-keputsuan itulah yang menentukan masa depan kita (dan juga mereka). Namun kejadian semalam menunjukkan undi penyokong dikhianati.

C-bOk menyeru Perdana Menteri menamakan YB-YB berkenaan. Jelas ada yang tidak belajar dari PRU ke 12. Masih ramai yang lalai. Senaraikan mereka satu persatu supaya rakyat boleh tukarkan mereka di PRU ke 13 nanti. Ramai lagi yang layak jadi wakil rakyat. Seperti kata Zainol Abideen a.k.a. mahaguru 58, ini Dewan Rakyat, bukan Dewan Sekolah Menengah Bukit Jin Bertendang

Wednesday, December 09, 2009

Tak Perasan Lagi Ke? Satu-Satu Di Persoalkan!

C-bOk pernah menulis di sini dahulu tentang kecenderungan pihak yang satu ini mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan Raja-Raja, Melayu, Islam dan Kerajaan (yang dipimpin oleh Melayu).

Terkini MASJID pula yang dipersoalkan.

Jika di perhatikan, nampak macam ada usaha yang terancang untuk mempersoalkan segala-galanya yang berkaitan dengan Melayu dan Islam. Berikut adalah senarai perkara-perkara yang telah dibangkitkan dengan tujuan provokasi khususnya dari parti yang satu ini.

(i) Taraf Bumiputra;

(ii) MeCD (kini dibubarkan);

(iii) Kedaulatan Raja-Raja (ada yang nak saman Sultan);

(iv) Dasar Ekonomi Baru (kini sudah berkubur tanpa nisan);

(v) UiTM (Universiti untuk Bumiputra);

(vi) Islam sebagai agama rasmi (ada yang bercakap "langkah mayat saya dahulu" kerana menolak Islam sebagai agama rasmi);

(vii) Biro Tata Negara (sampai Menteri parti pemerintah pun sama naik melatah);

(viii) Ketuanan Melayu (ada bekas Menteri parti pemerintah yang mengapi-apikan soal ini sehingga sanggup menggesa ahli partinya membangkitkan isu ini walaupun sehingga masuk penjara)- apa ni!?;

(ix) Bilangan masjid yang dibina di seluruh negara (terkini)

Tak lama lagi, tempat kita nak berak pun kena dipersoalkan juga oleh pihak yang satu ini.

Tuesday, December 08, 2009

Siapa "Mariam mokhtar"?

Siapakah perempuan Melayu produk MARA bernama Mariam Mokhtar ini? Mungkin ada yang berpendapat beliau membuat pendedahan berani. Namun berani kerana apa? Kerana politik atau keegoan diri yang melampau? Bagi C-bOk, jelas, Mariam Mokhtar menari mengikut rentak suara politik yang mempunyai agenda tertentu terhadap bangsa Melayu.

C-bOk rasa elok juga sekiranya Mariam Mohktar memperkenalkan dirinya (sekiranya benar-benar wujud) dan memperjuangkan apa yang diyakininya secara terbuka. Katakan dengan terbuka apa yang terbuku dihatinya di pentas ramai. Kemudian, elok juga Mariam Mokhtar sertai pula kursus-kursus yang diadakan oleh "orang lain", yakni menukar nama, rupa dan kulit untuk menyelami apa yang diajar di dalam "kursus-kursus" itu pula. Sekiranya mereka benar-benar 1Malaysia 100% barulah Mariam Mokhtar boleh bersuara.

Sekiranya tidak, maka C-bOk amat kesihan dengan seorang wanita tidak mengenang budi bernama Mariam Mokhtar ini. Bukan sahaja umpama orang lupa daratan, malah kini menabur pasir di periuk nasi orang yang dulu pernah membiayai penganjiannya sehingga menjadikan beliau seorang yang berpendidikan hari.

[Nota: Catatan tentang Mariam Mokhtar seperti yang dipetik dari ruangan Forum, Utusan Malaysia, Selasa, 8 Dismeber 2009 adalah seperti dibawah]

Sedarlah Melayu lupa diri

MALAYSIAKINI baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk Mara yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated.

Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita "Maluyu" produk Mara, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.

Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, di bawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;

"For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for 'orientation' at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:

1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.

2) Basic food, thus a friend's sister dropped off much needed rations of chocolates and 'kacang'.

3) How to wash your 'smalls' (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.

4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God's chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society..."

Isu ini sebenarnya bukan satu perkara besar, kerana semua orang maklum akan modul dan tujuan Kursus Biro Tata Negara ini. Tetapi ramai juga "Maluyu" yang dangkal akan sejarah, yang bodoh to read between lines, dan bebal memahami tujuan asal kursus Biro Tata Negara ini.

Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.

Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, Melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan komunis.

Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99 peratus Islam?

Wajar kita menghargai, mencintai dan mengingati Tunku Abdul Rahman bukan hanya kerana kemerdekaan dan Singapura, tetapi juga kerana pengorbanan beliau untuk menyedarkan Melayu.

Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai kapitan Cina, pekerja estet, penduduk kampung pedalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi daripada pemerintah Republik Indonesia.

Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita termasuk Mariam Mokhtar kerana apa yang "Maluyu" ambil berat hanya pada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.

BTN sebenarnya memang platform untuk Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina.

BTN mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat (dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu, mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan "Ah, tak pe," "Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan," "Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah."

Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku sekarang, demi masa depan anak keturunan mereka?

Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun!

Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka?

Apakah Mariam Mokhtar yang begitu bangga menceritakan bagaimana BTN meracuni Melayu untuk sayangkan bangsa Melayu sendiri sebagai perkauman.

Sifat PHD (Penting diri, Hasad, Dengki) adalah sifat semula jadi orang Melayu yang ditanam oleh penjajah.

Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut dan Parti Koumintang. Yang ada adalah parti politik UMNO, Pas dan PKR.

Untuk melahirkan Bangsa Malaysia tanpa kaum adalah perlu semua orang berkorban, Melayu perlu korbankan DEB, terima pakai meritokrasi (layakkah Mariam ditaja Mara ke luar negara jika bersaing secara adil dengan pelajar bukan Melayu yang lebih cemerlang akademik), terima pakai tender terbuka (mampukah syarikat Bumiputera menyaingi kekuatan kewangan dan mutu syarikat bukan Melayu), kuota perumahan (mampukah Melayu membayar tunai memiliki hartanah dan rumah potensi tinggi jika ikut sistem First Come First Serve), mahukah Cina korbankan Sekolah Cina yang menjadi platform menebalkan semangat perpaduan Cina tolong Cina mereka, mahukah India yang kurang serba serbi bersaing secara adil sedangkan kasta atasan mereka hampir pasti tidak akan membantu mereka.

Memang ramai orang "Maluyu" profesional seperti Mariam Mokhtar. Mereka bersemangat menawarkan diri menghapuskan nilai kaum Melayu bagi memberi laluan kepada bangsa Malaysia tanpa kaum.

Saya bangga dengan orang seperti Mariam Mokhtar tetapi tidak memadai hanya fikirkan diri sendiri sahaja tapi tidak anak Melayu 100 tahun mendatang.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor

Wednesday, December 02, 2009

Bukan Tidak Bertamadun......

..... cuma.., mereka ini tidak pernah menghadiri kursus Biro Tata Negara (BTN). Apabila tidak ada kesedaran sivik serta kefahaman moral, maka pertimbangan bukan lagi menggunakan otak.

Sebaliknya, kewajaran tindakan adalah berdasarkan kepada emosi semata-mata.....

Jadi...., biarlah mereka dengan sikap begini. Kita jangan buat begitu. Kalau sudah terbuat juga jangan diulang lagi.

Kalau mereka nak buat..., biarlah mereka buatlah selalu. Nak menari ronggeng atas gambar-gambar tu pun tak apa. Kerana dengan sikap itu barulah kita tahu sejauhmana falsafah perjuangan politik mereka. Lagi selalu buat, lagi banyak kita boleh paparkan di media untuk tatapan semua rakyat Malaysia.

Sunday, November 29, 2009

Berhati-Hati..., Satu-Satu Di Persoalkan.....

Banyak sudah yang dipersoalkan. Boleh kira satu-satu...

(i) Taraf Bumiputra;
(ii) MeCD (kini dibubarkan);
(iii) Kedaulatan Raja-Raja (ada yang nak saman Sultan);
(iv) Dasar Ekonomi Baru (kini sudah berkubur tanpa nisan);
(v) UiTM (Universiti untuk Bumiputra);
(vi) Islam sebagai agama rasmi (ada yang bercakap "langkah mayat saya dahulu" kerana menolak Islam sebagai agama rasmi);

.... dan TERKINI...

"Hentikan program BTN" .... kenyataan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang.

C-bOk harap Kerajaan tidak terpengaruh dengan provokasi DAP dan konco-konconya yang berusaha tanpa henti untuk menidakkan apa sahaja yang terbaik untuk negara ini (tetapi tidak baik untuk kesinambungan politik mereka).

