Friday, October 07, 2011

Bajet 2012 Kerajaan Terbaik.

Ketika saya menulis catatan ini, Perdana Menteri masih lagi menyampaikan ucapan Bajet 2012 di Parlimen. Setakat ini, saya dapati cadangan-cadangan yang dikemukakan amat baik dan jauh meninggalkan cadangan Bajet bodoh Pakatan Rakyat yang dibaca 3 hari lepas. Umpama langit dengan bumi.

Thursday, October 06, 2011

Steve Jobs Meninggal

Siapa yang tidak kenal dengan Steve Jobs? Pengasas dan juga Pengerusi Apple Inc. Beliau meninggal dunia hari ini ketika berumur 56 tahun. Steve Jobs adalah seorang inovator yang hebat dan telah menghasilkan pelbagai produk yang telah mencorakkan dunia IT moden. Produk seperti iPhone, iPod, iPad, MacBook, MacAir dan lain-lain lagi menjadi impian dan idaman ramai. Produk-produk yang dihasilkan oleh Steve Jobs melalui Apple Inc. bukan sahaja telah menceriakan penggunanya, tetapi juga menjadi sumber inspirasi ramai melalui penghasilan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun melalui iTunes dan Apps. Terkini iClouds yang bakal menjadi teraju industri ICT semasa. Steve Jobs adalah seorang yang hebat.

Tuesday, October 04, 2011

Bajet 2012 Pakatan Rakyat

Bajet 2012 Pakatan Rakyat telah diumumkan oleh Ketua Umumnya hari ini, 3 hari sebelum Perdana Menteri mengumumkan Bajet rasmi negara di Parlimen. Meneliti satu persatu cadangan yang dikemukakan, saya melihat Pakatan Rakyat sebenarnya bukan mengemukakan cadangan tetapi mengkritik Kerajaan Barisan Nasional. Ringkasnya tidak habis-habis berpolitik sehinggakan di dalam dokumen penting untuk menyediakan negara menghadapi masa-masa yang mencabar juga di politikkan.

Selain daripada cadangan-cadangan yang berbentuk populis yang diulang daripada Buku Jingga seperti menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan lain-lain, saya tidak melihat kesediaan Pakatan Rakyat untuk secara menyeluruh menyediakan satu pelan bajet yang mempu untuk menyentuh setiap sektor ekonomi dan sosial masyarakat.

Sekadar menyentuh beberapa perkara yang saya rasa penting untuk diberi penekanan di dalam bajet 2012 adalah menyediakan masyarakat usahaniaga untuk berhadapan dengan segala kemungkinan kemerosotan ekonomi yang semakin menghapisiri negara kita. Contohnya kemungkinan kejatuhan nilai eksport lanjutan dari kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Sejauhmanakah tahap siap siaga kita dan apakah langkah-langkah perlu untuk memastikan kebergantungan kita kepada eksport tidak terjejas? Bagaimanakah Kerajaan hendak menyiapkan sektor eksport kita dengan kebarangkalian kejatuhan nilai eksport? Meningkatkan aktiviti promosi melalui Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)?

Begitu juga dengan kesan kepada aliran masuk Pelaburan Langsung Luar (FDI). Kemerosotan ekonomi di kalangan negara pelabur utama khususnya Amerika Syarikat dan Jepun pasti akan memberi impak besar kepada negara. Ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Apakah kita hanya perlu melihat sahaja perkara ini tanpa menyediakan pelan untuk mengatasinya? Bagaimanakah peranan MIDA hendak ditingkatkan? Atau apakah kita perlu menyediakan insentif khusus kepada pelabur-pelabur utama bagi memastikan mereka tidak beralih angin ke negara-negara jiran kita yang semakin hari semakin agresif menarik pelabur asing khususnya negara Thailand, Vietnam dan Combodia.

Dalam masa yang sama, usaha untuk merancakkan ekonomi domestik tidak perlu dilupakan. Rakyat perlu digalakkan berbelanja di dalam negara. Bagaimana ini hendak dilakukan? Perlu disediakan pelan atau polisi khusus bagi menggalakkan perbelanjaan dalam negara. Mungkin stimulus khas untuk memastikan kecairan yang mampan di dalam ekonomi domestik. Peranan KPDNKK, persatuan-persatuan peniaga domestik dan lain-lain perlu digembeling untuk memastikan kelangsungan ekonomi negara.

Bagaimana pula untuk menggembeling kudrat koperasi di seluruh negara? Memandangkan koperasi merupakan struktur ekonomi yang menggembeling usahasama diantara masyarakat, merancancakkan aktiviti berkoperasi melalui suntikan polisi yang sesuai pasti akan meningkatkan aktiviti eksonomi domestik. Perkembangan aktiviti ekonomi melalui usaha menggembeling rantaian sedia ada koperasi-koperasi di seluruh negara mampu menyuntik kerancakkan ekonomi.

Anak-anak muda kita yang bakal mengambil alih kepimpinan politik dan ekonomi negara di masa depan juga sewajarnya diberikan perhatian. Peranan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadi "one-stop-centre" memupuk semangat jati diri di kalangan anak-anak muda kita tidak wajar di pinggirkan. Peruntukan khusus bagi menyediakan latihan komprehensif bagi menyediakan belia kita untuk dunia yang semakin mencabar perlu diberi perhatian.

Cadangan-cadangan di atas adalah sebahagian daripada sektor penting negara yang perlu diberi perhatian tetapi tidak disentuh secara khusus oleh Bajet 2012 Pakatan Rakyat yang diumumkan hari ini. Ringkasnya, apa yang diumumkan tidak mampu untuk menyediakan negara dengan cabaran-cabaran yang semakin hebat mengasak kita.

Adakah kita bersedia untuk menyerahkan negara ini kepada Pakatan Rakyat?

Setiap individu di dalam negara ini perlu membuat pilihan sendiri berdasarkan kepada analisa menyeluruh terhadap setiap pilihan (option) yang ada.