C-bOk rasa elok juga sekiranya Mariam Mohktar memperkenalkan dirinya (sekiranya benar-benar wujud) dan memperjuangkan apa yang diyakininya secara terbuka. Katakan dengan terbuka apa yang terbuku dihatinya di pentas ramai. Kemudian, elok juga Mariam Mokhtar sertai pula kursus-kursus yang diadakan oleh "orang lain", yakni menukar nama, rupa dan kulit untuk menyelami apa yang diajar di dalam "kursus-kursus" itu pula. Sekiranya mereka benar-benar 1Malaysia 100% barulah Mariam Mokhtar boleh bersuara.
Sekiranya tidak, maka C-bOk amat kesihan dengan seorang wanita tidak mengenang budi bernama Mariam Mokhtar ini. Bukan sahaja umpama orang lupa daratan, malah kini menabur pasir di periuk nasi orang yang dulu pernah membiayai penganjiannya sehingga menjadikan beliau seorang yang berpendidikan hari.
[Nota: Catatan tentang Mariam Mokhtar seperti yang dipetik dari ruangan Forum, Utusan Malaysia, Selasa, 8 Dismeber 2009 adalah seperti dibawah]
Sedarlah Melayu lupa diri
MALAYSIAKINI baru-baru ini menyiarkan artikel seorang Melayu produk Mara yang menulis mengenai betapa kejamnya BTN, tajuk artikel tersebut adalah BTN: Divisive, racist, politically-motivated.
Oleh kerana ia disebut sebagai pendedahan berani oleh wanita "Maluyu" produk Mara, artikel tersebut disokong oleh bukan Melayu. Malah mungkin Mariam Mokhtar merasakan diri beliau begitu hebat sekali, begitu Malaysia dan jujur.
Oleh kerana ia artikel berbayar dan saya tidak mahu buang duit untuk membaca coretan orang kecewa, di bawah adalah sebahagian petikan artikel beliau;
"For me, the seeds of poison were planted decades ago. Just before I went overseas to study, I was sent for 'orientation' at a Mara hostel to ostensibly prepare myself for life abroad. That weekend was a blur, and I recall four things:
1) Blocked toilets and flooded communal bathrooms.
2) Basic food, thus a friend's sister dropped off much needed rations of chocolates and 'kacang'.
3) How to wash your 'smalls' (underwear) in a cold country and have them dry by the next morning.
4) We assembled in small groups for out-of-door talks, in the school grounds. We were told that the Malays were the most supreme race in the world, we were God's chosen few, that the others were insignificant. We were warned about certain elements in our society..."
Isu ini sebenarnya bukan satu perkara besar, kerana semua orang maklum akan modul dan tujuan Kursus Biro Tata Negara ini. Tetapi ramai juga "Maluyu" yang dangkal akan sejarah, yang bodoh to read between lines, dan bebal memahami tujuan asal kursus Biro Tata Negara ini.
Pemimpin Melayu terdahulu sedar akan kebodohan kaum Melayu yang dijajah selama 500 tahun tanpa penentangan. Bagai rela dijajah asalkan senang, Melayu telah dibangunkan dengan nilai khianati bangsa, dengki dengan saudara sendiri, gelojoh mengejar dan mengekalkan kuasa, malas berusaha, tiada cermin diri mewajahkan sejarah, tidak mahu bersatu, sanggup berkerjasama dengan Syaitan asalkan periuk nasi terjaga, visi yang pendek dan tiada perancangan dalam kehidupan melainkan menyerah kalah pada ilahi seawal minit pertama kehidupan.
Oleh kerana semangat Melayu ini halus seperti benang dan jati diri yang bacul, Melayu condong menjadi lalang menyokong siapa sahaja yang memegang senapang. Bagai hamba yang tiada maruah, Melayu menjadi balaci, tali barut, tukang jilat kasut Jepun, British dan komunis.
