Berita Harian dan NST hari ini melapurkan di dalam muka depan bahawa bekas PM (Tun Dr. Mahathir Mohammad) pernah mengugut/ancam untuk memecat mana-mana hakim yang membuat keputusan yang tidak memihak kepada Kerajaan. Ini cerita lama. Ancaman itu perlulah dibuktikan sahih barulah boleh disabitkan.
Dalam masa yang sama hari ini, akhbar-akhbar yang sama melapurkan bahawa Tan Sri Sanusi Junid ditamatkan (dipecat??) perkhidmatannya sebagai Presiden UIAM.
Kedua-dua kejadian di atas menunjukkan dua senario yang berbeza.
Senario pertama adalah ancaman. Kebiasaannya ancaman adalah dalam bentuk kata-kata dan perlaksanaan ancaman adalah dalam bentuk tindakan yang diambil selepas itu. Dalam hal ini, Mantan Perdana Menteri dikatakan membuat ancaman (sahaja). Ini dikira perancangan.
Senario kedua pula adalah berbentuk tindakan atau perlaksanaan tindakan di mana orang yang berkuasa telah melucutkan jawatan (memecat?) Presiden UIAM 2 tahun lebih awal daripada kontrak perlantikan beliau.
Kebiasaannya perlaksanaan tindakan itu lebih kejam daripada perancangan.
Faham tak murid-murid...?
Wednesday, June 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam brader,
1. faham itu ada tapi tak faham itu pun ada !
2. Dia orang cuba nak memeningkan kepala kita?
3. Sebagai mengalih isu kenaikan harga minyak dan kelembapan ekonomi negara. Itu sahaja hakikatnya yang sebenarnya.
betul, saya sokong dgn su-kj jugak...
satu senario utk mengalihkan isu kenaikan minyak yg menjadi punca kemarahan rakyat skg...
campurkan hal politik dan akademik...
Post a Comment