Kursus Biro Tata Negara adalah kursus yang memupuk semangat patriotisme, jati diri dan semangat untuk membangunkan negara tanpa mengira warna kulit, latarbelakang agama, bangsa serta fahaman politik. Bagi C-bOk, kursus ini mempunyai identiti serta berjiwa 1Malaysia. Hanya mereka yang buta sahaja yang akan berpendapat sebaliknya. Jangan gadaikan masa depan negara dengan pandangan sempit segelintir pemimpin politik berjiwa kecil.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

C-bOk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Islam. Berhati-hati semasa memandu untuk balik kampung. Hari raya haji adalah hari raya korban, tetapi bukan untuk mengorbankan diri kita dan keluarga di jalan raya.

Saturday, November 21, 2009

SPRM: "Justice Delayed is Justice Denied"


C-bOk tidak berniat untuk menghina Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan berkaitan dengan waktu siasatan SPRM terhad pada masa pejabat sahaja iaitu dari jam 8.30 pagi - 5.30 petang sebagaimana yang diputuskan oleh Yang Ariff Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Ariff Mohd. Yusof. Namun banyak pihak yang mula mempersoalkannya khususnya dari keberkesanan usaha-usaha yang digerakkan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.

Rata-rata persepsi terhadap keputusan ini adalah seperti berikut:

(i) SPRM tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sekiranya kuasa menyiasat dihadkan pada waktu pejabat sahaja. Kes-kes jenayah yang berkaitan dengan rasuah tidak terhad berlaku pada waktu pejabat sahaja. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Sekiranya kuasa SPRM dihadkan pada waktu pejabat sahaja selama 9 jam (8.30 pagi - 5.30 petang) bagaimana SPRM hendak memerangi kejadian jenayah rasuah yang beraksi 24 jam sehari?;

(ii) SPRM adalah satu-satunya agensi di dunia yang dihadkan kuasa siasatan mereka pada waktu pejabat sahaja. Agensi-agensi lain seperti INTERPOL, CIA, FBI, Agensi Pencegah Rasuah Hong Kong dan lain-lain yang terkenal di sleuruh dunia tidak mempunyai had/sekatan seperti yang dikenakan kepada SPRM. Agensi-agensi penguatkuasa ini bukan sahaja beroperasi 24 jam, malahan mereka bergerak di seluruh dunia untuk mencapai objektif penubuhan mereka dari segi penguatkuasaan undang-undang (dan juga politik);

(iii) Usaha memerangi gejala rasuah di negara ini dipermain-mainkan oleh orang-orang politik dan mereka yang berkepentingan. Dalam hal ini, Tan Boon Wah dari parti DAP yang membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi merasakan siasatan yang dibuat terhadap beliau menimbulkan "kerugian" serta menceroboh "hak-hak asasi" belia (Kena batang hidung sendiri baru sibuk. Dulu, sekiranya boleh mahukan SPRM menyiasat tokoh parti pemerintah. Tidak pula timbul soal kerugian dan hak asasi);

(iv) Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang-orang yang tertuduh untuk menggunakan "loopholes" di dalam perundangan kita untuk mendapatkan kelebihan ke atas perundangan. Mereka ini kini dilihat menggunakan politik untuk mencapai hasrat dan objektif mereka. Malahan terdapat parti-parti politik yang menjadikan perjuangan untuk memberi kelebihan kepada penjenayah pula sebagai matlamat perjuangan mereka;

(iv) Ruang kini terbuka dengan luasnya kepada penjenayah rasuah untuk merancang aktiviti mereka apabila ditangkap. Mereka mempunyai kelebihan untuk melepaskan diri daripada sabit kesalahan dengan kelebihan untuk merancang, memanipulasi dan melatih saksi dengan masa terluang yang ada selepas waktu pejabat;

Bagi C-bOk Mahkamah Tinggi dalam hal ini, sewajarnya menterjemahkan apa-apa juga maksud perundangan dari sudut kesan positif kepada negara serta masyarakat dan tidak terhad kepada alasan sempit kerugian/hak asasi individu semata-mata. Kerana disebalik seorang yang membawa isu ini, ada 27 juta lagi rakyat negara yang juga mempunyai hak asasi mereka yang tidak mahukan jenayah berleluasa di negara ini.

SPRM pula sewajarnya menyegerakan rayuan supaya keputusan Mahkamah Tinggi ini dipertimbangkan semula. Kita tidak mahu sebarang siasatan yang dibuat terhadap apa-apa kesalahan jenayah rasuah dilewat-lewatnya hanya kerana masa yang terhad untuk membuat siasatan. Pepatah ada menyatakan "Justice Delayed is Justice Denied"

Thursday, November 19, 2009

Soal Siasat SPRM Pada Waktu Pejabat Sahaja (?)

Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa soal siasat terhadap saksi kes yang sedang disiasat oleh SPRM hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Penghakiman ini dibuat oleh Hakim Mohd. Ariff Mohd. Yusuf seperti yang dilapurkan di sini.

C-bOk melihat keputusan ini satu "landmark decision" oleh Mahkamah Tinggi kerana membuat satu keputusan yang "sungguh luar biasa" kerana kini saksi kes SPRM mempunyai masa dari jam 5.01 petang hingga ke jam 8.29 pagi keesokkan harinya untuk merancang jawapan, menghilangkan bukti, melarikan diri dan lain-lain lagi yang memberi kelebihan kepada orang yang disiasat daripada orang yang menyiasat.

Sekiranya keputusan ini dikekalkan berdasarkan kepada alasan Tan Bon Wah yang membawa kes ini untuk penghakiman di mana beliau mendakwa "mengalami kerugian" sepanjang siasatan itu dijalankan, maka C-bOk ingin mencadangkan supaya sesiapa sahaja yang pernah disiasat oleh SPRM/BPR sebelum ini di luar waktu pejabat - boleh buat tuntutan atas kerugian anda berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Yang Arif berkenaan.

Nota: Untuk perhatian, C-bOk tidak menyokong keputusan Yang Ariff berkenaan terhadap penghakiman berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh pengadu.

Kelab Graduan 1Malaysia

Tengahari tadi C-bOk lunch dengan seorang kawan lama di Sri Hartamas. Bercerita tentang perniagaan perkhidmatan membekalkan mesin penyalin (photostat) beliau yang semakin rancak dan juga prestasi kereta-kereta terkini (kami sama-sama minat kereta). Dalam sibuk bercerita, beliau membangkitkan konsep 1Malaysia yang semakin popular dan semakin menjadi sebutan ramai.

Apa yang menariknya tentang kawan saya ini ialah, beliau begitu menyokong konsep ini dan telah menterjemahkannya dengan mengusahakan (bersama dengan beberapa orang rakan lain) penubuhan sebuah kelab yang dinamakan Kelab Graduan 1Malaysia. Keahlian terbuka kepada semua Graduan rakyat Malaysia yang berukur 45 tahun kebawah. Sekiranya anda Graduan dan berumur di bawah 45 tahun, silalah melawat lamanweb Kelab di sini dan hubungi mereka untuk menjadi ahli. Keahlian adalah percuma.

Sunday, November 15, 2009

Pakatan "Riots"

Banyak sudah di khabarkan tentang Pakatan Rakyat. Ramai yang terus buta dengan kenyataan. Yang jadi gila kerana undi pun ada. Kalau tak percaya baca catatan Syed Akhbar Ali di sini.

Thursday, November 12, 2009

RM50,000 Aje? Saya Pun Boleh Bayar!

FAM yang bersidang semalam berhubung dengan salah laku penyokong Kelantan (PAS? - ada yang bawa bendera PAS ke dalam stadium), membuat keputusan untuk mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebanyak RM50,000 sahaja selepas penyokong-penyokong Kelantan (sebahagian, bukan semuanya) "berpesta mercun dan bakar kerusi" di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu 7 November 2009 yang lalu

RM50,000 sahaja? Takkan murah sangat harga kekacauan yang ditimbulkan.

Kekacauan itu bukan sahaja mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan, menyebabkan penonton-penonton di stadium dan di rumah tidak selesa, menyebabkan kecederaan (jurugambar RTM kena jahit kepala kerana koyak akibat lontaran batu), kerosakan harta benda, sampah sarap tidak perlu di sekitar trek padang (beratus-ratus botol air yang dilontar ke arah padang) dan juga kemungkinan berlakunya kematian akibat daripada kebakaran (kerusi dan tong sampah yang dibakar) sekiranya kebakaran tersebut tidak dapat di kawal. Dengan membayangkan segala kemungkinan ini sahaja, C-bOk taubat tidak akan ke stadium Bukit Jalil sekiranya ada perlawatan yang melibatkan KAFA.

