Thursday, June 05, 2008

Minyak Naik Harga: Pandangan Awal

Malam tadi C-bOk lambat balik sebab ada meeting (makan nasi ayam kampong) dengan rakan di Kampong Baru. Kira-kira pukul 9.30 baru bergerak dari Kg. Baru dan berjanji untuk berjumpa dengan isteri di kawasan R&R Sungai Buloh (dia ke The Curve dengan isteri rakan C-bOk).

Menyesal kami sebab berjanji nak jumpa di situ sebab kami sangkut kira-kira 30 minit tak gerak-gerak sebab kereta beratur untuk mengisi minyak di Esso di situ.

Selepas clear di R&R Sungai Buloh, kami sangkut sekali lagi di jalan depan kilang SME Aerospace Sungai Buloh arah ke Ulu Selangor. Kali ini kereta beratur untuk masuk ke stesen minyak Shell di depan The Store. Clear sahaja kawasan ini, kami membelok masuk ke kawasan Bukit Rahman Putra (BRP) Sungai Buloh dan sekali lagi sangkut kerana kereta beratur untuk masuk ke Esso BRP pula. Di sini nampak begitu kelam kabut. Kereta beratur panjang dari semua arah. Betul-betul havov.

Inilah gambaran repond rakyat kepada pengumuman mendadak yang begitu mengecewakan rakyat. Kenaikan kali ini bukan sahaja mengejutkan tetapi yang tertinggi di dalam sejarah negara ini. Mengikut rekod, harga minyak di negara sememangnya mencatatkan kenaikan dari semasa ke semasa. Berdasarkan kepada semakan, harga petrol sejak 1990 adalah seperti berikut:

Sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) biru - (Tun Dr. Mahathir Mohammad PM)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)


31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10) merah - (Pak Lah PM)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008- RM 2.70(kenaikan RM 0.78) kenaikan terkini


Graf berikut (dipetik dari Malaysiakini) menunjukkan dengan lebih jelas kenaikan harga minyak sejak kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Peratusan kenaikan adalah lebih daripada 100% sejak tahun 2004 dahulu.
























Rakyat tertekan. Kenaikan harga minyak ini pasti akan menjadi pencetus kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain. Dan perkara ini berlaku ketika negara berhadapan dengan kenaikan harga beras, ayam, minyak masak dan lain-lain lagi.

Dengan pengumuman ini, apa juga keputusan menaikan kadar gaji, elaun, COLA dan lain-lain sebelum ini tidak memberi sebarang makna langsung.

C-bOk harap Kerajaan benar-benar telah membuat pertimbangan yang semasak-masaknya sebelum membuat keputusan ini dan bersedia untuk memberi penerangan yang memuaskan. Kerajaan juga perlu bersedia berhadapan dengan apa juga tindakbalas rakyat kepada kenaikan ini.

1 comment:

Ah Beng Crosby said...

Last nite the nation hosted the biggest party of the year at all the petrol station in the country. Pump And Save (PAS). Every motorist panicked and went to PAS for one last full tank. PAS became the biggest party of the year.

Eh, that doesn't sound right la, politically.