Monday, June 30, 2008

Pemimpin Politik Negara Sedang Sibuk

Ya! Kepimpinan politik negara kini sedang sibuk.

Daripada Perdana Menteri, TimbalanPerdana Menteri, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Ketua Pembangkang, Exco Kerajaan, Exco Pembangkang dan juga macai-macai mereka. Kesemuanya sedang sibuk. Sibuk mempertahankan diri mereka masing-masing.

Sepatutnya mereka mempertahankan kita (rakyat) di dalam keadaan kita yang sedang menghadapi kenaikan harga minyak serta harga barangan. Dalam keadaan kuasa beli kita semakin mengecil sedangkan keperluan semakin meningkat selaras dengan peningkatan taraf hidup.

Sebaliknya, wakil-wakil rakyat yang kita bayar gaji mereka sekarang ini sibuk dengan politik brutal secara total dan sibuk mempertahankan diri mereka berbanding dengan tanggungjawab sebenar mereka untuk mempertahan serta memperjuangkan kebajikan rakyat.

Dengan kata lain, wakil-wakil rakyat kita (kerajaan dan pembangkang) makan gaji buta! Tak tahulah...., duit gaji/elaun mereka tu halal ke haram.

Black Monday?

Apa perasaan anda bila membuka mata hari ini?

1.Tariff baru elektrik diumumkan oleh TNB. Sudah naik! Kadar baru akan berkuatkuasa esok, 1 Julai 2008. Tak percaya, pergi tengok suratkhabar;

2. Sepanyol menang Euro 2008 mengalahkan German 1-0;

3. Berita paling hangat ialah dakwaan sodomi (lagi) terhadap Anwar Ibrahim yang dibuat oleh seorang kakitangan PKR.

Membincangkan Ketuanan Melayu? Apa Motifnya?

Apa rasionalnya BAR Malaysia membincangkan semula kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh nenek moyang kita? Apa masalahnya sehingga perkara yang begitu sensitif ini perlu dibahaskan semula? Panelist perbahasan pula terdiri daripada bukan penggubal polisi yang lebih arif tentang hal ini.

Bukankah BAR Malaysia adalah sebuah persatuan untuk peguam-peguam di negara ini? Apa kena mengena persatuan dengan politik negara? Kerajaan pula hanya membuat kenyataan keras selepas perbincangan telah diadakan. Kenapa tidak membuat kenyataan lebih awal? Bukankah lebih elok sekiranya Perdana Menteri membuat kenyataan ini sebelum perbincangan itu diadakan? Adakah Perdana Menteri tidak diberitahu sebelum ianya diadakan? Apa kerja Zaid Ibrahim? Dia pun belum buat kenyataan lagi tentang ini.

Saturday, June 28, 2008

Akronim

BN: Barang Naik
PKR: Parti Kelentong Rakyat

Najib Bertanding Presiden UMNO?

Najib boleh memilih untuk membuat kenyataan lain yang lebih selamat. Tetapi beliau memilih untuk berkata bahawa "Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi,".

Kenyataan ini memberi gambaran bahawa Najib sedang membuat pertimbangan dan hanya akan membuat keputusan apabila "sampai masanya".

Ini satu perkembangan yang menarik. So, Najib tidaklah pengecut sebagaimana yang disangka oleh ramai orang. Namun sejauh manakah beliau benar-benar bersedia untuk mencabar Pak Lah bagi jawatan Presiden UMNO menjelang pemilihan kepimpinan UMNO di akhir tahun nanti. Sekiranya beliau benar-benar hendak bertanding, beliau perlu mengorak langkah dari sekarang. Pemilihan cawangan dan bahagian akan bermula pada pertengahan Julai ini. Berdasarkan kepada perkembangan ini, "masa" yang dibayangkan oleh Najib itu tidak lama lagi.

Betul-betul berani ke Dato' Seri? Kalau beranai silalah masuk gelanggang. Ramai yang berminat untuk memberikan sokongan.

Thursday, June 26, 2008

Kenyataan "Melampau" Nazri Membuat Ahli Parlimen "Tersentuh"

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Nazri Aziz, ahli Parlimen yang mengalihkan sekatan di lobi Parlimen pada hari Selasa lepas sebagai "kebudak-budakkan dan dari kelab samseng".

Kenyataan beliau menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen yang terbabit dengan tindakan mengalihkan sekatan berkenaan. Menurut mereka, kenyataan tersebut "melampau".

Setahu C-bOk, Nazri memang selalu membuat kenyataan yang melampau. Di dalam Kabinet dan juga kepimpinan UMNO, beliaulah "tukang pukul" dengan membuat kenyataan-kenyataan brutal yang menyentuh perasaan dan memperlekehkan orang lain. Beliau juga yang paling berani menghentam Tun Dr. Mahathir dan disokong oleh ahli-ahli Parlimen lain khususnya dari UMNO.

Kini bila ahli-ahli Parlimen berkenaan terkena dengan kenyataan "melampau" Nazri, baru dia orang tersedar yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini membuat kenyataan yang tidak sepatutnya (melampau).

Sudah terkena kat batang hidung dia orang sendiri baru terasa. Dalam masa yang sama apabila Nazri menggunakan "kepandaiannya" membuat cacian/makian terhadap orang lain (lain dari UMNO dan Kerajaan) boleh pula.... Kalau tak percaya cuba tengok kepada kenyataan-kenyataan Nazri terhadap Tun Mahathir sejak kebelakangan ini.

Pantang Larang Untuk Calun

Ahli-Ahli UMNO yang berminat untuk menjadi calun kepimpinan parti di dalam pertandingan hujung tahun ini mempunyai banyak pantang larang.

Antaranya tidak boleh melobi, tidak boleh bercakap, tidak boleh memberi derma, tidak boleh hadir majlis (majlis kahwin, majlis bersunat, majlis khatam Quran, etc.?). Ringkasnya, macam-macam yang tak boleh.

Masalahnya nanti ialah penguatkuasaan. Bolehkah Majlis Tertinggi mengawal keadaan dengan membuat pengawasan dan penguatkuasaan adil ke atas semua pihak yang hendak bertanding? Bagaimanakah hendak memastikan sebarang tuduhan itu boleh dibuktikan tanpa sebarang rasa prejudis? Bagaimanakah proses pembuktian boleh dibuat? Sebelum atau selepas bertanding?

