Monday, June 30, 2008

Membincangkan Ketuanan Melayu? Apa Motifnya?

Apa rasionalnya BAR Malaysia membincangkan semula kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh nenek moyang kita? Apa masalahnya sehingga perkara yang begitu sensitif ini perlu dibahaskan semula? Panelist perbahasan pula terdiri daripada bukan penggubal polisi yang lebih arif tentang hal ini.

Bukankah BAR Malaysia adalah sebuah persatuan untuk peguam-peguam di negara ini? Apa kena mengena persatuan dengan politik negara? Kerajaan pula hanya membuat kenyataan keras selepas perbincangan telah diadakan. Kenapa tidak membuat kenyataan lebih awal? Bukankah lebih elok sekiranya Perdana Menteri membuat kenyataan ini sebelum perbincangan itu diadakan? Adakah Perdana Menteri tidak diberitahu sebelum ianya diadakan? Apa kerja Zaid Ibrahim? Dia pun belum buat kenyataan lagi tentang ini.

5 comments:

Hebatnyer Melayu said...

salam....

sepatutnya persatuan peguam tersebut seharus dikenakan hukuman akibat tindakan menhasut untuk menilai kembali kontrak sosial.


http://hebatnyer melayu.blogspot.com

Zainal A. Kasim said...

Sdra "Hebatnyer Melayu"

Setuju dengan pandangan saudara. Sepatutnya jangan bagi muka kepada persatuan berkenaan. Sabitkan dengan Akta Hasutan. Nampaknya seolah-olah ada golongan tertentu (berasaskan kaum) yang menguasai persatuan ini.

Zainal A. Kasim said...
This comment has been removed by the author.
tarings said...

Persoalannya, apakah yang Ketuanan Melayu ini dapat berikan kepada saya dan rakan2 Melayu saya, supaya kehidupan kami lebih baik? Jika Ketuanan Melayu ini cuma menuankan beberapa gelintir orang2 yg korup dan menyusahkan yg lain, baik dinamakan Kemaluan Melayu.

Bayangkan jerih perihnya bagi orang Melayu untuk membuat kerjasama di dalam perniagaan dengan orang asing ataupun untuk memohon kerja(bukan semua dapat kerja kerajaan, itupun ada yang gunapakai kabel!) bilamana persepsi mereka ialah orang Melayu mendapat segalanya dengan cara yang begitu mudah. Persepsi bahawa graduan2 Melayu lulus dari universiti2 tempatan kerana para pensyarah mereka memberikan soalan2 bocor. Persepsi bahawa orang Melayu yg mula berjaya di dalam bidang perniagaan adalah disebabkan pertalian2 dengan orang2 politik. Persepsi bahawa Melayu cuma perlu tadah dulang dan semuanya akan datang menggolek. Samada persepsi ini betul atau tidak, tidak akan mengubah apa2 selagi pemimpin2 Melayu cuma pandai menjerit "Jangan Cabar Melayu" tetapi terus menerus mengosongkan khazanah negara untuk kepentingan mereka sendiri.

Dan bangsa apakah yang paling ramai terlibat dengan dadah? Bangsa apakah yang paling miskin? Bangsa apakah yang paling rendah kadar celik hurufnya? Ketuanan Melayu?

Dan kenapakah Ketuanan Melayu seharusnya jadi suatu yang sensitif? Kalau kita tiada apa yang hendak disembunyikan, apa yang perlu kita takutkan. Menjadikan isu ini sensitiflah yang menyebabkan segala kepincangan berlaku. Bila semua teguran walaupun membina dilabel sebagai mencabar kaum Melayu. Kita tidak beri muka kepada bangsa lain tapi bangsat kita sendiri yang menyembelih kita.

Akhirnya kita yg bergolok gadai menjadi hamba abdi sambil mengutip sampah di rumah2 bangsa asing di bawah Ketuanan Melayu ini dan bangsa2 asing bertepuk tangan mengajuk2kan Ketuanan Melarat

Ketelusan, keikhlasan dan kerja kuat. Itulah sahaja caranya. Melayu atau bukan, tidak penting.

Anonymous said...

Setuju dengan kenyataan ini Ketelusan, keikhlasan dan kerja kuat. Itulah sahaja caranya. Melayu atau bukan, tidak penting.

Keadaaan politik di negara ini terlalu banyak diskriminasi. Ramai orang masih tak faham satu unsur penting. Malaysia ada problem bukan kerana melayu tak suka bukan- melayu atau bukan-melayu tak suka melayu. tapi ialah masalah rasuah, ketidadilan dan diskriminasi.