Tuesday, July 28, 2009

Chua Jui Meng: Satu Sekolah Untuk Semua Ok Tak?

Mantan Menteri dari MCA, Datuk Chua Jui Meng (CJM) telah meninggalkan MCA dan menyertai PKR kerana "terpersona" dengan idealogi PKR yang memperjuangkan semua kaum. Maknanya PKR berbeza dengan UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India). Tak main la kaum-kaum ni. Ketinggalan zaman.

Jadi C-bOk nak tanya, memandangkan CJM sekarang ini bercakap tentang memperjuangkan semua kaum dan mengenepikan politik berasaskan perkauman - boleh ke kita wujudkan satu sekolah untuk semua?

Tak payah ada lagi sekolah Melayu, sekolah jenis kebangsaan Cina dan jenis kebangsaan India. Anak-anak kita semuanya diletakkan di dalam satu sekolah yang menggunakan satu bahasa dan satu sistem

Baru la ada kelas kita bercakap tentang perpaduan dan mengumpat pasal fahaman sempit parti berasaskan perkauman (kononnya la....).

Namun C-bOk percaya, kalau orang politik cakap-cakapnya adalah untuk survival politik. Lebih-lebih lagi yang oportunis dan gilakan pangkat serta kuasa. Bukan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat.

3 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Suruh Chua belajar dan kaji asal-usul yang membawa kepada penubuhan PKR. Kemudian tolong ajar dia sejarah BN membangunkan negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sehingga dia sendiri berjaya menjadi seorang Menteri Kabinet.

Bila kalah dalam perebutan jawatan dalam MCA, ertinya dia tidak mempunyai pengaruh di kalangan orang Cina sendiri. Kalau sudah tak berpengaruh, masuk parti apa pun tak guna. Baik pencen aja la....

Anonymous said...

Betul, baik pencen sahajalah main dengan cucu cucu atau anak kecil sendiri..

Mengabaihkan boreh aja ambil dia jadi menteri kesihatan dulu. Kes JE pun dia gagal tangani, dia ingat kita lupa.

Baguslah join PKR, you all deserve each other.

Detguaq said...

Kita salah kontek kot dgn kenyataan dia? Dia bermaksud selepas ini dlm PKR tiada lagi Melayu, Cina dan India. Yang ada hanya Cina yg menguasai elitis PKR selepas B A B I di'kandang'kan di Sg Buloh.