C-bOk rasa susah untuk memastikan keadilan. Jadi C-bOk ingin mencadangkan agar sesiapa yang mencalonkan diri untuk bertanding agar di kuarantinkan sehinggalah ke hari pemilihan kelak. Mereka yang layak untuk di kuarantinkan adalah mereka yang telah mengumumkan untuk mempertahankan jawatan dan juga mencalunkan diri untuk mana-mana jawatan di dalam parti. Hanya dengan pemisahan (kuarantin) secara total barulah dapat dipastikan calun-calun tidak melobi dengan apa cara sekali pun. Barulah adil.

Soalnya di mana hendak dikuarantinkan? Di Kamunting?

Tuesday, June 24, 2008

Badut Lawak Sarkas di Parlimen

Orang politik memang suka kepada populariti. Bermacam cara untuk menaikkan populariti masing-masing. Ada yang beri biasiswa, ada yang beri beras, ada yang tunjuk muka kat kampong setiap minggu dan lain-lain lagi.

Yang ini lain pula. Empat orang YB dari PKR sepakat untuk naik basikal dari Bank Negara ke Parlimen sebagai simbolik membantah kenaikan harga minyak.

Walaupun C-bOk juga tidak setuju dengan kenaikan harga minyak mendadak di dalam keadaan rakyat tidak bersedia, tetapi C-bOk lebih-lebih lagi tidak bersetuju dengan cara Ahli Parlimen/Ahli Politik mencari populariti murahan dengan cara seperti badut sarkas macam ini.

Melainkan mereka berpegang kepada prinsip iaitu naik basikal setiap hari daripada rumah mereka ke Parlimen, tindakan empat orang ahli Parlimen ini pada hari Isnin lepas tidak menggambarkan sikap ahli Parlimen yang sepatutnya berfikir dan membahaskan isu-isu secara kritikal dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Adakah mereka mencadangkan rakyat naik basikal ke tempat kerja dan menjalankan urusan seharian mereka? Ini tindakan membodohkan rakyat.

YB-YB ni pun berlakon pandai. Cuba teliti betul-betul. Melainkan YB dari Kulim (Zulkifli Nordin) yang memakai kot yang lain tidak berkot. Jadi siapa yang bawa kot mereka ke Parlimen? Takkan kot tu jalan sendiri atau naik teksi sendiri. Tentulah ada kereta lain yang membawa kot mereka ke Parlimen. Jadi kosnya tetap sama. Mana ada penjimatan? Apa yang YB-YB ni dapat ialah penat mengayuh sahaja dan populariti mendadak (popular di kalangan mereka).

C-bOk anti ahli politik (tak kiralah pembangkang atau kerajaan) yang menggunakan kuasa terhad mereka (5 tahun) untuk membuat tindakan-tindakan populariti tanpa berfikir panjang dan mempersendakan rakyat. Itu aje ke yang boleh anda buat?

Mana Undi Tak Percaya?

Heboh bagai nak rak. Ada orang di Sabah kononnya sudah tidak percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri. Di Semenanjung ini pula ada orang yang konon-konon mengaku bahawa dia "mastermind" kepada konspirasi untuk membawa usul berkenaan di Parlimen.

Berapa banyak masa rakyat terbuang? Berapa banyak kata-kata (mengumpat) yang keluar? Kononnya nak membawa undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri semalam (Isnin, 23 Jun 2008). Tapi tak ada apa-apa pun!!??

Yang ada cuma empat orang badut yang menjadikan Parlimen macam sarkas dengan naik basikal sekerat jalan dari Bank Negara ke Parlimen.

Macamana kita nak percaya dengan orang politik?

Monday, June 23, 2008

ADUN Bentayan: Kenapa Berdiam Diri?

C-bOk ada menyentuh beberapa kali tentang kelakuan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang (DAP) di dalam blog ini dan juga membuat komen berkaitan dengan kelakuan beliau berkaitan dengan pakaian rasmi di dalam dewan khususnya yang berkaitan dengan songkok.

ADUN ini adalah merupakan ADUN kali pertama dan mungkin kurang arif tentang peraturan yang berkaitan khususnya tentang sistem kesultanan/beraja di negara ini. Namun "kurang arif" bukanlah alasannya. Sekiranya kurang arif boleh belajar. ADUN ini sebenarnya "kurang ajar" kerana tidak mahu memahami sistem yang sudah lama diguna pakai di negara ini khususnya di negeri di mana beliau dilantik menjadi ADUN. Takkan beliau tidak arif dengan keprihatinan Sultan Johor tentang adat istiadat yang telah lama termaktub di dalam undang-undang tubuh negeri. Kalau orang lain boleh, kenapa beliau tidak boleh?

Kini Sultan Johor telah murka. Namun adun kali pertama ini masih nampak menunjukkan kedegilan beliau. Beliau kini memilih untuk berdiam diri. Sekiranya beliau benar-benar berpegang kepada prinsip (sepertimana yang dikatakan oleh beliau sendiri sebelum ini), eloklah berdepan dengan Sultan Johor dan tegakkan prinsip beliau di depan ke Bawah Duli Sultan. Sekiranya takut, maka adun kali pertama ini hanyalah seorang pengecut yang cuba mencari populariti sahaja dengan alasan menegakkan prinsip tanpa mengetahui apa yang sebenarnya beliau lakukan.

C-bOk berpendapat, pengundi di Bentayan telah membuat kesilapan kerana memilih orang macam ini sebagai wakil mereka.

Naik Basikal ke Parlimen

Hari ini beberapa orang Ahli Parlimen akan naik basikal ke Parlimen. Mereka akan berbasikal daripada Bank Negara ke Parlimen bermula jam 9.00 pagi sebagai tanda simbolik menunjukkan kesengsaraan rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak.

Mereka yang akan berbasikal ini adalah YB Zulkifli Noordin (Kulim), YB Wee Choo Kiong (Wangsa Maju), YB Tian Chua (Batu) dan YB Gobala (Padang Serai). Walaupun C-bOk rasa ini satu idea yang bagus untuk menonjolkan kesengsaraan rakyat, tetapi Ahli Parlimen ini sudah terlalu menyimpang daripada tanggungjawab mereka sehingga nampak Parlimen sudah jadi macam sarkas.

Kalau betul-betul nak bebasikal, naiklah dari kampong masing-masing. Kalau setakat dari Bank Negara ke Parlimen, ketiak pun tak basah. Janganlah menggunakan Parlimen untuk populariti diri sendiri. Kalau nak popular dan "berlakon" macam ini, eloknya YB yang berempat ini tukar karier untuk jadi artis.

Friday, June 20, 2008

ADUN Bentayan Cari Pasal?

