Monday, June 09, 2008

Dr Mahathir Mohamad: Cancellation of bridge to Singapore


1 comment:

Tenang said...

Assalammualaikum Tun,
Saya pun sedih bila tiap kali lalu tengok gajah putih tersergam di Tambak Johor. Bila la nak sambung balik. Kenapa membazir, tak pun keja sudah separuh jalan. Sudahnya kena bayar balik ganti rugi yang tak sepatutnya terjadi. Siapalah penasihat yang bergeliga otak dia tu. Kalau disiapkan dulu, rasanya lagi ramai yang suka melancong ke Malaysia ni, lebih-lebih lagi Johor. Orang Johor pun ramai juga yang berulang alik kerja ke Singapura dan orang Singapura pun ramai yang membeli dan tinggal di Johor sehingga jarak lebih dari 20km ke bandar Johor pun mereka sanggup tinggal. Apa lagi kalau perjalanan ke Singapura lancar, tak perlu mereka nak keluar rumah seawal 4.00 pagi untuk masuk kerja jam 8.00 pagi. Apakah keputusan pembatalan tu telah diperhalusi sebagaimana juga keputusan-keputusan lain akhir-akhir ini seperti tidak tetap pendirian. Pada saya orang yang begini suka buat keputusan tergesa-gesa, tanpa berfikir panjang dan memperhalusi buruk baiknya. Dalam keadaan sekarang, suasana tak menentu, apakah ada suatu cara atau mekanisma untuk mengatasi masalah kemelut kenaikan harga yang akhirnya akan boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah. Bukan sahaja meningkatnya jumlah kemiskinan, malahan masalah sosial dan jenayah. Apakah pengajaran yang diperolehi dari kesilapan membuat keputusan sebagaimana membatalkan pembinaan jambatan bengkok. Dengan bayaran yang mahal untuk mendapat ilmu hasil belajar dari kesilapan. Dan rakyat pula perlu menanggung kos lebih mahal dan berterusan rugi jika kesilapan tidak mahu diperbetulkan.

Terima kasih Tun kerana membuatkan saya ingin berfikir secara kritis.