Thursday, November 19, 2009

Soal Siasat SPRM Pada Waktu Pejabat Sahaja (?)

Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa soal siasat terhadap saksi kes yang sedang disiasat oleh SPRM hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Penghakiman ini dibuat oleh Hakim Mohd. Ariff Mohd. Yusuf seperti yang dilapurkan di sini.

C-bOk melihat keputusan ini satu "landmark decision" oleh Mahkamah Tinggi kerana membuat satu keputusan yang "sungguh luar biasa" kerana kini saksi kes SPRM mempunyai masa dari jam 5.01 petang hingga ke jam 8.29 pagi keesokkan harinya untuk merancang jawapan, menghilangkan bukti, melarikan diri dan lain-lain lagi yang memberi kelebihan kepada orang yang disiasat daripada orang yang menyiasat.

Sekiranya keputusan ini dikekalkan berdasarkan kepada alasan Tan Bon Wah yang membawa kes ini untuk penghakiman di mana beliau mendakwa "mengalami kerugian" sepanjang siasatan itu dijalankan, maka C-bOk ingin mencadangkan supaya sesiapa sahaja yang pernah disiasat oleh SPRM/BPR sebelum ini di luar waktu pejabat - boleh buat tuntutan atas kerugian anda berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Yang Arif berkenaan.

Nota: Untuk perhatian, C-bOk tidak menyokong keputusan Yang Ariff berkenaan terhadap penghakiman berdasarkan kepada alasan yang diberikan oleh pengadu.

5 comments:

cekodokmasin said...

Salam tuan, Lepas ni, mereka saman pula PDRM sebab tangkap dan soal siasat lepas waktu pejabat. Waduh-waduh... sungguh senang kerja SPRM dan PDRM sebab hanya bertugs pada waktu pejabat sahaja.

AntiHipokrit said...

Apabila politik dicampur adukkan dengan kepentingan awam, beginilah jadinya.

Fazli Salleh said...

Hal ini pun pening2 juga ke? Mohonlah waran tangkap dari mahkamah. Lepas tu soal siasat di balai polis.

Kalau tak pun, ianya salah pembuat undang2. Kenapa tak diberi kuasa kepada SPRM dalam kuasa mereka? Ini bukan silap mahkamah, mahkamah hanya mentafsir.

Kalau setakat nak siasat ikan bilis takkan ambil masa lama. Ong Tee Kiat disiasat cuma 2 jam mengenai PKFZ bilion ringgit.

Tujuan saya tulis bukan menidakkan kerja SPRM, tetapi bagi mengelakkan kes kematian berlaku, biarlah siasat pada waktu pejabat. 8.30 pagi sehingga 5.30 petang masanya ialah 9 jam. Masih tak cukup ke?

Anonymous said...

Habislah pasni tak boleh mintak OT haha..

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Fazli Salleh,

Bukan membesar-besarkan isu atau sahaja nak sibuk. Intepretasi Mahkamah Tinggi terhadap masa soal siasat ini memberi implikasi yang besar terhadap siasatan terhadapkes berkaitan dengan jenayah.

Sekiranya seseorang ditangkap jam 4.30 petang. Siasatan tidak dapat dilakukan dengan segera, sebaliknya terpaksa ditunggu sehingga jam 8.30 esok paginya.

Dalam masa yang terluang itu, banyak perkara boleh dilakukan oleh penjenayah dan juga rakan-rakannya. Bukti boleh dihilangkan. Saksi boleh dilatih cara untuk menjawab soalan dan sebagainya.

Ini memberi kelebihan kepada penjenayah.

Atas penghakiman yang sama, penjenayah akan meminta mahkamah tinggi membuat keputusan yang sama ke atas masa soal siasat pihak polis pula selepas ini.

Sekiranya ini berlaku, polis (dan SPRM) tidak boleh membuat apa-apa soal siasat selepas waktu pejabat kerana suspek boleh menggunakan alasan "kerugian" dan sebagainya.

Kalau tidak terkena batang hidung kita tak apa lah. Tetapi bila sudah terkena batang hidung kita sendiri nanti, barulah nak menyalahkan pihak SPRM dan polis pulak.

Soalnya, samada sedar atau tidak ada semacam gerakan hebat untuk "membela" suspek jenayah sejak akhir-akhir ini dengan memberi gambaran yang buruk-buruk belaka kepada penguatkuasa kita.