ADUN Bentayan (DAP) Gwee Tong Hiang saja nak cari pasal. Atas alasan prinsip, beliau tidak memakai pakaian rasmi lengkap suit berwarna putih seperti ADUN lain. Atas sebab ini beliau telah diarahkan untuk meninggalkan Dewan oleh Speaker, Datuk Mohd. Ali Hassan. Dalam masa yang sama, tiga orang wakil rakyat DAP yang lain memakai pakaian rasmi berkenaan. Tak ada masalah pun.

ADUN yang sama juga pernah membangkitkan soal pemakaian songkok kerana beranggapan songkok itu Islam dan Melayu. Beliau dan juga 3 orang ADUN DAP yang lain juga tidak hadir ke majlis angkat sumpah Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini.

C-bOk anggap tindakan ADUN Bentayan ini kurang ajar dan ingin bertanya kepada beliau:

  1. Nak jadi wakil rakyat ke tidak?
  2. Prinsip apa awak pakai? Kalau ada orang pakai kain pelikat atau seluar pendek ke Dewan Undangan Negeri atas alasan prinsip, boleh terima ke? Kalau awak jadi spekar adakah awak akan benarkan pakaian bebas?
  3. Awak anti Melayu/Islam ke?
  4. Rakyat yang undi awak tu bersetuju ke dengan tindakan awak ni?

Kalau YB Bentayan ini tidak boleh menerima keputusan suara ramai dan juga peraturan yang telah ditetapkan, eloklah berhenti sahaja daripada menjadi wakil rakyat. Rakyat mahukan ADUN mereka berkhidmat kepada rakyat dengan membawakan isu-isu yang menyentuh permasalahan rakyat seperti kenaikan harga barangan, minyak dan perkhidmatan. Bukannya mencari populariti murahan seperti ini.

YB Gwee Tong Hiang. Rakyat sudah menyampah dengan gelagat ahli-ahli politik sekarang ini. Termasuklah dengan gelagat anda di istiadat perasmian DUN Johor semalam.

Pak Lah Tidak Merasa Tertekan

"Tidak Merasa Tertekan"

Itulah antara kenyataan Pak Lah ketika mengulas tentang usul undi tidak percaya yang diumumkan oleh Presiden SAPP. Beliau membuat kenyataan di atas selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur. Kenyataan itu berbentuk keyakinan diri yang tinggi dalam menghadapi kemelut ketika ini.

Itu juga pertanyaan C-bOk ketika mengulas tindakan yang diambil oleh Datuk Yong Teck Lee beberapa hari yang lalu.

Tertekan atau tidak bukan isunya di sini. Maksud disebalik pertanyaan dan kenyataan itu yang C-bOk tekankan. Keupayaan Pak Lah untuk mengawal situasi adalah soal pokoknya. Sudah banyak kenyataan yang menggambarkan bahawa situasi adalah terkawal tetapi dalam masa yang sama keluar kenyataan yang sensitif dari kalangan orang-orang kanan BN sendiri seperti ahli MT UMNO dan kini dari Presiden SAPP pula yang menggambarkan situasi di luar kawalan.

Wujudnya kenyataan-kenyataan yang berbentuk mempersoalkan kewibawaan ini sewajarnya diberikan perhatian serious dan juga memerlukan tindakan tegas/segera oleh tuan empunya diri. Tanpa kawalan secara total, kenyataan dan tindakan serupa mungkin akan berlaku lagi. Ia memberi kesan kepada masyarakat dan ekonomi negara. Umpama gajah sama gajah bergaduh, pelanduk yang duduk di tengah-tengah yang mati. Kita melihat imej yang lemah. Kita melihat kesan terhadap ekonomi negara. Kita melihat kesan terhadap kepimpinan negara.

C-bOk menyeru semua ahli politik negara ini agar segera membuat keputusan. Kalau nak sokong, sokong betul-betul. Kalau nak tukar, tukar cepat-cepat. Jangan lah terus main politik. Rakyat menyampah.

Wednesday, June 18, 2008

SAPP Tidak Percaya Kepada PM Lagi?


Versi Yang Di Kemaskini:

"Saya Tidak Merasa Tertekan."

Apakah Pak Lah masih tidak merasa tertekan?

Beliau berkata begitu di beberapa hari pertama selepas PRU ke 12 dahulu berikutan ada banyak desakan supaya beliau meletak jawatan dan ura-ura kemungkinan undi tidak percaya diusulkan terhadap beliau.

Namun dengan perkembangan terkini di Sabah yang menyaksikan politik tikam belakang kembali lagi, adakah beliau masih tidak merasa tertekan? Berikut adalah laporan terkini akhbar online The Star


KOTA KINABALU: The Sabah Progressive Party (SAPP) has lost confidence in Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, it said at a press conference here Wednesday. In the coming sitting of the Parliament session on Monday, its two Members of Parliament will support a vote of no confidence against the Prime Minister, the party said. Whether its MPs table the vote of no confidence, or whether other MPs will do it, would be determined in due course, it said in a statement.

SAPP’s two MPs are Datuk Eric Enchin Majimbun (P171 Sepanggar) and Datuk Dr Chu Soon Bui (P190 Tawau). The party also has four state representatives. Talk had been rife Wednesday morning that SAPP was going to abandon the Barisan Nasional coalition and defect to the Pakatan Rakyat alliance.

The party is running a poll on its blog, asking members of the public whether it should stay on in Barisan, leave the coalition but remain independent, or join Pakatan. At press time, there were 532 votes tallied, with 80% (428 votes) asking SAPP to join Pakatan. Only 1% (10 votes) urged it to stay on with Barisan.

Laporan Perbelanjaan Petronas

Beberapa hari dahulu Menteri Kewangan Kedua (MK2) membuat kenyataan bahawa Petronas akan membuat penjelasan tentang butir-butir perbelanjaannya secara terperinci. Kenyataan itu dibuat selepas Naib Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin (KJ) menggesa supaya Petronas berbuat demikian.

Sebelum ini sudah ramai Ahli Parlimen pembangkang dan juga Kerajaan yang membuat permintaan serupa tetapi tidak ada apa-apa kenyataan daripada MK dan juga MK2. Timing kenyataan MK2 itu memberi kekuatan kepada kenyataan yang dibuat oleh KJ. Seolah-olah KJ menjadi hero di dalam perkara ini.

Namun, selepas itu barulah kita tahu bahawa rupa-rupanya Petronas sudah menerbitkan secara terperinci laporan kewangannya sejak 18 tahun yang lalu. C-bOk beranggapan mereka yang bising-bising ni tidak membuat homework mereka berkaitan dengan laporan yang sebenarnya sudah sedia ada di depan mata mereka. Kenyataan yang dibuat itu hanya usaha untuk menjadi hero dan popular sahaja. Bagi seorang yang dipilih dan dibayar untuk menjadi wakil kepada rakyat, ini adalah satu tindakan yang kurang bijak.