........ dan dengan segala kemungkinan itu, FAM hanya merasakan KAFA perlu membayar RM50,000 sahaja sebagai denda terhadap kekacauan dan kerosakkan yang berlaku.

Tidakkah FAM melihat kemungkinan berlakunya kecederaan teruk dan kematian sebagai satu yang serius dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya? Adakah denda serendah ini akan memberi kesan kepada penyokong-penyokong ala 'holigans" berkenaan daripada mengulangi sikap tidak berdisiplin mereka? C-bOk rasa tidak. Kita akan berhadapan dengan masalah yang sama di masa depan sekiranya KAFA sekali lagi bertandang ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia 2010.

Wednesday, November 11, 2009

Naik Haji Yang Di Taja

Pengakuan Nik Aziz yang mengesahkan penajaan pihak ketiga ke atas ibadah haji yang akan ditunaikan tahun ini dan juga yang telah di tunaikan di tahun-tahun yang lalu mengundangkan pandangan berbeza.

Blogger pro PAS menerima alasan Nik Aziz "menghalalkan" tajaan itu secara buta-buta dan menuduh pula pihak media mempermainkan isu ini sebagai mainan pemerintah. Maknanya bagi blogger seperti ini, "semuanya oklah..." bila berkaitan dengan Nik Aziz.

Kalau ada sesiapa yang menaja YAB Perdana Menteri atau YAB Timbalan Perdana Menteri naik haji macamana pula?

Soalnya bukan hak si penaja untuk menaja sesiapa sahaja yang dikehendaki dan hak orang yang ditaja untuk menerima buta-buta tanpa mengkaji sebab musabab dan niat penaja di dalam membuat penajaan tersebut. Dalam apa juga keadaan, apabila seseorang hendak membuat tajaan, mestilah mempunyai sebab. Lebih-lebih lagi Nik Aziz adalah kakitangan Kerajaan dan pemimpin sebuah negeri.

Bukankah sudah ada "General Order" yang melarang kakitangan Kerajaan (tidak kira Kerajaan yang memerintah negara atau negeri) menerima apa juga bentuk hadiah dan penajaan adalah jelas berbentuk hadiah kecuali ianya dalam bentuk zakat yang diberikan kepada orang-orang yang tidak mampu. Malahan, kakitangan Kerajaan tidak boleh menerima sekecil-kecil hamper yang cuma berharga puluhan ringgit itu berdasarkan kepada "General Order" yang berkuatkuasa.

Sekiranya diterima juga, pertuduhan pecah amanah atau rasuah boleh dikenakan kepada kakitangan Kerajaan yang terbabit kerana mereka telah di "compromise" yang meletakkan mereka dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan apabila melibatkan orang yang memberi hadiah/penajaan. Parti UMNO pernah menghukum tokoh hanya semata-mata menaja majlis jamuan semasa kempen pemilihan kepimpinan kerana ianya berbentuk rasuah dan mengundang rasa terhutang budi

Namun apabila berkaitan dengan Nik Aziz, ianya boleh? Tidak terhutang budikah Nik Aziz dengan orang yang saban tahun menaja pemergian beliau ke Mekah?

C-bOk bersetuju dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang menyarankan supaya Nik Aziz mendedahkan nama orang yang membuat penajaan tersebut. Setidak-tidaknya ianya boleh mengelakkan daripada tohmahan terhadap niat tersembunyi di sebalik tajaan itu.

Sunday, November 08, 2009

Kelantan Menang

Kelantan menang bergaya di Bukit Jalil. 65,000 orang yang hadir menang sorak. Mereka juga menang pertandingan membaling mercun, membakar kerusi stadium dan membaling botol air ke dalam padang permainan. Seorang mendapat anugerah pembaling batu terbaik kerana membaling batu sehingga mengoyakkan kepala seorang jurukamera RTM.

Manakala Negeri Sembilan menang Piala Malaysia 2009 selepas menewaskan Kelantan 3 - 1.

Tahniah Negeri Sembilan, kerana menang dengan bergaya.

Friday, November 06, 2009

Nik Aziz Masuk IJN?

Dengar khabarnya Tuan Guru Nik Aziz di masukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi kerana muntah-muntah. Mari lah kita sesama saudara Islam mendoakan kesejahteraannya.

Jangan jadi seperti puak yang satu lagi di mana ada yang meminta dijatuhkan bala ke atas negara kita Malaysia kerana fahaman politik. Malahan kalau perkara yang sama berlaku di kalangan MB dari BN, pasti ada yang membuat kenyataan bahawa ianya (masuk IJN) kerana kemurkaan Allah serta bala dan sebagainya.

Jadi janganlah kita jadi seperti mereka. Marilah kita sama-sama doakan saudara sesama Islam. Hari Jumaat ni.

Tuesday, November 03, 2009

Tanah Runtuh Di Selayang: Tak Ada Fatwa Ke?

Minggu lepas semasa kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak macam-macam fatwa keluar. Rata-rata fatwa itu mengaitkan kejadian jambatan runtuh itu dengan bala terhadap Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Barisan Nasional.

Semalam satu lagi kejadian berkaitan dengan "runtuh". Kali ini ianya berlaku di Selayang, Selangor sehingga jalan dari Rawang ke Kuala Lumpur terpaksa di tutup.

Tak ada siapa-siapa yang nak keluarkan fatwa ke? Atau takut nak keluarkan fatwa sebab kalau guna formula fatwa yang sama seperti di Kuala Dipang, maka ianya salah Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Maknanya bala diturunkan terhadap Kerajaan Negeri.

Seperkara lagi, C-bOk perhatikan tidak ada pula Ketua Menteri dan Presiden parti yang datang melawat tanah runtuh ini. Mungkin sebab negeri ini bukan diperintah oleh Barisan Nasional, jadi tak kan nak malukan kawan. Apa-apa pun sebarang tindakan mestilah bedasarkan kepada "political milleage", Ya tak....

Monday, November 02, 2009

Siapa Nak Jawab Soalan Ini?

Disebalik penahanan Dr. Maza kelmarin, banyak sudah pendapat dan pandangan yang diutarakan. Pelbagai ulasan dan buah fikiran di utarakan.

JAIS dalam sidang akhbarnya mendakwa penahanan itu kerana Dr. Maza tidak ditauliahkan untuk berdakwah di Selangor, namun apabila dihadapkan ke mahkamah tiada pula pendakwaan dibuat kerana masih membuat siasatan. [Baru nak siasat?]
Namun C-bOk tertarik dengan soalan bekas YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dusuki Ahmad seperti berikut:

"Apakah penceramah-penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh Kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?"

Ada sesiapa yang nak jawab?

Sunday, November 01, 2009

1Sekolah Untuk Semua: Tafsiran Tokoh Mengikut Fahaman Politik Mereka


Apabila Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pandangan rakyat perlu diambil kira sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran, C-bOk berpendapat ada mesej yang tersirat di dalam kenyataan beliau itu. Kita perlu menterjemahkan kenyataan beliau kepada hasrat murni di sebalik cadangan untuk mewujudkan sekolah satu aliran sebagaimana yang ditimbulkan oleh Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK), minggu lalu.

Menurut Tan Sri Dr. KKK, sistem pendidikan negara perlu di susun semula, termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.

[Gagasan 1 Sekolah ini telah lama diutarakan melalui perbincangan alam maya sebelum ianya diutarakan oleh Tan Sri KKK. Rujuk di sini dan juga di sini]

Malangnya, hasrat murni serta lontaran/cabaran Perdana Menteri kepada masyarakat, khususnya golongan yang digelar pemimpin untuk menterjemahkan idea murni di sebalik cadangan mewujudkan sekolah satu aliran itu tidak kesampaian. Rata-rata menterjemahkan reaksi Perdana Menteri itu secara lateral sahaja, iaitu bersetuju dengan apa yang tersurat daripada pandangan PM tersebut. Tidak ada usaha langsung di kalangan "pemimpin" untuk melihat idea berkenaan dari sudut yang lebuh luas, sebaliknya mempertahankan ideologi berdasarkan kaum yang sempit yang hendak di kembangkan ke semua sektor. (Nasib baik lah kita cuma ada sekolah sahaja yang berdasarkan kaum)

Usaha untuk melihat maksud kata-kata PM ataupun makna yang tersirat tidak kesampaian. Mungkin juga kerana mereka tidak faham Bahasa Melayu bila mana sudah terbiasa dengan aliran masing-masing. Disebalik sekolah kebangsaan yang ditubuhkan, kita masih membenarkan sekolah "jenis" kebangsaan yang berasaskan kaum yang secara tidak langsung menyumbang kepada kegagalan untuk mengintegrasikan kaum/masyarakat majmuk di negara ini secara total.

