Monday, June 16, 2008

Subsidi







Anda sudah claim SUBSIDI anda? C-bOk sudah. Dapatlah RM625. Berapa lama boleh tahan? Belum tahu lagi. C-bOk pakai kereta 2500 cc. Enjin diesel. Dulu masa beli, harga diesel murah. Ada susbsidi. Tiba-tiba naik harga, sebab Kerajaan hendak mengurangkan subsidi.

Bercakap tentang subsidi ini, sememangnya bebanan Kerajaan terhadap subsidi begitu besar. Ianya semakin meningkat berikutan dengan kenaikan harga minyak global yang meningkat setiap hari. Namun C-bOk bingung seketika apabila Kerajaan mengumumkan SUBSIDI tahunan kepada pemilik kereta di mana setiap pemilik kereta layak membuat tuntutan subsidi sebanyak RM625 dan pemilik motorsikal pula boleh menuntut subsidi sebanyak RM150

C-bOk bingung kerana Kerajaan cakap subsidi membebankan, so kena lah tarik balik. Tetapi selepas itu, Kerajaan buat keputusan untuk memberi balik sebanyak RM625 dalam bentuk SUBSIDI? Sekiranya Kerajaan boleh memberi subsidi, kenapa awal-awal ditarik balik? Tak payah lah tarik balik atau pun tarik separuh sahaja daripada 40% kenaikan yang diumumkan dahulu. Sepatutnya perkara ini difikirkan supaya tak perlulah kita tarik selepas itu kita kembalikan semula.

Ada tak sesiapa yang membuat kajian, dengan menarik subsidi dan kemudian mengembalikan semula subsidi dalam bentuk rebet tunai, berapakah kos pengurusan yang terbabit kepada Kerajaan dan juga rakyat. Antara kos yang terbabit ialah:
  • Kos membuka pejabat Pos Malaysia pada hari Sabtu dan Ahad untuk membayar rebet tunai (kos overtime pekerja, kos utiliti, etc.);
  • Kos kepada rakyat seperti kos letak kereta, kos minyak/tol nak ke pejabat pos, kos masa menunggu (time is money);

Kos-kos di atas tidak termasuk cadangan untuk membayar gaji 2 kali sebulan yang melibatkan kos mengubahsuai sistem pembayaran gaji Kerajaan, cadangan untuk mengurangkan cukai pendapatan dan lain-lain lagi.

Kemungkinannya kos melaksanakan kerja-kerja tambahan ini lebih mahal daripada penjimatan yang dijangkakan daripada penarikan subsidi minyak tempohari.

2 comments:

sebol said...

Bayaran RM 625 itu dipanggil rebet, mungkin kerana ramai orang takut kehilangan ego bila dipanggil subsidi

Anonymous said...

Saya rasa kerajaan dah fikir semua itu dan mestilah ada orang yang mengambil kesempatan di dalam kesusahan rakyat. Kenapa dibayar di Pos Malaysia tetapi tidak di JPJ? Tengoklah siapa shareholder Pos malaysia dan kiralah commission yang mereka dapat untuk pemberian rebate/subsidi ini.