Sebagai rakyat, C-bOk kecewa dengan tindakan semborono wakil rakyat macam ini. Ya lah..., yang bertanya tak tahu bahawa adanya laporan tahunan Petronas sejak 18 tahun yang lalu. Yang berkuasa (MK2) pun nampaknya tidak tahu kerana turut sama bermain politik dengan ahli Parlimen yang bertanya seolah-olah sebelum ini semuanya tentang Petronas adalah rahsia.

Sesiapa yang berminat untuk meneliti butir-butir perbelanjaan Petronas boleh menyemak laporan tahunan tersebut yang juga diterbitkan di dalam laman web Petronas. Jadi apa yang heboh-heboh pasal butir-butir perbelanjaan Petronas ini? Seolah-olah Petronas begitu berahsia dengan perbelanjaan yang dibuat.

Kini ada pula gesaan (dari KJ lagi dan juga Lim Guan Eng) supaya Petronas memberikan butir-butir perbelanjaan secara detail atas alasan Laporan Tahunan hanya memberikan ringkasan perbelanjaan sahaja. Jadi selepas ini, Petronas kena senaraikan berapa pensil yang dibeli setahun, berapa bayaran cuci tandas di KLCC, berapa, berapa, berapa?

C-bOk ingin menyarankan kepada KJ dan Lim Guan Eng (dan sesiapa sahaja yang suka bertanya) supaya meneliti laporan tahunan berkenaan dahulu dan barulah membuat pentanyaan secara detail dan bukan bertanya secara umum.

Gaji Dua Bulan Belum Muktamad?

Selepas bos beliau membuat pengumuman bahawa gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata "gaji 2 kali belum muktamad". Beliau berkata perkara ini akan dibawa untuk dibincangkan oleh Kabinet.

C-bOk rasa memang elok juga perkara ini dibincangkan oleh kabinet sebab ada banyak rungutan khususnya kesan kepada keupayaan setiap individu untuk menyusun semula sistem kewangan mereka. C-bOk kurang pasti samada pengumuman yang dibuat oleh PM tempohari telah dibincangkan oleh kabinet atau tidak. Sekiranya kabinet sudah membincangkannya, maka keputusan itu kurang bijak kerana banyak bangkangan serta hujah yang bernas menentang cadangan tersebut. Sekiranya ianya tidak dibincangkan oleh kabinet dan dibuat oleh individu sahaja - maka keputusan individu itu tidak bijak.

Namun, C-bOk rasa "terganggu" dengan tindakan Kerajaan yang membuat pengumuman perkara-perkara penting seperti ini tanpa penelitian yang mendalam. Kenapa pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri tanpa satu kajian yang menyeluruh dan juga rundingan dengan pihak pekerja sendiri? CUEPACS yang mewakili golongan pekerja kakitangan Kerajaan telah menyuarakan rasa kecewa mereka kerana tiada perundingan dengan mereka berkaitan dengan keputusan sepenting ini. Kakitangan Kerajaan juga rata-rata ramai yang "kurang bersetuju". Bagaimana pula dengan kos perlaksanaan sistem ini? Tidakkah pembayaran 2 kali berkenaan memerlukan pengubahsuaian kepada sistem kewangan setiap Kementerian dan Jabatan? Berapa kosnya? Adakah justifikasinya memadai?

Apa sudah jadi dengan mekanisma membuat keputusan Kerajaan? Bukankah satu masa dahulu kita mempunyai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang ditubuhkan semasa kita menghadapi krisis kewangan tahun 1997? MTEN dianggotai oleh pakar-pakar dari pelbagai sektor yang duduk sama-sama membincangkan cara-cara terbaik untuk menghadapi masalah kewangan yang memporak perandakan ekonomi negara ketika itu.

Setahu C-bOk MTEN tidak dibubarkan. Kenapa MTEN tidak diaktifkan semula dan mekanisma perundingan MTEN ini digunakan semula untuk kita sama-sama berbincang dan mencari alternatif-alternatif yang mampu membantu kita untuk mengatasi masalah yang sedang kita hadapi sekarang akibat daripada kenaikan harga minyak global.

Salah satu daripada unit penting di dalam MTEN tempohari yang sewajarnya diaktifkan semula ialah unit komunikasi yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang telah dikaji dan sesuai untuk dikeluarkan. Setiap kenyataan ketika itu membantu untuk mengukuhkan keadaan. Bukan macam sekarang ini di mana semua orang yang berkuasa hendak membuat kenyataan. Akibatnya kekeliruan. Sekejap ok. Sekejap tak ok.

C-bOk menyeru Kerajaan untuk mengaktifkan semula MTEN dan menyerahkan keputusan untuk membuat keputusan-keputusan penting berkaitan dengan ekonomi negara dibuat oleh pakar-pakar secara perundingan di dalam MTEN.

Tuesday, June 17, 2008

Harga Minyak Sedunia

Berikut adalah kadar harga jualan runcit minyak di seluruh dunia. Sesuai untuk digunakan sebagai rujukan dan perbandingan.

Monday, June 16, 2008

Subsidi







Anda sudah claim SUBSIDI anda? C-bOk sudah. Dapatlah RM625. Berapa lama boleh tahan? Belum tahu lagi. C-bOk pakai kereta 2500 cc. Enjin diesel. Dulu masa beli, harga diesel murah. Ada susbsidi. Tiba-tiba naik harga, sebab Kerajaan hendak mengurangkan subsidi.

Bercakap tentang subsidi ini, sememangnya bebanan Kerajaan terhadap subsidi begitu besar. Ianya semakin meningkat berikutan dengan kenaikan harga minyak global yang meningkat setiap hari. Namun C-bOk bingung seketika apabila Kerajaan mengumumkan SUBSIDI tahunan kepada pemilik kereta di mana setiap pemilik kereta layak membuat tuntutan subsidi sebanyak RM625 dan pemilik motorsikal pula boleh menuntut subsidi sebanyak RM150

C-bOk bingung kerana Kerajaan cakap subsidi membebankan, so kena lah tarik balik. Tetapi selepas itu, Kerajaan buat keputusan untuk memberi balik sebanyak RM625 dalam bentuk SUBSIDI? Sekiranya Kerajaan boleh memberi subsidi, kenapa awal-awal ditarik balik? Tak payah lah tarik balik atau pun tarik separuh sahaja daripada 40% kenaikan yang diumumkan dahulu. Sepatutnya perkara ini difikirkan supaya tak perlulah kita tarik selepas itu kita kembalikan semula.