Reaksi MIC melalui Timbalan Presidennya adalah bukti jelas, kegagalan pemimpin untuk menterjemahkan satu idea murni melangkaui kepentingan kaum semata. Reaksi MIC adalah seperti berikut:

PUTRAJAYA, Oct 31 (Bernama) -- The MIC has lauded Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's statement on vernacular schools.

Its deputy president, Datuk G. Palanivel, said Najib made the right move by announcing that vernacular schools would remain, and that the government would consider the views of the people before making a decision on the proposal to implement a single stream school system.

"By his statement, the prime minister has cleared the confusion that would otherwise, have been another setback on the 1Malaysia concept.

"His statement has clearly given meaning to promote the concept among all races," he told Bernama Saturday.
Gagasan 1Malaysia tidak akan berjaya sekiranya kita masih bersikap sebegini. 1Malaysia bakal menjadi satu slogan semata-mata sekiranya pemimpin politik kita gagal memberi terjemahan bermakna terhadap satu gagasan yang murni serta menongkah langit seperti 1Malaysia. Kita akhirnya akan menjadi sebuah negara yang kaya dengan gagasan seperti "Islam Hadhari" yang gah seketika, kemudian hanyut di tengah jalan.

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi Kuala Dipang: Ada Yang Ambil Kesempatan Politik


Nota:
Catatan ini dipetik dan diterbitkan akhbar Sinar Harian pada 30 Oktober 2009.

Tindakan nekad guru, pengawal keselamatan selamatkan ramai murid
27/10/2009 3:41pm

KAMPAR 27 Okt. — Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini malam tadi.

Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu.

Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang.

Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan. - Bernama



Ketika akhbar dan blog melapurkan kejadian sedih di Kuala Dipang, ramai yang bertindak membuat konklusi tentang kejadian itu. Adanya yang menuduh hantu raya punya angkara, ada pula yang mempersoalkan nilai pampasan RM10,000 yang disumbangkan oleh Kerajaan, malah ada yang tergamak menuduh guru-guru berbual sesama sendiri ketika kejadian berlaku.

Lebih hebat lagi, ada yang membuat kesimpulan bahawa kejadian ini berlaku kerana kemurkaan Allah kepada Menteri Besar Datuk Seri Zamry Abdul Kadir. Ringkasnya, ulasan yang dibuat lebih menjurus kepada kepentingan politik berbanding kepada keredaan kita terhadap qada dan qadar Allah.

Pemimpin-pemimpin politik pula, yang ultra dan yang ultraman, silih berganti melawat kawasan terbabit. Bagi mereka yang mempunyai kepentingan, wajarlah mereka melawat kawasan ini seperti Raja Muda Perak, Menteri Pelajaran, Menteri Besar dan ADUN-ADUN Negeri. Tetapi apabila Ketua Menteri dari negeri lain datang melawat, Presiden parti pusat yang tidak ada kena mengena, apakah kehadiran mereka itu ikhlas atau mengambil kesempatan untuk mendapat publisiti serta memanjangkan hayat politik masing-masing? Ada yang datang dengan timing yang sama dengan Raja Muda. Nak tengok mangsa atau nak salam tangan Raja Muda?

Berbalik kepada soal pokok perbincangan ini, C-bOk rasa terkilan dengan mereka yang mengambil kesempatan politik di atas tragedi ini dan juga mereka yang membuat tuduhan semborono berbaur politik. Begitu juga dengan mereka yang menuduh guru-guru berbual-bual sesama sendiri ketika kejadian, sedangkan mereka yang menuduh tidak ada di tempat kejadian ketika ianya berlaku.

Ramai yang terlupa, guru-guru dan pengawal keselamatan yang bertugaslah yang menyelamatkan 19 daripada 22 orang yang terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Ingatlah, kalau kita bukan guru, mungkin ibu, bapa, adik, kakak, abang atau saudara mara kita mungkin ada yang menjadi guru. Janganlah cepat menyalahkan guru apabila tragedi sebegini berlaku.

Surat Sivakumar

Bekas Speaker Negeri Perak, Sivakumar telah mengedarkan surat memaklumkan perubahan lokasi Sidang DUN yang akan diadakan di Hotel Heritage, Perak dan bukannya di Dewan Undangan Negeri sebagaimana surat asal beliau yang bertarikh 13 Oktober 2009.

Beberapa persoalan timbul di sini:

(i) Ini kali kedua dalam masa sebulan Sivakumar menggunakan letterhead Speaker Dewan Undangan Negeri. Bagaimanakah beliau mendapat letterhead berkenaan? Adakah di curi daripada pejabat speaker atau pun beliau cetak sendiri? Kalau tidak silap satu lapuran polis telah dibuat berkaitan dengan penggunaan letterhead yang bertarikh 13hb. Oktober 2009 itu. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil bersabit dengan tuduhan menyalahgunakan letterhead berkenaan?

(ii) Adakah surat ini diedarkan kepada semua Ahli DUN (termasuk dari Barisan Nasional) atau terhad kepada Ahli DUN Pakatan Rakyat sahaja? Setakat ini hanya Ahli DUN Pakatan Rakyat yang telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima surat ini berkaitan dengan perubahan lokasi sidang DUN pada 28 Oktober 2009 ini;

(iii) Apakah signifikasinya kehadiran pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat semasa persidangan ini? Adakah mereka mengambil peranan jemputan VIP yang biasanya dikhaskan kepada Sultan Negeri?;

(iv) Benarkan Sultan Perak telah memberi perkenan untuk berjumpa dengan Nizar untuk tujuan membubarkan DUN Negeri Perak sebagaimana yang dinyatakan atau Sivakumar memutarbelitkan maksud pertemuan itu untuk memberi gambaran yang Pakatan Rakyat masih berkuasa di Perak?;

(v) Soal paling dasar ialah kenapakah Nizar dan rakan-rakannya masih nak mengadap Sultan sedangkan sebelum ini mereka tidak mahu mengikut kebijaksanaan Sultan?;

(vi) Hotel Heritage ni pun hebat juga ya? Sudah dua kali menyediakan lokasi untuk Sidang DUN haram anjuran Sivakumar dan rakan-rakannya. Ada apa-apa ke?

Sampai bila Sivakumar dan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat Perak hendak berdrama "main pondok-pondok" macam ni?

Monday, October 26, 2009

Chua Jui Meng Mudah Lupa?

Chua Jui Meng pernah menjadi menteri di salah sebuah Kementerian yang agak penting. Beliau pernah menjadi Menteri Kesihatan dan juga Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau menjadi Menteri kerana beliau layak, beliau pemimpin parti MCA kanan (ketika itu) dan juga kerana Malaysia mengamalkan sistem masyarakat majmuk yang memberi peluang kepada semua untuk mencapai kejayaan. Semua boleh menjadi pemimpin sekiranya dipilih serta disokong oleh ahli-ahli di mana mereka bernaung.

Namun, semalam dalam satu majlis PKR di Sabah beliau berkata:

"Satu daripada sebab saya tinggalkan MCA untuk sertai PKR ialah kenyataan Wan Azizah selaku Presiden PKR yang menyentuh perasaan saya. Wan Azizah berkata PKR menolak ketuanan Melayu, yang kita (PKR) hendak tegakkan di Malaysia ialah ketuanan rakyat Malaysia."

Jui Meng seterusnya berkata,

"Jika ada ketuanan Melayu tentu ada hamba. Siapa hamba? Hamba orang Cina di Sabah, hamba seperti saya di Semenanjung, R. Sivarasa di Kuala Lumpur, orang Tionghua, orang India. Ketuanan Melayu kita jadi hamba."

Waah..., betullah Chua Jui Meng sudah lupa atau mudah lupa. Apabila beliau diangkat menjadi pemimpin di mana, orang-orang lain pelbagai bangsa termasuk Melayu, China, India dan lain-lain bangsa di negara ini bekerja di bawah beliau di Kementerian-Kementerian penting Kerajaan sebelum ini, adakah mereka menganggap Chua Jui Meng sebagai tuan dan yang bekerja di bawah beliau itu hamba?

Kenapa perlu beliau mengungkit soal tuan dan hamba? Betul ke Chua Jui Meng menjadi hamba? Siapa tuannya? C-bOk rasa kenyataan ini berbaur hasutan. Chua Jui Meng adalah seorang ahli politik yang lupa daratan.

Apabila beliau mendapat habuan duniawi sebagai Menteri, semuanya betul. Namun, apabila masyarakat China sendiri menolak kempimpinan beliau, kini beliau mengungkit tentang soal "Ketuanan Melayu" dan soal hamba.

Ketuanan Melayu bukanlah bermaksud Melayu jadi tuan manakala bangsa lain jadi hamba. Ketuanan Melayu adalah definasi kepada semangat penubuhan negara ini yang telah dipersetujui oleh pemimpin kita terdahulu ketika membentuk sebuah negara yang bebas daripada penjajahan.

