Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis KL mengakui kesesakan ini dan meminta maaf kepada semua pengguna jalanraya kerana kesesakan yang tidak dapat dielakkan ini.
Semua ini berlaku kerana Anwar Ibrahim (?). Berdasarkan kepada maklumat risikan pihak polis terdapat cadangan untuk mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran di Parlimen pada hari Isnin. Pihak polis pasti memetik sumber-sumber risikan yang sahih ketika membuat keputusan untuk membuat sekatan jalanraya di seluruh Lembah Kelang. Betul atau tidak tidak dapat dipastikan sebab itu adalah sumber polis. Kita tak boleh nak verify (Akta Rahsia Rasmi)
Namun apa yang C-bOk kurang senang ialah kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat hanya kerana:
- Anwar Ibrahim bercadang nak membuat perhimpunan. Betul atau tidak itu belakang kira. Namun apabila ada kaitan dengan Anwar Ibrahim sahaja seluruh jentera digerakkan sehingga macam nak perang. Kalau Anwar Ibrahim buka mulut tiap-tiap hari cakap nak buat perhimpunan adakah kita akan berhadapan dengan sekatan jalan raya setiap hari juga? Penat la kita macam ni. C-bOk rasa macam ada orang yang "over-react" dalam hal ini. Tak boleh Anwar Ibrahim buka mulut sikit....
- Yang si Anwar Ibrahim ni pun satu hal. Kalau sudah bersedia nak tubuhkan Kerajaan dan betul mempunyai sokongan daripada mana-mana pihak, apa tunggu lagi? Kenapa perlu membuat perhimpunan dan menyusahkan rakyat? Ingat semua rakyat suka ke? C-bOk tak suka dengan cara berhimpun, cara asak mengasak, cara acah mengacah, cara saman menyaman. Kalau dah ready, umum sahajalah penubuhan Kerajaan. Janganlah mengheret dan menyusahkan rakyat;
- Polis pulak kenapa la buat sekatan di lebuhraya yang sesak seperti Lebuhraya Persekutuan? Kenapa la buat sekatan di waktu puncak (waktu orang nak pergi kerja)? Kenapa la buat sekatan jalan 15 lorong jadi selorong? Tak ada cara lain ke? Atau ada motif lain? Tak kesian ke dengan konstabel tu yang kena berhujan berpanas siang malam sebab mengikut arahan?
Bagi C-bOk, semua aktor di dalam hal ini berlakun sahaja lebih. Baik Anwar Ibrahim mahupun pihak berkepentingan di dalam Kerajaan. Mereka cuba menggunakan rakyat untuk mengalihkan apa juga isu yang sedang mereka sendiri hadapi.
C-bOk sudah bosan. Rakyat lagi la bosan. Politik brutal tahap gaban. All of you should go to %&##.
2 comments:
kalo ditengok dari riak wajah syed hamid albar semalam macam tak berapa confident je jawab soklan.
"kami menerima sms bla bla bla"... sms dari sumber apa? ari tu pasal sms jugak la yang memburukkan nama mufti perak.
dari riak wajahnya itu, boleh la dikatakan ianya sebagai satu hearsay saja atau pun lebih ironi.. fobia bila mendengar/melihat perkataan Anwar Ibrahim.
dr. 'aidh abdullah al-qarni (the best seller of la tahzan) di cover bukunya bertajuk "Jagalah Allah, Allah menjagamu" tertera:
"ketika kita takut kepada Allah, maka bangsa-bangsa, orang-orang yang jahat dan para penentang takut kepada kita. Namun ketika kita tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikan kita takut kepada mereka."
wallahu'alam...
Salam Bro,
Gua antara yang tersangkut dalam kesesakan tapi gua layan aje asalkan radio kereta gua tak rosak dan dapat dengar lagu " pilihan hati" Jamal Abdillah..orait bro nanti sambung citer lagi
Post a Comment