Friday, July 31, 2009

Saja Nak Tanya. Allah Sahaja Yang Tahu Jawapannya!

1. Al-Fatehah. ADUN Permatang Pasir meninggal dunia. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah hendaknya;

2. Maka akan ada lagi Pilihanraya Kecil. Rakyat dah muak tetapi "orang itu" suka rasanya;

3. Kenapa yang letak jawatan dan yang meninggal semuanya daripada Pakatan Rakyat?;

4. Hanya Allah yang tahu!

Thursday, July 30, 2009

Kena Siasat Sampai Ke Akar Umbi

Teori yang mengaitkan pertumbuhan pusat-pusat judi dan maksiat di Selangor dengan tokoh-tokoh tertentu sejak diperintah oleh Kerajaan baru ini mempunyai kewajaran untuk di siasat sehingga ke lubang cacing.

Tokoh politik bukan maksum. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka berkiblatkan wang dan kuasa. Kuasa memudahkan usaha untuk "mencipta" wang. Segalanya mungkin.
Siasat habis-habisan. Kalau betul ada yang menggunakan kuasa sebagai ADUN dan Exco untuk menghalalkan aktiviti pelacuran dan maksiat melalui penubuhan pusat-pusat SPA dan judi di seluruh negeri - maka wajarlah mereka di siasat dan dibawa ke muka pengadilan.

Jangan nanti, Selangor jadi "Selangor Darul SPA".

Tuesday, July 28, 2009

Chua Jui Meng: Satu Sekolah Untuk Semua Ok Tak?

Mantan Menteri dari MCA, Datuk Chua Jui Meng (CJM) telah meninggalkan MCA dan menyertai PKR kerana "terpersona" dengan idealogi PKR yang memperjuangkan semua kaum. Maknanya PKR berbeza dengan UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India). Tak main la kaum-kaum ni. Ketinggalan zaman.

Jadi C-bOk nak tanya, memandangkan CJM sekarang ini bercakap tentang memperjuangkan semua kaum dan mengenepikan politik berasaskan perkauman - boleh ke kita wujudkan satu sekolah untuk semua?

Tak payah ada lagi sekolah Melayu, sekolah jenis kebangsaan Cina dan jenis kebangsaan India. Anak-anak kita semuanya diletakkan di dalam satu sekolah yang menggunakan satu bahasa dan satu sistem

Baru la ada kelas kita bercakap tentang perpaduan dan mengumpat pasal fahaman sempit parti berasaskan perkauman (kononnya la....).

Namun C-bOk percaya, kalau orang politik cakap-cakapnya adalah untuk survival politik. Lebih-lebih lagi yang oportunis dan gilakan pangkat serta kuasa. Bukan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat.

Nik Aziz?

C-bOk rasa sebarang urusan berkaitan dengan Perpaduan Melayu tidak wajar dibincangkan atau melibatkan Nik Aziz. Beliau tidak berminat dengan perpaduan Melayu, sebaliknya lebih selesa bersahabat dengan kaum lain sebagai penyambung talian hayat politik beliau. Buang masa sahaja kita bercakap tentang "perpaduan" dengan Nik Aziz ni.

Thursday, July 23, 2009

Kerana Politik Semua Boleh?

Apa sudah jadi dengan lilin?

Kerana politik, segala-galanya dibolehkan apabila kita sendiri melakukannya? Kalau orang lain yang buat (bukan PAS) ianya tak boleh?

Ingatlah Sabda Rasulullah:

"Tinggalkanlah perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu"
Sementara itu Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusof Husain berkata "Tindakan mereka yang antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian"

C-bOk harap pemimpin-pemimpin politik jangan terlalu taksub mempertahankan ideologi politik sehingga terlupa dengan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan akidah mereka sendiri.

Wednesday, July 22, 2009

Sekiranya Teori Ini Betul......

This is Interesting! Click here.

Ada yang mengambil kesempatan di atas kematian Teoh Beng Hock. Adakah ianya di politikkan atau ahli politik mengambil kesempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, C-bOk juga turut bersedih dengan kematian seorang anak muda yang mempunyai masa depan yang cerah. Namun sedar tak kita yang ada usaha untuk mempolitikkan isu ini?