Sehingga hari ini Melayu masih selesa menjadi hamba kepada Cina dan India. Apakah yang terjadi ini sekadar kebetulan atau ia satu gerakan terancang si penjajah yang mahu melemahkan bangsa Melayu yang 99 peratus Islam?
Wajar kita menghargai, mencintai dan mengingati Tunku Abdul Rahman bukan hanya kerana kemerdekaan dan Singapura, tetapi juga kerana pengorbanan beliau untuk menyedarkan Melayu.
Waktu selepas merdeka adalah waktu yang amat sukar menyatukan Melayu yang telah berpecah kepada penyokong British, Jepun, Komunis, Melayu, pengkhianat, barua, tali barut, pencacai kapitan Cina, pekerja estet, penduduk kampung pedalaman dan saki baki Melayu-Indonesia yang lari bersembunyi daripada pemerintah Republik Indonesia.
Usaha berterusan ini tidak disedari oleh kita termasuk Mariam Mokhtar kerana apa yang "Maluyu" ambil berat hanya pada diri sendiri semata-mata. Bagi orang Melayu, perjuangan menyatukan orang Melayu yang tidak pernah bersatu sejak 500 tahun dahulu tidak pernah berhenti dan didokong oleh setiap Perdana Menteri melalui pendidikan, Penyata Razak, DEB, BTN dan banyak lagi.
BTN sebenarnya memang platform untuk Melayu menanam sifat perkauman yang tinggi seperti yang ada pada setiap batang tubuh Cina.
BTN mahu menyatukan Melayu, mahu Melayu cintakan Melayu, mahu Melayu kuat (dengan bersatu bukan bercerai), mahu menterjemahkan semangat Hang Tuah yang berkorban demi kesejahteraan Melayu, mahu Melayu sedar akan sifat baik dan perasaan peribadi Hang Jebat tidak memadai membadai belenggu lemah yang menyelubungi perasaan Melayu, mahu Melayu menyingkirkan perasaan "Ah, tak pe," "Cina memang pandai berniaga susah Melayu nak lawan," "Biarlah, Cina kaya, kita makan gaji dapat gaji dapat makan cukuplah."
Pemimpin yang baik mahukan kaum Melayu kuat semangat dan berniaga seperti Cina. Siapakah yang bertanggungjawab menyedarkan Melayu akan pentingnya perilaku sekarang, demi masa depan anak keturunan mereka?
Perkara sama yang telah diabaikan oleh nenek moyang kita sejak menggadai Tanah Melayu selama lebih 500 tahun!
Apakah orang Cina, India, British, Malaysiakini, Mariam Mokhtar, Sin Chew Jit Poh, The Star, MIC dan lain-lain yang akan mengingatkan Melayu supaya berjuang untuk memecah penguasaan ekonomi mereka?
Apakah Mariam Mokhtar yang begitu bangga menceritakan bagaimana BTN meracuni Melayu untuk sayangkan bangsa Melayu sendiri sebagai perkauman.
Sifat PHD (Penting diri, Hasad, Dengki) adalah sifat semula jadi orang Melayu yang ditanam oleh penjajah.
Kerana kebebalan nenek moyang kita, Melayu tidak pernah mempunyai gerakan terancang seperti Freemason, Kristian, Persatuan Cina Seberang Laut dan Parti Koumintang. Yang ada adalah parti politik UMNO, Pas dan PKR.
Untuk melahirkan Bangsa Malaysia tanpa kaum adalah perlu semua orang berkorban, Melayu perlu korbankan DEB, terima pakai meritokrasi (layakkah Mariam ditaja Mara ke luar negara jika bersaing secara adil dengan pelajar bukan Melayu yang lebih cemerlang akademik), terima pakai tender terbuka (mampukah syarikat Bumiputera menyaingi kekuatan kewangan dan mutu syarikat bukan Melayu), kuota perumahan (mampukah Melayu membayar tunai memiliki hartanah dan rumah potensi tinggi jika ikut sistem First Come First Serve), mahukah Cina korbankan Sekolah Cina yang menjadi platform menebalkan semangat perpaduan Cina tolong Cina mereka, mahukah India yang kurang serba serbi bersaing secara adil sedangkan kasta atasan mereka hampir pasti tidak akan membantu mereka.
