Sekiranya saya ada mempunyai sekelumit kuasa, insyaallah saya akan membuat pengumuman di dalam media utama tentang hari jadi Tun hari ini. Sekiranya saya mempunyai sekelumit kuasa dan memimpin Kerajaan, mungkin juga Kerajaan akan ada buat sedikit kenduri pulut kuning dan doa selamat. Hanya pada hari-hari seperti ini lah kita dapat bersama dan bertemu muka dengan kawan-kawan lama dan ingat-mengingati di antara satu sama lain. Hanya pada hari istimewa seperti inilah baru kita boleh mengimbau segala sejarah hidup kita kerana sesuai dengan harinya.
Tetapi saya tidak ada kuasa itu dan malangnya orang yang mempunyai kuasa tidak beminat untuk mengambil kesempatan ini untuk mengenang kembali seorang negarawan ulung seperti Tun. Mungkin terlupa atau sengaja buat-buat lupa. Dahulu, hari-hari seperti ini ramai yang menunggu-nunggu sebab nak ambil kesempatan nak cium tangan Tun. Tetapi sekarang dia orang cium tangan orang lain.....
2 comments:
Saya hampir terlupa akan hari jadi Tun. SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI BUAT BAPA PEMODENAN KITA. Harapan sama saya agar Tun sentiasa diberkati Allah. Walaupun tiada kek atau pulut kuning (dulu kek orang bagi sampai dua tiga meter tinggi), apa yang lebih penting sekarang ni, doa kita bersama. Sekurang-kurangnya ada orang tua macam Tun yang menegur dan menasihati walaupun pedih telinga mendengarnya pada adik-adik atau anak-anak yang sedang memimpin negara sekarang ni.
Salam Sdra,
Ini kali pertama saya memasuki blog sdra. Syabas, teruskan menulis.
Bagi TDM, jasa orang seperti dia tidak terbilang. Sama juga dengan jasa2 pemimpin2 yang sebelumnya. TDM pula bukanlah malaikat, yang tidak ada cacat celanya. Namun, kita harus mengingati jasa2 mereka yang menabur jasa, kecil atau besar, dahulu atau sekarang. Moga2 setiap orang dari mereka tidak akan terbiar pada bila2 masa.
Post a Comment