Oportunisme boleh rampas kesedihan untuk jadi modal siasah
Oleh Zainul Ariffin, Berita Minggu
19 Julai 2009

ADAKAH ahli dan penyokong Pakatan Rakyat saja yang berasa sedih ke atas kematian Teoh Beng Hock? Tentu sekali jika dilihat dari muka-muka sama yang bergegas mengepalai tunjuk perasaan apabila saja ada kejadian seperti ini berlaku, beratur untuk perhatian jurugambar dan pemberita, dan di dalam kepala menghitung laba politik yang mungkin diperoleh.

Oportunisme politik boleh merampas kesedihan untuk dijadikan modal politik. Kematian boleh dijadikan pemangkin untuk naikkan kemarahan, dan juga batu hikmat menarik sokongan. Terlalu sedikit cubaan untuk menenangkan keadaan.

Di dalam kes Teoh setiap kenyataan seakan-akan berbau politik. Jika orang marah, apikan lagi. Jika bersedih, apa lagi, kenangkanlah nasib mereka dan paling penting, cari pihak yang perlu dipertanggungjawabkan.

Sudah tentulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab kerana mendiang Teoh kali terakhir berada di pejabat berkenaan dan mayat beliau dijumpai berhampiran. SPRM juga menemuduga Teoh hingga awal pagi.Tanggungjawab SPRM ialah untuk menyiasat sepenuhnya kejadian itu, dan jika ada kesilapan atau kelemahan, atau kecuaian dan salah laku di pihaknya, tindakan perlu diambil. Ia mesti telus dan tegas.

Tetapi ia sepatutnya tidak perlu dipertanggungjawabkan untuk menangkis tuduhan yang tidak berasas, menjawab tohmahan, dan melayan agenda politik orang lain. Segala keraguan dan persoalan mesti dijawab, tetapi mestilah tidak yang bermotifkan politik. Yang lebih penting, tanggungjawab SPRM ialah supaya ia tertumpu kepada tugasnya. Siasatan yang masih ada, termasuk terhadap ahli politik yang bertempik dan berkumpul di luar pejabatnya, yang cuba menimbulkan syak dan wasangka terhadap integriti agensi itu, mestilah diteruskan.

Kita faham ramai yang marah. Kita juga tahu ramai yang bersedih dengan kematian Teoh. Semua orang ada abang, adik, anak, suami, kawan dan faham serta simpati kepada pemergian orang muda seperti Teoh yang masa hadapannya nampak cerah. Bukan orang Cina atau penyokong Pakatan Rakyat saja yang tahu marah dan mahukan keadilan.

Namun, elemen perkauman dimasukkan oleh beberapa ahli Dewan Negeri Selangor apabila mereka disiasat sama ada menyalahgunakan peruntukan dan kuasa oleh SPRM, walaupun anggapan ini salah kerana ada Adun Melayu disiasat juga.

Namun keraguan timbul, terutama di kalangan bukan Melayu bahawa SPRM, yang semestinya seperti agensi kerajaan lain banyak pekerja Melayu, secara selektif memilih bukan Melayu untuk disiasat.

Apabila mangsa kemalangan pula orang bukan Melayu, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya. Di alam maya internet tidak susah mencari kesimpulan berunsur perkauman. Adakah ini politik? Peduli apa kesannya kepada negara asalkan popular. Walau dihias dengan kata-kata manis seperti hak asasi ataupun ketelusan atau keadilan, yang jelas, kadang-kadang, agenda perkauman nyata.

Kenapa perlu menanam kebencian, meniup api kemarahan terhadap agensi kerajaan yang banyak juga penyokong mereka bekerja di dalamnya? Dengar sajalah perkataan kesat yang dilemparkan kepada polis dan sebagainya?

Keadilankah yang dituntut atau kebencian digalakkan? Adakah strategi untuk menggalakkan syak terhadap agensi kerajaan. Dulunya kehakiman kemudian polis, kini SPRM? Apakah nilai kepemimpinan politik jika apa yang digalakkan ialah membenci dan menghasut? Di manakah fahaman politik atau ideologi mulia?

Apabila saja ada perkara seperti ini, bergegas-gegas muka yang sama mengeluarkan kenyataan yang pada asasnya menanam syak kepada institusi. Cukuplah dengan membenci pimpinan kerajaan. Mereka orang politik, mereka boleh terima semua ini. Tetapi pegawai kerajaan bukan orang politik; mereka jalankan tugas dan arahan.

