Malaysia telah melalui zaman-zaman yang kurang tenteram sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Keyakinan terhadap kepimpinan UMNO/negara semakin menipis. Ramai yang beranggapan kegagalan UMNO/BN mempertahankan majoriti 2/3nya adalah kerana Pak Lah. Kegagalan ekonomi negara berkembang dengan lancar juga adalah atas faktor yang sama. Ada hujah yang mengatakan ini adalah kerana pucuk pimpinan sedang membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Namun rakyat tidak dapat menerima hujah-hujah lemah seperti ini kerana kita sudah berada di landasan yang betul dahulu namun kepimpinan membuat keputusan untuk menukar arah. Bermula semula dari "0".
Perancangan dahulu yang pernah menyatukan kita seperti "Wawasan 2020" kini entah ke mana. Tidak pernah disebut dan tidak lagi menjadi wadah perjuangan kita. Suasana politik pula kucar kacir dengan kepimpinan (baik kepimpinan kerajaan mahu pun kepimpinan pembangkang) menghabiskan masa dengan mempertahankan diri daripada serangan terhadap maslaah peribadi mereka. Dengan masalah-masalah ini sejauh manakah mereka menghabiskan masa untuk merancangkan kebajikan rakyat dan negara?
Kucar kacir politik ini semakin keterlaluan. Tidak keterlaluan jika C-bOk katakan bahawa di negara ini mungkinlah keamanan masih ada. Namun kawalan sudah semakin longgar. Soalnya sekarang dengan prestasi sebelum ini yang menjadi cakap-cakap ramai, mampukah Pak Lah mengawal UMNO dan BN untuk tempoh 24 bulan lagi? Kerana sekiranya kawalan semakin hilang, kucar kacir kita nanti. Semoga kita tidak akan terjerumus ke arah itu.
1 comment:
Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.
Petikan itu seperti di bawah:
From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.
Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.
Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?
Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.
Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.
Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.
Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?
Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .
Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?
Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.
Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?
Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.
Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.
Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?
Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?
Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?
Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.
Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.
Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.
Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.
Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.
Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.
Berani lakukan perubahan!
Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.
Post a Comment