Tuesday, June 24, 2008

Badut Lawak Sarkas di Parlimen

Orang politik memang suka kepada populariti. Bermacam cara untuk menaikkan populariti masing-masing. Ada yang beri biasiswa, ada yang beri beras, ada yang tunjuk muka kat kampong setiap minggu dan lain-lain lagi.

Yang ini lain pula. Empat orang YB dari PKR sepakat untuk naik basikal dari Bank Negara ke Parlimen sebagai simbolik membantah kenaikan harga minyak.

Walaupun C-bOk juga tidak setuju dengan kenaikan harga minyak mendadak di dalam keadaan rakyat tidak bersedia, tetapi C-bOk lebih-lebih lagi tidak bersetuju dengan cara Ahli Parlimen/Ahli Politik mencari populariti murahan dengan cara seperti badut sarkas macam ini.

Melainkan mereka berpegang kepada prinsip iaitu naik basikal setiap hari daripada rumah mereka ke Parlimen, tindakan empat orang ahli Parlimen ini pada hari Isnin lepas tidak menggambarkan sikap ahli Parlimen yang sepatutnya berfikir dan membahaskan isu-isu secara kritikal dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Adakah mereka mencadangkan rakyat naik basikal ke tempat kerja dan menjalankan urusan seharian mereka? Ini tindakan membodohkan rakyat.

YB-YB ni pun berlakon pandai. Cuba teliti betul-betul. Melainkan YB dari Kulim (Zulkifli Nordin) yang memakai kot yang lain tidak berkot. Jadi siapa yang bawa kot mereka ke Parlimen? Takkan kot tu jalan sendiri atau naik teksi sendiri. Tentulah ada kereta lain yang membawa kot mereka ke Parlimen. Jadi kosnya tetap sama. Mana ada penjimatan? Apa yang YB-YB ni dapat ialah penat mengayuh sahaja dan populariti mendadak (popular di kalangan mereka).

C-bOk anti ahli politik (tak kiralah pembangkang atau kerajaan) yang menggunakan kuasa terhad mereka (5 tahun) untuk membuat tindakan-tindakan populariti tanpa berfikir panjang dan mempersendakan rakyat. Itu aje ke yang boleh anda buat?

9 comments:

Unknown said...

Saya rasa itu adalah symbolik(perumpamaan)sahaja, untuk menyatakan hasrat/isihati rakyat.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara,

Baguslah, diharap ke empat empat ini akan terus naik basikal walau ke mana pun. Ini akan memberi mereka publisiti tidak henti henti. Lebih baik hingga PRU 13 akan datang.

Allowance kereta tu bolehlak dermakan ke badan badan kebajikan. Lebih banyak publisiti, lebih bagus. Rakyat akan bertambah sayang.

Tian Chua tu kalau berbasikal terus ke China pun bagus juga. Cubalah pula tengok nasib nasib rakyat China NGOnya atau tidak, para pendemonstrasi yang menentang kerajaan China. Apa jadi pada mereka. Apa tindakan Kerajaan China pada mereka.

Atau mungkin Tian Chua nak bagi free lesson bagaimana nak jadi pedemonstrasi jalanan pada rakyat China? Duduk tengah jalan....Tunggu apa pulak kerajaan China buat pada dia.

Lepas tu Kalau Tian Chua nak terus tinggal di China, tak balik balik ke sini lagi, lagi baik.

Anonymous said...

TAK ada salahnya mereka hendak berbasikal. Ada macam-macam orang buat nak tunjukkan protes. Rasanya cara mereka mesra alam.
Oklah tu daripada buat demontasi jalanan atau tepi jalanan.

Anonymous said...

yup, setuju ngan radius-qatar...saya secara peribadi tidak menyokong mana2 pihak seratus peratus dalam politik di M'sia. Tp berkenaan isu di atas, iaa bukan publisiti murahan atau badut sarkas, tapi hanya sebagai menunjukkan protes erhadap kenaikan minyak...takkan la saudara takleh pikir?maaf, agak kasar.

