Pak Lah telah membuat pengumuman akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO di dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada bulan Disember 2008 ini.
Namun apa yang menarik perhatian C-bOk ialah pengumuman kedua (di dalam berita yang sama) berkaitan dengan peralihan kuasa kepimpinan di mana Pak Lah berkata ianya akan dibincangkan dengan timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kalau tidak silap C-bOk baru beberapa hari yang lepas dalam akbar NST (muka depan) ada kenyataan yang memaklumkan "It's Has Been Decided"? Apa yang dah di "decide" kan? Surat khabar tu tipu ke atau pun satu lagi kenyataan flip-flop yang mengelirukan rakyat?
Apa pun Pak Lah telah pun menyatakan hasratnya untuk mempertahankan jawatan beliau. Ahli UMNO pula berhak untuk menentukan sama ada hendak terus menerima beliau sebagai pemimpin mereka. Ahli mempunyai pilihan. Sekiranya ahli UMNO berpendapat Pak Lah adalah calun yang paling layak, maka teruslah memilih beliau sebagai Presiden.
Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Presiden, secara automatik akan juga dilantik menjadi Perdana Menteri. Seseorang Perdana Menteri akan membuat keputusan-keputusan penting berkaitan dengan hala tuju negara ini. Sekiranya kita (khususnya ahli-ahli UMNO) bersetuju/berpuashati dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pak Lah selama ini, maka eloklah dia di kekalkan sebagai Presiden UMNO. Ingat, Presiden UMNO adalah juga Perdana Menteri negara ini. Ingat! Jangan lupa! Make sure you don't forget!
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bukanlah sesuatu yang luar biasa kepada Pak Lah. Digembar gemburkan bahawa peralihan kuasa akan berlaku kpd TPM aka Najib tapi sekarang ingin mempertahankan jawatan President UMNO. Apakah itu namanya putar belit dan tiada pendirian? His words and charisma nothing close to what Tun M did to the nation. And for Najib to be like stupid clown by just be a YES man to Pak Lah is so sad. Next best PM at the moment would be Tan Sri Muhyidin (for now)
Apa yg paling di takuti bukan lah keenganan Pak Lah hand-over pada Najib tetapi trend masyarakat Malaysia kini berubah menjadi penentang, pemarah, demonstrasi jalanan akibat ketidakpuasan hati kepada pengurusan. Trend ini akan melalut walau pun ditukar pengurusan atau parti memerintah baru. Kebanyakan media blog terlalu banyak
menbangkitkan kepincangan pengurusan kerajaan serta kecederaan ekonomi, rasuah dan inflasi. Kebenaran ini kebanyakan comments lebih merujuk kepada menghina peribadi dgn perkataan perkataan kesat. Blog kini telah mengambil alih MSM dan secara tidak langsung bertanggung jawab menjana pemikiran rakyat. Rata rata blog menjurus penentangan dan ketidak puasan. Kita kekurangan blog untuk memotivasikan minda kearah kebangkitan semula ekonomi agar dapat iktibar ‘sedangkan semut bole hidup dalam batu’.
Pihak lawan sememang nya memainkan peranan dalam menghasilkan kebencian ,dan kejayaan permulaan apabila ada ramai yg menyokong.
Biarlah BN atau pembangkang bergomol diantara satu sama lain. Mereka ini adalah Gajah yg merebut sempadan, tikus juga yg akan mati ditengah tengah. Tidak kah kita sedar di tengah tengah ketelagahan ini memberi keuntungan agensi lain seperti agensi kerajaan menjadi lebih rasuah akibat pemimpin kini berada dalam situasi URGENT & IMPORTANT.Rata rata amat sibuk mempertahankan boss AKU PERDANA MENTERI.
Tidak setuju pendapat adalah perkara biasa bagi pemerintah dan parti lawan, tetapi mereka sepatut nya bersama sama bersetuju memperbetulkan agensi kerajaan agar system berjalan lancar dapat diasingkan diantara perkhidmatan rakyat dan political agenda. Hakikat nya kedua dua BN & Pembangkang adalah SAMA SAJA.
-Jantan Giler-
Post a Comment