Ada tak sesiapa yang membuat kajian, dengan menarik subsidi dan kemudian mengembalikan semula subsidi dalam bentuk rebet tunai, berapakah kos pengurusan yang terbabit kepada Kerajaan dan juga rakyat. Antara kos yang terbabit ialah:
  • Kos membuka pejabat Pos Malaysia pada hari Sabtu dan Ahad untuk membayar rebet tunai (kos overtime pekerja, kos utiliti, etc.);
  • Kos kepada rakyat seperti kos letak kereta, kos minyak/tol nak ke pejabat pos, kos masa menunggu (time is money);

Kos-kos di atas tidak termasuk cadangan untuk membayar gaji 2 kali sebulan yang melibatkan kos mengubahsuai sistem pembayaran gaji Kerajaan, cadangan untuk mengurangkan cukai pendapatan dan lain-lain lagi.

Kemungkinannya kos melaksanakan kerja-kerja tambahan ini lebih mahal daripada penjimatan yang dijangkakan daripada penarikan subsidi minyak tempohari.

Dr Mahathir Mohamad: Openness

Dr Mahathir Mohamad: Openness

Belum Bincang?

Pak Lah telah membuat pengumuman akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO di dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada bulan Disember 2008 ini.

Namun apa yang menarik perhatian C-bOk ialah pengumuman kedua (di dalam berita yang sama) berkaitan dengan peralihan kuasa kepimpinan di mana Pak Lah berkata ianya akan dibincangkan dengan timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau tidak silap C-bOk baru beberapa hari yang lepas dalam akbar NST (muka depan) ada kenyataan yang memaklumkan "It's Has Been Decided"? Apa yang dah di "decide" kan? Surat khabar tu tipu ke atau pun satu lagi kenyataan flip-flop yang mengelirukan rakyat?

Apa pun Pak Lah telah pun menyatakan hasratnya untuk mempertahankan jawatan beliau. Ahli UMNO pula berhak untuk menentukan sama ada hendak terus menerima beliau sebagai pemimpin mereka. Ahli mempunyai pilihan. Sekiranya ahli UMNO berpendapat Pak Lah adalah calun yang paling layak, maka teruslah memilih beliau sebagai Presiden.

Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Presiden, secara automatik akan juga dilantik menjadi Perdana Menteri. Seseorang Perdana Menteri akan membuat keputusan-keputusan penting berkaitan dengan hala tuju negara ini. Sekiranya kita (khususnya ahli-ahli UMNO) bersetuju/berpuashati dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pak Lah selama ini, maka eloklah dia di kekalkan sebagai Presiden UMNO. Ingat, Presiden UMNO adalah juga Perdana Menteri negara ini. Ingat! Jangan lupa! Make sure you don't forget!

Blog Tun M

Blog Tun Dr. Mahathir dijangka akan mencapai hits yang ke 2 juta dalam minggu ini.

Bagi seorang blogger yang berjaya menjadi ahli kelab jutawan, ianya adalah satu pencapaian yang begitu membanggakan. Blog Tun ini begitu luar biasa kerana ianya baru berusia sebulan setengah. Kata orang putih, phenomenal! Ada blogger yang sudah berblog selama 4 tahun pun (temasuklah C-bOk), belum tentu berjaya mencapai hits 10,000 capaian.

Tahniah Tun!

Thursday, June 12, 2008

Pengumuman PM. Apa Perasaan Anda?

Adakah kita patut rasa bangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu prihatin dengan masalah rakyat?

Pak Lah mengumumkan semalam bahawa harga minyak tidak akan naik lagi tahun ini.

Masalahnya, Timbalan Perdana Menteri pernah membuat pengumuman sebelum pilihanraya dahulu bahawa minyak tidak akan naik tahun ini.

Selepas itu, Shahrir Samat kata minyak hanya akan naik pada bulan Ogos tahun ini selepas penstrukturan semula subsidi minyak dan juga petrol.

Namun kedua-dua statement TPM dan Menteri tersebut tak boleh pakai. Belum sempat apa-apa, harga minyak sudah naik yang dibuat secara terburu-buru dan dalam keadaan rakyat tidak bersedia.

Kenaikan harga minyak sememangnya sukar untuk dibendung kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi terbuka. Namun keupayaan kawalan ke atas kesan rantaian akibat daripada kenaikan harga minyak itu yang dirisaukan. Kini semua orang menggunakan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Bayar Letak Kereta DBKL Pula NAIK

Berkuatkuasa hari Isnin (16 Jun 2008) ini warga kota Kuala Lumpur perlu membayar lebih untuk meletak kereta di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur mengumumkan kenaikan bayaran letak kereta sebanyak 35% dengan perlaksanaan Sistem Letak Kereta Elektronik (SLKE) di mana pengguna perlu membayar 80 sen sejam bagi setiap petak berbanding dengan 60 sen sejam sekarang ini.

Sistem ini bukanlah baru di mana beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain telah pun menggunakan sistem yang sama seperti MBPJ, MPSJ, MPS dan lain-lain lagi. Penguatkuasaan SLKE ini pastilah bukan pada masa yang sesuai di mana ketika orang ramai bercakap pasal beban kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat daripada kenaikan harga minyak, sebuah agensi Kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan satu sistem baru yang menambah beban rakyat. Sungguh tidak prihatin.

Dalam masa yang sama, C-bOk sudah lama kurang setuju dengan sistem ini dan selalu merungut sendirian di kawasan PJ, Subang Jaya dan Shah Alam di mana setiap petak petak kereta mengenakan harga minimum sejam walaupun kita hanya hendak meletakkan kereta selama 10 minit. Ini adalah rompakan di siang hari.

Wednesday, June 11, 2008

Shahidan Kassim Kini Seorang Blogger

Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Mantan Menteri Besar Perlis kini menyertai club goblog dengan melalui blog beliau Harimau UMNO.

Sebagai seorang yang banyak pengalaman dan melalui politik UMNO yang bukan calang-calang ranjau dan durinya, pasti ada banyak catatan menarik yang akan beliau paparkan. Adakah beliau juga akan menjadi seperti Tun Dr. Mahathir yang menerbitkan satu demi satu kepincangan kepimpinan negara yang membuka mata kita atau seperti laman blog boring Shahrir Samat (yang sudah lama tidak diupdate?

Gantung Tugas Pegawai Kena Siasat BPR

Zaman sebelum PKR memerintah mana-mana negeri dahulu, apabila ada mana-mana Pegawai Kerajaan (BN) atau orang politik (BN) di siasat oleh BPR selalunya ada la suara-suara dari parti pembangkang yang meminta ataupun memorandum yang mendesak supaya pegawai/ahli politik berkenaan di gantung tugasnya sehingga siasatan tersebut selesai.

