Kerajaan negeri Trengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta untuk membeli 14 buah Mercedes E200 yang baru untuk kegunaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive.
Apa pun alasan yang diberikan dan walau bagaimana banyak sekali pun duit yang Trengganu ada, ini bukanlah satu keputusan yang bijak. Ini bukanlah masanya untuk bergaya dengan kereta baru import ketika rakyat sedang berhadapan dengan harga minyak yang meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.
Ketika rakyat disarankan untuk menukar gaya hidup, pemimpin membuat keputusan untuk menukar kereta? Menteri Besar yang berjaya "melawan" Perdana Menteri selepas PRU ke 12 dahulu dengan menerima perlantikan untuk menjadi MB walaupun PM telah melantik orang lain, kini sekali lagi menunjukkan kekuatan dengan melanggar polisi Kerajaan Pusat untuk mengutamakan barangan buatan tempatan. Penggunaan kereta jenama tempatan sebagai kereta rasmi Kerajaan telah diterima pakai oleh Kerajaan pusat dan diiikuti oleh semua Kerajaan negeri termasuklah Trengganu sebelum ini.
Langkah Kerajaan Negeri Trengganu ini, walaupun dengan apa alasan sekali pun jelas tidak meletakkan kepentingan rakyat di dalam membuat keputusan. Ianya samalah seperti keputusan Kerajaan negeri Selangor sebelum ini yang membina banglow mewah untuk Exco Kerajaan negeri walaupun menerima tentangan sehingga Kerajaan negeri berkenaan di jatuhkan di dalam PRU ke 12 dahulu.
Apa tindakan Perdana Menteri di dalam hal ini?
Sunday, July 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alasan yang diberikan kerana kos penyelenggaraan kereta lama yang ada tu terlalu tinggi dah tak ekonomik.
Tapi beli mersedes tu ekonomik ker? Kenapa tak beli kereta proton perdana yang baru jer. Jauh lebih murah dan dapat membantu industri kereta nasional.
Cakap tak serupa bikin.
Kalau Exco Trengganu memilih kereta mahal itu, ia merupakan satu alamat kekalahan pada pilihanraya akan datang.
Post a Comment