Wednesday, December 16, 2009

Beri Pistol Kat Nazri Aziz

“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir, baru nampak saya buat kerja"

C-bOk jarang bersetuju dengan Nazri Aziz, seorang menteri yang arrogance. Namun kenyataan beliau tentang keperluan untuk meletakkan pistol di kepala Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang tidak hadir di Parlimen semalam wajar di berikan perhatian. Negara semalam berhadapan dengan kemungkinan kehilangan Kerajaan sedia ada kerana gagal mendapatkan kelulusan terhadap bajet 2010 yang sedang diperbahaskan di Parlimen.

Dimana Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang seramai 170 orang itu bila cuma 66 orang sahaja yang hadir untuk menyokong bajet berkenaan? Apa yang mereka sibukkan sedangkan dalam setahun hanya beberapa bulan sahaja yang ditetapkan untuk mereka menghadiri sidang Parlimen di mana hal ehwal negara di perbahaskan dan diluluskan untuk dijadikan undang-undang dan panduan pentadbiran negara?

Sibuk sangatkan mereka yang tidak hadir ini? Sibuk di mana? Tengah hisap cigar di hotel mewah, padang golf atau mengintai artis cantik untuk dijadikan isteri no. 2 @ no. 3 @ no.4?

Kenyataan Nazri Aziz itu adalah gambaran kekecewaan beliau terhadap apa yang berlaku, walaupun cumalah kiasan. Namun, inilah sikap ahli-ahli Yang Berhormat yang menyebabkan Barisan Nasional kehilangan suaran majoriti 2/3 di Parlimen pada PRU ke 12 dahulu. Tidakkah "post-mortem" yang dibuat dahulu mendalami perkara-perkara seperti ini? - Kegagalan YB-YB menjalankan tugas yang diamanahkan!!

...and they have the guts to question rakyat marhain "yang konon-kononnya tak mengenang budi dengan apa yang telah mereka/Kerajaan buat".

Ini bukan soal rakyat tidak mengenang budi. Ini soal YB-YB berkenaan tidak mengenang budi rakyat yang mengundi mereka. Rakyatlah yang meletakkan mereka di Parlimen (sementara) supaya mereka boleh berbincang dan membuat keputusan-keputusan penting untuk negara. Keputusan-keputsuan itulah yang menentukan masa depan kita (dan juga mereka). Namun kejadian semalam menunjukkan undi penyokong dikhianati.

C-bOk menyeru Perdana Menteri menamakan YB-YB berkenaan. Jelas ada yang tidak belajar dari PRU ke 12. Masih ramai yang lalai. Senaraikan mereka satu persatu supaya rakyat boleh tukarkan mereka di PRU ke 13 nanti. Ramai lagi yang layak jadi wakil rakyat. Seperti kata Zainol Abideen a.k.a. mahaguru 58, ini Dewan Rakyat, bukan Dewan Sekolah Menengah Bukit Jin Bertendang

2 comments:

DIARI PKGMEN said...

MP BN baik-baik belaka.Kata rakyat yang ulu-ulu yang akan terima RM50 dan kain batik masa mengundi nanti.

myaix said...

tugas ni tugas nazri. kenapa tak hadir baru sibuk sibuk sampai mintak pistol plak. bukan ke sebagai menteri yg sepatutnya memantau perkara ni dan di tambah pulak bill perbekalan adalah antara yg "terpenting", SEPATUTNYA dia awal awal lagi memantau. bukan tunggu lepas maghrib, pegi tengok keliling parlimen lepas tu baru kecoh. seolah olah dia baru perasan bill perbekalan ni penting.