Berdasarkan kepada laporan terkini, seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor kini sedang disiasat oleh BPR kerana penyalahgunaan kuasa. Kenapa beliau tidak digantung tugas?

Double standard ke Tan Sri?

Pecat?

Berita Harian dan NST hari ini melapurkan di dalam muka depan bahawa bekas PM (Tun Dr. Mahathir Mohammad) pernah mengugut/ancam untuk memecat mana-mana hakim yang membuat keputusan yang tidak memihak kepada Kerajaan. Ini cerita lama. Ancaman itu perlulah dibuktikan sahih barulah boleh disabitkan.

Dalam masa yang sama hari ini, akhbar-akhbar yang sama melapurkan bahawa Tan Sri Sanusi Junid ditamatkan (dipecat??) perkhidmatannya sebagai Presiden UIAM.

Kedua-dua kejadian di atas menunjukkan dua senario yang berbeza.

Senario pertama adalah ancaman. Kebiasaannya ancaman adalah dalam bentuk kata-kata dan perlaksanaan ancaman adalah dalam bentuk tindakan yang diambil selepas itu. Dalam hal ini, Mantan Perdana Menteri dikatakan membuat ancaman (sahaja). Ini dikira perancangan.

Senario kedua pula adalah berbentuk tindakan atau perlaksanaan tindakan di mana orang yang berkuasa telah melucutkan jawatan (memecat?) Presiden UIAM 2 tahun lebih awal daripada kontrak perlantikan beliau.

Kebiasaannya perlaksanaan tindakan itu lebih kejam daripada perancangan.

Faham tak murid-murid...?

Telur Pula NAIK

Selepas kita dibelenggu dengan kenaikan harga minyak yang secara tidak langsung memberi kesan rantaian kepada harga barangan dan perkhidmatan lain, kini pengguna semakin tersepit dengan kenaikan harga telur pula.

Sekiranya minyak mencatatkan peratusan kenaikan harga tertinggi di dalam sejarah, telur juga turut mencatatkan rekod yang sama dengan kenaikan sehingga 23% di pasaran sebagaimana yang dilapurkan di dalam akhbar. Harga baru adalah seperti berikut:

Gred A (10 biji): RM3.30 harga baru (RM2.70 harga lama)

Gred B (10 biji): RM3.10 harga baru (RM2.60 harga lama)

Penjual telur menyalahkan pemborong yang menjual kepada mereka dengan harga yang lebih mahal. Manakala pemborong pula memberi alasan kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kos pengangkutan. (Pak Menteri kata, peniaga tidak ada alasan untuk menaikan harga barangan dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini).

Dengan kenaikan harga ini pasti harga telur goreng, terlur mata kerbau, telur dadar, telur rebus, telur separuh masak, roti telur, burger telur, kek dan lain-lain yang menggunakan telur akan turut naik. Maka rakyat tinggal telur (0).

Mungkin selepas ini ada pak Menteri yang akan mencadangkan rakyat untuk menternak ayam pula untuk mendapatkan telur. Seperti juga cadangan sebelum ini untuk bercucuk tanam bagi mendapatkan bekalan sayur. Dengan masalah tanah dan ruang yang semakin terhad khususnya di bandar-bandar besar Pak Menteri mencadangkan penggunaan pasu untuk menanam sayur. Nak ternak ayam macamana? Ubahsuai sebuah bilik dalam rumah (pangsa/flat) untuk dijadikan reban ayam?

Tuesday, June 10, 2008

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL

Nak Cakap Apa?

Semalam Perdana Menteri mengumumkan untuk memotong 10% elaun keraian Menteri Kabinet sebagai langkah berjimat cermat berikutan dengan kenaikan harga minyak yang membebankan sejak kebelakangan ini.

C-bOk tak tahu nak cakap apa.

Masalahnya ialah kenaikan harga minyak telah menyebabkan kesan rantaian yang mengakibatkan harga barangan dan perkhidmatan lain turut naik. Rakyat mahukan tindakan yang lebih kongkrit yang boleh membantu mereka (rakyat) untuk menghadapi situasi yang mencabar ini. Rakyat hendak tahu apakah langkah untuk menghadapi masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan khususnya oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati.

Jadi, bagaimanakah pemotongan elaun keraian Menteri Kabinet ini memberi impak kepada usaha untuk mengatasi "masalah sebenar rakyat?" Rakyat mahukan tindakan penyelesaian atau cara-cara mengatasi masalah mereka. Contohnya penguatkuasaan ke atas mereka yang menaikkan harga sesuka hati. Penguatkuasa di peringkat pusat dan negeri perlu dikerah untuk menguatkuasakan kawalan ke atas kenaikan harga barangan.

Ini bukan masanya untuk menjadi popular dengan memotong elaun yang seciput itu!!

Sunday, June 08, 2008

Isu Songkok Pun Tak Boleh Settle?

Wakil rakyat DAP di Johor sedang menghadapi masalah besar sekarang ini. Masalah mereka lebih besar daripada masalah kenaikan harga minyak dunia. Ianya lebih besar daripada masalah kenaikan harga barang di Malaysia. Masalah mereka ialah nak pakai songkok ke tidak semasa pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri pada 19 Jun 2008 nanti.

Sebelum bertanding dahulu tak check ke undang-undang Dewan Undangan Negeri? Kalau pakai songkok tu kena jadi Melayu/Islam ke? Kena sunat ke? Kenapa la bangang sangat wakil rakyat DAP ini. Ketika orang sedang sibuk dengan masalah kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, wakil rakyat DAP ini tidak boleh membuat keputusan tentang satu soal yang remeh. Kalau di Selangor, wakil rakyat Melayu no problem buat pengumuman polisi pertamanya dengan melancarkan projek ternak babi (yang taboo kepada orang Melayu), kenapa Cina DAP ini susah sangat nak terima songkok?

Kalau C-bOk jadi Sultan, sure kena penampar wakil rakyat yang mengada-ngada ni. Kalau tak nak pakai songkok (yang digunakan untuk tujuan ceremony sahaja), pergi balik Cina la. Buang masa layan wakil rakyat tak ada otak macam ni.

