Thursday, July 03, 2008

Mesej Untuk Semua

Kartun ini lebih bijak "berfikir" daripada sebahagian ahli politik negara kita. C-bOk berharap ahli-ahli politik negara kita khususnya YB Zulkifli Nordin (sorrylah YB sebab you buat pengakuan dalam blog you yang you dan parti you bersekongkol dengan unit risikan negara jiran) dan rakan-rakannya dalam PKR menilai semula penglibatan anasir asing dalam kareer politik mereka.

Bagi C-bOk, sekiranya mereka nak tonggeng terbalik dengan kerjaya politik mereka silakan lah. Tetapi jangan bawa mana-mana anasir luar ke dalam negara ini. Ini tanah air ku. Ini tempat tumpah darah ku. Tanah air ini warisan ku untuk anak cicit ku kelak. Bukan untuk dijual beli dengan anasir luar.

Mereka mungkin bermulut manis tetapi punggung bergelumang dengan taik. Mesti ada niat lain apabila mereka menyokong mana-mana parti politik negara luar. Lebih-lebih lagi parti itu di pihak yang membangkang. Takkan YB-YB semua tidak tahu strategi Yahudi di seluruh dunia. Berpolitiklah dengan matang. Gunakan kekuatan sendiri. Janganlah bergantung dengan negara luar. Nanti terhutang budi, tergadai body.

4 comments:

FAZA @ IMA said...

terima kasih atas penyenaraian blog saya di blog tuan.

semoga terus makmur ..

M.Sulaiman (utohkacil) said...

wah! semangat betoi si C-box ni nampak nye.
angkat le parang ke, golok ke atau keris, lawan Singapura kembalikan P.Batu Putih.

Anonymous said...

Bak kata saudara Anwar, kalau dia ejen kepada Amerika buktikanlah, dia tel ke, dia tulis surat ke, dia emel ke.? Jangan ikut kata Utusan harian, berita harian, dan sekutunya. Sampai bila pun semua depa kata Anwar yang salah/ pembangkang yang salah. kalu Bn semuanya betul.

Anonymous said...

Kenapa kita tidak mahu belajar dari pengalaman kerajaan negara lain yang pernah ditumbangkan dengan bantuan perisikan asing seperti CIA. akhirnya kerajaan baru terpaksa memerinta dengan mengikut telunjuk Amerika. Adakah kita terpaksa mengalami dahulu pengalaman sedemikiann sebelum menyatakan kekesalan. Fikirlah wahai rakyat Malaysia.