Sedarlah jika setiap kali institusi kita dicerca dan dihina, lama-kelamaan akan ada yang terlekat. Makin lama semakin tipis kepercayaan kita. Pepatah Inggeris berkata: ‘You reap what you sow’ � jika ada pihak yang mahu popular dengan menabur syak wasangka kepada orang lain, lama kelamaan dia juga akan menerima kesannya.

Katalah ditakdirkan pembangkang memerintah, tidak akan reputasi institusi dan agensi yang dipijak-pijak akan kembali pulih serta merta. Apa yang runtuh sukar dibina semula. Institusi akan terus dipandang serong, kepercayaan rakyat akan tetap menipis.

Adakah kehakiman atau polis yang sentiasa dikutuk akan jadi baik tiba-tiba dan terus diterima rakyat. Hakisan tidak boleh dipatah balik, malah ia selalu membawa kepada keruntuhan.

Kenapa, contohnya perlu kerajaan Selangor mahukan pakar bedah swasta untuk siasat kematian Teoh? Adakah pakar hospital kerajaan tidak layak? Atau tidak boleh dipercayai?

Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil? Bukankah banyak pegawai agensi atau institusi kerajaan orang Melayu? Adakah polis, hakim, guru, penyiasat, doktor, pensyarah Melayu semuanya tidak boleh dipercayai?

Percayalah, inilah yang berlaku apabila kita sama naik menabur syak pada agensi dan institusi kerajaan. Layari sahaja laman Internet untuk mengetahui apa yang dikatakan mengenai institusi-institusi yang kebanyakan diketuai dan dipenuhi oleh orang Melayu.

Bukan ahli dan penyokong parti politik saja yang mahukan keadilan. Orang lain pun begitu. Tetapi jangan semua institusi diruntuh. Janganlah termakan kata-kata orang, yang agendanya kadang-kadang hendak mempersoalkan kebolehan orang Melayu.

"Clue" Depan Mata

"Clue" dah ada di depan mata.

Iklan Along ini ada di merata-rata tempat. Siap dengan nombor sekali. Di taip BOLD sekali. Malahan ditampal di merata tempat. Tidak kurang juga yang mengggunakan akhbar dan juga bonet teksi untuk mengiklankan perkhidmatan mereka. Tetapi masalah along ni masih lagi berleluasa

Apa kata polis dan penguatkuasa PBT menghubungi kesemua Along ni [no telefon dah ada], buat-buat nak pinjam duit dan aturkan pertemuan. Bila dah jumpa, buat-buat lah bincang tentang syarat-syarat pinjaman. Semasa berbincang tu gunakanlah alat perakam untuk merakamkan butir-butir perbincangan tentang pinjaman itu. Lepas tu tangkap saja la si balaci Along tu. Bawa ke mahkamah dan dapatkan kebenaran untuk tahanan reman.

Semasa tahanan reman tu siasatlah habis-habisan. Kalau tak dapat bukti pun, setidak-tidaknya balaci ni takut sikit nak buat kerja tak berperikemanusiaan mereka tu.

Kalau hari-hari Polis boleh buat begini, pasti Along takut sikit nak tunjuk lagak. Seeloknya diadakan KPI kepada semua balai polis. Setiap minggu sekurang-kurangnya 50 balaci Along di tahan reman dan di soal siasat. Impaknya kepada mereka yang bergelar Along ini pasti menggerunkan mereka.

Thursday, July 09, 2009

PPSMI: Adakah Anda Bersetuju Dengan Pemansuhannya?

C-bOk TIDAK BERSETUJU dengan pemansuhan PPSMI menjelang tahun 2012.

Apakah yang dapat kita capai dengan pemansuhan ini? Kejayaan menegakkan Bahasa kita? Apakah selama ini bahasa kita tidak begitu agung? Adakah dengan mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia akan menjadikan kita bangsa yang disegani?

Keputusan sudah pun dibuat. Namun adakah keputusan tersebut adalah berdasarkan kepada kehendak majoriti (yang senyap) atau minoriti (tin kosong tetapi BISING)? Apakah langkah terkini Kerajaan ini satu tindakan "tunduk" kepada desakan mereka yang "anti establishment"? Mereka yang menggunakan apa cara juga pun untuk mengatakan apa sahaja yang dibuat oleh Kerajaan tidak betul (walau pun betul).

Berikan pandangan anda. Undian anda akan dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan. Mengundilah di sini.