C-bOk rasa ini adalah satu cubaan untuk membodek Pak Lah. Kini dalam UMNO kita sudah tidak boleh bercakap atau memberi komen yang menyentuh kepimpinan. Kalau cakap juga walaupun dengan fakta/mengikut Perlembagaan - kemungkinannya akan dirujuk ke Lembaga Disiplin. Bodoh punya pemimpin. Buat cadangan bangang macam ni. Cuba la fikir masalah kenaikan harga minyak daripada bercakap pasal benda bodoh macam ni. Meluat sungguh.
Katalah dengan izin Allah, tiba-tiba Muhyiddin atau Rais jadi Presiden/Perdana Menteri.., kat mana nak letak muka? Senator ni jugaklah yang akan cium tangan atau tunggu kat airport nanti.
Berita yang mengaitkan beberapa tokoh dengan topik "ass polisher" ini adalah seperti berikut:
Gesa Muhyiddin, Rais Dirujuk Ke Lembaga Disiplin
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar. Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.
Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO.''Baru-baru ini, seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO dikatakan boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar kerana menyalahi pekeliling yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.''Kenapa dua pemimpin ini tidak boleh diambil tindakan seperti mereka bertiga," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.
Akhir bulan lalu, Muhyiddin berharap tindakan beberapa bekas pemimpin PKR menyertai semula UMNO adalah ikhlas dan bukan satu perangkap seperti 'hadiah kuda Trojan'.Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, Rais membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.Musa memberitahu, semua ahli UMNO perlu ikhlas terhadap perjuangan parti dan tidak sesekali mempertikaikan keikhlasan individu yang berpindah parti.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, semua pemimpin terutama ahli MT perlu mematuhi arahan Setiausaha Agung UMNO untuk tidak mendedahkan sebarang pertelingkahan dalaman parti menerusi akhbar.''Semua pemimpin UMNO perlu akur untuk menjaga keharmonian parti keramat itu bagi mengelakkan salah faham antara pemimpin atasan dengan bawahan yang memungkinkan terjadinya pertelingkahan.
''Kalau pemimpin atasan boleh mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, bertelingkah antara satu sama lain di dalam akhbar, ia menunjukkan kelemahan pentadbiran,'' ujarnya.Syed Ali juga berharap semua pemimpin UMNO menunjukkan sikap bertanggung jawab supaya ahli-ahli di peringkat akar umbi dapat menghormati antara satu sama lain.
Katanya, ia termasuklah menyelesaikan masalah di peringkat bahagian tanpa melibatkan campur tangan daripada pihak media.
Thursday, June 05, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment