Thursday, June 26, 2008

Pantang Larang Untuk Calun

Ahli-Ahli UMNO yang berminat untuk menjadi calun kepimpinan parti di dalam pertandingan hujung tahun ini mempunyai banyak pantang larang.

Antaranya tidak boleh melobi, tidak boleh bercakap, tidak boleh memberi derma, tidak boleh hadir majlis (majlis kahwin, majlis bersunat, majlis khatam Quran, etc.?). Ringkasnya, macam-macam yang tak boleh.

Masalahnya nanti ialah penguatkuasaan. Bolehkah Majlis Tertinggi mengawal keadaan dengan membuat pengawasan dan penguatkuasaan adil ke atas semua pihak yang hendak bertanding? Bagaimanakah hendak memastikan sebarang tuduhan itu boleh dibuktikan tanpa sebarang rasa prejudis? Bagaimanakah proses pembuktian boleh dibuat? Sebelum atau selepas bertanding?

C-bOk rasa susah untuk memastikan keadilan. Jadi C-bOk ingin mencadangkan agar sesiapa yang mencalonkan diri untuk bertanding agar di kuarantinkan sehinggalah ke hari pemilihan kelak. Mereka yang layak untuk di kuarantinkan adalah mereka yang telah mengumumkan untuk mempertahankan jawatan dan juga mencalunkan diri untuk mana-mana jawatan di dalam parti. Hanya dengan pemisahan (kuarantin) secara total barulah dapat dipastikan calun-calun tidak melobi dengan apa cara sekali pun. Barulah adil.

Soalnya di mana hendak dikuarantinkan? Di Kamunting?

2 comments:

Anonymous said...

tak leh telefon, tak leh sms, tak leh mms, no video konferen...lai baguih...pas ni jadi biru...kera sumbang..

Unknown said...

Salam
Yg dok sibuk sgt pasal tata etika mesyuarat umno ni kenapa? Pandai aje bt komen. Diri sendiri tu sempurna ke. Nak bertanding bayar RM2. Bertanding la!