Thursday, June 05, 2008

Dr Mahathir Mohamad: Oil Price

Dr Mahathir Mohamad: Oil Price

Pesanan Pak Lah Kepada Rakyat Malaysia




Minyak Naik Harga: Pandangan Awal

Malam tadi C-bOk lambat balik sebab ada meeting (makan nasi ayam kampong) dengan rakan di Kampong Baru. Kira-kira pukul 9.30 baru bergerak dari Kg. Baru dan berjanji untuk berjumpa dengan isteri di kawasan R&R Sungai Buloh (dia ke The Curve dengan isteri rakan C-bOk).

Menyesal kami sebab berjanji nak jumpa di situ sebab kami sangkut kira-kira 30 minit tak gerak-gerak sebab kereta beratur untuk mengisi minyak di Esso di situ.

Selepas clear di R&R Sungai Buloh, kami sangkut sekali lagi di jalan depan kilang SME Aerospace Sungai Buloh arah ke Ulu Selangor. Kali ini kereta beratur untuk masuk ke stesen minyak Shell di depan The Store. Clear sahaja kawasan ini, kami membelok masuk ke kawasan Bukit Rahman Putra (BRP) Sungai Buloh dan sekali lagi sangkut kerana kereta beratur untuk masuk ke Esso BRP pula. Di sini nampak begitu kelam kabut. Kereta beratur panjang dari semua arah. Betul-betul havov.

Inilah gambaran repond rakyat kepada pengumuman mendadak yang begitu mengecewakan rakyat. Kenaikan kali ini bukan sahaja mengejutkan tetapi yang tertinggi di dalam sejarah negara ini. Mengikut rekod, harga minyak di negara sememangnya mencatatkan kenaikan dari semasa ke semasa. Berdasarkan kepada semakan, harga petrol sejak 1990 adalah seperti berikut:

Sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) biru - (Tun Dr. Mahathir Mohammad PM)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)


31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10) merah - (Pak Lah PM)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008- RM 2.70(kenaikan RM 0.78) kenaikan terkini


Graf berikut (dipetik dari Malaysiakini) menunjukkan dengan lebih jelas kenaikan harga minyak sejak kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Peratusan kenaikan adalah lebih daripada 100% sejak tahun 2004 dahulu.
























Rakyat tertekan. Kenaikan harga minyak ini pasti akan menjadi pencetus kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain. Dan perkara ini berlaku ketika negara berhadapan dengan kenaikan harga beras, ayam, minyak masak dan lain-lain lagi.

Dengan pengumuman ini, apa juga keputusan menaikan kadar gaji, elaun, COLA dan lain-lain sebelum ini tidak memberi sebarang makna langsung.

C-bOk harap Kerajaan benar-benar telah membuat pertimbangan yang semasak-masaknya sebelum membuat keputusan ini dan bersedia untuk memberi penerangan yang memuaskan. Kerajaan juga perlu bersedia berhadapan dengan apa juga tindakbalas rakyat kepada kenaikan ini.

Ass Polisher @ Kaki Bodek

C-bOk rasa ini adalah satu cubaan untuk membodek Pak Lah. Kini dalam UMNO kita sudah tidak boleh bercakap atau memberi komen yang menyentuh kepimpinan. Kalau cakap juga walaupun dengan fakta/mengikut Perlembagaan - kemungkinannya akan dirujuk ke Lembaga Disiplin. Bodoh punya pemimpin. Buat cadangan bangang macam ni. Cuba la fikir masalah kenaikan harga minyak daripada bercakap pasal benda bodoh macam ni. Meluat sungguh.

Katalah dengan izin Allah, tiba-tiba Muhyiddin atau Rais jadi Presiden/Perdana Menteri.., kat mana nak letak muka? Senator ni jugaklah yang akan cium tangan atau tunggu kat airport nanti.

Berita yang mengaitkan beberapa tokoh dengan topik "ass polisher" ini adalah seperti berikut:

Gesa Muhyiddin, Rais Dirujuk Ke Lembaga Disiplin

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar. Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO.''Baru-baru ini, seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO dikatakan boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar kerana menyalahi pekeliling yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.''Kenapa dua pemimpin ini tidak boleh diambil tindakan seperti mereka bertiga," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.

Akhir bulan lalu, Muhyiddin berharap tindakan beberapa bekas pemimpin PKR menyertai semula UMNO adalah ikhlas dan bukan satu perangkap seperti 'hadiah kuda Trojan'.Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, Rais membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.Musa memberitahu, semua ahli UMNO perlu ikhlas terhadap perjuangan parti dan tidak sesekali mempertikaikan keikhlasan individu yang berpindah parti.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, semua pemimpin terutama ahli MT perlu mematuhi arahan Setiausaha Agung UMNO untuk tidak mendedahkan sebarang pertelingkahan dalaman parti menerusi akhbar.''Semua pemimpin UMNO perlu akur untuk menjaga keharmonian parti keramat itu bagi mengelakkan salah faham antara pemimpin atasan dengan bawahan yang memungkinkan terjadinya pertelingkahan.

''Kalau pemimpin atasan boleh mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, bertelingkah antara satu sama lain di dalam akhbar, ia menunjukkan kelemahan pentadbiran,'' ujarnya.Syed Ali juga berharap semua pemimpin UMNO menunjukkan sikap bertanggung jawab supaya ahli-ahli di peringkat akar umbi dapat menghormati antara satu sama lain.

Katanya, ia termasuklah menyelesaikan masalah di peringkat bahagian tanpa melibatkan campur tangan daripada pihak media.

Wednesday, June 04, 2008

Tak Sempat Tunggu Ogos; Hari Ini Sudah Naik

Semalam Menteri cakap harga dijangka naik bulan Ogos. Tetapi tak sampai 24 jam, Perdana Menteri sudah pun mengumumkan kenaikan harga minyak. C-bOk tak sempat nak membuat ulasan; berikut adalah berita terkini yang dipetik daripada Utusan Malaysia Online.

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
04/06/2008 5:56pm

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang. Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

Tuesday, June 03, 2008

Minyak Akan Naik Harga (Lagi)

C-bOk rasa Menteri yang paling popular hari ini ialah Datuk Shahrir Samad, Menteri KPDN-HEP. Kenyataan beliau tentang minyak yang dijangka naik pada bulan Ogos ini mendapat liputan semua media cetak, media elektronik dan juga online.

Sebahagian daripada kita mungkin tidak terasa apa-apa sebab sejak 4 tahun yang lalu, kenaikan harga minyak dan barangan bukanlah sesuatu yang asing. Sebaliknya ianya menjadi perkara yang biasa-biasa dan boleh dikatakan menjadi aktiviti mingguan atau bulanan di Malaysia.

Minyak naik, tepung naik, gula naik, tambang bas naik, tambang teksi naik, teh tarik naik, roti canai naik dan macam-macam lagi yang naik. Yang turun cuma indeks Bursa KL.