Sungguh rendah moral mereka yang berpolitik untuk kepentingan diri sendiri. Sanggup mereka menghasut sebegitu semata-mata untuk kuasa. Bagi C-bOk, kenyataan beliau di atas bukan sahaja menghasut, tetapi boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Malangnya, mereka yang di dalam PKR (pemimpin dan penyokongnya) suka dengan pemimpin yang sebegini.....

Sunday, October 25, 2009

Gambar Masjid Putrajaya Di Politikkan

Tidak ada siapa yang suka dengan maksiat. Maksiat adalah perbuatan yang ditegah agama. Ianya boleh berlaku di mana-mana sahaja dan oleh sesiapa sahaja. Pemimpin, tokoh politik malahan tokoh agama juga pernah disabitkan dengan kesalahan maksiat. Tidak ada sesiapa juga yang maksum kecuali para Rasul (bukan RasulMelayu) dan Nabi-Nabi. Tokoh PAS Ahmad Sabu pun pernah kena tangkap khalwat dengan isteri orang.

Namun apabila laporan mengatakan berlakunya maksiat di Putrajaya, kenapa kita jadi terlebih tafsir? Kenapa gambar kubah masjid Putrajaya pula yang dipamerkan? Ini menghina masjid namanya. Tidak ada hormat langsung semata-mata hendak melangsungkan fahaman politik masing-masing. Janganlah politikkan agama dan menggunakan agama untuk berpolitik.

Thursday, October 15, 2009

"1Toilet" : Terengganu Terlebih Terjemah Konsep 1Malaysia?

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan untuk memperkenalkan polisi "1Toilet" untuk meliberalisasikan pendidikan di mana guru dan pelajar berkongsi menggunakan tandas. Polisi ini dikatakan selari dengan konsep 1Malaysia untuk mewujudkan perasaan "oneness" sebagaimana yang dilapurkan di dalam akhbar The Star hari ini.

We want student to have a sense of belonging that we believe would inspire them to excel futher in their education

C-bOk rasa ini adalah interpretasi konsep 1Malaysia yang keterlaluan. Apa yang difikirkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Sains dan Teknologi negeri Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman ketika membuat kenyataan itu? Adakah sebagai seorang exco, ini terjemahan terbaik beliau terhadap konsep 1Malaysia?

Thursday, October 08, 2009

PAS. Betul Ke Ni?

C-bOk tidak berada di Bagan Pinang, Port Dickson untuk sama-sama berkempen, namun mengikuti kempen di Bagan Pinang melalui media (media pro dan anti Kerajaan). Baca dua-dua - baru dapat gambaran sebenar.

Dalam banyak-banyak catatan, laporan Harakah Daily tentang 100 orang lelaki bermotosikal memakai baju BN yang dikatakan menyerang dan menceroboh markas induk Dewan Pemuda PAS. Penyerang tersebut dikatakan menetak sehingga berdarah petugas-petugas di markas induk tersebut. Laporan tersebut menyatakan petugas-petugas tersebut dikejar dengan parang sehingga ke rumah.

Pertamanya, sekiranya kejadian ini benar-benar berlaku, sewajarnyalah ianya di lapurkan kepada polis dan tindakan sewajarnya diambil. Namun difahamkan setakat ini laporan polis berkenaan masih belum dibuat. Apa motifnya?

Dalam masa yang sama, C-bOk melihat ada kesangsian dengan kejadian ini. Beberapa persoalan berkaitan dengan logik timbul apabila membaca laporan Harakah Daily serta meneliti gambar yang diterbitkan bersama-sama dengan laporan berkenaan.

Antaranya ialah:

(i) Bagaimanakah dalam keadaan kelam kabut di serang, laporan berkenaan boleh dimenyatakan dengan tepat "seramai 100" orang lelaki bermotosikal memakai baju BN melakukan serangan tersebut?;

(ii) Siapakah yang mengira jumlah lelaki bermotosikal tersebut dan dalam keadaan di mana mereka "dikejar dengan parang", apakah kaedah pengiraan yang digunakan? [Biasanya dalam keadaan kelam kabut serta nyawa menjadi taruhan, mana ada masa nak mengira lagi. Biasanya dalam keadaan begini, kita akan cabut mengorak langkah seribu. Jadi mana sempat nak mengira];

(iii) Kalau benar orang BN yang nak membuat serangan tersebut, kenapa dia orang pakai baju BN? Bodohlah kalau pakai baju BN dan memberi "clue" kepada orang yang diserang untuk mengecam orang-orang yang menyerang mereka. Biasanya penjahat akan cuba mengaburi kegiatan mereka dengan pakai topeng, tutup muka ataupun memberi gambaran bahawa kesalahan jenayah mereka dilakukan oleh orang lain supaya kesalahan itu tidak disabitkan dengan mereka. Contohnya, kalau budak-budak BN hendak membuat serangan tersebut, mungkin mereka pakai baju ninja ataupun T-Shirt PKR supaya identiti mereka yang sebenar tidak dikenali;

(iv) Tetakan kepada badan orang yang kena serang juga tidak menggambarkan "berlakunya tetakan". Cuba teliti gambar di atas..., tetakan dengan parang telah menyebabkan baju koyak, tetapi badan orang kena tetak masih ok. Tidak nampak kesan kecederaan, koyak atau terguris dengan tetakan tersebut. Adakah mungkin pemuda kena tetak ini mempunyai ilmu kebal sehingga tidak terkoyak kulitnya walaupun kena tetak dengan parang? Namun, walaupun tidak koyak/cedera ada pula pendarahan berlaku di kawasan itu..., bagaimana ya?;

(v) Kesan darah juga tidak logik. Ada kesan darah di kawasan baju yang terkoyak dan juga kesan darah di sebelah kanan badan pemuda yang kena tetak ini. Bagaimana kesan darah di sebelah kanan itu berlaku kerana tiada kesan tetakan di kawasan tersebut?

(vi) Pemuda yang ditonjolkan sebagai orang kena tetak ini juga tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang ahli Dewan Pemuda PAS. Sukar nak relate kerana pemuda ini berambut panjang, siap diikat lagi. Biasanya orang-orang PAS ni nampak alim ataupun macam ustaz. Ni nampak macam mat rock je....,


Banyak sungguh persoalan yang timbul daripada laporan Harakah Daily ini. Banyak soalan daripada jawapan. Mangsa pun tidak dinamakan.

Anak siapa lah ini....?

Sunday, October 04, 2009

Indonesia Serang Malaysia 8 Oktober 2009?

Menurut The Jakarta Globe, Malaysia akan diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai BENDERA pada 8 Oktober 2009 ini. Berita yang sama turut di laporkan oleh akhbar Malaysia, The Star,

Kumpulan yang sama pernah membuat sekatan jalanraya di Jakarta baru-baru ini untuk mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

C-bOk nak tergelak dengan segelintir rakyat Indonesia yang membuat lawak tahap gaban ini. Ketika saudara mara mereka di Padang, Sumatra kini ditimpa musibat kerana gempa bumi dan makan minum hasil ihsan masyarakat dunia termasuk Malaysia dan juga beribu rakyatnya di Jakarta yang masih tinggal di bawah jambatan (yang sewajarnya diberi perhatian oleh kumpulan seperti BENDERA ini), mereka merancang nak menyerang Malaysia?

Dasar tak mengenang budi.

Saturday, October 03, 2009

Bagan Pinang: Sokong PAS Bermakna Sokong Komunis?

Ini Chin Peng. Chin Peng adalah seorang komunis.

Semasa zaman darurat dia telah banyak mendatangkan kesusahan dan kemudaratan kepada rakyat negara ini. Nyawa bagi Chin Peng adalah amat murah. Tentera adalah musuh utama Chin Peng.

Nyawa tentera adalah mainan beliau. Tentera dibunuh sewenang-wenangnya. Tentera dibunuh dengan kejam.

Itu sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.

Chin Peng kini dalam buangan di negara luar. Beliau menetap di Bangkok, Thailand. Baru-baru ini Chin Peng memohon untuk balik ke Malaysia. Permohonan itu mendapat tentangan keras golongan tentera dan pejuang kemerdekaan. Sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali tentu akan melukakan hati banyak pihak. Kenangan lama kekejaman komunis akan mekar kembali. Ada bekas tentera zaman darurat yang sudah menyinsing lengan untuk menyambut kepulangan Chin Peng (sekiranya dibenarkan) dengan sambutan berdarah.

Perdana Menteri menyifatkan sokongan itu sebagai permintaan yang melampau serta menyalahgunakan konsep 1Malaysia. Timbalan Perdana Menteri pula berkata sebarang permintaan seperti itu tidak akan dilayan.

Itu juga sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong.