Dari bank Negara ke Parlimen? salah ke? mereka bukan nk benar2 guna basikal, kerana tak praktikal dengan cuaca dan keadaan lalulintas sibuk di ibu kota. just hanyalah simbol..

Gimik,,sepatutnya tugas bahas diparlimen yg diutamakan..
memgla, mereka ada kata ke mereka utamakan penggunaan basikal tu? mereka hanya nk tunjukkan sesuatu..mengenai gimik, mungkin gimik yg dilakukan dirancang pada hari yg dikatakan ada usul xpercaya PM.. mgkn yg tu saya tak setuju.

Kalau nk kata mereka badut, sungguh tak dpt saya terima..walauoun anda kata politik itu kotor, saya xsetuju, sebenarnya org2 politik SEKARANG KEBANYAKANNYA K-O-T-O-R..

M.Sulaiman (utohkacil) said...

"Orang politik memang suka kepada populariti. Bermacam cara untuk menaikkan populariti masing-masing. Ada yang beri biasiswa, ada yang beri beras, ada yang tunjuk muka kat kampong setiap minggu dan lain-lain lagi........."
THAT'S POLITIC

C-bOk anti orang politik? Sama ada pemerintah atau pembangkang?

Lebih baik anda berhijrah ke negeri China atau Saudi Arabia. Di sana tak de parti pemerintah dan tak de parti pembangkang.

Lagi satu tutup mata, tutup telinga dan tutup mulut dari berpolitik.

Ape yang anda tulis tu semua nye 'politik'. Klu di negeri India laku lagak nye lagi hebat. Pendek kata di mana saja dalam dunia ini politik memang begitu. Itu sebab di Saudi Arabia, China dan banyak lagi negara tiada parti politik.

ibrahim yahaya said...

Sdr Zainal,

Dalam dunia ni semua kena belajar termasuk berbasikal. Manalah tahu kerusi Parlimen pula dilucutkan oleh mahkamah dan terpaksalah guna basikal menggantikan BMW.

Anonymous said...

Tindakan menaiki basikal perlu digalakkan kepada semua lapisan masyarakat. jangan harapkan anak -anak sekolah sahaja.
Kerajaan juga perlu bertindak tegas dengan memastikan KSN sendiri menaiki kereta cc kecil kalaud ia bercakap supaya semua kakitangan kerajaan perlu berjimat cermat.
Kenapa perlu wakil rakyat dan pegawai kerajaan menghadiri mesyuarat pakai kot dan tie. Akibatnya perlu pasang penghawa dingin. Kenapa tak ikut Jepun yang tidak memakai tie dan kot semasa musim panas? MP Singapura juga tidak pakai tie. Kita boleh ubah pakai baju Melayu atau batik sahaja . taua pakaian lepngan panjang yang kemas. Budaya barat ini pun kita tidak boleh tinggalkan lagi dan kita mahu cakap tentang jiwa yang merdeka dan menghadapi soal harga minyak dunia.

azhar said...

Nama pun protes...nak bergerak tanpa minyak...naik basikallah..

Naik basikal selamanya ke..??sekejap ke..??jauh ke..??dekat ke..??pakai kot ke..??tak pakai ke..?? siapa peduli..

c-bOk kau dah cuba naik basikal ke tempat kerja ke..??Abdullah Badawi dah cuba naik basikal ke Putrajaya ke..??Najib razak dah cuba naik basikal ke parlimen ke..??

cakap memang senang..KORANG SUME CUBALAH...!!

Aku dah cuba pergi kerja naik basikal....

Zainal A. Kasim said...

Saudara Azhar,

Saya ada basikal di rumah yang digunakan untuk ke kedai beli barang2 dapur. Dan saya naik basikal di gym untuk bersenam.

Saya tidak menggunakan basikal untuk tujuan politik murahan seperti mereka.

C-bOk