
Kenyataan beliau menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen yang terbabit dengan tindakan mengalihkan sekatan berkenaan. Menurut mereka, kenyataan tersebut "melampau".
Setahu C-bOk, Nazri memang selalu membuat kenyataan yang melampau. Di dalam Kabinet dan juga kepimpinan UMNO, beliaulah "tukang pukul" dengan membuat kenyataan-kenyataan brutal yang menyentuh perasaan dan memperlekehkan orang lain. Beliau juga yang paling berani menghentam Tun Dr. Mahathir dan disokong oleh ahli-ahli Parlimen lain khususnya dari UMNO.
Kini bila ahli-ahli Parlimen berkenaan terkena dengan kenyataan "melampau" Nazri, baru dia orang tersedar yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini membuat kenyataan yang tidak sepatutnya (melampau).
Sudah terkena kat batang hidung dia orang sendiri baru terasa. Dalam masa yang sama apabila Nazri menggunakan "kepandaiannya" membuat cacian/makian terhadap orang lain (lain dari UMNO dan Kerajaan) boleh pula.... Kalau tak percaya cuba tengok kepada kenyataan-kenyataan Nazri terhadap Tun Mahathir sejak kebelakangan ini.
2 comments:
C-bOK
Sebenar nya Nazri ni dah sewel selepas accident dulu. Jadi semua orang dah tahu dan tidak ambik pot dengan apa yang dikatakan nya.
Dia marah TDM sebab tak dapat jadi Pak mentua dia. cian budak ni!
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, selangor
Nazri Aziz memang suka lepas cakap dan tak reti nak pandang2 belakang...
Post a Comment