Namun, semasa isu permohonan Chin Peng untuk kembali ke negara ini, ada golongan yang terang-terang menyokong permohonan itu atas alasan "lets forgive and forget". Yang kuat memberi sokongan adalah DAP. Pendirian ini turut disokong kuat oleh PAS. Manakala Ketua Umum PKR yang juga Penasihat PR pula berkata Chin Peng wajar dibenarkan balik atas sifat kemanusiaan. Siap buat sidang media lagi. Tak percaya tengok sini.

Ini juga sejarah.

Siapa yang tidak ingat ceramah PAS di Simpang Renggam Johor yang menyokong kemasukan semula Chin Peng ke negara ini. Siap disambut dengan Takbir. Lebih hebat lagi, Musyidul Am PAS siap melabelkan Chin Peng sebagai nasionalis semata-mata atas alasan politik menafikan sejarah perjuangan kemerdekaan oleh orang-orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO ketika itu.

Ini adalah satu penghinaan terhadap perjuangan kemerdekaan negara oleh pahlawan-pahlawan kita dalam pasukan tentera dan polis.

Semuanya semata-mata kerana hendakkan undi (dari DAP?).

Hari ini hari penamaan calun di Bagan Pinang. Adalah dijangkakan BN akan ditentang oleh PAS yang bersekongkol dengan DAP.

Bagan Pinang di Port Dickson telah diistiharkan sebagai Bandar Tentera.

Mahukah sebuah bandar tentera yang menjadi lambang kepada perjuangan pahlawan-pahlawan negara ini diwakili oleh mereka yang menyokong komunis?

Hanya pengundi Bagan Pinang yang layak membuat keputusan.

Tuesday, September 29, 2009

Isa! Pastikan Menang!

Kepimpinan parti telah membuat keputusan. Walaupun ramai yang menentang, namun hasrat akar umbi diambil kira.

Tan Sri Isa.., walaupun pelbagai pandangan telah diberi, kebijaksanaan kepimpinan wajar dibalas dengan kemenangan serta majoriti yang bertambah. Itu sahajalah pandangan C-bOk!

YB Lembu?

Lembu jadi popular sejak akhir-akhir ini.

Di Selangor sahaja, lembu menjadi topik utama sebanyak 3 kali.

Kali pertama semasa ianya dikaitkan dengan korban Tan Sri Khalid ketika Hari Raya Haji tahun sudah. Heboh kerana Tan Sri Khalid menggunakan duit anak syarikat Kerajaan negeri Selangor untuk membeli lembu-lembu yang kemudiannya di korbankan untuk kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Keduanya semasa kepala lembu diarak ke Bangunan SUK oleh penduduk seksyen 23 Shah Alam yang tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan negeri meluluskan pembinaan sebuah kuil di kawasan yang majoritinya Melayu.

Dan kali ketiga (semalam) apabila Persatuan Penternak Ruminan negeri Selangor yang membawa lebih 80 ekor lembu ke Bangunan SUK kerana memprotes ketidakprihatinan Kerajaan negeri terhadap nasib penternak apabila mereka mengalami kerugian akibat empang pecah di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam, Selayang.

Popular sungguh lembu di Selangor. Begitu sinonim dengan Bangunan SUK. Lembu sudah mahu menjadi YB ka?

Saturday, September 26, 2009

If I am Isa....

"If I am Isa, I will urge the party not to make me the candidate. Then I will work hard to campaign for the chosen candidate. With that, it will boost his reputation."

C-bOk amat setuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir tentang kemungkinan pencalunan Tan Sri Isa Samad sebagai calun BN di Bagan Pinang. Bukan Tun Mahathir sahaja yang tidak setuju.

Ramai lagi yang tidak setuju.

Yang tidak setuju bukan bermakna mereka tidak suka dengan Tan Sri Isa, cuma mereka lebih sayangkan parti. Jadi eloklah ahli-ahli UMNO di Bagan Pinang melihat jauh ke hadapan menjangkau kepentingan diri. Tan Sri Isa masih boleh menyumbang kepada parti dan negeri walaupun beliau mungkin rasa tak cukup-cukup lagi selepas berpuluh tahun sebelum ini ditampuk pemerintahan. Tidak apa..., itu mungkin semangat juang yang tinggi. Cuma tidak kena sangatlah buat masa ini.

Sumbanglah tenaga dan akal fikiran. Jadilah contoh tauladan yang TERbaik!

Tak kan susah sangat kut....?

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

C-bOk sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini, termasuk sahabat dan saudara mara. Semoga hari raya ini akan membawa kegembiraan kepada kita semua. Sekiranya ada salah dan silap di dalam mengendalikan blog ini, C-bOk mohon maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 15, 2009

Jangan Biadap


C-bOk ingin menyambung catatan semalam berkaitan dengan kenyataan biadap perwakilan MIC tentang mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad

Sepertimana kita semua maklum, seorang perwakilan MIC mencadangkan Tun Mahathir dikalungkan dengan selipar kerana memberi pandangan yang tidak memihak kepada Presiden parti MIC, Datuk Seri Sammy Vellu. Mungkin kalung selipar itu, samalah seperti yang dipakai oleh Sammy Vellu dalam gambar di atas.

C-bOk melihat kenyataan biadap seperti ini seakan-akan serupa tahap kebiadapannya dengan kenyataan HINDRAF sebelum ini. Kalau kita ingat, HINDRAF pernah membuat macam-macam pertuduhan terhadap Kerajaan, UMNO dan Melayu seperti pembunuhan etnik, mengenepikan hak rakyat India dan sebagainya, sedangkan ianya terang-terangan tidak betul

Yang dikesalkan tentang kenyataan perwakilan MIC itu ialah lokasi kenyataan itu dibuat di Dewan Merdeka, dewan keramat bagi parti UMNO/Melayu yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun. Sudahlah menompang bangunan milik Melayu, sanggup perwakilan berkenaan membuat kenyataan menghina berkenaan di dalam dewan keramat tersebut. Inilah yang dinamakan tidak mengenang budi serta gagal memahami perumpamaan "di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung".

Apakahkah perwakilan berkenaan bercakap bagi pihak diri beliau sendiri atau atas "arahan" seseorang yang lebih tinggi? Kemungkinan itu ada kerana Tun Mahathir pernah memberi pandangan tentang perlunya perubahan di dalam MIC untuk memastikan sokongan berterusan rakyat kepada Barisan Nasional. Sepertimana yang kita tahu, kenyataan itu tidak disenangi oleh pemimpin tertinggi parti MIC.

C-bOk masih berpendapat, perwakilan berkenaan dan Presiden parti MIC perlu meminta maaf atas kenyataan yang menghina tersebut.

Jangan biadap dan jangan sampai lupa diri.

Monday, September 14, 2009

"Thinking Out of The Box": The MIC Way

Persidangan Agong MIC telah pun selesai. Perwakilan telah pun membuat pilihan mereka. "The President's Team" membolot hampir kesemua jawatan penting didalam pemilihan yang diadakan.

Persidangan kali ini, seperti biasa kecoh dengan dakwaan, ugutan, cercaan dan sebagainya. Ada yang nak letupkan bom hidrogen dan ada juga yang nak meletupkan bom nuklear. Namun sampai habis persidangan, kentut pun tak meletup.

Cuma yang sedikit "meletup" ialah cadangan seorang perwakilan/ahli MIC yang cuba-cuba nak "kalung selipar" di gambar Tun Dr. Mahathir kerana menggesa Datuk Seri Sammy Velu berundur dan memberi ruang kepada golongan muda pula untuk memimpin MIC.

Cadangan itu memang luar biasa. Perwakilan yang mencadangkan itu berfikir "di luar kotak" (out of the box thinking) kerana berani bersifat kurang ajar kepada seorang negarawan.

Pesan C-bOk kepada perwakilan itu, kalau berani cubalah!

Thursday, September 10, 2009

Indonesia Perlu Minta Maaf!

1. Membaca laporan akhbar serta melihat gambar rakyat Indonesia (segelintir yang amat kecil) memegang buloh runcing di tengah-tengah kota Jakarta untuk mencari dan menghalau rakyat Malaysia dari Indonesia benar-benar "mencabar" kedaulatan negara kita;

2. Setelah 64 tahun Indonesia merdeka serta menjadi salah sebuah negara yang pesat berkembang dari segi ekonomi di rantau ini, masih ada lagi segelintir rakyatnya yang berfikiran kuno serta bersifat primitif;

3. Memegang buloh runcing atau tombak adalah gambaran pahlawan dahulu kala yang menggunakan senjata kuno untuk memerangi musuh mereka. Adakah mereka yang bertombak ini akan menggunakan tombak buluh runcing itu sekiranya ditakdirkan mereka berjumpa dengan rakyat Malaysia ketika sekatan pemeriksaan itu dibuat?

