Sunday, October 04, 2009

Indonesia Serang Malaysia 8 Oktober 2009?

Menurut The Jakarta Globe, Malaysia akan diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai BENDERA pada 8 Oktober 2009 ini. Berita yang sama turut di laporkan oleh akhbar Malaysia, The Star,

Kumpulan yang sama pernah membuat sekatan jalanraya di Jakarta baru-baru ini untuk mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

C-bOk nak tergelak dengan segelintir rakyat Indonesia yang membuat lawak tahap gaban ini. Ketika saudara mara mereka di Padang, Sumatra kini ditimpa musibat kerana gempa bumi dan makan minum hasil ihsan masyarakat dunia termasuk Malaysia dan juga beribu rakyatnya di Jakarta yang masih tinggal di bawah jambatan (yang sewajarnya diberi perhatian oleh kumpulan seperti BENDERA ini), mereka merancang nak menyerang Malaysia?

Dasar tak mengenang budi.

6 comments:

Azrul Hisham said...

setuju dengan pendapat encik....diorang ni memang tak kenang budi...

saya yakin pihak perisikan dan keselamatan kita tahu cara-cara menangani orang-orang macam ni..

Wak Porjo said...

Jangan dikisahkan sangat pepuak pak lawak indonesia tu... mesti ada dalang di sebalik perkara ini yang merancang untuk kepentingan diri sendiri.. kok berhasil kalu,kalu nggak berhasil, ah biasa aje, Malaysia kan tetap gitu... Masih boleh menerima orang Indon... tak gitu?

Anonymous said...

ya, kita di sini tiada masalah dengan orang indonesia. di universiti umpamanya, hal2 macam ni tak menjadi isu dan saya melihat persahabatan dan perhubungan di antara pelajar malaysia & indonesia baik2 saja malah mesra. cuma segelintir rakyat indonesia (bendera) dengar katanya dibayar/dibiayai oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan politik sendiri supaya menghangatkan isu ni.

shiori said...

mmg dorang x pandai kenang budi...tp..jgn ambil ringan dgn situasi ni...bersedialah dgn ancaman yg bakal timbul....n kita rakyat malaysia msti kuat hadapi cabaran ni....

Fir.Dha.Us said...

Ini sangat2 la memalukan + menjelikkan...xknang budi langsung indon ni ye...kte nak tlg tapi dorang wat camni lak...xpe2..tuhan maha adil...kte tnggu dan lihat shj...

Anonymous said...

hahahaha aku tak tahan dengan diorang ni,kata nak serang malaysia la,sampai sekarang habuk tarak,