Ya! Kepimpinan politik negara kini sedang sibuk.
Daripada Perdana Menteri, TimbalanPerdana Menteri, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Ketua Pembangkang, Exco Kerajaan, Exco Pembangkang dan juga macai-macai mereka. Kesemuanya sedang sibuk. Sibuk mempertahankan diri mereka masing-masing.
Sepatutnya mereka mempertahankan kita (rakyat) di dalam keadaan kita yang sedang menghadapi kenaikan harga minyak serta harga barangan. Dalam keadaan kuasa beli kita semakin mengecil sedangkan keperluan semakin meningkat selaras dengan peningkatan taraf hidup.
Sebaliknya, wakil-wakil rakyat yang kita bayar gaji mereka sekarang ini sibuk dengan politik brutal secara total dan sibuk mempertahankan diri mereka berbanding dengan tanggungjawab sebenar mereka untuk mempertahan serta memperjuangkan kebajikan rakyat.
Dengan kata lain, wakil-wakil rakyat kita (kerajaan dan pembangkang) makan gaji buta! Tak tahulah...., duit gaji/elaun mereka tu halal ke haram.
Monday, June 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
weh sengal!
ko dgn baju kot ko dah bole dh!
The problem is, we let them. We have been letting them do what they like for so long. Both political divides.
There is no one to blame but us, stupid Malaysians. After being taken for a ride once, we forgave and let them took us for a ride again and again. So what make you think that they are not doing what they are supposed to do after being elected? They are just doing that, taking us for a ride again.
No wonder a few butts are getting sore.
boleh bagitau saya tak..
kalu dah tau mereka ni makan gaji buta kenapa tak halang mereka saja?
tulis kt blog saja ke..? kenapa tak pergi parlimen ke.. apa ke dan maki dorang semua aje?
lagi bagus tembak saje sorang2.. puas lagi hati u kan..?
pasal harga minyak naik. bukan hanya penyokong pakatan yang menderita.. kitorang yang menyokong bn ni pun sama.
kene bayar minyak harga sama juga. bukan nya tunjuk kad umno leh dpt minyak murah.
so.. di mana rasionalnya kata2 anda? anda kata mereka sibuk pertahankan diri masing2.. tapi nak tanya balik. ada ke mereka buat sesuatu utk turunkan harga minyak? takde nye.. siap suruh ubah gaya hidup ade la..
pastu.. yang sibuk nak buat protes sape plak? dari pakatan rakyat jugak.
sekarang jangan main cakap aje. main tulis ikut sedap mulut ok la.. mengata orang dia yang lebih!
regard
sya
Sdra. Anon. 3.02:
Baca balik kenyataan saya. Saya menegur kepimpinan kita yang sudah terlalu asyik mempertahankan diri mereka masing-masing sahaja kerana tuduh menuduh dan saman menyaman antara satu sama lain. Sedangkan sepatutnya mereka perlu memikirkan masalah rakyat.
Sekiranya saudara lihat, bukan PM sahaja yang kena mempertahankan diri beliau. Ketua umum PKR juga lagi teruk kena mempertahankan diri beliau kini. Itu yang saya maksudkan mereka kini terlalu fokus mempertahankan diri mereka (kedua-dua belah pihak).
Undi saya adalah rahsia dan saya tidak menghalang anda untuk mengundi sesiapa sahaja. Namun saya bukanlah penyokong pakatan mana-mana. Betul kata anda, semua orang tidak kira menyokong sebelah mana terkena dengan tempias kenaikan harga.
Blog saya adalah cara saya memprotes tentang ketidakadilan yang saya rasa berleluasa. Dan saya memberi pandangan kepada kedua-dua belah pihak (tidak memihak). Asal tidak kena pada saya saya belasah. tetapi tidak adalah niat saya nak pergi tembak dia orang sorang2 di Parlimen. Tak tahulah kalau u nak buat begitu pula.
C-bOk
Presiden seumur hidup C-bOk
Post a Comment