Memang ramai orang "Maluyu" profesional seperti Mariam Mokhtar. Mereka bersemangat menawarkan diri menghapuskan nilai kaum Melayu bagi memberi laluan kepada bangsa Malaysia tanpa kaum.
Saya bangga dengan orang seperti Mariam Mokhtar tetapi tidak memadai hanya fikirkan diri sendiri sahaja tapi tidak anak Melayu 100 tahun mendatang.
MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor
14 comments:
aku lebih rela taat kepada agama ku dan manjadi muslim yang taat dari memikirkan nasib melayu yang entah apa apa, melayu akan berubah jika BN sudah tidak memerintah malaysia itu yang aku faham.
Saudara "aku bukan melayu totok",
Nasib Melayu tidak berubah mengikut parti. Kenapa tunggu BN dikuburkan baru nak berubah? Siapa pula yang akan menguburkan BN itu baru nak berubah?
Kalau nak berubah tak payah tunggu parti. Sekarang juga boleh berubah.
Soalnya sekarang ini ramai Melayu yang menyalahkan parti atau orang lain kerana takut hendak melihat "kegagalan" diri sendiri.
Seperti Mariam Mokhtar itu sendiri. Sekiranya dibawah parti lain selain BN, adakah mungkin dia dapat biasiswa belajar hingga ke luar negara?
Jangan nanti parti yang mengalahkan BN lebih teruk dari BN. Masa itu nasi sudah jadi bubur
Siapa Mariam Mokhtar? Itu tak penting. Yang nyata..anda sedang mengumpat/memburukkan saudara/i seagama. Fear Allah.
Saudara/i Manusia:
Anda perlu faham catatan / perjuangan saya serta perbuatan yang dilakukan oleh Mariam Mokhtar sebelum anda membuat kenyataan berkenaan.
Perjuangan saya adalah untuk memartabatkan Islam/Melayu di negara ini yang kini sedang diperkotak katikkan. Malangnya orang Melayu/Islam sendiri di gunakan untuk memusnahkan bangsa/agamanya.
Apabila kita sudah terjeromos ke dalam lembah yang sudah tidak boleh "u" turn, maka semuanya umpama "nasi sudah jadi bubur".
Duit biasiswa tu duit rakyat, bukan duit bapak mereka yang diPILIH memerintah. Janganlah buat macam orang yang terima biasiswa tu patut jadi hamba orang politik sampai kena kencing pun nganga saja. Bodoh benar ke kita orang melayu ni?
Anon 2.39,
Orang Melayu tidak bodoh. Cuma ramai orang Melayu yang tidak mengenang budi dan menggigit semula tangan orang yang beri dia makan. Ada ka patut begitu?
Zainal.... engkau ini yang bodoh... mengaku sahajalah...
Yang mengigit Melayu bukan orang macam Mariam Mokthar tapi orang macam engkau ini....yang tak tahu pikir... kalau tangan yang memberi biasiswa dahulu, bagi engkau racun sekarang minum ke engkau ? Pikir lah dulu...
Jangan mengiyakan sesuatu yang salah nanti engkau pun berdosa sekali paham ...
Melayu memerlukan affirmative action... itu betul tapi Minda Melayu tak perlu diracuni supaya keparat macam engkau dan saudara engkau di UMNO boleh terus melesap berbillion billion ringgit ke eropah...
Anon 11.06pm,
i) Mudah memanggil orang lain bodoh;
ii) Lagi mudah bila gunakan "anonymous" seperti saudara - umpama lempar batu sembunyi tangan;
iii) Itu tindakan orang pengecut dan tidak bermaruah;
iv) Lebih tidak bermaruah apabila orang seperti saudara digunakan untuk menghentam bangsa sendiri;
v) Keparat Melayu yang bersalah itu buktikanlah mereka bersalah dan bawa ke muka pengadilan - apa yang susah sangat?
vi) Seperti kata saudara mengiyakan sesuatu yang salah itu berdosa. Iya ke tuduhan saudara terutamanya "keparat macam engkau". Saya keparat ke? Berani tanggung dosa ke?