Berbalik kepada kemungkinan harga minyak akan naik menjelang Ogos ini, pastinya ianya sesuatu yang sukar untuk di pertahankan lagi. Harga minyak dunia sememangnya naik setiap hari. Dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia pasti kita juga merasakan tempiasnya. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kerajaan, peningkatan harga minyak turut melibatkan peningkatan di dalam kadar subsidi yang diberikan kepada pengguna minyak. Kalau tak silap C-bOk Kerajaan membelanjakan kira-kira RM 56 billion setahun untuk subsidi minyak sahaja. Malangnya, subsidi minyak berkenaan dinikmati oleh orang yang bukan sepatutnya.

Sehubungan dengan ini cadangan untuk menstruktur semula subsidi minyak adalah baik dan kena pada masanya. Subsidi berkenaan sewajarnya diberikan kepada yang layak sahaja.

Namun begitu, C-bOk berharap cadangan untuk menstruktur semula subsidi minyak ini tidak akan membuat keputusan bagi menaikkan harga minyak semata-mata. Memanglah ianya akan menyelesaikan satu masalah, tetapi ia akan menimbulkan banyak masalah-masalah lain yang lebih mencengkam kehidupan masyarakat. Berdasarkan kepada sejarah di negara ini apabila harga minyak naik, maka harga barangan dan perkhidmatan juga turut naik. Kadang-kadang kenaikan itu lebih tinggi daripada peratusan kenaikan harga minyak itu sendiri.

Yang menjadi masalahnya ialah walaupun menaikkan harga sesuka hati itu satu kesalahan, namun penguatkuasaan masih belum berjaya membenteras masalah ini secara total. Akibatnya rakyat terpaksa menerima sahaja kenaikan harga ini dengan berat. Walaupun lapuran dibuat, tetapi keupayaan penguatkuasaan masih terhad. Akibatnya kenaikan harga, walaupun ditentang dan menyalahi undang-undang, ianya tetap berlaku.

Oleh itu, C-bOk berharap ada satu mekanisma yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah sampingan yang bakal berlaku apabila harga minyak benar-benar naik nanti. Apakah mekanisma itu wajarlah kita semua sama-sama memikirkannya khususnya Menteri-Menteri dan pegawai-pegawai yang diamanahkan untuk memikirkan hal-hal ini.

Mungkin juga Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad wajar dipanggil untuk memberikan pandangan beliau. Tun pernah menyatakan bahawa ada mekanisma yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak pada satu ketika dahulu. Sewajarnya pandangan dan cadangan beliau diminta untuk kita sama-sama mengatasi masalah ini.

Monday, June 02, 2008

Perkara 20.10 Perlembagaan UMNO

Perkara 20.10 Perlembagaan UMNO begitu jelas bahawa mereka yang pernah bertanding melawan UMNO di pilihanraya tidak boleh diterima untuk menyertai UMNO semula seumur hidup.

Berdasarkan kepada fakta di atas, Ezam pernah bertanding di bawah bendera Keadilan pada tahun 1999 di Shah Alam melawan calon UMNO. Calon UMNO menang tipis di dalam pilihanraya tersebut. Pertandingan UMNO dan Keadilan di Shah Alam tahun 1999 merupakan salah satu tragedi di dalam politik Melayu di negara ini. Hakikatnya Ezam tidak boleh menjadi ahli UMNO seumur hidup beliau.

Namun, walaupun adanya peruntukan/peraturan yang jelas [perkara 20.10 di dalam Perlembagaan UMNO], Presiden UMNO ketika menerima borang kemasukkan semula Ezam ke dalam UMNO membuat kenyataan yang menggambarkan bahawa Ezam telah pun diterima masuk. Adakah Presiden UMNO tidak tahu tentang perkara 20.10 Perlembagaan UMNO ini? Kalau beliau tahu, tentu beliau tidak membuat kenyataan yang menunjukkan seolah-olah UMNO telah menerima semula Ezam tanpa sebarang syarat.

Sebarang keputusan yang bertentangan dengan Perlembagaan UMNO/parti adalah tidak sah. Sekiranya ianya hendak dilaksanakan juga, Perlembagaan parti perlu di pinda. Untuk meminda Perlembagaan parti, satu Mesyuarat Agong perlu diadakan bagi mendapat mandat untuk meminda perkara 20.10 yang berkenaan. Wajarkan satu mesyuarat agong dibuat hanya kerana hendak membawa masuk seorang Ezam?

Di dalam mengulas perkara ini hanya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Persiden UMNO yang terang-terang nampak tidak senang dengan perkembangan ini. Adakah Tan Sri Muhyiddin merujuk kepada perkara 20.10 Perlembagaan UMNO apabila menyatakan rasa tidak senang beliau tentang cadangan kemasukan Ezam ke dalam UMNO? Sekiranya beliau merujuk kepada perkara 20.10, kenapa ianya tidak dilapurkan oleh pihak media/akhbar? Atau adakah pihak media tersalah lapur? Atau sengaja tidak mahu membangkitkan perkara 20.10 berkenaan demi kerana kepentingan tertentu?

Sewajarnya perkara pokok seperti Perlembagaan dirujuk apabila sesuatu yang luar biasa seperti ini berlaku. Pemimpin UMNO perlu tahu tentang kewujudan peraturan-peraturan tertentu yang memberi panduan kepada perkara-perkara seperti ini di dalam parti. Pemimpin perlu tahu dan perlu merujuk kepada orang yang tahu. Di dalam hal ini, Setiausaha Agung parti perlu memastikan Presiden diberikan nasihat yang betul dan memastikan Presiden membuat keputusan yang betul.

Presiden pula perlu memastikan yang beliau sentiasa mendapat nasihat yang betul apabila hendak membuat satu-satu keputusan. Ini untuk memastikan Presiden akan kelihatan bijak apabila membuat keputusan.

Muhyiddin Tak Setuju Ke?

Sesiapa yang membaca akbar perdana (MSM) semalam, Ahad, 1 Jun 2008 pasti tidak akan terlepas berita tentang komen Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang kemasukan Ezam ke dalam UMNO.

Kalau tak silap C-bOk, ini kali kedua TS Muhyiddin membuat kenyataan terbuka tentang Ezam. Beliau berpendapat, Ezam perlu mengemukakan borang ke cawangan dan bukannya terus kepada PM/Presiden parti. Keahlian Ezam juga perlu di pertimbangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana Ezam ada "rekod". Beliau juga hairan dengan perhatian yang "terlebih" pihak media terhadap kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO.

What's up Tan Sri?