4. Sekiranya itu berlaku, maka bakal rosaklah perhubungan kekeluargaan dan diplomatik yang sekian lama telah kita pupuk di antara dua negara. Nasib baiklah perkara itu tidak berlaku kerana kebetulan mereka tidak berjumpa dengan rakyat Malaysia semasa sekatan berkenaan dibuat;

5. Namun, tindakan provokasi melampau ini perlu dibendung segera oleh Kerajaan Indonesia. Cara yang ditunjukkan oleh mereka yang bertombak buluh runcing ini adalah satu tindakan provokasi melampau yang tidak perlu;

6. Hanya kerana "anggapan" kita mencuri budaya mereka melalui klip video tarian pendet, sanggup mereka menunjukkan tindakan mahu "membunuh" (terjemahan kepada aksi membawa buluh runcing sebagai senjata), sedangkan hanya dengan satu arahan sahaja, kita juga boleh melaksanakan "sweaping orang Indonesia" di negara ini yang berjumlah jutaan bertaburan di seluruh pelusok negara kerana mencari rezeki;

7. Tahu kah mereka yang berbuluh runcing itu bahawa kita telah menyediakan sambutan permaidani merah kepada Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di negara ini di dalam sektor perkilangan, pembangunan dan pembantu rumah yang telah menggajikan berjuta rakyat Indonesia yang menghantar pulang berbillion ringit setiap tahun ke tanah air mereka? Duit inilah yan digunakan untuk menyekolahkan anak-anak mereka, membina rumah-rumah mereka, jadi modal untuk membeli sapi (lembu) dan modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka yang telah merubah kehidupan sebahagian besar rakyat di Indonesia;

8. Walaupun jasa baik kita itu seringkali tidak dihargai dengan sikap buruk sebahagian daripada TKI dan juga PATI (pendatang asing tanpa izin) yang ramai sekali dari Indonesia ke negara ini yang merompak rakyat Malaysia, merogol rakyat Malaysia, membunuh, mencolek anak-anak gadis kita untuk kahwin lari dan sebagainya lagi;

9. Sesungguhnya kita mempunyai banyak sebab untuk melaksanakan "sweaping orang Indonesia" di negara kita ini. Sebaliknya kita rakyat bertamadun yang berfikiran positif, menghormati tetamu serta memuliakan saudara serumpun tidak bersikap seperti mereka yang berbuluh runcing itu ;

10. Namun itu tidak bermakna kita wajar membiarkan sahaja sikap provokasi sebahagian kecil rakyat Indonesia dan juga media negara berkenaan yang terus-terusan menggambarkan Malaysia sebagai amat teruk di mata mereka melalui sikap primitif itu;

11. Kita wajar menuntut kemaafan daripada Indonesia terhadap sikap tersebut kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan bukannya untuk diperkotak-katikkan oleh anasir subversif kuno negara jiran kita.

Tuesday, September 08, 2009

Bagan Pinang: Nak Menang ke Tidak?

Presiden parti yang juga Pengerusi Barisan Nasional masih lagi belum bersuara, namun pencacai-pencacai politik telah pun menamakan calun mereka untuk mewakili Barisan Nasional di Bagan Pinang.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad disebut-sebut sebagai calun yang akan mewakili Barisan Nasional. Setakat ini bolehlah dikatakan sebagai khabar angin sahaja memandangkan penamaan calun secara rasmi masih belum dibuat oleh Pengerusi BN. Harap-harap ianya kekal sebagai khabar angin ataupun strategi perang saraf

Namun apa yang nampak jelas ialah wujudnya pendangan yang bersifat "dinasour" [pandangan lama] yang tidak mahu berubah di dalam UMNO.

Tidak dinafikan Tan Sri Isa Samad telah banyak menyumbang kepada pembangunan di Negeri Sembilan. Beliau menjadi Menteri Besar selama berbelas tahun. Malangnya, beliau digantung daripada jawatan tinggi di dalam parti [UMNO] kerana politik wang. Mereka yang bersuara untuk mencalunkan Tan Sri Isa Samad ini tidak berpijak di alam nyata. Rakyat mahukan mereka berubah, tetapi mereka jelas tidak mahu berubah.

Sekiranya Tan Sri Isa Samad dicalunkan, maka peluang kemenangan adalah 50:50. Hanya dengan satu undi sahaja, maka BN akan kalah. Namun sekiranya calun lain yang tidak mempunyai masalah seperti Tan Sri Isa Samad di calunkan, maka peluang kemenangan itu pasti akan menjadi lebih tinggi kerana pakatan pembangkang tidak akan dapat memainkan isu "gantung jawatan parti" dan "politik wang" terhadap calun yang diketengahkan.

Sebaliknya, BN akan berhadapan dengan tugas yang maha berat apabila strategi "character assasination" digunakan ke atas calun-calun yang mempunyai "masalah". Parti mungkin boleh memaafkan, tetapi rakyat bukan parti. Undi mereka rahsia. Mereka hanya mahukan yang terbaik. Zaman ini juga bukan zaman 70-an/80-an di mana tunggul kayu jugaboleh menang sekiranya diletakkan lambang parti.

Kita tidak mahu kesilapan memilih calun di Permatang Pasir baru-baru ini diulang semula di Bagan Pinang.

Monday, September 07, 2009

DUN Selangor Bubar?

Benarkah DUN Selangor akan dibubarkan dalam masa yang terdekat ini?

Kalau tidak ada angin takkan pokok bergoyang?

Yang jelasnya, kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, begitu rapuh. Selepas lebih 18 bulan memerintah negeri yang mempunyai pelbagai aktiviti ekonomi, tidak nampak apa pun yang dilaksanakan yang mampu untuk mencorakkan ekonomi negeri Selangor dari segi jangka pendek dan jangka panjang

Kepimpinan TS Khalid dipersoalkan oleh Azmin Ali, rakan sebantal yang sama di dalam parti [PKR] beliau sendiri. TS Khalid juga silap di dalam mempertahankan Elizabeth Wong yang telah dibogelkan satu dunia. Bagaimanakah seorang yang dipersoalkan maruah dirinya dibiarkan terus menjadi pemimpin? TS Khalid juga membuat kesilapan besar di dalam mempertahankan isu penjualan arak di Shah Alam secara terang-terangan

Terkini, kelewatan dan kegagalan TS Khalid dan Kerajaan Selangor di dalam menangani isu pemindahan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23 menunjukkan betapa rendahnya mutu/kualiti pemerintahan Pakatan Rakyat di sebuah negeri yang menjadi nadi ekonomi negara.

Wednesday, September 02, 2009

Membuat Onar Untuk Tutup Onar Yang Lain?

Suratan atau Kebetulan?

Di hari yang sama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas MB Perak berarak untuk mengadakan persidangan DUN yang tidak sah

Seperti biasa, berlakulah kacau bilau dan tunjuk perasaan (tunjuk emosi/gila talak?) yang keterlaluan sehingga terangkat-angkat tangan (macam biasa nampaknya je sebelum ini)

Persoalannya, ini kebetulan atau sesuatu yang dirancang? Apabila berlaku onar di Ipoh, pastinya tertumpulah media dalam dan luar negara ke Ipoh. Maka kuranglah tumpuan kepada sebutan kes DSAI di Kuala Lumpur

Bijak! Sungguh bijak!

Tahap Keselamatan Longgar

Kejayaan Alain Robert, seorang rakyat Perancis memanjat menara berkembar KLCC semalam mengundang beberapa persoalan:

  • Sejauhmanakah keupayaan pihak keselamatan di KLCC mengawal kawasan persekitarannya daripada pencerobohan? Pencerohonan ini menunjukkan tahap kawalan longgar di sekitar KLCC, sebuah lokasi penting negara. Memalukan!

  • Sejauhmanakah keupayaan pihak Imigresen dan perisikan kita di dalam mengawasi seseorang seperti Alain Robert yang telah ditangkap dua kali sebelum ini atas kesalahan yang sama? Tidakkah ada satu mekanisma di dalam sistem Imigresen yang dapat mengesan kemasukan Alain Robert yang terkenal mengulangi kesalahan yang sama di mana juga dia pergi?

  • Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengulangi masalah yang sama daripada berlaku? [Alain Robert telah berjaya menakluk salah sebuah menara berkembar KLCC. Kemungkinan dia akan datang lagi untuk melengkapkan penaklukkan menara yang kedua pula]
    1. Kejadian ini sungguh memalukan.

      Monday, August 31, 2009

      Khalid to Khalid: Manage the People Not Your Political Career!



      Isu mengarak kepala lembu ke pejabat Y.A.B Menteri Besar digunakan oleh kedua-dua orang tokoh bernama Khalid di Selangor untuk kepentingan politik mereka.
      Isu sebenar adalah isu pembinaan kuil di kawasan Melayu yang gagal ditangani oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dengan berkesan. C-bOk tidak menyokong langsung tindakan tidak sensitif oleh pengarak-pengarak kepala lembu berkenaan. Namun, sebelum menuduh UMNO yang melakukannya, elok juga kedua-dua Khalid di Selangor ini membaca catatan ini.
      Kepada masayarakat pengundi di Shah Alam dan Selangor, buatlah penilaian yang bernas.

