Sunday, July 20, 2008

DNA

Masa di sekolah dahulu, C-bOk diajar bahawa DNA adalah umpama cap jari manusia. Setiap individu mempunyai DNAnya yang unik dan tersendiri. Malahan kita boleh mendapat pelbagai maklumat hanya dengan mengkaji DNA setiap individu.

Kini kajian terhadap objek pra-sejarah juga menggunakan teknologi DNA. Antaranya kajian DNA mummy di Mesir berjaya mengaitkan pelbagai maklumat terhadap tokoh-tokoh Firaun zaman dahulu kala. Berdasarkan kepada kajian sains, DNA seseorang bukan sahaja unik, ianya juga umpama kad pengenalan setiap individu dan akan kekal selama-lamanya.

Jadi C-bOk agak hairan dengan kes Anwar Ibrahim ni. 10 tahun dahulu, DNA dia sudah diambil. Pihak berkuasa pasti sudah mempunyai rekod. Kenapa sekarang ni sibuk nak ambil DNA dia sekali lagi? Sampaikan semua orang bercakap pasal DNA Anwar Ibrahim. Terkini, PM pun sudah bercakap pasal DNA ini dan menggesa Anwar untuk memberikan DNA beliau.

Apa sudah jadi dengan DNA Anwar yang dahulu? Kenapa perlu buang masa dan main politik bercakap tentang DNA yang sudah ada dalam simpanan pihak berkuasa?

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Mungkin kerajaan perlu memperuntukkan RM 1 Juta lagi untuk melatih pakar-pakar DNA ke "CSI" kot ?

Dulukan masa perbicaraan ada sebut pasal DNA yang didapati seakan tidak 100% sepadan (tolong betulkan kalau salah).

Fairuz Hafeez
http://fairuzhafeez.com

Unknown said...

Yang ada dalam simpanan rekod,yang diperlukan sekarang sampel untuk diletakkan atas tilam atau atas sofa ataupun kat seluar saiful..

hafiz said...

pabila sibuk tentang hal meliwat dan perliwatan... pabila sibuk akan hal dna, dan segala bulu-buluan... pabila tetiba sibuk tentang perpaduan?!... maka hilanglah cerita pembunuhan wanita monggol dengan begitu ajaib sekali... maka, hilanglah tumpuan pada kenaikan minyak yang tinggi... rakyat! janganlah tertipu lagi....