Berdasarkan kepada catatan YB Zulkifli sendiri, mereka mendapat maklumat daripada Unit Perisikan Negara Jiran tentang cubaan untuk membunuh DSAI.
Walaupun apa juga bentuk cubaan untuk membuat jenayah (seperti membunuh), ianya tetap salah. Namun wujud persoalan yang sungguh kompleks di sini. Bukan berkaitan dengan kesahihan maklumat tersebut, tetapi penglibatan Unit Risikan Negara Jiran di dalam politik negara kita. Soalnya ialah:
- Negara jiran yang mana? Singapore, Thailand, Indonesia, Brunei, etc?
- Adakah unit risikan negara jiran itu bekerja untuk parti politik di Malaysia?
- Atau.., parti politik Malaysia kini bekerja untuk unit risikan negara jiran? Parti politik yang mana?
- Apa perlunya penglibatan negara jiran secara aktif di dalam politik negara kita?
- Sekiranya ada, apakah persefahaman yang ada di antara parti politik yang terlibat dengan unit risikan negara jiran berkenaan? Cukup ke dengan bersalam-salaman sahaja atau ada apa-apa pertimbangan lain?
Blogger Rocky Bru juga mempunyai pandangan dan melahirkan persoalan yang sama di dalam blog beliau melalui catatan pada 1 Julai 2008 bertajuk "Who's the friendly neighbour?"
Di satu sudut kita (rakyat) di asak dengan kenyataan dari parti dan orang politik tertentu bahawa usaha untuk membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (Johor) dengan membawa pelaburan asing ke negara kita ini wajar di tentang kerana mengundang orang luar ke kawasan berkenaan, dalam masa yang sama ada parti politik atau individu tertentu bersekongkol pula dengan unit risikan negara jiran untuk kepentingan politik mereka.
C-bOk melihat banyak kemungkinan yang tidak elok dan membahayakan kententeraman serta kesejahteraan ekonomi negara kita sekiranya unit risikan negara jiran berkenaan mempunyai motif-motif tertentu untuk memporak perandakan negara ini melalui usaha membuat onar dan mengadu domba sesama kita. Sekiranya itu motif unit risikan negara jiran berkenaan, maka mereka telah membuat kerja yang berjaya kerana sejak akhir-akhir ini, politik negara kucar kacir. Kepimpinan bertelagah sesama sendiri. Orang Melayu sudah tidak bersatu malahan bermati-matian untuk menegakkan idealogi sendiri.
C-bOk menyeru YB Zulkifli meneliti semula penglibatan unit risikan negara jiran ini dengan parti yang YB wakili. Bagi C-bOk, apa yang penting ialah kesejahteraan negara kita sendiri. Apa-apa juga kepentingan lain eloklah kita ketepikan.
Jangan nanti cucu cicit kita menyumpah seranah kepimpinan Melayu hari ini (tak kiralah dari pakatan kerajaan ataupun pakatan rakyat) kerana terlalu taksub dengan politik sehingga negara dan maruah kita tergadai.
2 comments:
Saudara Zainal... Saya tertarik hati untuk memberi sedikit pandangan tentang penglibatan Unit Risikan dari negara jiran dalam politik Malaysia. Untuk pengetahuan semua, sesebuah negara sangat ingin mengutip maklumat mengenai negara lain terutamanya mengenai
a. Politik
b. Ekonomi
c. Sosial
d. Pertahanan
Bagi mencapai matlamat ini sudah tentu mereka menggunakan sumber dalaman dari negara berkenaan untuk menjadi agen mereka.
Sekiranya pihak PKR mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap
Ketua Umum mereka dari Unit Rsikan negara asing, ini bermakna mereka juga telah menjalinkan kerjasama serta membuat pertukaran maklumat mengenai Malaysia. Keadaan ini sangat merbahaya kepada negara kita. Harap pihak kerajaan dapat membuat siasatan dan membenteras perbuatan ini.
Dia orang bila dah mula masuk, akan terus bertapak selama-lamanya macam di Palestin dan Iraq. Rakyat akan merana, sumber alam dicuri dan kita sendiri akhirnya akan mengemis di tanah air sendiri nanti. Baca dan hayatilah sajak-sajak Tun Mahathir yang banyak tergantung di PWTC (entahlah kalau dia orang masih gantung lagi, siap dengan gambar Tun tengah menangis...)
Post a Comment