      Friday, August 28, 2009

      Permatang Pasir: Gagal Menghayati Prinsip "Rakyat DiUtamakan"?

      1 Malaysia sudah tahu BN gagal di Permatang Pasir. Kepimpinan sudah pun menyatakan bahawa satu "Post-motem" akan dibuat untuk mengenalpasti punca-punca kekalahan BN di kerusi DUN N11 itu.

      C-bOk rasa tak susah untuk mengenalpasti masalahnya. Masalahnya ialah kepimpinan di Permatang Pasir (pemimpin kecil dan besar) gagal memahami prinsip 1Malaysia - "Rakyat diutamakan". Rakyat mahukan pemimpin yang "bebas dari kontroversi".

      Apakah kempimpinan (kecil dan besar) sudah membuat penilaian yang mendalam terhadap calun yang diketengahkan? Ini bukan kegagalan calun, tetapi kegagalan pemimpin di dalam membuat keputusan.

      Bak kata Nabil ... "lu fikirlah sendiri".

      Sunday, August 16, 2009

      Luka Di Lutut Balut Satu Kaki?


      C-bOk ada melihat rakaman tangkapan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Ronnie Liew, Exco Kerajaan Negeri Selangor di dalam TV baru-baru ini. Apa yang jelas, pembantu khas tersebut yang cuba melarikan diri, meronta-ronta sehingga cedera lututnya akibat terjatuh.

      Hari ini keluar di dalam beberapa akhbar utama gambar Wong Chuan How yang berbalut satu kaki. Berdasarkan kepada kenyataan beliau, kaki itu dibalut akibat kecederaan yang berlaku semasa tangkapan berkenaan.

      Wah hebat lakonan Wong Chuan How ini. C-bOk musykil sedikit dan nak bertanya. Kalau ada yang boleh jawab, silalah jawab.
      1. Kalau lutut yang cedera kenapa balut sampai ke buku lali?

      2. Doktor mana yang merawat kecederaan lutut tapi balut kat betis kaki?

      3. Doktor ini (balut kat betis, sedangkan lutut yang cedera) lulusan dari mana?

      4. Siapa pengarah drama ini?

      Monday, August 10, 2009

      Mereka Anti Sultan Melayu?

      Ini adalah jelas satu penghinaan terhadap institusi Di Raja. Mereka tidak faham langsung dengan adat dan budaya yang menjadi tonggak kepada penubuhan sebuah negara yang berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan.

      Malanglah orang melayu yang sepatutnya menjadi tonggak kepada sistem Raja dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan kerana menyokong orang ini dan partinya. Baca sendiri dan buat penilaian sendiri di sini. Jangan nanti nasi sudah menjadi bubur barulah kita sibuk-sibuk nak kembali ke pangkal jalan. Takut tak sempat.....

      Friday, August 07, 2009

      Keputusan MB Selangor: Kemenangan di Pihak DAP. Arak Boleh Di Jual di Bandaraya Melayu. Siapa Nak Beli Silalah ke 7-Eleven di Bandaraya Shah Alam!

      Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Menteri Besarnya, bertindak tegas, pantas dan cepat di dalam menangani isu berkaitan dengan rampasan Arak yang dijual di kawasan majoriti Melayu baru-baru ini. Ketika sensitiviti berkaitan dengan perkara ini memuncak, MB TS Khalid berpendapat, ianya dibolehkan atas alasan "self-regulation".

      C-bOk rasa, alasan yang sama mungkin digunakan di dalam "membiarkan" rumah-rumah urut/SPA tumbuh dengan pesatnya di negeri Selangor. Kerajaan Negeri selangor sebenarnya yakin bahawa pelanggan-pelanggan tegar rumah urut/SPA ini (termasuk orang Melayu) mempunyai kekuatan untuk "mendisiplinkan diri" walaupun "ayam bogel" terbaring depan mereka. Tokey-tokey rumah sundal ini juga mempunyai kekuatan diri (self-refulation?) untuk menolak pelanggan-pelanggan mereka yang berbangsa Melayu Islam (ye ke?)

      Atas keyakinan bahawa polisi "self-regulation" adalah langkah penyelesaian terbaik, Tan Sri Khalid merasakan ianya adalah penyelesaian kepada kemelut yang amat sensitif kepada orang Melayu dan Islam.

      Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri tidak mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan yang terbaik kepada rakyatnya? Khususnya di kawasan Shah Alam di mana majoriti pendudukanya adalah Melayu yang beragama Islam. Sekiranya arak tersebut tidak dijual di premis-premis berkenaan, 7-Eleven dan KK Shoppe akan bungkus? Adakah jualan arak di kawasan Melayu Shah Alam ini begitu penting kepada kedai-kedai serbaneka 24 jam ini? Apa yang menjadi kemusykilan ialah, sekiranya majoriti penduduk adalah Melayu Islam, siapa pula yang membeli arak-arak berkenaan? Sekiranya orang Melayu Islam yang membeli, siapa pula yang membuat pemantauan dan penguatkuasaan?

      Seingat C-bOk, nak buka panggung wayang pun tidak dibenarkan di Shah Alam kerana tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor untuk mengelakkan bandaraya ini menjadi lokasi aktiviti yang menghampiri kepada maksiat. Namun kini, maksiat yang lebih besar berlaku apabila arak di jual berleluasa di depan mata kita. C-bOk tertanya-tanya - tidakkah Tan Sri Khalid mendapatkan pandangan DYMM Sultan sebelum beliau membuat keputusan terhadap isu yang sensitif ini?

      Walaubagaimanapun, tahniah C-bOk ucapkan kepada pengundi-pengundi Melayu Islam di Shah Alam kerana anda kini telah dapat "kebebasan" yang diinginkan. Kini, satu-satunya Bandaraya Melayu Moden [Shah Alam] sedang diperkosa oleh DAP yang sedang perlahan-lahan memerdekakan Shah Alam dengan cara mereka. Namun apakah kemerdekaan boleh jual/minum arak, mengunjungi spa sundal dan lain-lain lagi kebebasan yang kita inginkan?

      Jual arak atas kesedaran peniaga - Khalid Ibrahim
      07/08/2009 4:40pm

      SHAH ALAM 7 Ogos — Kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.

      Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.

      Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.

      “Sebagai permulaan kita mulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan

      “self regulation” iaitu apa yang kita lakukan ialah untuk fahami bagaimana boleh kita wujudkan satu keadaan di mana penjualan ini dapat dilakukan kepada mereka yang hanya boleh membelinya dan bukan kepada yang tidak sepatutnya membeli termasuk orang Islam dan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), KK Group of Companies dan kedai 24 jam 7-Eleven di sini hari ini.

      Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata 7-Eleven seperti contoh telah pun mempraktikkan ’self regulation’ di mana sebanyak 10 cawangannya di Shah Alam telah pun menghentikan penjualan minuman keras berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam.

      Justeru, beliau berkata draf cadangan berhubung penjualan minuman keras yang dikemukan oleh PAS adalah tidak relevan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.

      “Untuk melakukan sesuatu perkara, kita kena ambil kira beberapa pihak termasuk penjual, pembeli, masyarakat sekeliling serta mengimbangkan keadaan di mana walaupun Selangor negeri mesra perniagaan tetapi pada masa yang sama sangat prihatin tentang masalah sosial di negeri ini.

      “Jadi kita tidak boleh nak tahan (jualan minuman keras). Menghentikannya tidak akan menyelesaikan masalah sosial. Tidak payahlah kita ada banyak undang-undang, kita hormat perniagaan dan kita juga hormati masyarakat dan fahami kehendak budaya dan orang ramai,” katanya.

      Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor berkata MBSA akan mengikut seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar iaitu pelaksanaan mekanisme peraturan sendiri dalam usaha menyelesaikan perkara itu.

      “MBSA akan adakan kerjasama erat dengan masyarakat peniaga. Apapun keputusan kerajaan negeri kita ikut dan kita akan tengok dalam masa sebulan ini bagaimana keputusannya. Dalam tempoh sebulan ini penumpuan kita hanya di 17 cawangan kedai serbaneka di Seksyen 1 hingga 24,” katanya Ketua Pegawai Eksekutif KK Group of Companies, Datuk Dr Douglas KK Chai berkata keputusan yang dibuat Menteri Besar adalah baik kerana tidak dinafikan minuman keras juga menyumbang kepada hasil jualan keseluruhan syarikat itu.

      “Sekarang kita tunggu, selepas sebulan kita akan lihat bagaimana ia berjalan dan sama ada peraturan ini boleh berfungsi atau tidak.

      “Tetapi ia adalah langkah baik yang kita ambil,” dan menambah syarikat itu mempunyai kira-kira 40 cawangan kedai serbaneka di Selangor.