C-bOk pernah menulis di sini dahulu tentang kecenderungan pihak yang satu ini mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan Raja-Raja, Melayu, Islam dan Kerajaan (yang dipimpin oleh Melayu).
Terkini MASJID pula yang dipersoalkan.
Jika di perhatikan, nampak macam ada usaha yang terancang untuk mempersoalkan segala-galanya yang berkaitan dengan Melayu dan Islam. Berikut adalah senarai perkara-perkara yang telah dibangkitkan dengan tujuan provokasi khususnya dari parti yang satu ini.
(i) Taraf Bumiputra;
(ii) MeCD (kini dibubarkan);
(iii) Kedaulatan Raja-Raja (ada yang nak saman Sultan);
(iv) Dasar Ekonomi Baru (kini sudah berkubur tanpa nisan);
(v) UiTM (Universiti untuk Bumiputra);
(vi) Islam sebagai agama rasmi (ada yang bercakap "langkah mayat saya dahulu" kerana menolak Islam sebagai agama rasmi);
(vii) Biro Tata Negara (sampai Menteri parti pemerintah pun sama naik melatah);
(viii) Ketuanan Melayu (ada bekas Menteri parti pemerintah yang mengapi-apikan soal ini sehingga sanggup menggesa ahli partinya membangkitkan isu ini walaupun sehingga masuk penjara)- apa ni!?;
(ix) Bilangan masjid yang dibina di seluruh negara (terkini)
Tak lama lagi, tempat kita nak berak pun kena dipersoalkan juga oleh pihak yang satu ini.
Wednesday, December 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam..
Harap saudara tidak memainkan sentimen perkauman. Ahli Parlimen tersebut bukan mempersoalkan pembinaan masjid tetapi mempersoalkan kenapa tiada peruntukan yang setara (walaupun tak sama) untuk rumah ibadat lain.
Kita (bebrapa kerat orang Melayu) juga pernah mempersoalkan pemberian tanah kepada pekebun Cina dan sekolah Cina oleh kerajaan Perak, kencing gambar pemimpin Cina DAP, memijak kepala lembu dan merobohkan kuil. Jika isu perkauman tidak ditiup oleh orang-orang yang cetek akal fikirannya, perkara tersebut akan jadi sekadar perkara biasa.
Lebih baik kita mengukuhkan perpaduan kaum dinegara ini. Ini semua tanggungjawab rakyat Malaysia.
Saudara Fauzi Salleh,
Jadi...., kita biarkan sahaja? Sudah baca statement bekas Presiden Gerakan hari ini?
Jangan risau tuan. Orang Melayu memang bersifat pemurah dan mudah memaafkan. Kalau lebih-lebihpun, orang melayu cuma cakap berdegar-degar, buat demo, bakar gambar pemimpin DAP dan pijak kepala lembu. itu saja. Pihak berkuasa dan pemimpin politik melayu terpaksa mengikut kata2 dan arahan bukan Melayu, kalau tidak undi akan hilang.
zul rahim
salam,
Sdr Fazli Salleh,
Kenapa kita tak boleh memainkan sentimen MELAYU.Pandang pada sebelum MALAYSIA apa nama nya.
Itu adalah hak kita .Rujuk kepada KONTRAK SOSIAL. Yang HAK MESTILAH dipertahankan.Tak cukup pemurah kah kita selama ini hinggakan sewenangnya membiarkah orang lain menhina kita. Apa perlunya kita mempertahankan KUIL yang statusnya HARAM. Tak perlukah kita mempertahankan prinsip apakala kulasegaran secara terang-terangan mencabar perlembagaan.
Hak kita tetap menjadi hak kita selebihnya terpulanglah kepada kepandaian masing-masing.
Sahabat,
Adalah sangat menghairankan bila ada orang Melayu berlagak pembela kepada kerja memperlekeh dan menghina bangsa dan agama sendiri, dengan rasional yang dangkal.
Mereka tidak dengar apa pemimpin Cina cakap kepada kaum mereka. Mereka tidak baca dan kaji apa media cina dan india paparkan.
Mereka tidak melihat ke depan tentang apa akan jadi kepada anak cucu mereka esok jika survival bangsa hari ini cuba dikabui dengan lagak apa saja idealism jajaan barat...
Mereka tidak tahu penderitaan perjuangan generasi pertama, dan mereka tak mampu menjangka nasib yang bakal menimpa generasi yang bakal ditinggalkan...
Mereka berasa diri mereka o.k, dan cuba berlagak sebagai hero...
Mudah-mudahan mereka segera sedar.
Wallahua'alam...
Menteri KDN bagi amaran lagi.....dan lagi...dan lagi......
minta geng kepala lembu jawab
Post a Comment