Tuesday, October 27, 2009

Surat Sivakumar

Bekas Speaker Negeri Perak, Sivakumar telah mengedarkan surat memaklumkan perubahan lokasi Sidang DUN yang akan diadakan di Hotel Heritage, Perak dan bukannya di Dewan Undangan Negeri sebagaimana surat asal beliau yang bertarikh 13 Oktober 2009.

Beberapa persoalan timbul di sini:

(i) Ini kali kedua dalam masa sebulan Sivakumar menggunakan letterhead Speaker Dewan Undangan Negeri. Bagaimanakah beliau mendapat letterhead berkenaan? Adakah di curi daripada pejabat speaker atau pun beliau cetak sendiri? Kalau tidak silap satu lapuran polis telah dibuat berkaitan dengan penggunaan letterhead yang bertarikh 13hb. Oktober 2009 itu. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil bersabit dengan tuduhan menyalahgunakan letterhead berkenaan?

(ii) Adakah surat ini diedarkan kepada semua Ahli DUN (termasuk dari Barisan Nasional) atau terhad kepada Ahli DUN Pakatan Rakyat sahaja? Setakat ini hanya Ahli DUN Pakatan Rakyat yang telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima surat ini berkaitan dengan perubahan lokasi sidang DUN pada 28 Oktober 2009 ini;

(iii) Apakah signifikasinya kehadiran pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat semasa persidangan ini? Adakah mereka mengambil peranan jemputan VIP yang biasanya dikhaskan kepada Sultan Negeri?;

(iv) Benarkan Sultan Perak telah memberi perkenan untuk berjumpa dengan Nizar untuk tujuan membubarkan DUN Negeri Perak sebagaimana yang dinyatakan atau Sivakumar memutarbelitkan maksud pertemuan itu untuk memberi gambaran yang Pakatan Rakyat masih berkuasa di Perak?;

(v) Soal paling dasar ialah kenapakah Nizar dan rakan-rakannya masih nak mengadap Sultan sedangkan sebelum ini mereka tidak mahu mengikut kebijaksanaan Sultan?;

(vi) Hotel Heritage ni pun hebat juga ya? Sudah dua kali menyediakan lokasi untuk Sidang DUN haram anjuran Sivakumar dan rakan-rakannya. Ada apa-apa ke?

Sampai bila Sivakumar dan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat Perak hendak berdrama "main pondok-pondok" macam ni?

4 comments:

Anonymous said...

budak tadika pun tahu surat tu kerja Umno....

Zainal A. Kasim said...

Anon 9.03 pm,

1. Kalau hendak menyuarakan pandangan dan menegakkan perjuangan mesti berani. Jangan berselindung di sebalik "anonymous" lebih-lebih lagi apabila menyuarakan pandangan yang berbeza;

2. Sebenarnya kalau saudara semak semula kenyataan saudara dan juga buat "homework" sedikit, malu dengan budak-budak tadika;

3. Salinan surat itu diperolehi daripada YB Su Keong Siong yang mengedarkannnya kepada masyarakat;

4. Siapa YB Su Keong Siong? Dia orang UMNO kah? Bukan..., dia wakil rakyat DAP dari DUN Pasir Pinji;

5. Jadi kepada Anon 9.03 pm..., surukkan lah muka kamu. Malu dengan budak tadika nanti sebab tak banyak membaca, tiba-tiba buat tuduhan melulu kat UMNO;

6. Macamana nak perintah negara macam ni?

mansor said...

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Raja Petra dalam Malaysia Kini, kejatuhan kerajaan PR adalah oleh konspirasi yang melibatkan Sultan. ini amat menjengkelkan apabila ada Sultan yang telah tidak menyedari batas etika, moral dan undang2.Peristiwa ini mendorong rasa kecewa rakyat Perak Dendam kesumat akan berterusan di negeri tersebut yang perlahan2 mula tidak mengikuti perlembagaannya sendiri.

Zainal A. Kasim said...

Saudara Mansor,

Tulisan RPK sejak dahulu sehingga sekarang adalah berdasarkan kepada "andaian". Ianya tidak dapat dibuktikan dengan fakta, sebaliknya hanya interpretasi beliau semata-mata.

Bagi saya, Sultan telah mengikut Perlembangaan dan undang-undang di dalam membuat keputusan.

Yang rakyat (sebahagiannya) tidak mengikut Perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri tu apa hal?