Tuesday, October 27, 2009

Tragedi Kuala Dipang: Ada Yang Ambil Kesempatan Politik


Nota:
Catatan ini dipetik dan diterbitkan akhbar Sinar Harian pada 30 Oktober 2009.

Tindakan nekad guru, pengawal keselamatan selamatkan ramai murid
27/10/2009 3:41pm

KAMPAR 27 Okt. — Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini malam tadi.

Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu.

Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang.

Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan. - Bernama



Ketika akhbar dan blog melapurkan kejadian sedih di Kuala Dipang, ramai yang bertindak membuat konklusi tentang kejadian itu. Adanya yang menuduh hantu raya punya angkara, ada pula yang mempersoalkan nilai pampasan RM10,000 yang disumbangkan oleh Kerajaan, malah ada yang tergamak menuduh guru-guru berbual sesama sendiri ketika kejadian berlaku.

Lebih hebat lagi, ada yang membuat kesimpulan bahawa kejadian ini berlaku kerana kemurkaan Allah kepada Menteri Besar Datuk Seri Zamry Abdul Kadir. Ringkasnya, ulasan yang dibuat lebih menjurus kepada kepentingan politik berbanding kepada keredaan kita terhadap qada dan qadar Allah.

Pemimpin-pemimpin politik pula, yang ultra dan yang ultraman, silih berganti melawat kawasan terbabit. Bagi mereka yang mempunyai kepentingan, wajarlah mereka melawat kawasan ini seperti Raja Muda Perak, Menteri Pelajaran, Menteri Besar dan ADUN-ADUN Negeri. Tetapi apabila Ketua Menteri dari negeri lain datang melawat, Presiden parti pusat yang tidak ada kena mengena, apakah kehadiran mereka itu ikhlas atau mengambil kesempatan untuk mendapat publisiti serta memanjangkan hayat politik masing-masing? Ada yang datang dengan timing yang sama dengan Raja Muda. Nak tengok mangsa atau nak salam tangan Raja Muda?

Berbalik kepada soal pokok perbincangan ini, C-bOk rasa terkilan dengan mereka yang mengambil kesempatan politik di atas tragedi ini dan juga mereka yang membuat tuduhan semborono berbaur politik. Begitu juga dengan mereka yang menuduh guru-guru berbual-bual sesama sendiri ketika kejadian, sedangkan mereka yang menuduh tidak ada di tempat kejadian ketika ianya berlaku.

Ramai yang terlupa, guru-guru dan pengawal keselamatan yang bertugaslah yang menyelamatkan 19 daripada 22 orang yang terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Ingatlah, kalau kita bukan guru, mungkin ibu, bapa, adik, kakak, abang atau saudara mara kita mungkin ada yang menjadi guru. Janganlah cepat menyalahkan guru apabila tragedi sebegini berlaku.

2 comments:

Anonymous said...

Depa depa ni kalau dok menyalahkan guru jugak memang "sial" la depa depa ni.parent keling ni satu hal.mengamuk tak tentu pasal, yang kau tu bodoh macam lembu tu kenape? awat tak baca betul betul surat kebenaran tu. memang lembu betul la puak puak keling paria ni.

satu lagi cdangan saya agar tempat tersebut ditutup untuk selamalamanya sebagai tempat ko kurikulum kerana terlalu hampir dengan sungai yang alirannya deras dan dalam serta akan melimpah ke tebing bila hujan lebat dihilir. kalau berlaku lagi semasa perkhemahan maka bukan pihak kontraktor lagi boleh dipersalahkan, seharusnya agensi pendididkan perlu memikul tanggungjawab ini.

drafunt said...

"Tindakan nekad guru, pengawal keselamatan selamatkan ramai murid"
Sememangnya bagus yang mereka bertindak dengan baik untuk menyelamatkan murid-murid tersebut. Tetapi masalahnya bukannya ibubapa nak mengamuk tak tentu pasal, masaalahnya ialah siapakah yang sepatutnya memantau murid-murid tersebut sehingga boleh lebih dari 20 orang sekali naik jambatan tersebut yang baru siap tak sampai sebulan lalu. Seperti yang selalu diucapkan "Prevention is better than Cure". janganlah dah terjadi tragedi baru ramai pulak jadi hero tapi perancangan untuk mengelakkan tragedi tak ada. Siapa yang beri kebenaran untuk bina khemah pada musim hujan di tepi sungai? Ada ke cukup life jacket? Berapa ramai orang yang memantau murid-murid tersebut? Tak payahlah marah kat parent kalau mengamuk.......anak orang kita yang bertanggungjawab.