Selagi Melayu disuap, selagi itulah Melayu akan makin mundur sedangkan kaum lain di seluruh dunia makin ke hadapan.
Itu je sebenarnye. Hentikan nep yang entah ape2. Kalau polisi tu dah berjalan selama 50 tahun tanpa hasil, takkan nak diteruskan lagi? Rata2 orang terima kenyataan melayu malas dan tak nak berfikir.
Tarik balik kuota, biar melayu usaha. lame2 otak pun berkembangla.
Kesian tengok melayu jadi pengemis di tanah sendiri. Lagipun melayu jugak yang ramai dalam dadah, rape cases, abortion, etc. Something must be really wrong.
Tuhan tak buat orang melayu malas, tapi kaum tu sendiri.
salam saudara anoymous...
tp aku rs bahasa si anoymous di atas ni agak kasar...ko ad masalh mental ke..ke ko x dpt biasiswa sbb ko punya spm x bgs sgt? jgnla lpskan marah kat sini, ckp elok2...k
Salam abang,
I agree. "Mariam Mokhtar" is likely a pseudonym. It is easier to swallow hatefully racist views of the Malays from a "malay".
Salam bro,
Maybe this reply is a couple of years too late, but good job with your article. Memang ramai Melayu sekarang yang malu jadi Melayu, sampai sanggup menggadaikan bangsa. Ini semua manusia yang tiada pegangan diri, jadi mereka mesti menjatuhkan simbol diri mereka sendiri untuk mendapat makna dalam hidup. Dan cukup bodoh, senang dipergunakan orang. Saya harap abang teruskan tulisan abang. Tak payah endahkan cyberwarriors yang mencaci abang di kolum komen. Itu kerja diaorang, kerja bergaji.
kesian identiti Melayu tu, sudahlah tidak menguasai ekonomi, terpaksa menuntut 30% utk DEB & kena pulak cop dgn rasis... nk tgk kesamarataan, dicanang2 lg negara2 mengamalkan hak asasi pada masa yg sama mendokong sistem perhambaan secara hutang tetapi diungkit2 kenapa negara sendiri tak menjuarai hak asasi manusia. tak cukup dgn tu, ada manusia2 yg membawa gelombang perubahan nafsi2.
nk selalu kena canang kejayaan diri sendiri ke yg padahal kamu tu sendiri, Mariam Mokhtar, bukanlah drpd kelompok pemimpin... pemimpin yg kamu julang tinggi pun malu nk mengungkit jasa takut2 dier sendiri dianggap demi matlamat menghalalkan cara. lebih baik berbangga utk identiti melayu kerana sekurang2nya ianya adalah 1 usaha bersama berbanding mengagung2kan mentaliti kamu yg syok sendiri & terkenang2 perkara lepas x sudah2.
The only thing left to the Malays in this country is political power. 90% of the economy is still monopolized by the Chinese. And now they even want to wrest the political power from the Malays. At most they want a ‘boneka’ Malay leader like the one in Selangor where the EXCO are totally controlled by the Chinese.
Read page 37 of the book The Chinese Dilemma written by Ye Lin-Sheng, published by East West Publishing Pty Ltd, Australia in 2003. I quote;
“It is that the Malays are the hosts, and we Chinese and Indians the guests. We came in such large numbers that it is no wonder the word "annexation" has been used of us. Indeed, it could be said that the Malays allowed us to pitch a tent and we ended up taking possession of the land....”
So like it or not…if you are a Malay and not one of those TARNISHED Malay like Mariam Mokhtar, you only have UMNO at the moment to hold onto. If Malays ever want an option, we better build PAS to be stronger and an alternative and most important to make sure PAS do not go in cahoots with the communist-infested DAP.
Post a Comment